Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah

Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah

Assalamualaikum semua. Nak buat atau masak nasi goreng kampung mudah je kan? Kadang kala apa yang ada di dapur tu kita campak-campak je pun dah bileh jadi. Cuma resepi nasi goreng kampung ad satu bahan yang mesti ada iaitu kangkung dan juga kacang panjang. Ada dua bahan-bahan ni, baru la namanya nasi goreng kampung kan. Ok la dalam entri ni, PapaG nak kongsikan resepi nasi goreng kampung mudah dan sedap. Jangan lupa untuk mencuba.

Resepi-nasi-goreng-kampung-mudah

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan:
Nasi sejuk, dileraikan
Sayur kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
Kacang panjang, potong kecil
Sedikit ayam. hiris kecil, cuci dan toskan (Kalau ada)
1 biji telur.

Bahan Tumbuk Halus:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah
1/2 genggam ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
SEdikit belacan

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi, Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu seidikit.

Siap.....!!!! Mudah je kan? Biasanya PapaG suka nasi goreng kampung ni makan masa sarapan pagi. Layan je la. Ok sampai di sini perkonsian PapaG. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Salam Israk Mikraj

Salam Israk Mikraj

Assalamualikum semua. Salam Israk Mikraj buat semua umat islam seantero dunia. Peristiwa Israk Mikraj sudah tentu mempunyai seribu satu pengajaran yang boleh kita ambil sebagai pedoman dalam hidup kita seharian. Sebagai seorang muslim, peristiwa hebat seperti ini juga menjadi sebagai satu inspirasi buat kita untuk menghayati serta memperingati perit jerih perjuangan Bagind Rasulullah SAW dalam memperkembangkan ajaran islam.

Israk-mikraj

Peristiwa sejarah Israk Mikraj

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Isra’:1)
Peristiwa Israk Mikraj ini seharusnya menjadi pengajaran pengajaran serta mampu memberi keinsafan buat kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaannya. Sekiranya peristiwa ini benar-benar dipelajari dan dihayati, insyallah kita mampu menghindarka diri dari melakukan sebarang kemungkaran.

Salam Israk Mikraj dari PapaG.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Perkara Yang Lelaki Tidak Suka | JANGAN SUKA MEMBANDING

Perkara Yang Lelaki Tidak Suka | JANGAN SUKA MEMBANDING

Assalamualaikum semua. Sebagai seorang lelaki ada juga perkara-perkara yang mereka tidak suka. Mungkin perkara-perkara yang lelaki tidak suka ini mempunyai sebab-sebab tersendiri kenapa mereka tidak suka. Mungkin anda sebagai wanita perlu mengetahui serba sedikit tentang perkara yang tidak disukai oleh seorang lelaki bagi membolehkan anda memahami isi hati lelaki dengan lebih mudah. 

Perkara Yang Lelaki Tidak Suka

Sebagai lelaki perkara yang paling PapaG tidak suka ialah bila orang yang kita sayang itu cuba untuk membanding-bandingkan kita dengan orang lain. Sebagai contoh membandingkan kejayaan lelaki lain dengan kita, bercerita hal kelebihan seseorang lelaki pada kita dan banyak lagi. Lebih-lebih lagi jika lelaki yang dibandingkan itu merupakan lelaki yang kita tidak suka. Pasti akan rasa sedikit tidak senang dan benci dalam hati. Betul tak? Jadi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku, elakkan membandingkan seseorang lelaki dengan suami atau orang yang anda sayang. Mungkin perkara yang lelaki tidak suka ini boleh membawa kepada pergaduhan dalam perhubungan anda. Berhati-hati.

lelaki-kacak-perkara-lelaki-tidak-suka

Perkara Lain Yang Lelaki Tidak Suka

Sifat dan lumrah seorang lelaki yang tidak sukakan kongkongan. Jadi selain banding membandingkan, sikap queen control seseorang wanita kadang kala menjadi perkara yang lelaki tidak suka dalam perhubungan. Mungkin kadang kita nampak lelaki ni buat sahaja apa yang disuruh tapi sampai satu tahap nanti lelaki ni akan buat sesuatu. Yang pasti, lelaki tidak suka wanita lebih berkuasa dalam perhubungan tau. Hati-hati.

Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau wanita itu bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut kalau korang bukan calon isteri pilihan. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.

Usah meminta-minta dengan apa yang korang dapat dari suami atau teman korang. Kalau boleh biarkanlah seorang lelaki itu beri hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble. BAHAYA...!!!!

Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan memberi peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya. Sekali di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu. Babaiiii........

Rasanya banyak lagi perkara-perkara yang tidak disukai oleh lelaki yang boleh kita listkan. Tapi percayalah mempelajari seseorang yang kita sayang ni bukanlah boleh dalam masa satu hari. Ia memakan masa yang lama. Sebenarnya bila kita sudah hidup bersama, makan sepinggan, tidur sebantal dan duduk satu bumbung baru la kita dapat belajar sedikit-demi sedikit tentang perkara yang pasangan kita suka dan tidak suka. Yang penting setiap penghuni dalam rumah tangga itu harus sama-sama saling berbincang dan mempunyai rasa ingin memahami pasangan dengan lebih dalam lagi. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan? So, berkenal-kenalan la dengan suami atau isteri anda.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Luang Masa Melakukan Aktiviti Bersama Anak

Luang Masa Melakukan Aktiviti Bersama Anak

Assalamualaikum semua. Meluangkan masa bersama keluarga merupakan salah satu rutin yang sangat menggembirakan. Apa tidaknya kita boleh melakukan aktiviti bersama anak-anak dan isteri di rumah ataupun di luar rumah. Dengan melakukan aktiviti bersama keluarga dan anak-anak ia sudah pasti dapat membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kita.

Aktiviti bersama anak yang menyeronokkan

Ok la, dalam entri kali ni PapaG ingin kongsikan pada anda semua antara aktiviti-aktiviti yang pernah PapaG lakukan bersama anak PapaG tu. Sebenarnya, kami berdua mempunyai masa yang agak terbatas untuk melakukan aktiviti bersama. Almaklumlah, PapaG ni weekend husband kan berjumpa pada hujung minggu saje la atas desakan kerjaya. Sebab tu la waktu yang ada di hujung minggu akan PapaG gunakan sepenuhnya untuk melakukan aktiviti bersama anak dan juga isteri. Hehehe. Dan sebab tu juga la setiap benda yang kami lakukan, PapaG akan snap picture. Sebagai kenang-kenangan.

Aktiviti-menarik-bersama-anak
Main buai. Suka sangat dia.

Aktiviti-menarik-bersama-anak
Macam takde tempat lain nak tido.

Main bowling bersama. Walaupun ayah dengan ibu je yang main. Jadi la.

Si kecik tu hilang dalam gambar ni. Sebok dia pun nak main jugak.

Anak perempuan macam ni la. Solek menyolek itu kesukaan dia.

Anak-anak ni memang kadang-kadang lasak kan? Sebab tu la mereka memang terkenal sebagai golongan yang aktif dan cergas. Ada sahaja yang ingin mereka lakukan walaupun sekadar duduk di dalam rumah. Kreativiti dalam mencipta aktiviti memang patut diberikan galakan dan rangsangan kerana ia membantu perkembangan minda mereka yang cerdas.

Sampai satu tahap tu kadang kita yang tak tahan dengan keletah diorang. Sebagai ibu bapa kena support dan perhatikan segala aktiviti diorang. Cuma mana yang over tu kita kena la halang juga kan? Jangan melampau batas sudah la. Tak hairanlah mengapa kanak-kanak berusia 3-6 tahun suka aktiviti berlari, melompat, memanjat and berguling berbanding duduk sahaja. Aktiviti-aktiviti ini untuk merangsang minda mereka juga.

