3.8.17

Ramuan Tradisional Jamu Kunyit dan Asam Jawa Merawat Rahim Ibu Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua. Aku ada kongsikan entri tentang beberapa Peranan Suami Yang Perlu Dilakukan Ketika Isteri Sedang Berpantang sebelum ini. Banyak respons yang positif dari pembaca tentang entri itu khasnya bila aku kongsikan di laman facebook. Banyak yang bertanya tentang gambar kunyit dan asam jawa. Untuk apa semua bahan-bahan ni? So, dalam entri ni aku nak kongsikan pada semua Ramuan Tradisional Kunyit dan Asam Jawa Merawat Rahim Ibu Selepas Bersalin siap dengan resepi sekali tau.

membersihkan rahim dengan kunyit asam manfaat kunyit asam bagi wanita manfaat kunyit untuk rahim manfaat kunyit asam untuk kesuburan manfaat induk kunyit untuk kesuburan manfaat kunyit asam untuk menstruasi khasiat jamu kunyit asem setelah keguguran khasiat kunyit putih untuk kesuburan wanita

Membersihkan rahim dengan kunyit dan asam

Sebenarnya ramuan tradisi ini mak aku yang suruh sediakan untuk isteri aku minum masa dia berpantang hari tu. Pada mulanya aku agak terkejut apa taknya nak minum air kunyit siapa yang nak kan? Lepas aku google khasiat minum air kunyit baru la aku faham betapa berkhasiatnya jika kita mengamalkan minuman jus kunyit ni. 

Kunyit mempunyai khasiat yang tersendiri. Lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu selepas bersalin. Dipercayai sekiranya diminum bersama asam jawa ia mampu menjaga dan merawat rahim ibu selepas bersalin. Dalam katanya lainnya rahim cepat kecut. Sebenarnya jus kunyit ini bukan sahaja baik diamalkan oleh ibu-ibu lepas bersalin, malah untuk semua wanita juga baik kerana 'anti-radang' yang terkandung di dalam kunyit itu sendiri mampu menghalang rasa kesakitan tatkak wanita period.

Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa

Antara bahan-bahan yang korang perlu sediakan untuk membuat jamu ini seperti dibawah:
  1. Kunyit hidup - 1 inci
  2. Asam Jawa - 2 Sudu besar
  3. Gula melaka - 3 Sudu besar
  4. Manjakaki (Jika ada)
Cara nak membuat jamu ini amatlah mudah. Korang cuma perlu hiris halus semua bahan tadi dan masukkan dalam shaker. Tuang air panas dan shake. Siap untuk diminum. Ada juga cara lain. Korang hiris semua bahan tadi. Masukkan dalam periuk. Tambahkan air 2 cawan. Kemudian reneh dengan api yang kecil sehingga air menjadi satu cawan. Cara ini lambat sikit tapi lebih baik sebab pati-pati ramuan akan keluar dengan banyak bila kita memasaknya.

Mudah je kan nak buat? Jadi suami-suami sekalian, nak sayang isteri tolong la jaga mereka ketika berpantang. Insyallah isteri bertambah-tambah sayang.

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. Bagus papa buatkan untuk isteri. Memang best minum air kunyit ne

    BalasPadam
  2. Tq sharing papaglamz....boleh sy amalkan lepas bersalin nt 😊

    BalasPadam
  3. bagus info ni utk bakal ibu

    BalasPadam
  4. Paling senang makan je jamu...hihi

    BalasPadam
  5. saya memang amalkan,tapi beli dari orang la...tak buat sendiri pun..hehe

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com