Baca juga

Lelaki Ni Susah Betul Nak Tunjuk TANDA SAYANGNYA Pada Si Dia

Lelaki Ni Susah Betul Nak Tunjuk TANDA SAYANGNYA Pada Si Dia

Tanda cinta seorang lelaki


Assalamualaikum

Lelaki Ni Susah Betul Nak Tunjuk TANDA SAYANGNYA Pada Si Dia | Ramai suami mencintai isteri mereka tetapi tidak mempamerkannya. Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka (Sukan, kereta, gadjet atau politik). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.

tanda-cinta-seorang-lelaki

Tapi kan korang kena la faham, biasanya lelaki atau suami memang tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan KERAP seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka. Tapi, kami-kami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa kami ni sangat mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai.

Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan. Contohnya, Suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami. Dan sebagainya. Jangan sebab tak ucapkan kata-kata cinta terus cop kami ni tak sayang kat korang. Tak baik tau...!!! Sedih kami... (-_-)

Sah-sah terpengaruh dengan cerita-cerita adaptasi novel masa kini kan? Nak suami yang penyabar, sweet, kacak, hensem, kaya, murah dengan kata-kata cinta dan senyuman dan macam-macam lagi la yang kesemuanya adalah KHAYALAN semata-mata. Mana nak dapat lelaki yang macam tu? Ko tunggu la sampai bulan jatuh ke riba pun tak mungkin ade. Hehehe. Just bersyukur la dan redha andai dapat suami yang beriman, baik, ikhlas meyayangi, dan mampu beri kebahagiaan didunia dan akhirat. Macam PapaG.. Upsssss....!!!!! #Tetiba

p/s : Maaf jangan kecam saya. (^_^)y

Tags:
Jam Tangan Pelengkap Gaya Elegan Bersahaja Seorang Lelaki

Jam Tangan Pelengkap Gaya Elegan Bersahaja Seorang Lelaki

Jam tangan aksesori pelengkap gaya seorang lelaki


Assalamualaikum

Jam Tangan Pelengkap Gaya Elegan Bersahaja Seorang Lelaki | Dalam bergaya lelaki dan wanita amat jauh bezanya kan? Gaya bagi seorang lelaki adalah lebih simple berbanding wanita. Bak kata orang simple but nice. Dalam banyak-banyak aksesori gaya bagi seorang lelaki, jam tangan merupakan aksesori yang paling mudah dan senang untuk digayakan bagi setiap lelaki. Jika dulu, mungkin ramai lelaki memilih untuk memakai jam tangan yang berwarna gold kerana ingin menunjukkan kemewahan dan elegan. Tetapi tidak kini, lelaki kini lebih memikirkan kekemasan dan kesederhanaan tetapi masih menunjukkan sifat elegan.

gaya-jam-tangan-lelaki

Kalau korang nak tahu bagi kebanyakan lelaki, jam tangan adalah aksesori utama untuk mereka. Ada sesetengah lelaki mementingkan harga jam tangan. Makin mahal, maka makin bergaya. Ada pula yang meminati nilai estetika dan sentimental yang ada pada jam serta mengumpulnya sebagai hobi. Jam tangan juga menjadi pilihan popular dalam senarai hadiah dan hantaran kahwin masa kini. Bagi PapaG cukup andai mampu untuk membeli dan nampak cantik walau harga tidak berapa mahal dan membebankan itu sudah cukup. Jangan pula di sebabkan mahu yang mahal, terpaksa mengikat perut pula nantikan?

gaya-jam-tangan-lelaki
Jam tangan digital

Jam tangan dipasaran kini kebanyakannya mempunyai dua pilihan iaitu dalam bentuk digital dan juga analog. Antara duajenis ni, yang mana pilihan korang? PapaG suka jam yang analog. Ia nampak lebih matang jika seorang lelaki memakainya dan nampak lebih KACAK macam PapaG ni. Hehehe. Untuk digital biasanya ia diminati oleh lelaki-lelaki yag menyukai aktiviti lasak seperti bersukan, hiking dan sebagainya. Ini kerana jam berbentuk digital memudahkan mereka untuk merekod waktu sebagai contoh waktu larian, stop watch dan sebagainya. Dan kebanyakan jam digital mempunyai fungsi-fungsi yang lain sebagai contoh boleh mengira heart bit, mengira kalori yang hilang selepas latihan dan macam-macam lagi. Fungsi-fungsi ini mengikut jenis, jenama dan teknologi yang ada dalam jam tu sendiri.

