16.12.15

Coconut Shake Original Klebang yang Famous di Melaka

Lokasi dan waktu operasi klebang coconut milk shake


Assalamualaikum

Coconut Shake Klebang yang Famous di Melaka | Sekiranya datang ke Klebang, tak sah rasanya kalau tak mencuba coconut shake yang popular di sini. Terletak di Jalan Besar Klebang bersebelahan dengan stesen petrol Caltex (GPS : N 2 12.984E 102 12.292), coconut shake pantai Klebang sememangnya menjadi tumpuan ramai pengujung. Apa tidaknya, semasa PapaG hendak mencuba coconut shake di sini, terkejut bila melihat ramai sangat orang yang beratur di kaunter untuk membeli. Memang betul-betul popular la coconut shake ni. 

gambar-coconut-shake-pantai-klebang

Sebenarnya baru-baru ni PapaG berkesempatan bercuti bersama keluarga ke Melaka. Alang-alang ke Melaka singgah kejap dan merasa la coconut shake original Klebang yang sangat popular ni. Sebelum pergi bercuti, PapaG ade la google perkara yang menarik di Melaka, ramai gile orang yang review pasal coconut shake ni. Tak boleh jadi. Sebagai blogger tegar teringin juga la bercerita tentang coconut shake yang popular di Melaka ni kan. Dan alhamdulillah hajat tercapai jua akhirnya.

Mencuba coconut shake original dengan family memang best la. Walaupun pada permulaannya kami macam ala-ala nak give up sebab melihat betapa ramai orang yang beratur. Tapi, atas nasihat isteri tercinta, PapaG sabar je la menanti. Dan akhirnya dapat la 2 cawan coconut shake. Satu untuk PapaG dan satu lagi untuk wife. Imtiyaz kongsi je la. Selain coconut shake, ade juga makanan ringan lain yang dijual antaranya kuih muih, keropok lekor, dan juga nasi lemak. Boleh la sambil-sambil minum coconut shake yang famous ni, makan keropok ke ataupun kuih.

gambar-coconut-shake-pantai-klebang

gambar-coconut-shake-pantai-klebang

Kalau korang nak tahu, PapaG suka dengan coconut shake ni, lebih-lebih lagi waktu-waktu panas kan. Orang kata untuk refreshing gitu la. Dengan harga RM 2.50 secawan, korang boleh la menikmati coconut shake yang best ni. Rasa dia sama juga macam coconut shake di tempat lain, tapi yang bestnya coconut shake ni ade rasa kelapa die lebih manis dan berlemak sikit. Kalau ke Melaka jangan lupa singgah tau.

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com