Tampil Lebih Menawan Dengan Rysya Skin Care

Tampil Lebih Menawan Dengan Rysya Skin Care

Rysya Skin Care produk kecantikan asas




Produk penjagaan asas bagi kulit wajah amatlah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengelakkan kulit terhidrat dan juga menjaga kolagen dalam kulit. Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen kulit kita.


Rozita Che Wan selaku duta Rysya Skincare ini telah mencuba produk ini terlebih dahulu sebelum beliau menerima tawaran menjadi duta.

Che 
Ta mengakui setelah mencuba produk penjagaan kulit Rysya ia mampu menyerlahkanseri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sibuk dengan tidak menjaga penampilan diri.



"Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang
membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baru 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” seloroh Che Ta.

Terbukti dalam usia 42 tahun, Che Ta masih kelihatan cantik dengan bentuk badan yang 
ramping dan kulit yang bersih.

Menurutnya, beliau menggunakan satu set produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, dan krim magik. Dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Paling best tentang RYSYA SKINCARE ini ialah tiada PARABEN dan TIADA BAHAN KIMIA. Natural gituuuu!! 

Antara kandungan dan 
keistimewaan yang ada dalam produk RYSYA SKINCARE :


LY FACIAL CLEANSER | RM 45


1. Vitamin C


-Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat
-Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak
-Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka
-Mencerahkan kulit
-Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas
pada kulit.
-Bertindak sebagai agen anti-penuaan

2. Licorice



-Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih
dikenali sebagai akar manis
-Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain
glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.
-Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah
-Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi



LY FACIAL TONER | RM 45

1.    Phyto Placenta Extract


- Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.

2.    Vitamin B3



- Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk

memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.
-Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam
kulit.
- Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.
-Toner Rysya ialah jenis spray. Tidak mudah tumpah ! Gunakan toner selepas mencuci muka. Tepuk tepuk sikit muka tu bagi toner menyerap dengan lebih efektif.
- Jika mengunakan kapas, hanya sapu ratakan sahaja ! Mudah !




RYSYA 24K GOLD SERUM | RM 140

1. Pullulan



-Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A

yang mengandungi Vitamin C & B12.
-Bertindak sebagai antioksidan
-Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang

2.Glycine Soja (
Soya Bean )


-Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C
-Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit
-Melindungi kulit daripada radikal bebas
-Ejen anti-radang

3. Red Algae



- Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino

- Membersih dan menyuburkan kulit

4. 24K Gold



- Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit

- Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit

Penggunaan 
serum penting untuk penjagaan kulit muka kita lebih produktif dan melambatkan penuaan dan menjaga kehilangan kolagen muka.


RYSYA 24K GOLD MIRACLE CREAM | RM 140


1.  Red Algae


-Sumber yang kaya dengan polisakarida semula jadi
- Meningkatkan fungsi daya tahan kulit
- Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit
- Meningkatkan keupayaan kelembapan

2.    Soy Placenta Extract


- Mengurangkan kedutan
- Menggalakkan kulit supaya lebih cerah
- Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan

3.    Virgin Coconut Oil


- Menghidratkan kulit

- Menyerap, melembap dan melembutkan kulit
- Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain
- Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit


TESTIMONI RYSYA SKINCARE


Testimoni dari Illy Ariffin:-


Testimoni dari Yaya - yayaflanella.blogspot.com
I likeee! Bau dia wangi macam syampu. Bila pakai rasa macam sapu losyen lembut
je. Tapi krim ni bukan sebarang krim okay! 24K Gold Miracle Cream ini memberi
keajaiban dengan merawat kulit muka dari dalam tau. Best pakai krim ni. Yaya
rasa jerawat Yaya yang nak tumbuh tak jadi tumbuh. Hihi ^^v



Tak pakai make up pun takpe asalkan penjagaan asas perlu ada okay! Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream! Hihi ;)








Penjagaan asas kulit muka ini
sangat penting !

Cleanser, Toner, Serum dan juga
24K Gold Miracle Cream!