Jadi kesimpulannya seitap lelaki perlukan jam tangang. Bukan hanya untuk bergaya. Tetapi juga sebagai alat penunjuk masa supaya kita lebih disiplin dalam mengikut jadual waktu harian kita.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:
Aloe Vera Forever Living Jadi Viral Sebab Nitizen Percaya Dengan Khasiatnya

Aloe Vera Forever Living Jadi Viral Sebab Nitizen Percaya Dengan Khasiatnya

10 SEBAB Utama Untuk MEMINUM Gel Aloe Vera FOREVER LIVING


Assalamualaikum

Aloe Vera Forever Living Jadi Viral Sebab Nitizen Percaya Dengan Khasiatnya | Ramai yang kata kesihatan kita bermula dari usus kita. Yup....!!! PapaG akui. Dan bermacam produk kesihatan yang ada di pasaran kini lebih menumpukan pada kesihatan usus kita. Lebih mudah untuk kita faham, kesihatan usus amat sinonim dengan proses detoksifikasi dalam badan kita. Satu bahan yang amat membantu dalam proses detok ialah Aloe Vera. Dan....!!!! Forever Living mengeluarkan satu produk detok yang amat popular dan menjadi viral dengan menggunakan aloe vera sebagai bahan asasnya. 

kebiakan-forever-living

Aloe Vera Gel Forever Living sangat digemari kerana ia sangat berkesan untuk mencuci kotoran, mendapan dan kerak yang terdapat pada saluran usus. Aloe Vera Gel Forever Living lembut pada perut namun cukup berkuasa untuk meresap dan menanggalkan kotoran dan mendapan degil yang melekat berkurun lama pada dinding usus anda.

Antara kebaikan lain Aloe Vera dari Foreve Living

Membina Badan
  • Ia mengandungi 20 JENIS asid amino, termasuk 7 asid amino PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan.


Sifat Pemulihan
  • Ia mengandungi 12 unsur semulajadi yang dapat membantu memulihkan luka akibat calar-calar, luka-luka kecil, luka terbakar dan lain-lain.


Kesihatan dan Kebersihan Gigi
  • Menggalakkan gusi dan mulut yang sihat. Satu kajian pada 2008 yang diterbitkan dalam Journal Applied Oral Science mendapati bahawa aloe vera adalah LEBIH BERKESAN daripada 2 jenama ubat gigi yang utama. Menggabungkan penggunaan Forever Bright Toothgel dengan pengambilan Gel Aloe Vera berpotensi menyokong kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi anda.


Mempercepatkan Penyembuhan dan Pembaikpulihan
  • Gel Aloe Vera meningkatkan fungsi fibroblas iaitu sel yang membantu pembentukan KOLAGEN dan ia juga menolong melegakan kelecuran, luka-luka dan calar-calar kecil serta kegatalan kulit.


Pembaikpulihan Elastin & Kolagen
  • Ia dapat menokok bekalan bahan-bahan binaan untuk menghasil dan mengekalkan kulit yang sihat.


Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat & Meningkatkan Tahap Tenaga
  • Secara semulajadi dapat menggalakkan pembersihan sistem penghadaman kita. Dengan demikian, meningkatkan tahap tenaga serta membantu mengekalkan BERAT BADAN yang IDEAL.


Menyokong & Menggalakkan Fungsi Sistem Ketahanan Badan
  • Kandungan unsur-unsur perangsang dapat membantu menggalakkan fungsi sistem pertahanan badan kita.


Sistem Penghadaman Yang Semulajadi
  • Secara semulajadinya, Gel Aloe Vera mempunyai keupayaan membersih, dengan demikian membantu pergerakan usus dan meningkatkan penyerapan protein serta nutrien lain.


Membekalkan Mineral Surih
  • Ia mengandungi 20 mineral semulajadi termasuk kromium, magnesium, mangan, kuprum dan zink.


Membekalkan vitamin Semulajadi
  • Ia mengandungi vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik, niasin, B6, B2, B1, C, E dan A.

Produk Berasaskan Aloe Vera Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Selain daripada Aloe Vera Gel yang popular tu, Forever Living turut mengeluarkan pelbagai lagi produk berasaskan aloe vera untuk kesihatan dan kecantikan. Antaranya termasuk lah Forever Bee Honey, Forever Bright Toothgel, Avocado Face & Body Soap dan Forever Sun Lips.

kebaikan-forever-living

Kalau korang nak cuba Aloe Vera Gel yang mempunyai pelbagai khasiat terutama untuk detox tu boleh lah cuba rangkaian produk daripada Forever Living ni. Hubungi agent Forever Living yang boleh dipercayai tau.