So korang apa pulak aktiviti yang korang suka lakukan bersama anak-anak korang? Ingat masa kecik-kecik ni la masa yang sangat baik untuk meluangkan masa dengan anak. Ada orang cakap anak membesar dengan sangat cepat. Nanti kalau anak-anak dah besar, tak sempat dah kot. Masing-masing dah sebok hal masing-masing. Ok la sampai di sini sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Laki Bini Pening Pilih Shawl dan Tudung di Uswah.com.my

Laki Bini Pening Pilih Shawl dan Tudung di Uswah.com.my

Uswah Islamic Clothing


Assalamualaikum

Laki Bini Pening Kepala Pilih Shawl dan Tudung di Uswah.com.my | Sebenarnya waktu PapaG menulis entri ni kepala masih terasa pening-pening kepala lagi. Apa tidaknya berejam PapaG dan wife belek-belek shawl instant dan bawal bidang 60 yang labuh di Uswah Islamic Clothing (Klik Di Sini). Tak cukup PapaG belek di facebok, belek di laman web rasminya di Uswah Islamic Clothing (Klik Di Sini). Bagi mereka yang kaki shopping online dan mencari tudung atau shawl labuh tentu nama Uswah Islamic ni tidak asing lagi bagi korang kan? Apa tidaknya, jumlah pengikut atas talian USWAH di facebook seramai 123 000 dan instagram 32 000 menunjukkan betapa syarikat yang telah mula bertapak dan beroperasi secara atas talian sejak tahun 2013 dengan membawa konsep pakaian patuh syariah mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ditambah lagi dengan pembukaan butiknya di Bangi Sentral mengukuhkan lagi kedudukan USWAH sebagai pelopor fesyen wanita patuh syariah terkemuka di Malaysia.

Seiring dengan perkembangan fesyen moden, USWAH tidak mahu ketinggalan untuk mengeluarkan produk-produk terbaru dan lebih 'Up To Date' tetapi tetap patuh syariah. Sehingga ke hari ini, USWAH telah mengeluarkan puluhan Koleksi Tudung Bawal Bidang 60  & Shawl Labuh, dan 6 Koleksi Pakaian (tunik labuh).  Sebabkan tudung bawal dan shawl labuh la tadi PapaG dan wife macam pening nak pilih. Sebabnya sangat-sangat cantik dan trendy. Harga juga berpatutan tau. 

Husna Instant Shawl Labuh

Husna Instant Shawl Labuh merupakan antara shawl yang paling laris. Orang kata hot seling gitu la. Apa tidaknya sekali je pandang memang buat hati tertarik. Shawl yang diperbuat daripada Chiffon Bubble yang mempunyai kelebaran 0.75 m X 2.0 m ini tentu sahaja membuatkan siapa yang memakai nampak lebih elegence dan yang penting menutup aurat kan. Banyak juga pilihan dia. Rambang mata jugak la nak pilih ni. Korang rasa macam mana? Ok tak?

shawl-instant-husna-uswah-islamic-clothing

shawl-instant-husna-uswah-islamic-clothing

Haura Bawal Instant Labuh

Selain shawl labuh, Haura Bawal Instant Labuh tetap memiliki tempat di hati peminat-peminat tudung bawal di luar sana. Apa tidaknya, bawal Haura ini juga menjadi antara item hot sale dari USWAH. Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam penggayaan tudung bawal boleh cuba Bawal Haura dari USWAH ini. Tudung bawal labuh yang diperbuat dari Chiffon Nasigi & Como Crepe mempunyai kelainan tersendiri bila dijahit bersama dengan awning yang berbeza warna pasti menaikkan lagi seri dan tampil berbeza kan?

bawal-instant-haura-uswah-islamic-clothing

bawal-instant-haura-uswah-islamic-clothing

Peluang Jana Pendapatan dengan Pogram Dropship & Stokis Uswah

Oh sebelum terlupa, USWAH juga memberi peluang pada anda semua diluar sana untuk menjana income bersama-sama USWAH. Dengan adanya program Dropship dan Stokis, ia membantu para dropshipper dan juge reseller untuk menambah pendapatan. Sejak dari 2014 sudah ramai yang mendapat manfaat dari program reseller ini, dari ambil sehelai dua hingga ratusan helai! Dan sehingga kini, USWAH telah mempunyai stokis di Brunei, Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia.

