8.8.17

Mengerikan | Tindik Baby Umur Seminggu Dengan Jarum Jahit

Assalamualaikum semua. Anting-anting adalah salah satu perhiasan buat wanita. Untuk membolehkan seseorang itu memakai anting-anting, seseorang wanita itu perlu bertindik. Bertindik adalah satu proses dimana bahagian cuping telinga seseorang wanita itu ditebuk lubang bagi membolehkan ating-anting dimasukkan. Dalam masyarakat kita banyak style dan cara seseorang wanita itu betindik.

Kalau sebelum ni aku kongsikan tentang perkara yang suami perlu lakukan ketika isteri sedang berpantang, untuk entri kali ini, aku nak kongsikan pada korang semua tentang proses menindik kedua-dua anak perempuan aku masa usia seminggu lagi. Masa ni wife aku still masih berpantang lagi. Mendengar cerita ini ramai kawan-kawan aku yang pelik dan tak percaya. Ditambah lagi proses menindik itu dilakukan dengan menggunakan jarum jahit, benang dan kunyit. Tak ke mengerikan tu? Tapi itulah yang family aku amalkan. For sure la bukan aku sendiri yang buat. Mak bidan ok. 

menindik bayi baru lahir, cara mendidik telinga bayi, sakit tak tindik bayi baru lahir, anting-anting bayi,
Alat-alat untuk menindik termasuklah jarum, benang, gunting dan kunyit hidup
Masih bayi lagi kenapa dah ditindik telinganya? Tak kasihan ke? Macam kejam je tindik guna jarum jahit biasa. Baby mesti kesakitan nanti.
Dialog atas ni adalah antara komen dan respons yang aku dapat bila aku ceritakan pada rakan-rakan aku anak aku bertindik masa bayi lagi. Pada aku tak ada masalah pun nak menindik bayi sewaktu mereka kecil lagi. For sure benda ni perlukan permission dari parent kan. Depends la. Kalau korang ok, just go for it. Kalau rasa kasihan dan tak sampai hati, just tak payah la buat. Simple je kan. Menindik telinga bayi yang baru lahir mungkin dilakukan dengan alasan budaya atau mempercantik si buah hati, so benda ni ada pilihan.

Proses menindik telinga bayi

  1. Sediakan semua alatan yang diperlukan
  2. Potong kunyit setebal lebih kurang 5mm berbentuk bulat kecil (perlukan 2)
  3. Masukkan benang dalam lubang jarum
  4. Perminyakkan jarum, benang dan kunyit dengan menggunakan minyak makan 
  5. Cucukkan kunyit dalam jarum dan tarik sehingga ke hujung benang
  6. Dengan pantas dan disertai bacaan bismillah dan salawat, cucuk cuping telinga bayi anda
  7. Setelah cuping selamat dicucuk jarum, tarik benang sehingga cuping telinga bayi sampai kehujung benang yang mempunyai potongan kunyit 
  8. Ambil lagi satu kunyit tadi, cucuk pada jarum dan tarik sehingga kunyit tadi merapati cuping telinga bayi.
  9. Ikat benang dan potong
  10. Ulang proses yang sama untuk telinga yang lain

menindik bayi baru lahir, cara mendidik telinga bayi, sakit tak tindik bayi baru lahir, anting-anting bayi,
Inilah rupanya bila bayi anda selesai ditindik. Kiranya kunyit jadi anting-anting sementara disamping menjadi ubat agar luka cucukan jarum tu cepat sembuh

Rasa sakit yang dirasakan bayi

Tipu la kalau aku cakap tak sakit. Walaupun proses mencucuk jarum dilakukan hanya dalam sekelip mata sahaja, sudah pasti bayi akan merasa sakit jika tindik telinga dilakukan tanpa menggunakan sebaran bius kan. Memang bayi akan menagis. Tapi sekejap je la. Macam aku cakap tadi, kalau tak sampai hati, boleh buat masa anak korang dah besar nanti.

menindik bayi baru lahir, cara mendidik telinga bayi, sakit tak tindik bayi baru lahir, anting-anting bayi,

Nila kedua anak-anak aku. Mereka selamat ditindik masa umur diorang seminggu. Kebiasaannya memang macam tu. Selepas je sife aku bersalin, bidan akan mengurut wife selama seminggu. Lepas tu sunat dan tindik sekali. So far alhamdulillah anak aku sihat-sihat sahaja. Masing-masing dah pakai subang emas yang comel-comel tau. Hehehe

Ok la, sampai sini je perkongsian aku. Semoga boleh menjadi panduan korang semua kalau nak menindik bayi masa kecil. Tapi sekali lagi aku nak cakap, benda ni adalah pilihan. Kalau tak sampai hati nak buat, tak payah la buat yer. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

4 ulasan:

  1. Adoi....sambil akak baca sambil akak bayang,tengok plak baby yang ditindik..terus rasa sakit kat cuping telinga akak..adoiiiiiiii

    BalasPadam
  2. sakit tu memang sakit tp memang sesuai la tindik masa masih kecil. Anak KG umur 4 tahun KG tindik dia buka anting2 tu..sampai kini tak mau ada anting2

    BalasPadam
  3. Nampak senang prosesnya 😊

    BalasPadam
  4. kalau tak silap sy masyarakat Banjar di Perak mmg mengamalkan tindik seawal usia begini..sy pulak mak tindik telinga dengan guna subang emas sewaktu disekolah rendah..kalau tak silap dlm usia 9 tahun..Alhamdulillah tak sakit..hehe

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com