Assalamualikum semua. Tast nanas, siapa yang tak suka kan? Antara kuih yang PapaG suka kalau hari raya. Tentu ramai yang mencari resepi tart gulung nanas kan. Yela mesti korang semua dah mula buat list kuih raya apa yang korang nak buat sajian untuk hari raya nanti kan? Ok, dalam entri kali ini PapaG kongsikan sedikit resepi mudah untuk membuat tart gulung nanas. Selamat mencuba.
Resepi Tart Gulung Nanas
45-50 biji bergantung pada saiz acuan
Doh:
165g @ 1 1/4 cawan tepung gandum***
8g @ 1 sudu besar rata tepung jagung***
12g @ 1 1/4 sudu besar rata tepung kastad***
***diayak
8g @ 1 sudu besar rata susu tepung
125g @ 1/2 buku pure butter, suhu bilik - jangan lembik sangat
1/2 sudu besar gula kastor
1/2 biji kuning telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
Inti jem nenas: 5g+- sebiji
Sapuan:
1 biji kuning telur
1sb suhu cair/UHT (susu segar)
sedikit pewarna telur kuning
*semua bahan digaul bersama. Baca dalam forum kalau nak warna cantik letak sikit susu dan pewarna kuning
Cara buat doh tart:
- Pukul mentega, susu tepung, dan gula hingga sebati. Tak perlu sampai kembang, pakai whisk telur sahaja pun ok.
- Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
- Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga sebati dan lembut (kalau susah nak picit keluar dari acuan, tambah mentega. Kalau terlebih lembik, tambah sikit tepung).
- Panaskan oven 150C.
- Ambil doh dan tekan acuan tart lebih kurang sepanjang 5cm atau lebih, dengan bahagian bergerigi acuan memandang ke bawah (ku guna acuan semperit je).
- Letak inti jem nenas pada hujung doh, kemudian gulung secara perlahan guna hujung jari.
- Susun atas dulang membakar (atau boleh juga terus dimasukkan ke dalam cawan kertas untuk almond london tu).
- Ulangi sehingga habis. Sapu permukaan doh tart dengan kuning telur. Tip: Untuk mudah sapu kuning telur, simpan doh tart yang sudah siap dalam peti sejuk untuk beberapa minit atau hingga doh keras sikit, baru disapu kuning telur. Kalau terus sapu leceh, adunan sangat lembut lebih-lebih lagi kalau guna berus plastik. Atau, 5+- minit sebelum tart betul-betul masak, baru disapu kuning telur.
- Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak. Jangan suhu terlalu tinggi@ terlebih lama bakar, tart akan merekah.
TIP: Untuk elak doh mengeras atau kering ketika proses memicit dan menggulung, tutup bekas berisi doh dengan tuala atau cling film
Selamat mencuba
With Love
Papaglamz
-sekian-
Tahun ni panjang sikit cuti kalau rajin boleh lah buat tart nenas. Hehe :D
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi. Ewah, puasa pun belum lagi kan tapi dah excited nak cari kuih raya haha
BalasPadam