KELEBIHAN MENYERTAI USWAH:
  • TIDAK PERLU SIMPAN STOK
  • TIDAK PERLU MENGELUARKAN MODAL untuk pembelian produk, di samping membeli (untuk kegunaan sendiri) dengan harga jauh lebih rendah.
  • Peluang mempromosi pelbagai koleksi HIJAB PATUH SYARIAH.
  • TIADA TEMPAHAN MINIMUM.
  • TIDAK MENANGGUNG KERUGIAN jika produk tidak laku.
  • TIADA KOS TERSEMBUNYI
  • KOMISEN 10-20% AUTOMATIK (siap tolak!, tak perlu tunggu hujung bulan baru dapat komisen)
  • SISTEM TEMPAHAN AUTOMATIK DI WEB, tidak perlu menunggu pihak USWAH memberi maklum balas melalui whatsapp atau inbox. Paparan web disediakan KHAS UNTUK AGEN, harga di tolak secara automatik.
  • GROUP COACHING & perkongsian permasalahan serta tips jualan atau pemasaran.
  • USWAH JUGA MENYEDIAKAN PELUANG UNTUK RESELLER MENJADI STOKIS DI TEMPAT MASING2. 

Shawl atau Bawal pilihan hati PApaG dan Wife

Korang nak tahu tak final choice dari kami lebas berejam belek-belek tudung bawal dan shawl dari USWAH ni? Sory la. Biarlah Rahsia gitu. PapaG tak nak bagi tahu sekarang. Tunggu next entri tau. Jangan lupa singgah laman webrasmi dan juga facebook USWAH. Kalau perlukan keterangan lebih lanjut boleh juga hubungi hotline mereka. Jangan lupa...!!!!

Facebook: Uswah Islamic Clothing
Instagram: @uswahislamicclothing
Youtube: Uswah Islamic Clothing
Email: network.uswah@gmail.com
Web: www.uswah.com.my
Hotline: +601110742198 / 0108153562

Butik Fizikal: Uswah Islamic Vendor Boutique,
3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
(Landmark: Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:
PANAS..!!! Photobooth Hangat Dari Kotak Lensa

PANAS..!!! Photobooth Hangat Dari Kotak Lensa

Service photobooth terpilih


Assalamualaikum

PANAS..!!! Photobooth Hangat Dari Kotak Lensa | Time panas-panas ni suasana jadi semakin panas bila gathering EFG hari tu di hangatkan lagi dengan photobooth dari Kota Lensa. Hangat dengan kemeriahan masing-masing posing di depan kotak kamera yang tidak jemu snap-snap picture kami. Rasa tak cukup la 2 jam photobooth tu. Tapi yang bestnye owner dia bagi extra time 30 minit. Terbaek.....!!!!!


Seronok posing-posing depan photoooth ni. PapaG dengan wife macam nak kongker je photobooth daro kotak lensa ni. Tapi kena gak la pikir orang belakang kan? Bagi-bagi katanya. Over sangat la kalau makan sorang. Hehehe. Gambar-gambar dari photobooth ni sangat cantik. Diorang siap share gambar dari kotak kamera tadi tu dalam facebook diorang. Jom PapaG kongsikan antara gambar-gambar dari photobooth ni.






Sevice Kotak Lensa 5 Bintang......!!!!!

Seriously service dari Kotak Lensa ni bukan calang-calang tau. Ramai yang berkata tentang Kotak Lensa ni. Siap bagi review 5 bintang lagi. Tak percaya? Jom tengok apa kata mereka tentang Kotak Lensa.




Kalau korang nak tengok lagi komen-komen positif dari orang ramai tentang Kotak Lensa ni jangan lupa like dan follow fecbook diorang. Memang best. Jangan lupa gunakan service photobooth dari Kotak Lensa untuk majlis bersejarah anda.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:

Kotak Lensa

Telephone (WhatsApp/SMS/Call): 
                   +6 019 900 1191 (Klang Valley) 
                   +6 012 579 7955 (Ipoh) 

Email: smile@kotaklensa.com


Instagram : KotakLensa
Fcaebook: Kotak Lensa

With Love
Papaglamz

-sekian-
RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN

Resepi nasi goreng


Assalamualaikum
RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN | Enjoy resepi nasi goreng ikan masin ni. Selamat mencuba.

nasi-goreng

Bahan-Bahan:

4 – 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
1 camca besar sos tiram
2 sudu makan cili kisar
2 biji telur, dipukul sedikit
2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan

Cara Memasak:

1.Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
2.Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.
3.Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.
4.Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!