Tak perlu make up bagai pun boleh
lawa ! ;

Untuk maklumat lanjut mengenai
Rysya Skincare : 


Stokis RYSYA Skincare COD KAJANG,
CHERAS, BANGI

Pengeposan di seluruh Malaysia - POSTAGE FREE !!

Instagram: @rysyaskincareselangor
/ #rysyaskincareselangor



Whatsapp: 012-6460421

With Love
Papaglamz

-sekian-
Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX

Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX

Internet plan, Prepaid tahan 2 tahun lebih, SMS dan call rate murah dengan One XOX


Assalamualaikum

Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX | Ramai orang nak jimat kan? Jangan tak tahu kita juga boleh JIMAT dengan talian telefon yang kita gunakan. Kelebihan talian OneXOX ni adalah ia sangat menjimatkan di tambah pula simkadnya murah sahaja.

simkad-onexox-murah-best-kelebihan

Masalah dan penyelesian dengan Simkad OneXOX

Antara masalah yang kita hadapi sekarang ialah:

1. Call tidak dapat tetapi kredit kena tolak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.

2. Call sekejap pon kena caj seminit panggilan.
>>> Kadar panggilan serendah 5 sen sahaja KESEMUA RANGKAIAN telco. Tak kira la biru ke.. merah ke.. oren ke..

3. KREDIT BANYAK LAGI TETAPI DAH EXPIRED, NAK KENA TOPUP...!!!!
 >>> The best OneXOX top up boleh tahan sehingga 2 tahun 4 bulan. Top up sekali je tunggu sampai 2 tahun akan datang baru top up semula Kalau kredit tak habis-habis la. Biasanya ayah dan mak kita kat kampung la hadapi massalah ni kan? Top up bayak lagi, tapi tak boleh nak call sebab top up dah expired. So, jom la berubah ke OneXOX. Tahan lama kau.

4. Nak add family ataupun friend tetapi diorang pakai telco lain pulak.
>>> Rasanya ade ke telco yang membolehkan kita add friend ataupun family ke semua rangkaian? Tapi dengan OneXOX kita boleh add 10 nombor famili dan rakan-rakan dari semua rangkaian telco. Waowwww...!!!! 

5. Kita ter-on internet, habis kredit tanpa disengajakan.
>>> Ini satu hal kan? Dengan OneXOX jangan risau selagi anda tidak melanggan data internet, tak kisah la ter-on ke.. Sengaja on internet ke.. Tak kan ada cas 'Pay Per Use' la. Confirm...!! Lebih lebih lebih lagi data internet dia amatlah laju.

6. Call masuk voice mail je, habis kredit kena tolak banyak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.

7. Internet slownye. Nak send gambar dalam wassap pun berjangut nak tunggu
>>> Pelan internet yang laju dan tiada 'Pay Per Use' dan di jamin tiada kehilangan kredit

Kan OneXOX boleh selsaikan masalah-masalah korang kan? By the way, sim kad OneXOX ni hanya RM10. Ianya tidak menzalimkan betul tak...? Banyak JAMINAN terbaik yang bakal korang dapatkan. Tiada pay per use data dan program-program yang menyedut kredit secara halus. Kredit anda selamat dari ditipu. Memang banyak berlaku pemotongan kredit oleh telco gergasi tanpa kerelaan pelanggan. Rela ke kita sering di tipu? Sudah-sudah la kan kena tipu?

simkad-onexox-murah-best-kelebihan

simkad-onexox-murah-best-kelebihan

simkad-onexox-murah-best-kelebihan

simkad-onexox-murah-best-kelebihan

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sim kad MURAH tapi best ni. Boleh la contact PapaG tau. 24 hour 7 day uolsss. 

