4.5.16

Perkara Yang Lelaki Tidak Suka | JANGAN SUKA MEMBANDING

Assalamualaikum semua. Sebagai seorang lelaki ada juga perkara-perkara yang mereka tidak suka. Mungkin perkara-perkara yang lelaki tidak suka ini mempunyai sebab-sebab tersendiri kenapa mereka tidak suka. Mungkin anda sebagai wanita perlu mengetahui serba sedikit tentang perkara yang tidak disukai oleh seorang lelaki bagi membolehkan anda memahami isi hati lelaki dengan lebih mudah. 

Perkara Yang Lelaki Tidak Suka

Sebagai lelaki perkara yang paling PapaG tidak suka ialah bila orang yang kita sayang itu cuba untuk membanding-bandingkan kita dengan orang lain. Sebagai contoh membandingkan kejayaan lelaki lain dengan kita, bercerita hal kelebihan seseorang lelaki pada kita dan banyak lagi. Lebih-lebih lagi jika lelaki yang dibandingkan itu merupakan lelaki yang kita tidak suka. Pasti akan rasa sedikit tidak senang dan benci dalam hati. Betul tak? Jadi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku, elakkan membandingkan seseorang lelaki dengan suami atau orang yang anda sayang. Mungkin perkara yang lelaki tidak suka ini boleh membawa kepada pergaduhan dalam perhubungan anda. Berhati-hati.

lelaki-kacak-perkara-lelaki-tidak-suka

Perkara Lain Yang Lelaki Tidak Suka

Sifat dan lumrah seorang lelaki yang tidak sukakan kongkongan. Jadi selain banding membandingkan, sikap queen control seseorang wanita kadang kala menjadi perkara yang lelaki tidak suka dalam perhubungan. Mungkin kadang kita nampak lelaki ni buat sahaja apa yang disuruh tapi sampai satu tahap nanti lelaki ni akan buat sesuatu. Yang pasti, lelaki tidak suka wanita lebih berkuasa dalam perhubungan tau. Hati-hati.

Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau wanita itu bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut kalau korang bukan calon isteri pilihan. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.

Usah meminta-minta dengan apa yang korang dapat dari suami atau teman korang. Kalau boleh biarkanlah seorang lelaki itu beri hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble. BAHAYA...!!!!

Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan memberi peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya. Sekali di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu. Babaiiii........

Rasanya banyak lagi perkara-perkara yang tidak disukai oleh lelaki yang boleh kita listkan. Tapi percayalah mempelajari seseorang yang kita sayang ni bukanlah boleh dalam masa satu hari. Ia memakan masa yang lama. Sebenarnya bila kita sudah hidup bersama, makan sepinggan, tidur sebantal dan duduk satu bumbung baru la kita dapat belajar sedikit-demi sedikit tentang perkara yang pasangan kita suka dan tidak suka. Yang penting setiap penghuni dalam rumah tangga itu harus sama-sama saling berbincang dan mempunyai rasa ingin memahami pasangan dengan lebih dalam lagi. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan? So, berkenal-kenalan la dengan suami atau isteri anda.

With Love
Papaglamz

-sekian-

4 ulasan:

  1. betul.. betul.. lelaki tak suka dibanding-bandingkan walaupun kita hanya bergurau.. ermmm.. perempuan pun tak suka juga dibanding-banding tapi perempuan akan tunjuk dgn cara cemburu dan merajuk.. tapi lelaki akan pendam dalam diam.. lagi BAHAYA...!

    hehheehhee.. :)

    BalasPadam
  2. Erm..jdi jgn lah memuji lelaki lain di hdpn si dia..merajuk. hati nnti

    BalasPadam
  3. Nampak je tak kisah tapi sebenarnya jeles woo bila cite pasal lelaki lain.. ekekeke..

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com