Wedding Ring Itu Mengikat Aku Untuk Setia

Wedding Ring Itu Mengikat Aku Untuk Setia

Cincin Aksesori Simple Buat Lelaki Tapi Nampak Bergaya


Assalamualaikum

Wedding Ring Itu Mengikat Aku Untuk Setia | Cincin di jari manis nampak begitu indah. Biasanya bila someone dah memakai cincin itu tandanya sudah dimiliki. Kalau perempuan, biasanya ada tiga cincin yang mesti diorang ada. Cincin risik, tunang dan nikah. Lelaki mesti ada satu iaitu wedding ring. Tapi sekarang lain. Kini, cincin dijadikan sebagai satu aksesori dalam bergaya. Telah lahir berbagai jenis cincin yang diperbuat daripada bermacam jenis material yang boleh disuai padan dengan penggayaan yang tersendiri.


Bagi lelaki, cincin yang sering menjadi pilihan ialah cincin silver dan juga cincin yang berbatu. Kalau korang nak tahu untuk cincin batu atau akik ni ade sesetengah yang percaya ia mempunyai khasiat-khasiat tersendiri jika dipakai. PapaG sendiri mempunyai sebentuk cincin yang diperbuat dari silver dan bertatahkan pemata. Cincin hadiah dari wife masa kami bernikah dulu jarang PapaG buka. Sentiasa terpakai dijari manis ku ini yer. Hehehe.

PapaG dulu jarang nak pakai-pakai cincin ni. Tapi wedding ring yang wife hadiahkan ni rasa lain pulak. Tak tahu kenapa. First time pakai, rasa sangat selesa. Mungkin wedding ring ada aura-aura tersendiri kot. Hahaha. Tapi yang pasti dari lepas kawin sehingga hari ini cincin ini sentiasa ada di jari I yee. Harap yang bagi tu faham-faham le kita sayang kat die ke tak kaaannn….!!! Hikhikhik.

Korang yang baca entri ni ad cincin tak? Mesti setiap cincin yang ada dijari tu mempunyai kisah dan maksud tersendiri. Betul tak? Jom share kat PapaG berapa banyak cincin yang korang ada? PapaG ada satu ni jer.

p/s : Rasa jadi tak tajuk nak so called drama Akasia TV3..? Hikhik

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz.com SENTAP Dengan Blogger Sarang Kehidupan

Papaglamz.com SENTAP Dengan Blogger Sarang Kehidupan

So called cerita pasal blogger

Assalamualaikum

Papaglamz SENTAP Dengan Blogger Sarang Kehidupan | Kau nampak tajuk die? Aku memang tak puas hati dengan penulis blog Sarang Kehidupan tu. Korang kalau rajin pegi la singah blog die. Jap aku bagi link http://armtaro.blogspot.my/. Kalau tak nak singgah pun tak pe. Hahaha. #KejamKejap. Nak tahu kenapa aku ak puas hati? Ok mohon terus membaca.



Al-kisah bermula suatu hari aku memberi pesan pada si dia. Pesan yang sangat susah untuk diingati oleh si dia.. Sampai satu tahap aku marah la...






Haaa marah ni.. Marah ni.. Hahaha. BTW, aku sangat enjoy that moment ko mintak maaf kat aku. Ko punya SORI setiap ayat ko bagi kan. Padan muka. Tu la memain lagi dekat aku kan? Tak puas hati betul la. Susah gila nak mintak sesuatu dari dia. Bebajet artis yang pernah buat konsert mega kat negara China kan? (Tetiba China. Dah kenapa...?)

Ok sarang kehidupan ni aku kenal dalam group telegram blogger. Seriously tak kenal pon dan tak pernah jumpa. Tapi the best thing is, aku dengan dia macam dah kenal lama. Aku selambe je kutuk2 dia ni. Ala aku kutuk dia, nanti dia kutuk aku balik. Apa ada hal kan? Pernah satu hari aku layan sembang ngan dia sampai pukul 4 pagi. Kau rasa...? Sebabnya dia ni kalau dah cakap mcam tak boleh nak berhenti. Ada sahaja benda yang di cerita dan di cakapnya. Dan the best part pulak, aku ni melayan jer. Hahaha. Sessuaiii laaaa tuuu....!!!