With Love 
Papaglamz

-sekian-
Coconut Shake Original Klebang yang Famous di Melaka

Coconut Shake Original Klebang yang Famous di Melaka

Lokasi dan waktu operasi klebang coconut milk shake


Assalamualaikum

Coconut Shake Klebang yang Famous di Melaka | Sekiranya datang ke Klebang, tak sah rasanya kalau tak mencuba coconut shake yang popular di sini. Terletak di Jalan Besar Klebang bersebelahan dengan stesen petrol Caltex (GPS : N 2 12.984E 102 12.292), coconut shake pantai Klebang sememangnya menjadi tumpuan ramai pengujung. Apa tidaknya, semasa PapaG hendak mencuba coconut shake di sini, terkejut bila melihat ramai sangat orang yang beratur di kaunter untuk membeli. Memang betul-betul popular la coconut shake ni. 

gambar-coconut-shake-pantai-klebang

Sebenarnya baru-baru ni PapaG berkesempatan bercuti bersama keluarga ke Melaka. Alang-alang ke Melaka singgah kejap dan merasa la coconut shake original Klebang yang sangat popular ni. Sebelum pergi bercuti, PapaG ade la google perkara yang menarik di Melaka, ramai gile orang yang review pasal coconut shake ni. Tak boleh jadi. Sebagai blogger tegar teringin juga la bercerita tentang coconut shake yang popular di Melaka ni kan. Dan alhamdulillah hajat tercapai jua akhirnya.

Mencuba coconut shake original dengan family memang best la. Walaupun pada permulaannya kami macam ala-ala nak give up sebab melihat betapa ramai orang yang beratur. Tapi, atas nasihat isteri tercinta, PapaG sabar je la menanti. Dan akhirnya dapat la 2 cawan coconut shake. Satu untuk PapaG dan satu lagi untuk wife. Imtiyaz kongsi je la. Selain coconut shake, ade juga makanan ringan lain yang dijual antaranya kuih muih, keropok lekor, dan juga nasi lemak. Boleh la sambil-sambil minum coconut shake yang famous ni, makan keropok ke ataupun kuih.

gambar-coconut-shake-pantai-klebang

gambar-coconut-shake-pantai-klebang

Kalau korang nak tahu, PapaG suka dengan coconut shake ni, lebih-lebih lagi waktu-waktu panas kan. Orang kata untuk refreshing gitu la. Dengan harga RM 2.50 secawan, korang boleh la menikmati coconut shake yang best ni. Rasa dia sama juga macam coconut shake di tempat lain, tapi yang bestnya coconut shake ni ade rasa kelapa die lebih manis dan berlemak sikit. Kalau ke Melaka jangan lupa singgah tau.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Manchester City Football Club Facial Cleanser Pembersih Muka Khas Untuk Jejaka Aktif

Manchester City Football Club Facial Cleanser Pembersih Muka Khas Untuk Jejaka Aktif

PEMBERSIH MUKA UNTUK LELAKI AKTIF, TINDAK BALAS KUAT, LEMBUT PADA KULIT ANDA

Assalamualaikum

Manchester City Football Club Facial Cleanser | Jenama penjagaan peribadi lelaki No. 1 Malaysia, Dashing bekerjasama dengan Manchester City Football Club, pasukan paling pantas berkembang dalam liga Premier bagi menghasilkan beberapa produk dan pengalaman menakjubkan untuk semua pencinta sukan di Malaysia. Portfolio produk DASHING terdiri daripada EDT, deodoran dan buih mandian termasuk pencuci muka, gel rambut & bedak talkum. Selepas pelancaran rangkaian edisi terhad EDT dan Deodoran Dashing dan Manchester City Football Club baru-baru ini, Dashing kini bersiap sedia untuk merevolusikan penjagaan kulit dalam kalangan lelaki Malaysia.

review-Dashing-Manchester-City-Football-Club

Lelaki masa kini sangat komited dalam aspek penjagaan peribadi, kebersihan diri dan keinginan kelihatan terbaik, sama seperti wanita. Prinsip yang menyifatkan lelaki aktif dan ‘macho’ tidak mengambil berat tentang penampilan luaran sudah tidak benar kerana realiti hari ini amat berbeza. Hero-hero zaman sekarang merupakan legenda dalam arena sukan yang mempunyai tarikan gaya tersendiri dan sangat menjaga penampilan diri. Antaranya ialah Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan David Silva.

