#Cabaran20Hari | Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari | Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

Pengalaman Pahit yang Mendidik


Assalamualaikum

Diam-diam untuk #Cabaran20Hari ni dah masuk tajuk ke 5. Tajuk kali ini Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa. Sebenarnya, dari siang tadi memikirkan apakah perkara pahit yangboleh PapaG kongsikan dekat korang semua. Seriously macam tak de jer. Ala-ala hidup ni manis jer. Hehehe. Tapi kan, dari mengatakan ianya pahit, lebih baik PapaG katanya ianya pengalaman pahit yang mendidik. 

Yela bila tibanya ramadhan ni kita kan penat, letih, mengantuk dan macam-macam lagi la. Masa kecik-kecik dulu masa baru-baru belajar mengaji lagi, mak la yang akan ajar PapaG mengaji. Mak garang tapi... Garang-garang pun mak kita. Nak buat macam mana. Benci-benci pun last-last masa kita lapar, mak juga yang kita cari. Huhuh
Rotan, Cane, Pahi, Memory, Bitter
Nak di jadi kan kisah, malam ramadhan itu, PapaG sangat malas nak mengaji. Mengantuk sangat-sangat. Tambahan pula mak masa tu di beri keizinan Allah untuk tidak bersolat (korang faham sendiri). Terpaksa la bapak ajar PapaG mengaji. PapaG tak nak... PapaG tak nak.. PapaG tak nak... Suka mak yang ajar. Berkeras tak nak mengaji. Last-last bapak marah. Mak pun turut sama marah. Bukan marah saje yer. Pukul guna kayu "broti". Kayu broti ni kayu 4 segi tu. Entah la apa nama die. Tapi kayu la. Bukan pukul jer yer. Siap ikat kat pokok pinang tepi rumah memalam buta. Kau mampu.....???!!! Sampailah lepas isyak mak bukak ikatan mandikan PapaG bagi minyak mana yang luka kena pukul tu. #TerasaDiSayangiKembali

Korang mesti ala-ala tak percaya kan? Itu lah mak dan bapak PapaG. Bab ikat-ikat dan pukul memukul ni sangat biasa bagi kami adik beradik. Banyak kali je PapaG kena ikat, dan rotan. Tapi atas ksalahan PapaG jugak la. Kalau PapaG baik, mak dan bapak pun baik la. Huhuh. Bukan PapaG je. Abang-abang dan kakak-kakak PapaG pun mesti pernah punya la kena pukulan berapi dari mak atau bapak. 

Brutal kan orang tua PapaG? Tapi tu dulu. Memang itu cara mak dan bapak didik kitorang. Dedulu kalau dengan mak sangat la hormat. Mak jeling sikit je ya ampunnnnnn.. Tobat tak buat pape. Duduk senyap jer. Sekarang, bila anak-anak dah besar, karakter mak dan bapak berubah. Kami adik beradik dijadikanya macam kawan. Gelak ketawa bersama. Gurau senda bersama. Happy la. Gituuu.

Walau segarang manapun mak dan bapak. Walau sekuat manapun mak pukul ker.. Rotan ker.. Bila dah besar ni, kenang-kenang semula apa yang mak dan bapak buat, itu lah cara diorang mendidik kami. Mungkin kalau mak dan bapak tak garang, kami adik beradik tidak jadi manusia berjaya seperti sekarang. Abang long, Kak ngah, Kak de, Abang Helmi, Abg taufik dan PapaG alhamdulillah pandai berdikari, tahu hukum-hakam agama yang boleh kami guna untuk kami dan keluarga kami. Mak selalu pesan. 

Kita kena pandai mengaji. Sebab dalam kubur nanti Al-quran la yang akan menjadi teman kita. Kuburkan gelap. Dengan kerap membaca al-quran insyallah kubur kita nanti akan di terangi. Lagipun, kalau kita tak pandai mengaji, macam mana kita nak ajar ke anak bini kita nanti? Fikir-fikir kan 

Ok la, perkara pahitnya dalam entri ni dalam perenggan ke tiga tu jer. Eh lagi satu, antara adik beradik, PapaG la yang paling banyak sekali kena ikat dan kena rotan. Kes curi duit bapak la. Kes ponteng puasa la, Kes tak nak mengaji la. Kes dapat report PapaG kat sekolah kacau budak perempuan la. Dan macam-macam lagi la. Tapi itu dulu. Sekarang PapaG dah tobaaaaat...!!! Muahaha. Walaupun PapaG tak sebaik mana, namun insyallah PapaG dapat bezakan mana baik dan mana yang buruk. Ok itu sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-
#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

Pengat Labu Manis Menu Mudah Berbuka


Assalamualaikum

Masuk ke cabaran yang ke 4 dah. Untuk menu wajib dalam bulan puasa ni PapaG dan family biasanya akan buat Pengat Labu Manis. Buar pemanis mulut masa berbuka. Kalau ade lebih boleh makan untuk moreh juga. Bukan hanya PapaG dan wife, Family sebelah PapaG juga penggemar pengat yang tegar. Kalau pun bukan bulan puasa, mak akan buat juga pengat untuk anak-anaknya kalau balik kampung. Memang best la.

Kebetulan awal puasa hari tu Ibu Dhia ada buat pengat labu ni. Jadi PapaG konsi la kat korang. Tapi gambar je la. Nak resepi? Ala resepi biasa-baiasa jer. Insyallah PapaG kongsikan resepi dalam enti yang lain yer. Tunggu tau.



Haaa jangan cakap PapaG tak kongsi tau. Tu la gambar yang ade. Gigih mencari semula gambar yang lepas untuk dimuatkan dalam entri ni. Korang jangan lupa join cabaran ni. At least ade la topik nak buat entri. Tak payah pening. Boleh >>>klik disini<<< untuk maklumat lanjut tentang #Cabaran20Hari.

