17.5.16

Sky Box Tarikan Terbaru Di Menara Kuala Lumpur Kini Viral

Assalamualaikum semua. Jika sebelum ni viral tentang dinner in sky. Terbaru Sky Box yang menjadi tarikan terbaru di Menara Kuala Lumpur kini menjadi viral di laman-laman sosial. Ternyata Sky Box bakal menjadi tarikan terhangat di Menara Kuala Lumpur tak lama lagi. Apa tidaknya bilik kaca yang terletak pada ketinggian 300 meter dari aras laut dan berada di sisi menara Menara Kuala Lumpur itu membolehkan kita melihat persekitaran Kuala Lumpur dengan lebih jelas dan cantik. Ditambah pula viewnya berlatarbelakangkan Menara Berkembar KLCC. Ya Allah bestnya kalau PapaG dapat pergi ke sana. Insyallah satu hari nanti. Boleh bawa family sekali kan? Melalui pembacaan PapaG dari sinar harian online, 

sky-box-menara-kuala-lumpur
Sumber : Sinar Harian Online

Gayat pada ketinggian

Bila PapaG bayangkan satu kotak kaca yang berada pada paras ketinggian 300 meter tentu sekali bila berada di dalam sky box itu kita kan berasa agak gayat. PapaG gayat ke tak? Seriously PapaG ni boleh la dikataan seorang yang gayat. Lebih-leboh lagi kalau menaiki tangga scaffolding. Even ade safety harness pon kekadang gayat jugak. Tapi bila masuk bab kerja gayat-gayat kena harung jugak la scaffolding tu kan. Memula gayat. Tetapi alhamdulillah sekarang ni rasa gayat sudah berkurangan. ITU MIND SET je semuanya. Hehehe

PapaG terbaca satu artikel tentang orang yang takut akan ketinggian ni di namakan acrophobia. Ketakutan pada ketinggian ini sebenarnya ia adalah reaksi manusia secara semulajadi. Yela, sifat semulajadi diri kita yang hendak memberi perlindungan pada tubuh badan kita. Kadang bila berada pada tahap ketinggian yang tidak normal, otak kita akan berkata "eh bahaya ni", haaa dari sini la titik mula bagaimana perasaan takut atau gayat pada ketinggian yang bertindak untuk melindungi tubuh kita bermula. Maknaya, set kan dalam minda kita bahawa tak bahaya la panjat-panjat tempat tinggi ni kan. Mula-mula mungkin tak berjaya. Insyallah kalau train banyak kali sure OK.

Sesiapa yang gayat tu dan rasa nak try juga SKY BOX di Menara Kuala Lumpur ni, latih-latih la mengurangkan gayat tu. Mampu..? Hehehe. Ye la, nanti rugi je bayar tiket mahal-mahal tapi tak enjoy pun dalam sky box tu nanti kan? PapaG cadangakan cuba try test menara taming sari di Melaka dulu sebelum naik Sky Box ni. Mana tahu membantu kan? Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. wahh teringin nak ke sana !!

    BalasPadam
  2. huhuh, bagi lah rm100 pun , mmg takkan jejak atas tu ... gayat huhuhhuh

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com