14.8.17

Melawat Tempat Menarik di Cameron Highland Sempena Anniversary

Assalamualaikum semua. Semua pasangan ada cara tersendiri untuk menyambut ulang tahun perkahwinan masing-masing. Untuk aku, anniversary kali ini aku saja bawak family aku berjalan-jalan di Cameron Highland. Last week aku dan isteri aku melawat tempat menarik di Cameron Highland sempena anniversary yang ke-4 kami. Jadi, dalam entri kali ini aku nak kongsikan pada korang semua antara lokasi dan ladang-ladang yang kami singgah semasa percutian kami di sini.

Tempat menarik di cameron highland, bercuti di cameron highland, Melawat Tempat Menarik di Cameron Highland Sempena Anniversary

Cameron Valley Bharat Group

Aku gerak dari Kuantan pukul 6.30 pagi dan sampai di Tanah Tinggi Cameron dalam pukul 11.30 pagi. Sampai-sampai je di sini aku terus singgah Cameron Valley Bharat Group. Tempat ni macam ladang teh gitu la. Siap ad tempat untuk makan-makan dan santai bersama keluarga. Boleh turun ke ladang untuk mengambil gambar. Tapi keselamatan adalah tangungjawab sendiri. 

Tempat menarik di cameron highland, bercuti di cameron highland, Melawat Tempat Menarik di Cameron Highland Sempena Anniversary

Sebenarnya di sini banyak juga ladang teh yang ada. Ladang teh kepunyaan Bharat Group sahaja ada 3 tempat. Ada juga ladang teh BOH. Tapi aku tak pergi yang ladang teh BOH sebab jalan nak ke ladang tu agak adventure, jadi aku pergi yang tak berapa adventrue la. Cameron Valley ni tepi jalan je. 

Di Cameron Valley aku dan keluarga makan-makan dan minum. Kebanyakan makanan kat sini hanyalah makanan untuk santai. Kek-kek, roti-roti dan nasi lemak je. Oleh sebab kelaparan 5 jam dari Kuantan dan kelaparan kami layan je Nasi lemak, pastri gulung dan manggo cheese cake. Yang penting kenyang.

Tempat menarik di cameron highland, bercuti di cameron highland, Melawat Tempat Menarik di Cameron Highland Sempena Anniversary
Pemandangan dari cafe ladang teh Bharat Group

Dalam cuak-cuak tetap amek gambar family juga di ladang teh

Raju's Hill Strawberry 

Selepas kami makan-makan dan amek gambar di Cameron Valley, kami teruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Sebenarnya banyak gila ladang strawbery. Parking juga agak susah nak cari. Jadi dalam banyak-banyak ladang tu aku singgah Raju's Hill Strawberry Farm atas sebab ladang strawbery ni dia punya parking mudah. Huhuhu


Apa yang menarik di sini? Aku rasa sama je macam semua ladang yang memberi peluang kepada pegunjung untuk memetik strawberry dengan sendiri. Tapi bukan rezeki kami untuk memetik strawberry sebab masa kami datang ni buah-buah strawberry tak menjadi sangat. Owner ladang siap cakap bukan ladang dia sahaja buah tak menjadi semua ladang lain juga sama. Buah-buah strawberry yang dijual dipasar-pasar kebanyakannya dibawa dari luar. 


Walaupun tak dapat nak petik buah strawberry, pengunjung boleh la juga masuk ke ladang untuk mengambil gambar dan pusing-pusing kalau nak kenal pokok strawberry dengan lebih dekat lagi. Selain masuk ladang, di ladang ni ada juga cafe untuk pengunjung berehat. Macam biasa la, setiap kali ada cafe, setiap kali itu juga la kami stop kejap minum-minum. Aiskrim strawberry dan jus pure strawberry dia sangat WOW dan mengancam. Kalau korang kesini boleh la cuba.