Facebook : Fara Hana
Instagram : @farahamzah.my
Telefon : 0136283485

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags;
Cafe Cerita Kambing di Aggerik Mall, Shah Alam

Cafe Cerita Kambing di Aggerik Mall, Shah Alam

Tempat makan pilihan ramai


Assalamualaikum

Cafe Cerita Kambing di Aggerik Mall, Shah Alam | Kalau ke Shah Alam lelebih masa makan tengahari, antara tempat makan yang mejadi pillihan PapaG untuk singgah ialah Cafe Cerita Kambing. Walaupun PapaG belum sempat nak singgah di cafe tersebut, tetapi PapaG dan rakan-rakan blogger pernah merasa masakan mereka ketika First EFG Gathering tempoh hari. Maksudnya di sini, kita juga boleh menempah makanan dan bawa ketempat majlis kita juga. Bukan hanya makan di cafe. 

Dah nama pun Cafe Cerita Kambing kan. Jadi, antara menu paling popular ialah masakan kambing. Bariani kambing dia sangat sedap. PapaG makan siap bertambah dua tiga kali tau. Hehehe. Selain menu kambing, ada juga masakan lain seperti ayam masak merah, daging kurma dan rojak yang mereka hidangkan di gathering kami. Ternyata mereka bukan hanya pakar dalam masak kambing, malah masakan lain juga mereka pakar yer.

Berikut antara menu yang ada masa 1stEFGathering


 Kambing bakar terlajak laris

 Acar gojes

 Kari Kambing

 Ayam Masak Merah

Pengat Pisang

Ternyata di Cafe Cerita Kambing ni makanan popularnya ialah Beriani Kambing. Zakaria merangkap chef dan juga pemilik cafe ini berkata, resepi masakan di cafenya merupakan resepi turun temurun keluarganya dan masih kekal sehingga ke hari ini. Resepi yang berasal dari Endau, Johor sudah pasti mempunyai rasa yang amat istimewa kerana mereka hanya memilih ramuan yang berkualiti dan menggunakan beras basmathi.

Cafe cerita kambing terletak di Tingkat 1, Anggerik Mall, Shah Alam dan beroperasi bermula pada pukul 11 pagi dan dikatakan pada pukul 4 petang makanan di cafe mereka telah habis. Ok bagi yang mencari-cari menu makan tengahari tu, PapaG cadangkan korang pergi Cafe Cerita Kambing ni tau. 

Kalau korang nak buat tempahan boleh juga hubungi chef sendiri:

Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah :  019 2816 308  ( tel )  | 019 3531 320 ( whatsapp )

With Love
Papaglamz

-sekian-
Sebab Kenapa Kebanyakan Seluar Dalam Lelaki Dijual Dalam Kotak Dan Perempuan Pula Berselerak

Sebab Kenapa Kebanyakan Seluar Dalam Lelaki Dijual Dalam Kotak Dan Perempuan Pula Berselerak

Pilihan seluar dalam lelaki


Assalamualaikum

Sebab Kenapa Kebanyakan Seluar Dalam Lelaki Dijual Dalam Kotak Dan Perempuan Pula Berselerak | Pernah terfikir tak sebelum ni? Memang kalau kita pergi mana-mana kedai atau shopping complex, di bahagian seluar dalam lelaki, kebanyakan semua dijual di dalam kotak berbanding seluar dalam wanita kebanyakannya dijual berselerak je. Lebih-lebih lagi kalau ada offer jualan seluar dalam perempuan, berlonggok-longgok je diorang jual. Tak de sebarang kotak pon. Rasanya kenapa situasi ini terjadi? Jom PapaG kongsikan kenapa kebanyakan seluar dalam lelaki dijual didalam kotak berbanding wanita hanya berselerak je.

seluar-dalam-lelaki-seksi

1. Marketing Strategy

Jika seluar dalam lelaki dijual secara berselerak, lelaki akan membeli sehelai sahaja. Ini kerana sepasang seluar dalam sudah mencukupi bagi lelaki (Hahaha). Kalau dijual sekotak, nak tak nak mereka kena beli 5 helai dengan harga 5 helai.

