13.12.15

Pencuri oleh Mark Adam | Menyingkap Memori Lama

Lirik lagu Pencuri oleh Mark Adam


Assalamualaikum

Pencuri | Kali pertama mendengar lagu ni teringat kenangan-kenangan masa sekolah rendah dulu. Yela, wife PapaG ni sebenarnya adalah rakan satu sekolah semasa kami sekolah rendah. Dan kami juga pernah sekelas tau. Tapi, memang masa tu tak terlintas langsung tentang nak kawen segala bagai yer. Hingusan lagi katanya. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana kan. Selepas lebih 10 tahun tidak berjumpa dan tak tahu pun kisah masing-masing, kami dipertemukan semula. Tapi pertemuan ini lebih serious dan bermatlamat untuk mendirikan bahtera rumah kami berdua. Walaupun pertemuanyang dirancang oleh orang tua, namun kami percaya cinta kami kuat. Cinta yang kami landaskan kerana Allah insyallah menjadi kekuatan kami dalam melayari bahtera rumah tangga kami hingga kesyurga. Aamiin.

mark-adam-lirik

PapaG dedikasikan lirik lagi Pencuri dari Mark Adam ini buat khas buat isteri tersayang. Enjoy...!!!

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

[Chorus]

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu
Darjah satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan ku kembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
‘Tuk sehidup semati

[Ulang chorus]

Dari darjah satu aku suka kamu

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com