Dashing dengan bangganya memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinspirasi dan disokong oleh Manchester City Football Club. Rangkaian pembersih muka ini dicipta khusus untuk cuaca dan kulit orang Asia. Kandungannya pula dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dan walaupun ia memiliki tindak balas yang efektif, namun ia tetap lembut pada kulit.

Rangkaian ini terdiri daripada lima produk dengan setiap daripadanya direka untuk melawan masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dengan gaya hidup aktif.

ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.

EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.

ACNE FREE: ‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!

WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!

Pembersih Muka Dashing boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90. Jadi buat golongan lelaki di luar sana, teruskan menerokai gaya hidup aktif anda tanpa dibimbangi masalah kulit kerana Dashing akan menyelesaikan masalah tersebut. Bagi menggandakan keterujaan anda, Dashing juga sedang menjalankan peraduan di seluruh Negara dan akan memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma! Jelajah ini akan meliputi 3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih Akademi dan peluang mendekati para pemain pasukan pertama, jelajah di Etihad Stadium dan tidak ketinggalan tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016.

Ia merupakan peraduan menggunakan SMS yang mudah dan anda hanya perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan hantarkan SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini yang akan berakhir pada 31 Disember 2015.

Diberi peluang mencuba mencuba rangkian produk Dashing Manchester City Footbal Club Facial Cleanser

Sebenarnya PapaG telah berpeluang untuk mencuba kelima-lima rangkian produk ini dengan sendiri. Pertamanya ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Wipro Unza (M) Sdn Bhd kerana memberi kepercayaan pada Papaglamz.com untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang produk-produk ini. 

review-Dashing-Manchester-City-Football-Club

Memandangkan agak banyak, PapaG kongsikan satu persatu dalam entri yang lain yer. Tunggu.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Tempat-tempat Menarik di Malaysia

Tempat-tempat Menarik di Malaysia

Jom cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum

Tempat-tempat Menarik di Malaysia | Siapa kata Malaysia tidak mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi? Sebenarnya banyak tau tempat menarik yang boleh korang lawati bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah ni kan. Pastinya ramai yang tercari-cari tempat untuk bercuti bersama keluarga kan. Ok la, dalam entri kali ini PapaG kongsikan tempat-tempat menarik di Malaysia yang boleh kita lawati bersama keluarga semasa cuti sekolah ni.

Lombong Cantik Guar Petai

Lombong Guar Petai ni terletak di Pulau Pinang. Kalau korang nak tahu tempat sebenar, boleh la klik link di sini. Kecantikan lombong ini mungkin boleh dijadikan sebagai tempat untuk merakamkan beberapa gambar kenangan atau ingin bergambar untuk majlis yang amat bermakna dalam hidup anda semua. Memang best la.

gambar-lombong-di-pulau-pinang

Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Negeri Sembilan

Bagi mereka yag meminati aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar seperti mendaki dan jungle tracking, Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Negeri Semiblan adalah tempat yang harus korang pergi. Nak tahu apa keseronokan tempat ini? Boleh klik di sini. Pasti menerujakan. Khabarnya gunung ini dahulunya pernah digunakan oleh Dato’ Perpateh Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Dato’ Lembaga. Apalah yang berlaku agaknya kan? Jangan lupa klik pada link.

hutan-lipur-gunung-datuk

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong pada tahun 1892 dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

gambar-menara-condong-teluk-intan

Kalau nak tahu cerita lebih lanjut tentang menara condong di Teluk Intan ni, boleh klik di sini. Mesti korang teruja nak kesana. 

