Assalamualaikum semua. Baru-baru ni kecoh di Facebook tentang bertapa coolnya admin page RapidKL dalam menegur pengguna pengangkutan awam dengan sindiran-sindiran yang begitu deep di status pagenya. Sangat banyak komen-komen positif dari nitizen dan tak kurang juga memuji admin kerana rajin membalas komen-komen nitizen di page berkenaan dengan ayat-ayat 'menganjing' yang panas. Walau panas macam mana pun, admin tetap memberi peringatan pada semua tentang seharusnya kita semua mengamalkan adab yang baik ketika menggunakan pengangkutan awam ni.
| As we are not filming any "MARVEL" movie scene in our train, we strongly believed this is a missing CHILD. PM us if this CHILD is yours. #spidermandoesnttakemrt #蜘蛛侠不搭捷运 #solvathunanmaike |
9 etika ketika menaiki pengangkutan awam yang boleh dipraktikkan bersama.
- Hormati harta benda awam. Jangan buat vandalism dan jangan gantung buaian dalam tren tu.
- Jangan berebut-rebut untuk turun atau naik tren atau bas. Bagi laluan, beri penumpang lain keluar baru kita masuk.
- Sebaiknya berbaris dalam satu barisan lurus untuk menaiki pengangkutan awam.
- Jangan duduk di kerusi khas yang disediakan untuk ibu mengandung, wanita hamil, ibu yang membawa anak kecil serta OKU.
- Jangan tinggalkan sampah anda sesuka hati. Simpan dalam poket atau beg anda dulu, dah jumpa tong sampah baru buang.
- Hormati hak pengguna lain. Dah dapat tempat duduk, jangan letak beg anda di kerusi sebelah. Beri ruang untuk orang lain duduk.
- Dah masuk tren, janganlah tercegat depan pintu masuk tu lebih-lebih lagi waktu peak hours. Apa kata bergerak masuk ke bahagian dalam untuk beri ruang penumpang lain keluar dan masuk dengan lebih mudah.
- Silent kan telefon anda.
- Perlahankan suara anda. Janganlah seronok sangat bercerita, sampai semua orang dengar. Seriously ramai tak nak tahu cerita korang tu pun.
With Love
Papaglamz
-sekian-
Kesian...akak tgok mmg ramai buat camtu...pelik tul..bila cakap xde adab marah
BalasPadam