Ok la, tak nak cerita panjang-panjang lagi. Yang sebenarnya aku ngan blogger sarang kehidupan ni tak de pape problem pun. Kami ok...!!! Harpanye dia buat entri balas untuk entri aku ni. Hikhik. Sebab dah lama gila aku tak message ko, aku tertengok wassap lama ni. Ye la orang busy kan sekarang ni. Dengan insurance MAA nya, dengan urusan guaman ko lagi, itu ini sampai susah gila aku nak contact ko, semoga ko berjaya. Jadi insan yang berguna dan KAYA dunia akhirat. Insyallah. PEACE YOOOOO....!!!!

p/s : Sory terguna kata nama AKU dan KAU dalam entri ini sebab nak amek mood marah gituuuu..

With Love
Papaglamz

-sekian-
1001 Fungsi Kanopi Dalam Majlis Yang Mesti Anda Tahu

1001 Fungsi Kanopi Dalam Majlis Yang Mesti Anda Tahu

Majestic Event Sdn Bhd


Assalamualaikum

1001 Fungsi Kanopi Dalam Majlis Yang Mesti Anda Tahu | Pemilihan tempat dalam sesuatu majlis adalah perkara yang paling penting. Apa tidaknya, bila tempat sesuatu acara atau majlis telah diputuskan, maka perkara-perkara lain barulah boleh dirancang. Begitu juga dengan pemilihan kanopi. Majlis atau acara yang memerlukan kanopi biasanya majlis yang dilakukan secara outdoor. Kanopi mempunyai 1001 fungsi tersendiri. Dan fungsi utamanya ialah tempat untuk kita berteduh. Samada berteduh dari matahari ataupun hujan.


Di dalam pemilihan kanopi, terdapat beberapa perkara yang petlu kita titik beratkan termasuklah jenis kanopi yang hendak digunakan, saiz, Aksesori dan sebagainya. Pemilihan kanopi biasanya perlu disesuaikan dengan tempat majlis yang bakal kita adakan.

Tidak lengkap sesuatu majlis tanpa kanopi yang dihias indah mata memandang. Untuk itu, pelbagai aksesori diperlukan untuk menyerikan sesuatu set kanopi. Antaranya ialah:
  • Meja : Meja bulat, meja empat segi tepat, meja buffet.
  • Kerusi : Kerusi plastik, kerusi banquet, sofa.
  • Kipas : Kipas syiling, kipas bulat, kipas berdiri, kipas industri.
  • Pelbagai kain untuk : Scallop, skirting, kain alas meja.
  • Lampu : Lampu kalimantang, mentol berwarna, spotlight, chandeliar.
  • Bunga : Bunga meja, bunga pintu gerbang, bunga di dalam pasu.
Kalau diperhatikan, ramai pengusaha kanopi sekarang telah bersedia menambah baik perkhidmatan mereka. Oleh itu, anda harus bijak membuat survey sebelum membuat pemilihan yang terbaik.


Baru-baru ini EFG Gathering 2016 telah diadakan di rumah Mommy Irra dari irrayyan.com dan kami telah memilih Majestic Event Sdn Bhd untuk membantu kami dalam menguruskan hal-hal pemasangan dan hiasan kanopi. Ternyata Majestic Event bukan hanya membekalkan kanopi semata-mata, malah lebih dari itu. Terdapat juga aksesori-aksesori seperti yang PapaG terangkan di atas tadi. Dan yang paling best sekali ialah diorang bagi kami KIPAS YANG BESAR. Jadi tak la kami kepanasan semasa gathering itu.




