22.12.15

Nikmati Asam Pedas Claypot JR di Dataran Pahlawan Melaka

Asam pedas di bandar hilir melaka


Assalamualaikum

Nikmati Asam Pedas Claypot JR di Dataran Pahlawan Melaka | Kalau korang pergi Dataran Pahlawan Melaka, sebenarnya banyak tempat makan kat sini. Macam-macam restoran ada. Kawan-kawan PapaG kata kalau ke Melaka kena cuba asam pedas. So, dalam banyak-banyak restoran kat Dataran Pahlawan ni, Restoran Asam Pedas Claypot JR menjadi pilihan kami. Lokasinya mudah sahaja. Terletak berhadapan dengan Menara Taming Sari. Dari jauh korang dah nampak papan tanda yang merah menyala tu. Keadaan dalam kedai pun meriah dengan warna lampu yang terang, di tambah kepadatan pengunjung yang ramai menikmati asam pedas di sini.

gambar-asam-pedas-di-dataran-pahlawan

Untuk dinner malam tu kami sekeluarga memilih menu asam pedas ikan tenggiri dan kupang masak serai pedas. Yang lain tu biasa la. Nasi putih. Ada sambal belacan dan ulam-ulaman di tambah dengan telur masin. Memandangkan kami sangat kelaparan masa makan di situ, almaklum la baru sampai dari Kuantan kan. menu yang kami makan semuanya macam sedap je. Makan memang tak tengok kiri kanan dah. Hehehe. Tapi kalau mereka yang tak suka sangat asam pedas yang begitu masam, mungkin boleh cuba asam pedas di tempat lain kot. Ni pendapat peribadi je ye.

gambar-asam-pedas-di-dataran-pahlawan


gambar-asam-pedas-di-dataran-pahlawan

Walauapepun, Asam Pedas Claypot JR boleh di jadikan antara restoran yang mesti korang cuba kalau korang datang ke Melaka ni. Lebih-lebih lagi kalau ke Dataran Pahlawan. Lepas makan asam pedas boleh naik beca pusing-pusing dataran pahlawan. Macam dalam entri yang pernah PapaG ceritakan sebelum ini (KLIK DI SINI)

Ok la, sampai di sini sahaja entri tentang asam pedas di Dataran Pahlawan. Enjoy yer...

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. nampak sedap..harga macam mana?

    BalasPadam
  2. PapaG, next kalau pi lagi amik gambar kupang tu bukak cengkerang eh..amik gambar bagi menaikkan seri yang buat orang terliur....wallaweiii...kupang makanan kegemaranku.....

    BalasPadam
  3. tak pernah makan sini lagi :)
    walaupun dok melaka ha ha...
    nak ke DP tu trafik jem, mr.asben kurang nak gi.

    BalasPadam
  4. selalu gi Melaka pekena Asam Pedas Mona je.. errmm.. lepas ni boleh try kat sini plak.. thanks PapaG bagi info... :)

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com