Fennelle Envious Beauty Serum Kecantikan Dari Habbatus Sauda

Fennelle Envious Beauty Serum Kecantikan Dari Habbatus Sauda

Serum Habbatus Sauda Fennelle Envious Beauty


Assalamualaikum

Fennelle Envious Beauty Serum Kecantikan Dari Habbatus Sauda | Lambakan produk kecantikan di pasaran tentu sahaja menyukarkan kita untuk memilih. Dalam membuat pemilihan tentu sahaja keberkesanan dalam mencantikkan kulit wajah menjadi pilihan yang utama. Namun harus diingat, kandungan bahan-bahan yang halal dalam pemilihan sebarang produk-produk dipasaran juga harus diambil kira. Salah satu produk kecantikan yang diperbuat dari sumber yang halal ialah Serum Habbatus Sauda Fennelle Envious Beauty. Serum yang bersumberkan habbatus sauda yang merupakan bahan semulajdi yang halal dan juga merupakan bahan-bahan sunnah.


FENNELLE SERUM

  • Bahan-bahan yang digunakan terbukti berkesan dalam kaedah rawatan prenyembuhan kulit sejak beratus-ratus tahun yang lampau.
  • Tiada bahan terlarang dan berbahaya.
  • Mendapat kelulusan dari KKM/Halal dan dikilangkan di Malaysia.


KANDUNGAN FENNELLE SERUM

  • Habbatussauda' Extract.
  • Aqua.
  • Hyaluronic Acid.
  • Iris Forentine Extract.
  • Root Extract.
  • Witch Hazel Extract.
  • Fomes Officiant Alis (Mushroom) Extract.


FUNGSI FENNELLE SERUM

  • Merawat masalah kulit (jerawat/jeragat/pori terbuka/blackhead/whitehead/resdung).
  • Memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit.
  • Meredakan keradangan/bengkak/kemerahan pada kulit.
  • Dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
  • Bertindak sebagai moisturizer-untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  • Membaikpulih kerosakan sel kulit akibat sinaran matahari.
  • Menyekatakan tona kulit dan mencerahkan kulit.

Testimoni pengguna

Sebenarnya ramai yang sudah mencuba Serum Habbatus Sauda Fennelle Envious Beauty. Wife PapaG sendiri menggunakan produ kini. Bila memakainya rasa kulit amat selesa. Lepas beberapa minggu terasa kulit begitu bersih. Oleh kerana produk ini merupakan extract serum, tindak balasnya amat pantas. Korang patut mencubanya.






Anda juga boleh mencuba dan mendapatkan manfaat daripada produk yang sangat baik ini. Jangan tunggu lagi dapatkan serum Fennelle Envious Beauty anda hari ini..!

HUBUNGI FENNELLE BEAUTY

Whatsapp :
019-295 0851 / 019-280 5705

Facebook :

Instagram :

With Love
Papaglamz

-sekian-
7 Pilihan Biskut Raya Popular Tahun Ini

7 Pilihan Biskut Raya Popular Tahun Ini

Koleksi biskut raya istimewa


Assalamualaikum
7 Pilihan Biskut Raya Popular Tahun Ini | Diam-diam kita sudah menerjah masuk bulan Rejab. Lagi sebulan lebih lagi kita dah nak berpuasa. Lepas kita berpuasa dah nak menyambut Hari Raya aidilfitri pula. Tentunya setiap kali datangnya hari raya kita sibuk memuat persiapan untuk menyambutnya. Tak kira dari pakian, rumah dan juga juadah di hari raya. Dalam entri kali ini PapaG nak kongsikan andata kuih-kuih raya yang popular dan menjadi pilihan PapaG bila tibanya hari raya. Rasanya kalau PapaG beraya ke rumah orang kuih-kuih ini la yang akan PapaG cari dulu.

Kuih biskut raya pilihan

1. Semperit Susu


kuih-raya-pilihan-popular-tahun-ini

2. Biskut Red Pearl



3. Biskut Mazola a.k.a. Biskut Kacang Tanah




4. Biskut Sarang Semut



5. Tart Nenas Gulung



6. Semperit Dahlia/Biskut Bunga Dahlia 



7. Almond London


Inilah dia antara kuih raya yang menjadi pilihan PapaG masa hari raya. Korang pula apa pilihan biskut raya korang? Ada yang sama tak dengan PapaG? Tapi kan dalam banyak-banyak biskut ni, Tart Nanas Gulung adalah yang menjadi sangat-sangat favourite PapaG. Rasanya kalau beli masa bulan puasa, masuk bulan syawal dah abes dah tart tu. Jadi kena beli lebih sikit la kalau tart gulung tu. Hehehe.