Dengan tema hiasan pink putih, kanopi dari Majestic Event sangat menyerlah hari tu. Kanopi yang dipasang agak besar sehingga mampu memuatkan 4 buah meja bulat yang setiap satunya mempunyai 10 buah kerusi. Dan kesemua meja serta kerusi mempunyai alas dan sarung yang tersendiri setiap satu. Memang cantik. Ternyata segala perkakasan kanopi dari Majestic Even sangat lengkap. Memang tak salah jika anda memilih Majestic Event sebagai consultant anda untuk memasang kanopi di majlis anda. Tak kira majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya. 

Bagi anda yang masih lagi tercari-cari siapa yang nak pasang kanopi di majlis anda, for sure PapaG recommend Majestic Event Sdn Bhd. Terbaeekk…!!!!!

Nama : Majestic Event Sdn Bhd
Telefon : 03-51663417 or 012-2978417

With Love
Papaglamz

-sekian-
Kerana Sebuah Rasa Yang Bernama CINTA

Kerana Sebuah Rasa Yang Bernama CINTA

Cerita tentang cinta


Assalamualaikum

Kerana Sebuah Rasa Yang Bernama CINTA | Cinta adalah satu anugerah yang paling berharga yang hanya dimiliki oleh insan terpilih. Hanya insan bertuah sahaja yang mendapatkan cinta yang tulus ikhlas dari pasangannya yang ikhlas mencintai. 


Namun, pengalaman sering mengajar kita erti kehidupan sebenar. 

Kerana cinta ia mampu membuatkan hidup seseorang menjadi huru hara seandainya seseorang itu tidak pandai mengurus dan menghadapinya. 

Kerana cinta juga lah ramai yang berubah kerana cinta. Ramai yang menjadi buta kerana cinta dan ramai yang kecewa kerana cinta. 

Namun ada juga yang langsung tidak mempercayai cinta akibat pernah terluka, tertipu, dan sebagainya. Pengalaman mengajar mereka untuk serik bercinta buat kali kedua. 

Tapi di sebalik apa yang berlaku keatas diri seseorang itu ada hikmah yang mereka sendiri tidak sedar. 

Sebenarnya ramai yang tidak tahu dan mengganggap cinta yang pergi akan pergi selama-lamanya. Sebenarnya tidak semua dan tidak sama sekali. Mungkin cinta yang berlalu pergi ada hikmah disebaliknya. 

Mungkin Yang Maha Esa akan memberikan cinta yang lebih baik dan menggantikan cinta yang berlalu pergi. Dan mungkin juga cinta yang betul-betul sejati dan jujur belum muncul.

Perkara yang perlu kita elakkan didalam perhubungan adalah sikap tidak mempercayai pasangan. Sering berprasangka buruk kepada pasangan selalunya akan memakan diri sendiri. Berlakulah jujur dan saling percaya mempercayai antara pasangan. Kerana itulah yang akan mengukuhkan lagi hubungan cinta.

Semoga hubungan itu akan kekal selama-lamanya. Biarlah cinta itu sampai ke akhir hayat dan ke syurga.

Abadi selamanya.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Awak Masih Ingat Lagi Saat Pertama Saya.....

Awak Masih Ingat Lagi Saat Pertama Saya.....

Cerita tentang cinta


Assalmualaikum

Awak Masih Ingat Lagi Saat Pertama Saya.... | Baru-baru ini agak viral juga video muzik janji yang lagunya dinyanyikan oleh Hafiz Hamidon. Video atau movie pendek lakonan Hafiz sendiri dibantu oleh pelakon baru Mira Filzah sangat-sangat la membuat PapaG teringat dan mengimbau sejarah pertemuan PapaG dan juga wife. Rasanya dia masih ingat lagi tu. 

Dalam diam pertemuan dua mata antara kami sudah masuk 3 tahun 9 hari (ni dikira masa first time merisik). Berjumpa kali pertama dengan matlamat membina ikatan perkahwinan amat amat amat amat menggetarkan jiwa dan raga. Saat pertama berjumpa baru la PapaG faham apa itu maksud tulang rusuk bergetar dengan sendirinya. Hehehe. Bukan tulang rusuk je yang bergetar. Rasanya seluruh tulang yang ada pada tubuh ini turut sama bergetar mengikut alunan irama lagu Permata Yang Dicari oleh UNIC (lagu feveret yer). 


