6.8.17

7 Panduan Menjadi Ayah Terbaik Dimata Anak-anak

Assalamualaikum semua. Menjadi seorang bukanlah satu tanggunjawab yang mudah. Seorang ayah seharusnya turut mendampingi perkembangan dan pertumbuhan anak-anaknya. Tugas ini bukan hanya tergalas di atas bahu isteri sahaja tau. Jadi, dalam entri kali ini aku nak kongsikan pada korang semua mcam maca cara untuk kita menjadi ayah yang terbaik dimata anak-anak kita. Bak kata orang putih HOW TO BE GOOD FATHER. Check it out.

ciri-ciri ayah terbaik, panduan menjadi ayah, how to be good father, great father, good daddy, sayang ayah,

7 panduan menjadi ayah yang terbaik dimata anak-anak

Tahu anak-anak punya minat

Sebagai seorang ayah aku pasti kita seharusnya bijak membaca atau menilai minat anak kita. Contohnya makanan atau minuman kegemaran mereka, buku yang mereka suka baca, dan macam-macam lagi. Bila kita dah tahu minat anak kita tu, beri perhatian sepenuhnya dengan apa yang mereka minat. Insyallah anak-anak akan lebih menyayangi kita.

Lindungi mereka

Sudah pun nama seorang ayah, sememangnya tugasnya adalah meindungi kan. Bukan hanya melindungi anak-anak sahaja, malah seorang ayah itu WAJIB melindungi seisi keluarganya. Contohnya menyediakan rumah untuk berlindung seisi keluarga, menyediakan kenderaan yang sebaiknya untuk keselamatan anak-anak dan isteri, dan macam-macam lagi. Bukan satu perkara mudah bagi seorang ayah hendak melindungi sebuah keluarga kan? Jadi mintalah pertolongan dari Allah S.W.T kerana sesungguhnya pertolongan Allah itu Maha luas. 

Luangkan masa bersama mereka

Ya kita tahu seorang ayah tentunya sibuk dalam menguruskan pencarian nafkah. Mereka perlu bekerja bagi memastikan keperluan keluarga dapat dipenuhi. Sudah tentu perkara ini akan membuatkan seorang ayah itu agak sibuk. Walau sibuk macam mana pun, ayah sepatutnya mencari satu masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan keluarga. Lakukan aktiviti bersama anak-anak. Contohnya berkelah, jalan-jalan dan macam-macam lagi. Sudah tentu anak-anak akan berasa begitu gembira jika ayah mereka boleh meluangkan masa bersama mereka. Ikatan keluarga pasti akan bertambah erat. Insyallah.

Beri pelukan

Salah satu cara untuk menunjukkan kita sayang akan seseorang adalah dengan cara memberi pelukan. Jadi, apa salahnya seorang bapa kerap memberi pelukan buat anak-anaknya. Memeluk anak tu bukanlah sesuatu yang memerlukan modal yang banyak kan? Aku pasti anak-anak yang kerap dipeluk oleh ayah mereka tentu akan merasa sangat-sangat disayangi. Dan sudah tentu anak-anak akan lebih mudah untuk mendengar kata. Sambil peluk tu bagi la nasihat-nasihat berguna sikit kan? Mungkin dengan pelukan hati anak lebih mudah terbuka untuk menerima nasihat-nasihat seorang ayah. Mana tahu kan? 

Bermain bersama mereka

Sebenarnya cukup banyak permainan yang boleh kita lakukan yang boleh melibat antara kita dan anak kita kan? Sebagai ayah, kita janganlah hanya menjadi sebagai pemerhati dari jauh ketika anak sedang bermain. Apa salahnya jika kita join sekali anak-anak bermain. Betul tak? Kan lebih seronok gitu kan. Macam permainan yang kita boleh lakukan bersama sebagai contoh mudah, main je la kejar-kejar dengan anak tu. Bapak kejar anak, anak kejar bapak. Selain boleh mengeratkan hubungan boleh juga menguruskan badan si bapak tu kan? Hehehe.

Membaca untuk mereka

Membaca tentu perkara yang menyeronokkan bagi anak. Lagi-lagi cerita fantasi dan penuh dengan magik. Selain dapat merapatkan hubungan antara ayah dan anak, memebaca juga mampu melatih anak untuk bercakap. Ye la, sambil-sambil ayah bercerita sambil tu suruh la juga si anak tu ikut sama. Lama-lama pasti anak korang tu boleh membaca. Sekarang ni macam-macam style membaca dengan anak-anak. Ada tu dah macam bermain pulak. Antara style membaca bersama anak termasuklah membaca sambil berlakon, membaca melalui gambar, bermain bersama kad perkataan dan macam-macam lagi. Kalau pergi kedai-kedai buku tu macam-macam aktiviti membaca boleh kita beli. 

Itulah tadi 7 panduan menjadi ayah yang terbaik dimata anak-anak. Semoga bermanfaat.

With Love
Papaglamz

-sekian-

4 ulasan:

  1. Panduan terbaik..Kena amalkan ni.. Supaya anak membesar dengan baik.. Tunggu saya jadi bapa dulu k

    BalasPadam
  2. Hihi....setiap hari cuba juga luangkan masa untuk anak =)

    BalasPadam
  3. bagusnya panduan ni , boleh share pada suami nanti :) terima kasih .

    BalasPadam
  4. panduan terbaik bukan hanya perlu diamalkan oleh si ayah tetapi si ibu juga..

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com