Air Terjun Sungai Pandan di Kuantan

Siapa sangka di Kuantan ada air terjun. Jangan ingat di Kuantan hanya ada pantai je tau. Air terjun Sungai Pandan ini terletak di daerah Kuantan dan lokasinya menuju ke Sungai Lembing. PapaG dan keluarga pernah ke sini dan memang menyeronokkan. Jangan lupa baca entri di sini untuk melihat keseronokan kami sekeluarga bermandi-manda di air terjun sungai pandan ni. 

gambar-ar-terjun-di-kuantan

Itulah tadi 4 tempat-tempat menarik di Malaysia yang korang boleh kunjungi. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat pelancongan di Malaysia, kalau nak ceritakan semuanya sampai esok pon tak habis nak cerita. So, PapaG ucapkan selamat bercuti buat korang semua. Hati-hati semasa bercuti. Leih-lebih lagi di jalan raya.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Siti Nordiana Pemenang Gegar Vaganza 2015 TAHNIAH...!!!!

Siti Nordiana Pemenang Gegar Vaganza 2015 TAHNIAH...!!!!

Senarai pemenang Gegar Vaganza 2015


Assalamualaikum

Maka tutuplah tirai Gegar Vaganza 2015. Tahniah Siti Nordiana kerana menjadi johan dan persembahan terbaik. Berikut PapaG kongsikan senarai penuh pemenang Gegar Vaganza 2015.

siti-nordiana-nana-gegar-vaganza

Keputusan Gegar Vaganza Akhir
Juara - RM100k - Siti Nordiana
Naib Juara - RM50k - Farahdhiya
Ketiga - RM30k - Ezad Lazim
Keempat - RM15k - Nassier Wahab
Kelima - RM10k - Acong
Keenam - RM5k - Haiza
Persembahan Terbaik - RM5k - Siti Nordiana

With Love
Papaglamz

-sekian-
Pencuri oleh Mark Adam | Menyingkap Memori Lama

Pencuri oleh Mark Adam | Menyingkap Memori Lama

Lirik lagu Pencuri oleh Mark Adam


Assalamualaikum

Pencuri | Kali pertama mendengar lagu ni teringat kenangan-kenangan masa sekolah rendah dulu. Yela, wife PapaG ni sebenarnya adalah rakan satu sekolah semasa kami sekolah rendah. Dan kami juga pernah sekelas tau. Tapi, memang masa tu tak terlintas langsung tentang nak kawen segala bagai yer. Hingusan lagi katanya. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana kan. Selepas lebih 10 tahun tidak berjumpa dan tak tahu pun kisah masing-masing, kami dipertemukan semula. Tapi pertemuan ini lebih serious dan bermatlamat untuk mendirikan bahtera rumah kami berdua. Walaupun pertemuanyang dirancang oleh orang tua, namun kami percaya cinta kami kuat. Cinta yang kami landaskan kerana Allah insyallah menjadi kekuatan kami dalam melayari bahtera rumah tangga kami hingga kesyurga. Aamiin.

mark-adam-lirik

PapaG dedikasikan lirik lagi Pencuri dari Mark Adam ini buat khas buat isteri tersayang. Enjoy...!!!

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

[Chorus]

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu
Darjah satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan ku kembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
‘Tuk sehidup semati

[Ulang chorus]

Dari darjah satu aku suka kamu

With Love
Papaglamz

-sekian-
Final TM Piala Malaysia 2015 | Kedah VS Selangor

Final TM Piala Malaysia 2015 | Kedah VS Selangor

#TMPialaMalaysia2015


Assalamualaikum

Final TM Piala Malaysia 2015  Kedah VS Selangor | Harinya sudah tiba. Perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2015. Perlawanan akhir pada tahun ini memperlihatkan persaingan antara Kedah dan juga Selangor dalam merebut gelaran juara. Selangor pernah mengungguli piala malaysia pada suatu ketika dahulu dan begitu juga dengan Kedah. Tapi, pada malam ini, apakah yang bakal terjadi? Kita kena tunggu la sehingga perlawanan tamat pada malam ini. 

