9.5.16

4 Cara Menggunakan Alat Pemadam Api Portable Fire Extinguisher (PFE)

Assalamualikum semua. Semua tahu kebakaran boleh terjadi tanpa disedari. Oleh sebab itu beberapa langkah pencegahan dan pemberi amaran kebakaran harus dibuat. Antaranya sistem penggera kebakaran dan juga penyediaan Alat Pemadam Api. Oleh kerana PapaG bertukar di bangunan baru, jadi kena la buat sedikit inventory dan juga report tentang Portable Fire Extinguhiser di bangunan baru ni. Alang-alang buat report tu siap-siap la sekali cara menggunakan alat pemadam api portable fire extinguisher (PFE) ni. Tak susah mana sebenarnya. Tapi tak susah pun jika kita tidak tahu akan menjadi satu masalah juga kan?

Cara Menggunakan Alat Pemadam Api Portable Fire Extinguisher (PFE)

Terdapat satu teknik khas untuk menggunakan fire extinguisher iaitu teknik PASS. Teknik PASS ini adalah ringkasan daripada Pull, Aim, Squeeze dan Sweep. Tapi perlu diingat, sebelum anda cuba untuk memadamkan api, PENTING untuk anda pastikan jarak anda dari sumber api adalah lebih dari 2.5 meter.

Teknik PASS

PASS

1.      Pull the Ring (Tarik Cincin)

Ketika terjadi kebakaran, ambillah Portable Fire Extinguisher (PFE) yang berada dekat Anda dan pergi ke lokasi kebakaran. Kemudian cabut ring yang mengunci di PFE, 

2.      Aim Low (Arahkan kebawah)

Selepas pin sudah ditarik, arahkan nozel kearah bawah di dasar sumber api. Tapi sebelum itu, harus diingati, perhatikan pergerakan arah Angin. Arakahkan nozel anda searah dengan arah angin.

3.      Squeeze the lever (Tekan Tombol)

Untuk mengeluarkan isi PFE anda, tekan tuas yang ada di PFE tersebut.   

4.      Sweep side by side 

Gerakkan nozel ke kiri dan ke kanan

Maju perlahan secara hati-hati menghampiri kawasan yang terbakar lalu arahkan sehinggalah api benar-benar padam. Jika belum padam, ambil PFE baru dan mulai dari tahap awal.

Ingat !!! PFE digunakan hanya untuk mengawal kemarakan api sahaja. Bukan untuk memadam. Hanya kebakaran yang kecil sahaja boleh menggunakan PFE ini. Oleh kerana PFE hanya mampu mengeluarkan bahan pemadam api selama beberapa minit sahaja, anda perlu menggunakannya dengan betul supaya tidak membazir.

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com