Jika seluar dalam wanita dijual dalam kotak, perempuan akan beli sekotak sahaja kerana satu kotak ada pelbagai pilihan warna. Tetapi jika dijual berselerak, wanita mempunyai skop pilihan yang amat luas dan merasa 5 helai pun belum tentu cukup.

2. Memilih

Wanita lebih suka memilih sebelum membeli. Manakala lelaki terus beli dengan hanya melihat saiz yang tertera di kotak.

3. Warna & Ciri-Ciri Seluar Dalam

Selain dari warna, tiada apa ciri-ciri seluar dalam yang hendak diambil kira oleh kaum lelaki.

Jika seluar dalam wanita diletakkan dalam kotak, habis semua kotak akan dibuka dan ini akan mendatangkan amarah pada tauke kedai.

4. Pemalu

Sebenarnya kaum lelaki adalah pemalu. Jadi kotak itu melambangkan bahawa lelaki mempunyai sifat malu yang amat tinggi berbanding wanita?

Haaa pelik kan? Tapi ada logiknya jugak kan? 

With Love
Papaglamz

-sekian-


Tags:
Resepi Sotong Celup Tepung Mudah

Resepi Sotong Celup Tepung Mudah

Resepi sotong celup tepung simple


Assalamualaikum

Resepi Sotong Celup Tepung Mudah | Kalau pergi ke Terengganu, antara makanan popular di sini ialah sotong celup tepung. Sotong celup tepung ni macam makan-makan sambil santai petang-petang gitu la. Ada juga sotong celup tepung yang dimakan sekali dengan nasi dan ikan bakar. Banyak kedai-kedai makan di sekitar tempat PapaG duduk ni yang menyajikan sotong celup tepung bersama-sama menu ikan bakar dan macam-macam lagi.

sotong-celup-tepung

Dalam banyak-banyak jenis sotong celup tepung, PapaG suka sotong celup tepung yang akak rangup tepung dia. Kalau makan tu bunyi kruk krak kruk krak. Ok la untuk entri kali ini PapaG nak kongsikan resepi mudah Sotong Celup Tepung yang boleh korang cuba.

Bahan-bahan

4 ekor sotong
1 cawan kecik tepung gandum
1/2 cawan kecik tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dkt sotong dan dalam tepung)

Cara-cara

Tepung2 tu sekalikan aje...Letak garam sikit.. Jangan lupa gaulkan jugak sotong tu dengan garam nak bagi rasa...

Telur yang sebiji tu, kita kacau lepas tu masukkan separuh gabungan tepung tadi...kacau tepung dengan telur bagi tak beketul ketul tepung tu.

Celup sotong dalam adunan tepung dan telur, lepas tu, celupkan pulak dalam balance gabungan tepung tadi.. Bagi menghasilkan sotong goreng tepung yang rangup. (korang paham ke?)

Pastikan minyak dah betul betul panas n api sederhana... dah masuk dalam kuali, pastikan tutup dengan tudung periuk untuk makesure masak sampai dalam sotong tu..Bukan dkt luar je..

Bila dah kaler brown, angkat guna penapis n makesure dah kering betul minyak baru letak atas tisu... Kalau terus letak atas tisu, memang akan gagal untuk dapat sotong goreng tepung yang rangup malah lembik.

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Luahan Hati Lelaki Ini Sebagai Ayah Meruntun Hati Yang Membaca

Luahan Hati Lelaki Ini Sebagai Ayah Meruntun Hati Yang Membaca

Hati seorang ayah


Assalamualaikum

Luahan Hati Lelaki Ini Sebagai Ayah Meruntun Hati Yang Membaca | Hari cuti ni dok skrol timeline FB terjmpa satu posting yang amat meruntun hati yang memebaca. PapaG amat faham apa yang ingin di sampaikna oleh pemilik hati seorang ayah ni. Sebab situasi kami berdua adalah sama. Seorang ayah yang tidak berpeluang untuk melihat secara depan mata anaknya membesar dek kerana kekangan kerja. Jom PapaG kongsikan luahan hati ayah ni.

baby-girl-and-father

*************
As a father, mestilah aku sedih jugak bila banyak benda aku terlepas lalui detik anak aku membesar and xdapat selalu ada dengan dia. Anak sulung and perempuan. For sure she's my princess.

This week, mama dia belikan mainan kereta sorong, I'm not there to share the excitement sekali.

