Assalamualaikum semua. Tentu sekali sudah ramai yang telah pun menonton filem X-Man Apocalypse yang terbaru pada tahun 2016 ni kan? Membaca review-review tentang filem X-Man yang terbaru ini membuat PapaG begitu teruja untuk menonton juga. Dan alhamdulillah, PapaG dah menonton filem X-Man ni. PapaG bagi 9.5 daripada 10 bintang untuk filem X-Man kali ini. Dan antara watak yang PapaG suka pada siri kali ini ialah Jean. Jelas terlihat impak terbesar watak Jean dalam X-Man Apocalypse ni walaupun pada permulaan penceritaan, wataknya agak perlahan. Tapi bila cerita mula menuju penamatnya, watak jean seakan mencantas watak-watak lain dan mampu memberi kesan yang mendalam kepada para penonton
Secara keseluruhannya, bagi PapaG siri X-Man pada kali ini membawa para penonton kepada bagaimana watak Jean, Storm dan juga Scott boleh terbabit di dalam dunia X-Man. Bagaimana cerita Storm yang pada mulanya jahat kemudian menjadi baik, bagaimana Scott yang baru merasa akan kuasanya serta bagaimana Jean yang mempunyai kawalan kuasa minda sedang dirawat oleh Professor X supaya kuasanya dapat di stabilkan. Memang menerujakan. Korang memang patut menonton.
Namun, dalam penceritaan ketiga-tiga watak ini, bagi PapaG watak Jean lebih memberi impak yang mendalam pada penonton. Sudah pasti bagi mereka yang menonton siri X-Man 1, 2 dan 3 akan terngiang-ngiang didalam kotak fikiran masing-masing akan cerita bagaimana Jean yang terbunuh berdekatan dengan empangan kemudian hidup semula dan kemudian mati semula apabila Wolverin terpaksa membunuhnya didalam X-Man The Last Stand. Memang sangat menarik.
Walaubagaimanapun, tanpa garapan dan bantuan semua pelakon didalam siri terbaru X-Man ni, cerita ini tidak akan berjaya. Jangan dilupa watak jahat utama iaitu En Sabah Nur. Mutan yang mahu menjadi pemerintah dunia dan mahu manusia semua mati adalah antara kekejaman yang menunjukkan beliau sangat berkuasa antara mutan-mutan yang ada. Walaupun boleh dikatakan dia telah tidur didalam kegelapan selama beberapa ratus tahun lamanya, dengan kuasa yang beliau ada, beliau mampu untuk mempelajari dunia moden dengan sendirinya.
Seperti biasa dalam siri X-Man yang lain, pengarah menggarapkan beberapa konflik antara mutan itu sendiri. Tak lain tak bukan konflik antara Profesor X dan juga Magneto. Perbezaan pendapat tentang 'harapan' kehidupan yang aman antara mutan dan manusia yang diilhamkan oleh Profesor X sendiri seringkali ditentang oleh Magneto. Namun, atas dasar persahabatan, mereka sanggup mengenepikan ideologi masing-masing demi menyelamatkan dunia.
Banyak lagi cerita-cerita menarik dalam siri terbaru X-Man ni. Antaranya bagaimana anak dan isteri Magneto terbunuh, bagaimana kepala Profesor X menjadi botak, Bagaimana rambut storm menjadi putih dan yang paling best macam mana Jean mendapat kuasa Pheonixnya di ceitakan pada babak-babak terakhir cerita ini. Nak tahu kesemua jawapan ini korang kena menontonnya sendiri. PapaG tak nak jadi spoiler. Hehehe. Selamat menonton.
With Love
Papaglamz
-sekian-
x tengok lagii...
BalasPadamPapa G, pembetulan, bukan X-Man, X-Men yang sebetulnya. Ringkasan utk Prof Xavier's Men
BalasPadam