Macam rasa dah nak dekat je kan raya bila cerita tentang kuih raya ni. PapaG biasa buat kuih tunjuk-tunjuk je. Tak mampu nak buat sendiri guna tangan. Kanng jadi biskut lain kang. Heheheh. Ok la sampai di sini sahaja perkogsian dari PapaG.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Susuk 'PENGETAT' Dengan Jus Orlin Dari ALLUDRA INTERNATIONAL

Susuk 'PENGETAT' Dengan Jus Orlin Dari ALLUDRA INTERNATIONAL

JUS ORLIN Dari ALLUDRA INTERNATIONAL Rahsia Wanita Bahagia


Assalamualaikum

Susuk 'PENGETAT' Dengan Jus Orlin Dari ALLUDRA INTERNATIONAL | Kecantikan wanita bermula dari dalam. Oleh itu, penjagaan dalaman dan aset kita perlu dititikberatkan. Untuk menyelesaikan masalah ini, langkah terbaik adalah dengan mengamalkan Jus Orlin dari Alludra International.


Khasiat Jus Orlin dari Alludra International sangat baik untuk wanita. Orlin Botanical Drink, minuman tenaga yang diformulasikan khas untuk golongan wanita untuk membantu meningkatkan tenaga luaran dan dalaman. Orlin juga membantu menganjalkan kulit, otot pinggul dan payudara serta memperkemaskan sistem dalaman wanita untuk memberi lebih keyakinan. Pasti bila kita bertenaga setiap urusan kerjaya dan rumahtangga akan dilakukan dengan sempurna. Sebab tu PapaG katakan jus Orlin ni macam susuk 'Pengetat'. Hehehe

Khasiat Jus Orlin Alludra International

Antara khasiat dari Jus Orlin Alludra International khas untuk wanita diluar sana ialah :

TENAGA DALAMAN
Orlin membantu membina semula tenaga dalaman wanita agar sentiasa segar dan cergas sepanjang hari. Wanita bekerjaya semestinya menginginkan tenaga sepanjang hari di tempat kerja dan selepas pulang ke rumah. 

PAYUDARA
Usia bukanlah penghalang untuk kaum wanita kelihatan sentiasa cantik dan berseri. Jus botanikal Orlin membantu MENAIKKAN, MENEGANGKAN dan MENGANJALKAN semula aset terpenting wanita iaitu payudara agar anda sentiasa lebih yakin dengan penampilan diri semasa diluar dan dirumah. 

HORMON
Masalah hormon sering menjadi pengganggu kepada emosi luaran dan dalaman wanita. Tekanan luaran dan dalaman juga memberi kesan terhadap ketidakstabilan hormon. Jus ORLIN terbukti membantu menstabilkan semula masalah ini untuk kehidupan yang lebih segar dan aman sepanjang masa. 

KULIT
Minuman kesihatan Orlin membantu memberi kesegaran kepada kulit. Produk ini juga membantu mempercepatkan proses pemutihan kulit agar lebih bersinar dan berseri sepanjang hari.Kulit anda pasti kelihatan lebih anjal.

Selepas beberapa minggu menggunakan Jus Orlin dari Alludra International


Masa mula nak cuba tu wife PapaG agak takut sebab tag line dia tu macam sangat over. Ketat mengetat je kan. Tapi yang sebenarnya Jus Orlin ini more to supplement untuk menambahkan tenaga dan juga menjaga kesihatan untuk wanita. Ternyata ia berkasan. Wife PapaG yang sebok dengan urusan mengajar ditambah dengan jaga anak sendirian. Yela kami ni kan duduk berjauhan. Wife yang jaga anak sendirian. Alhamdulillah dia dapat tempuhi dengan penuh semangat dan kekal ceria bertenaga. Alhamdulillah. Thank you Jus Orlin. 



Untuk keterangan lebih lanjut dan banyak lagi testimoni dari pengguna yang telah mendapat manfaat dari Jus Orlin Alludra International boleh lah lawati :


Atau hubungi terus pengasas produk Puan Arifah, 017-6767 966


With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com