This week, first time dia belajar pakai selipar, I'm not there ajar dia jalan properly and show her, sama ja baby macam pakai kasut. 

Even awal2 first dia belajar berjalan pon aku xdapat tgk/ajar dia. Few weeks after baru balik.

Cuma alhamdulillah, bila balik, dia macam gam melekat dengan aku. And apa2 semua datang dekat papa.

Ada orang cakap, kenapa hg xresign ja. Balik duduk kampung. Wife hg dah kerja kedah.

I wish that making decision in life was that easy. You got one point, there you go. It is a wise decision and you should make it.

Ada orang kata, xkan hg sayang kerja hg lebih dari family sendiri.

Tapi dia xtau, wife dapat posting kedah was not part of the plan at all. Apa yang ada sekarang was plan before kawen lagi.

Kalau berhenti, ada puluhan ribu hutang wang yang perlu diganti. 
Kalau berhenti, terlepas cita2 sejak dari matrikulasi. 
Kalau berhenti, mungkin dah susah untuk habiskan pengajian nanti. 
Kalau berhenti, sia2 usaha dapat tempat yang diimpi.

Susah bagaimana nak terangkan dilema keputusan kehidupan yang kau perlu buat bagi orang faham. Even kau sebenarnya xperlu pon terangkan supaya dia faham. Dan aku buat semua keputusan lepas berbincang dengan isteri. It was not solely my decision.

And how I hope people will stop ask/makes heartbreaking questions/statements that makes me looks like irresponsible father/husband like, "kenapa xresign ja? Balik la duduk dengan family." "Alah, puluhan ribu duit tu boleh dicari".

Mungkin aku kena terangkan definisi dilema sekali.

Hey, aku bukan selalu luah perasaan kat FB pon. Bagi la chance.

The end.

******************

Walau apapun, kehidupan harus diteruskan. Hanya mampu positif dan redha dan percaya ada hikmah di setiap perancangannya. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Panduan Memilih Hadiah Untuk Lelaki Atau Suami Anda

Panduan Memilih Hadiah Untuk Lelaki Atau Suami Anda

Pilih hadiah simple untuk lelaki


Assalamualaikum

Panduan Memilih Hadiah Untuk Lelaki Atau Suami Anda | Tak lama lagi ulang tahun hari suami atau teman lelaki anda? Tak tahu nak pilih hadiah apa untuk mereka? Mesti korang nak memberi sesuatu yang sangat-sangat istimewa dan boleh membuat mereka terkejut kan? Sebagai seorang lelaki, mari PapaG kongsikan beberapa item yang boleh korang masukkan dalam list korang kalau nak beli hadiah untuk suami atau teman lelaki korang. 

hadiah-untuk-lelaki

Hadiah untuk lelaki

  • Gajet
  • Buku kegemaran si dia
  • Aktiviti luar
  • Jersi bola
  • Kamera atau aksesori
  • Jam tangan
  • Kejutan majlis hari jadi
  • Dompet
  • Makan malam

Dalam banyak-banyak hadiah yang korang boleh bagi untuk lelaki, bagi PapaG hadiah paling best kalau dapat ialah jam tangan. PapaG ni memang hantu jam tangan sikit. Kalau pegi mana-mana shopping mall, mesti tengok jam tangan. Beli tu tak la. Cuci mata jer. 

Dan kalau tak mampu nak belikan pape hadiah pun, mudah je tak yah nak pening-pening kepala berikanlah Hadiah Dari Hati iaitu KASIH SAYANG. Ni la hadiah yang paling mahal yang PapaG rasa. Memadai dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya pada pasangan korang kerana ia merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi mereka. Setia dan jangan curang..!!!! Selamat mencari hadiah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:
Baju Melayu Bersampin Fesyen Avergreen Buat Lelaki

Baju Melayu Bersampin Fesyen Avergreen Buat Lelaki

Baju melayu tradisional


Assalamualaikum

Baju Melayu Bersampin Fashion Avergreen Buat Lelaki | Bila bercakap tentang baju melayu je, mesti ramai yang cakap ianya hanya baju yang dipakai ketika musim perayaan khasnya ketika Hari Raya Aidilfitri. Tapi bagi PapaG pemakaian baju melayu dalam kalangan lelaki tu bukan hanya ketika hari raya sahaja. Tahu kah korang yang sebenarnya pemakaian baju melayu mempunyai satu nilai yang tersendiri. Terutamanya dalam nilai kesantunan. Pernah PapaG bertanyaka pada golongan wanita tentang pendangan mereka terhadap lelaki yang memakai baju melayu. Ramai yang berkata bahawa lelaki yang memakai baju melayu ini nampak lebih 'sweet' dan ala-ala lelaki yang baik-baik gitu. Tapi harus bersesuaian dengan keadaan la dalam pemakaian baju melayu ni kan?