To my wife...
  • Awak ingat lagi first time mata saya melihat awak angkat dulang yang kotor bekas saya makan dari ruang tamu masuk ke dalam rumah?
  • Awak ingat lagi first time saya panggil awak dengan gelaran AWAK..?
  • Awak ingat lagi first time awak bagi saya kurma dan air sirap sambil tangan awak mengigil-gigil.? (Saya perasan) Hikhikhik
  • Awak ingat lagi first time awak mesej saya supaya berhati-hati naik kereta balik ke Kuantan?
  • Awak ingat lagi first time saya call awak terus bincang pasal barang-barang hantaran? Macam tak sabor je kan? Hahahaha
  • Awak ingat lagi segalanya....??
  • Dan yang pasti saya ingat lagi. Kesemuanyaaaa.......
Ya...!!! Kesemuanya I ingat yer. Jangan nak lupa-lupa sangat yer. Event anak dah satu dan dah besar tu, tak kan I lupa hokaayyy....!!!! Hahaha.. Orang kata la 'Permata yang ku cari telah ku temui, Pasti ku jaga sepenuh hati, Sampai ke mati" Gituuuuuuuu..!!!!

With Love Soooo Much....!!!!
Papaglamz

-sekian-
Ramai Tak Tahu Dekorasi Belon Memukau Tetamu di Majlis Anda

Ramai Tak Tahu Dekorasi Belon Memukau Tetamu di Majlis Anda

WOW Clown & Balloon Specialist


Assalamualaikum

Ramai Tak Tahu Dekorasi Belon Memukau Tetamu di Majlis Anda | PapaG percaya hiasan atau dekorasi akan menjadi salah satu element penting dalam sesuatu majlis keraian. Dengan adanya inivasi-inovasi idea yang kreatif pastinya banyak dekorasi-dekorasi yang indah dan cantik yang menghiasi majlis anda. Jika dulu hiasan dekorasi sesuatu majlis atau keraian majoritinya penggunaan bunga-bungaan menjadi pilihan ramai. Tak kira bunga hidup ataupun bunga tiruan. Tapi korang percaya tak, seni hiasan dalaman dan juga dekorasi kini mengalami perubahan dalam penggunaan material. Terbaru, PapaG berpeluang melihat dengan sendirinya dekorasi yang cantik dengan menggunakan belon-belon yang comel dari WOW Clown & Balloon Specialist.


Mungkin tak ramai yang tahu penggunaan belon sebagai hiasan membuatkan suasana majlis anda lebih santai dan ceria. Lebih-lebih lagi jika anda seorang meminati unsur-unsur humur. Sebab apa PapaG berkata begitu? Ye la, belon ni kalau kita lihat ia lebih dekat atau selalu digunapakai oleh seorang badut. Jadi tidak salah kalau PapaG katakan dekorasi belon ini akan menjadikan suasan majlis anda lebih santai dan juga ceria. Selain menceriakan suasana, sudah pasti anak-anak akan lebih teruja jika mereka terlihat dekorasi belon yang cantik-cantik dan comel-comel kan?

Serahkan pada yang pakar

Sentuhan seni kreatif belon besar dan comel di majlis 1st EFG Gathering tempoh hari adalah hasil dari WOW Clown & Balloon Specialist. Mereka memang begitu pakar dalam seni dekorasi menggunakan belon ni. Selain bentuk bunga, pelbagai bentuk hasil seni kretif boleh di gubah oleh WOW Clown & Balloon Specialist.  Pilih sahaja bentuk dan warna yang di sukai. 




Oh sebelum terlupa. WOW Clown & Balloon Specialist juga menawarkan perkhidmatan belon hiasan dan badut (clown) untuk majlis seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis pembukaan (opening ceremony), majlis reunion, majlis hari keluarga, majlis anugerah dan lain-lain. Jadi kalau nak mudah cepat-cepat la call WOW Clown & Balloon Specialist sekarang jugak.