final-piala-malaysia-2015

Bagi yang dapat tiket untuk menyaksikan perlawanan secara live di stadium, ingat jaga kelakuan dan kawal emosi. Bagi yang tak dapat nk menyaksikan di stadium, tengok kat televisyen je la dengan family. Walauapepun, good luck kepada kedua-dua team yang berjaya mara ke peringkat akhir. Bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi pada malam ini. SEMOGA BERJAYA.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Seronoknya Naik Beca di Dataran Pahlawan Melaka

Seronoknya Naik Beca di Dataran Pahlawan Melaka

Tempat menarik di Melaka


Assalamualaikum

Seronoknya Naik Beca di Dataran Pahlawan Melaka | Siapa yang mengikuti perkembangan PapaG di Instagram mesti semua tahu yang baru-baru ni PapaG dan family bercuti di Melaka. Siapa tak kenal dengan Melaka kan? Bandaraya bersejarah dan mempunyai banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Untuk entri kali ini, PapaG nak kongsikan keriangan kami sekeluarga menaiki beca di Dataran Pahlawan.

beca-dataran-pahlawan-melaka

beca-dataran-pahlawan-melaka

beca-dataran-pahlawan-melaka

Waktu malam, di Dataran Pahlawan Melaka ini anda akan melihat kemeriahan dengan limpahan cahaya-cahaya yang cantik sangat. Lebih-lebih lagi lampu-pampu yang meriah dan diiringi dengan iringan lagu di beca-beca yang ada di sekitar dataran. Sememangnya menggamit suasana. Beca yang dihias dengan berbagai rupa dan warna lampu amat menarik perhatian para pengunjung untuk mencuba. Ada yang dihias bagaikan burung helang, merak dan macam-macam lagi. Dah macam pesta cahaya pun ada.

Ibu Dhia korang memilih beca yang dihias dengan motif-motif kartun popular Frozen. Kita layankan je la. Satu pusingan dari Dataran Pahlawan menuju ke A Famosa dan berpusing semula ke dataran PapaG di kenakan cas sebanyak RM 25.00 sahaja. Agak jauh juga la pusingan yang di buat. Melihat orang yang membawa beca tu pun sampai mengah-mengah. Kira berbaloi la kan.

Selain menaiki beca, di dataran ini terdapatnya satu lagi tarikan iaitu Menara Taming Sari. Tetapi memandangkan waktu malam menara  ini tidak dibuka, jadi tak melepas la nak naik. Tapi ada cerita menarik keesokan harinya bila PapaG nak naik Menara ni yang nak kongsikan pada and semua. Tunggu next entri.

With Love

Papaglamz
Cara Buat Air Detox Paling Mudah

Cara Buat Air Detox Paling Mudah

Rahsia detox dan khasiatnya


Assalamualaikum

Minum air detox boleh kurus | Bila bercakap tentang detox ni, mesti ramai yang kaitkan dengan cara pengurusan badan. Betul dengan mengamalkan pengambilan air detox ni kita boleh kurus tau. Tetapi dengan beristiqamah dan diikuti dengan beberapa senaman serta penjagaan makanan. Secara ringkasnya air detox ni adalah air kosong yang di masukkan beberapa buah-buahan ataupun sayuran dan dijadikan amalan minuman seharian. Kiranya improvise air masak la ni. 

resepi-air-detox

Dengan mengamalkan peminuman air detox ni ia di katakan mampu membantu tubuh kita dalam penyingkiran bahan-bahan toksik seperti racun, lemak, dan sebagainya. Penyingkiran bahan-bahan toksik ini penting bagi memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Bagus kan?

Jadi, mesti ramai yang nak tahu cara-cara nak buat air detox ni kan? Sebenarnya cara untuk membuat air detix ni mudah sahaja hanya perlukan air masak dan buah-buahan yang mampu membantu dalam proses detoksifikasi badan kita. 

Resepi mudah air detox


Bahan-bahan
1 biji Lemon
1 Biji Timun
2 Biji Limau Nipis
1 Jug Air Masak

Cara-cara nak buat mudah je. Korang campurkan semua bahan-bahan tadi didalam satu jug. Dan simpan dalam peti ais semalaman. Esok paginya minum la. mudah je kan? Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com