Lepas je dari ladang strawberry kami decide untuk check in hotel nak rehat-rehat kejap dan bersiap-siap untuk aktivity malam pulak. Kami menginap di Check Inn Hotel 2 di Brinchang. BTW, parking di Brinchang ya ampuuunnnn tuhan sahaja yang tahu. Aku pusing-pusing 4 or 5 kali tempat yang sama baru la dapat parking berdekatan dengan hotel kami. Alhamdulillah. Fuhh..!!!

Malam tu kami ingat nak jalan-jalan di pasar Brinchang. Yela, pasar ni kan popular. Katanya siapa yang datang Cameron tak sah kalau tak pergi pasar ni. Tapi, malam tu kami agak kesedihan sebab malam kami menginap tu HUJAN. Tak dapat la kami nak jalan-jalan pasar Berinchang. Kami just makan di warung ikan bakar berdekatan dengan hotel kami. Lepas tu balik semula ke hotel dan tido.

Cameron Highland Butterfly Garden

Hari kedua kami di Cameron Highland, kami singgah di Cameron Highland Butterfly Garden. Sebenarnya aku rasa ada 2 butterfly garden kat sini. Tapi hati aku tergerak nak singgah taman yang ni. Macam biasa la taman rama-rama mesti la ada rama-rama kan? Jinak-jinak rama-rama kat sini. 




Anak aku si Imtiyaz tak abes2 nyanyi lagu rama-rama terbang tinggi yang didi & friend nyanyi tu. Seronok sangat dia kat sini. Agak lama jugak kami di sini.

Taman Bunga

Selepas taman rama-rama, dekat-dekat area tu jugak ada satu taman bunga yang kecik. Tapi macam-macam bunga ada. Untuk tak melepaskan peluang kami singgah dan posing la fefeeling kat ovesea kejap. Hehehe. Cantik-cantik bunga kat sini. Suhu masa ni dalam 17 darjah selsius. Suam-suam gitu walaupun matahari terpacak di atas kepala. 




Selepas dari taman bunga ni, kami dah bergerak untuk turun dari sini. Sambil nak turun tu kami singgah kejap di pasar di tepi jalan untuk membeli apa yang patut sebagai ole-ole untuk kawan-kawan dan family. Tak sempat nak amek gambar sebab berkejar. Tak nak lambat sangat turun nanti jalan nak balik Kuantan gelap gelita. Isnin pulak dah kerja. Jadi ada la kami beli coklat, pokok kaktus, sayur-sayur, strawberry (OFKOS), baju, dan fridge magnet. 

Alhamdulillah perjalan pergi dan balik kami dipermudahkan. Kiranya segala plan tempat-tempat yang aku nak singgah tu dapat la aku singgah. Cuma pasar Brinchang tu la tak dapat nak pergi sebab hujan kan. Lagi satu tak dapat nak petik strawberry. Untuk korang yang nak datang sini dan bawak baby, sila bawak sweater untuk baby sebab waktu malam dan pagi sangat-sangat sejuk. Anak aku Husna dapat selsema malam tu kat hotel. So, prepare awal-awal la ye. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

11 ulasan:

  1. Cantik2 gambo..set timer ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haar kak SA. Siap tripod tau. Hahaah

      Padam
  2. Cantiknyaaa. Lama tak jejak kaki kat atas. Nak pergi la sana one day. InshaAllah

    BalasPadam
  3. wow...bestnya PG anniversary kt cameron gitu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi. Mstilah. Anniversary kne pergi tmpt2 sejuk.

      Padam
  4. Pilihan yang tepat. Tak perlu pergi jauh sangat and still boleh nikmati cuaca dan pemandangan yang bagus. Alhamdulillah, masih cantik dan hijau lagi Cameron ni. Walaupun dah banyak aktiviti penebangan berlaku, harapnya keindahan tanah tinggi ni dapat dijaga untuk generasi akan datang. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah. Smga alam trus terpelihara

      Padam
  5. Bestnyaaa jalan jalan Cameron. Nani dah lama tak ke sana. Haih, kena jugak ni buat satu trip pergi Cameron. Hehehhe :)

    BalasPadam
  6. pergghh..tibe tibe pulak rasa kesejukkan cameron...musim panas ni mmg terbaik cari serbuk teh kat tempat sejuk gini hehe

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com