Call or WhatsApp : 017 3133184

With Love
Papaglamz

-sekian-
Ucapan Hari Lahir Untuk Diri Sendiri

Ucapan Hari Lahir Untuk Diri Sendiri

Ucapan selamat hari lahir


Assalamualaikum

Ucapan Hari Lahir Untuk Diri Sendiri | Hari ni adalah birthday PapaG. So please wish birthday kat I sekarang jugak yer. Hahaha. Jom nyanyi sama-sama.


Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday PapaG / Faizal / Pejal / Charl,
Happy birthday to you.

Kau rasa agak ‘sangkak’ tak mintak orang menyanyikan lagu birthday untuk ko? Hehehehe. BTW, I is tak perasan pun yang hari ni birthday PapaG. Kalau wife PapaG and encik facebook tak cakap memang tak tahu la. Tq my dearest wife yang ingat birthday laki dia ni. Sayang ketat-ketat ala-ala Jus Orlin gituuuu. Hahaha.

Alhamdulillah umur dah meningkat lebih tua dan dewasa. Tak sangka sudah sedewasa ini. I is prefer guna dewasa rather than TUA yer. Hikhikhik. Please jangan kecam PapaG. I is tak tua dewasa je. Sejajar dengan peningkatan umur ni harapnya umur yang tuhan pinjamkan ini sentiasa diberkati olehnya. Semoga rezeki yang diberi juga semakin melimpah ruah dan juga diberkati. Insyallah.


Bila umur kita bertambah, umur anak sendiri pun dah bertambah. Imtiyaz pun next moth dah nak masuk 2 tahun. Tu dah sebok belakon-belakon nak jage baby. Dok tidokan dan bagi susu kat anak patung. Kau rasa…??!!!! Sabar la yer nak. Insyallah kalau ade rezeki nanti I is bagi sorang adik kat u. Sabar.. Sabar.. Sabar..

Ok la, akhir sekali PapaG ucapkan terima kasih pada semua rakan-rakan dan juga family yang ingat dan wish birthday serta mendoakan kebahagiaan PapaG sekeluarga. Semoga segala doa Allah makbulkan. Insyallah. PapaG juga doakan anda semua sentiasa di bawah lindungan Allah dan segala impian yang korang impikan tercapai.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Lirik Lagu Cinta - Dewa 19

Lirik Lagu Cinta - Dewa 19

Cerita tentang cinta


Assalamualaikum

Lirik Lagu Cinta - Dewa 19 | Ok PapaG just nak sharing lirik lgu cinta dendangan oleh Dewa 19. Ok la lagu dia. Lirik pun ala-ala jiwang jugak. Memang tak berapa nak popular sangat tapi PapaG nak kongsi jugak la. Hehehe

lagu-cinta

Aku jatuh cinta, 'tuk sekian kali
Baru kali ini kurasakan
Cinta sesungguhnya
Tak seperti dulu
Kali ini ada pengorbanan

Chorus
Cinta bukan sekedar kata-kata indah
Cinta bukan sekedar buaian belaian peraduan
Samudera cinta dari pulung hati
Tak terukur dalamnya
Hingga saat perpisahan tiba
Mengundang air mata
Atau hanya secuil penyesalan

Chorus
Cinta adalah ruang dan waktu
Datang dan menghilang
Semua karunia Sang Pencipta
Mungkinkah kau sedang menatap bulan
Bulan sabit yang sedang kupandangi
Mungkinkah kamu menangis
Diatas bintang khayalku

Chorus
Maafkanlah cinta
Atas kabut jiwa
Yang menutupi pandangan kalbu

Chorus
Cinta adalah ruang dan waktu
Datang dan menghilang
Semua karunia Sang Pencipta

With Love
Papaglamz

-sekian-
Betul Ke Cinta Pertama Sukar di Lupa?

Betul Ke Cinta Pertama Sukar di Lupa?