Sejak zaman berzaman baju melayu kini melalui proses perubahannya yang tersendiri. Jika tahun lepas kita di gegarkan dengan baju melayu hipster yang viral dimedia-media sosial. Inovasi dalam fashion baju melayu yang mengetengahkan elemen-elemen modern dalam baju melayu itu sensdiri. Tapi, bagi PapaG pemakian baju melayu ini adalah lebih manis dan mempunyai nilai estetika yangtersendiri jika ianya adalah baju melayu tradisional. 

Antara gambar PapaG berbaju melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

PapaG sendiri, dalam almari banyak koleksi baju melayu yang menjadi kegemaran PapaG. Kalau dikira ada dalam 20 pasang jugak la. Tapi termasuk yang dah tak muat. Hehehe. Ya..!! PapaG suka berbaju melayu. PapaG memakai baju melayu for sure masa nak solat samada di rumah atau di surau. Dan kadang kala pegi shopping pun pakai baju melayu jugak yer. Pakai melayu sambil lipat tangan sampai ke lengan. Terasa amat-amat stylo. Hahahaha. #Perasan. 

Tak kira la perasan ke ape ke. Yang penting PapaG sangat suka berbaju melayu. Dah nak raya ni. Nak cari baju melayu warna apa pulak ek? hikhikhik. Nak study dulu la apa trend warna dan gaya baju melayu untuk tahun 2016 ni.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:
Pencuci Muka Special Untuk Lelaki Paling Best

Pencuci Muka Special Untuk Lelaki Paling Best

Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki 


Assalamualaikum

Pencuci Muka Paling Best Pernah Cuba | Siapa kata golongan perempuan je yang perlu menjaga kebersihan wajah? Lelaki juga perlu kerana kulit lelaki mengandungi minyak lebih banyak berbanding wanita. Kehadiran minyak pada kulit muka akan mengakibatkan kulit mudah menjadi kusam dan berjerawat. PapaG sendiri kalau lama tak cuci muka, kulit akan terasa begitu berminyak dan jerawat mula timbul. Oleh sebab itu, tidak salah kalau PapaG katakan bahawa jaga penampilan bermula dengan mejnaga kebersihan muka kita. Gunakan pencuci-pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka kita sebagai lelaki.

Panduan mudah bagi mereka yang ingin mencari pencuci muka yang sesuai untuk lelaki ialah dengan memilih pencuci yang mengandungi oil control atau pengawal minyak. Pencuci muka ini akan membantu kulit kita dalam mengawal penghasilan minyak pada kulit wajah. Bila minyak dapat dikawal, sudah pasti kulit anda tidak akan kusam lagi dan masalah jerawat mampu diatasi. Insyallah.

pencuci-muka-terbaik-untuk-lelaki

Dalam banyak-banyak pencuci muka yang mengawal minyak pada kulit muka, PapaG amat tertarik dengan Garnier Men Acno Fight. Pencuci muka ini mengandungi ekstrak wasapi dan juga Saicylic asid yang mana ia membantu mengawal minyak, mengurangkan kekusaman dan juga membunuh bakteria pada kulit wajah. Kalau korang nak tahu Garnier Men Acno Fight ni lama dah PapaG guna. Siap repeat beli yang baru lagi. Yela, sebab PapaG rasa ianya sesuai dengan kulit kan. So, menjadi pengguna setia lani. Walaupun kita ni tak la secantik mana pun tapi maslah kulit berminyak dapat diatasi sudah bersykur. 

Kalau sebelum ni, asal tengahari je PapaG akan rasa tidak selesa pada kulit muka. Yela minyak mula keluar waktu tu kan? Dengan bau yang agak tidak menyenangkan, amat-amat tidak selesa. Tapi lepas je cuba Garnier Men Acno Figth ni, alhamdulillah sampai kepetang kulit kekal bersih. Lebih selesa dan nyaman. 

Jadi boleh PapaG katakan pencuci muka Garnier Men Acno Figth adalah Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki. Jangan lupa untuk mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags :
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com