Cerita tentang cinta

Assalamualaikum

Betul Ke Cinta Pertama Sukar di Lupa? | Cinta pertama. Setiap orang mempunyai ceritera cinta pertama. PapaG sendiri mempunyai kisah cinta pertama. Ya.. Memang betul cinta pertama sukar untuk kita lupakan. Malah TIDAK BOLEH LANGSUNG untuk kita lupakan. Takut bila terlupa cinta pertama itu, kita akan hanyut dalam kesenangan dunia. Pembaca semua ada cinta pertama? Harapnya cinta pertama itu kekal mekar hingga ke hari ini dan berkekalan hingga ke masa hadapan. Insyallah.


Sebagai manusia, dambakanlah cinta utama anda pada Allah dan juga Rasulnya. Cinta pertama yang harus kita jaga semestinya cinta kita pada Maha Pencipta rasa cinta itu dan juga pesuruhnya. Ya, tanpa rasa cinta padanya ditakuti hidup kita tidak akan diberkati. Jagalah rasa cinta kita padanya.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tampil Anggun Dengan Basic Scarf Dari Qesyamin

Tampil Anggun Dengan Basic Scarf Dari Qesyamin

Satin Shawl dari Qesyamin


Assalamualaikum

Tampil Anggun Dengan Basic Scarf Dari Qesyamin | Pemakaian shawl kini menjadi satu trend yang sangat popular. Dengan pilihan kain yang pelbagai warna, corak dan gaya membuatkan ianya salah satu aksessori wanita yang mampu mengubah tatacara penampilan seseorang jika kita tahu menggayakannya. Dengan permintaan shawl yang amat tinggi, butik Qesyamin yang beroperasi secara online tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba nasib menerjah market penjualan shawl. Basic shawl dari Qesyamin antara keluaran produk dari butik ini yang pernah PapaG cuba.

Basic shawl dari Qesyamin mempunyai 3 warna pilihan antaranya pink, biru dan juga kelabu. Baru-baru ini founder dari Qesyamin telah berbesar hati untuk menaja 6 helai basic shawl di First EFG Gathering. Alhamdulillah, PapaG berpeluang untuk mencuba shawl yang berwarna biru. Kali pertama memandang dan memegang shawl ini dengan sendirinya membuatkan PapaG teruja. Apa tidaknya, shawl yang diperbuat daripada kain satin yang berkualiti tinggi mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri.

Shawl yang menarik ini PapaG hadiahkan pada wife untuk dia cuba. Ternyata wife sangat suka. Shawl ini sangat mudah untuk dipakai kerana ianya mudah dibentuk selain kain yang digunakan juga tidak jarang. Kiranya menutup aurat dengan sempurna la ni. Dan paling penting tidak mudah berkedut dan sangat mudah untuk digosok. Bila Nampak wife PapaG pakai, ternyata ianya nampak lebih anggun dan manis gitu. Sesuai dipakai tak kira kemana sahaja. Sama ada untuk hang out jalan-jalan bersama family ke, majlis-majlis makan malam ke atau kemana-mana sahaja. Boleh dikatakan shawl ini macam multi-fungsi gitu la. Hehehe.


Korang tengok sendiri wife PapaG pakai shawl ni. Boleh dipakai labuh dan kain pulak tak jarang. Boleh la PapaG katakan pemakian shawl dari Qesyamin ini membolehkan kita untuk menutup aurat dengan sempurna. Sesuai sangat dengan tagline butik ini “HIJAB IN FAITH’.

Jom PapaG kongsikan antara koleksi-koleksi shawl lain yang terdapat di butik online Qesyamin.





Cantik kan? Memang tak rugi bagi mereka yang ingin mencuba shawl dari Qesyamin ini. Kalau korang nak cuba korang boleh contact detail kat bawah ni

Facebook : Qesyamin.my
Instagram : Qesyamin.my
Website : www.syamimirosnee.blogspot.my
Telefon : 019-9444960

With Love
Papaglamz

-sekian-

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com