With Love
Papaglamz

-sekian-

#Cabaran20Hari | Menu Ringkas Semasa Bersahur

#Cabaran20Hari | Menu Ringkas Semasa Bersahur

Resepi Nasi Goreng Campak-campak Diari Hati Ku


Assalamualaikum

Kembali kita dalam entri #Cabaran20Hari. Entri kali ni dah masuk entri yang ketiga. Ada lagi 17 tajuk untuk PapaG kupas dan respons. Banyaknyerr. Harapnya mampu la habiskan kesemua tajuk-tajuk tu. Insyallah. Haa korang bersahur apa pagi tadi? Sahur yang meletop-letopz ke yang sekadarnya? PapaG bersahur dengan lauk-pauk yang masih berbaki masa berbuka semalam. Alhamdulllah masih elok lagi. Jaga baikkkk punya... Hehehe

Ok la, kali ni PapaG nak berkongsi menu ringkas yang boleh korang cuba masa bersahur. Nasi Goreng Campak-campak Diari Hati Ku. Haa ok tak nama menu tu? Ala-ala lagu Siti Nurhaliza. Masih ingat lagi lagu tu? Sape masih ingat, bace la entri ni sambil nyanyi yer. Hehe.

Nak buat nasi goreng ni senang je. Just prepare bahan macam kat bawah ni:

Bawang merah
Bawang putih
Cili hijau
Bilis
Telur
Nasi putih
Sayur apa-apa jenis pon

Nak masaknye pon lagi la mudah. Tumbuk bawang merah, putih, bilis dan cili hijau sampai lumat. Tumis atas kuali sampai la naik bau. Masukkan nasi putih. Gaul bagi rata. Pecah kan telur. Gaulkan nasi bagi rata. Last sekali masukkan sayur yang sudah di potong. Dah siap. Mudah kan?

Bahan-bahan

Siap...!!! Ok tak? Even x macam Chef Amar yang buat pon,  at least ni air tangan Papaglamz okay
p/s : Menu mudah kan? Kalau da htak sempat nak masak pepagi buta tu cuba la try. Tapi pastikan masak nasi masa berbuka tu lebih sikit. Simpan untuk sahur.Selamat mencuba tau.

With Love 
Papaglamz

-sekian-
#Cabaran20Hari | Pengalaman Bersahur

#Cabaran20Hari | Pengalaman Bersahur

#Cabaran20Hari | Pengalaman Bersahur


Assalamualaikum

Salam ramadhan penuh keberkatan dari PapaG sekeluarga. Alhamdulillah masa entri ini di tulis kita sudah melangkah memasuki phasa ke-dua bulan ramadhan iaitu hari kesebelas. Semoga selama sepuluh hari di dalam bulan puasa ini kita sudah mendidik jiwa kita di dalam Madrasah Didikan Jiwa yang Allah SWT sediakan buat kita. Insyallah. Ada lagi berbaki 20 hari, ayuh kita teruskan. Semoga terus diberi kekuatan untuk menuju pengakhiran ramadhan.
 #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
Untuk #Cabaran20Hari kali ini, tajuk yang diberi ialah pengalaman bersahur. Sebelum tu korang tau tak bersahur ni hukumnya sunat muakad iaitu sunat yang di tuntut. Kalau terlajak nak bersahur tu tak pe. Teruskan berpuasa. Jangan pula tak berpuasa terus. Berdosa. Antara perkara sunnah yang boleh diamalkan semasa bersahur ialah melembat-lambatkan bersahur dan bersahur dengan kurma. Bab melewat-lewatkan tu jangan la pulak sampai masuk suboh tau. Segansara je nanti. (Segansara = Sengsara #ParodyKakEny).

Bila bercerita tentang pengalaman bersahur, PapaG teringat kisah di asrama dulu. PapaG masa tingkatan 4 dan 5 bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Muar. Rasanya lah, pengalaman bersahur kat asrama ni la paling best. Ye la, bersahur ramai-ramai, berebut-rebut nak ambil makanan takut waktu sahur terlepas. Yang paling best, tak de orang nak kejutkan kita bersahur sebab geng tengah sentap dengan kita. Hahahahah. Bebudak merajuk macam ni la. Teringat kat dewan makan. Masa minggu-minggu dah nak raya tu gigih la pasang lagu raya time bersahur. Bertambah rindu kami pada kampong. Dan keterujaan nak balik kampong untuk beraya berada pada tahap yang melampau-lampau. Muhahah.

Tu penglaman bersahur semasa di asrama. Ni pulak pengalaman bersahur PapaG pertama bila bergelar suami dan seorang ayah. Hehehe. Bulan puasa pertama PapaG dengan wife masa tu wife sedang berpantang. Yela, kami nikah raya tahun 2013. Sebulan sebelum puasa Imtiyaz lahir. Kesian Ibu Dhia membayar hutang puasa. Sabar je la yer. Ok la pengalaman bersahur ketika isteri sedang berpantang di rumah sendiri. Pertamanya bersahur sensorang jer. Keduanya mudah nak bangun sebab ada jam lonceng yang setia setiap pagi akan berbungi. Imtiyaz la. Nak mintak susu. Kiranya dalam bulan puasa masa tu jarang sekali PapaG terlepas waktu sahur. Best kan? Ada lagi satu paling best, walaupun masih berpantang, Ibu Diha tetap sudi memasakkan juadah-juadah best untuk PapaG. Terima Kasih Sayaaaangggg.. Gituuuuuuu..

Ok la. Rasa itu sahaja yang PapaG dapat kongsikan pada semua tentang pengalaman bersahur PapaG walaupun banyak je lagi. Tapi sikit-sikit cukup la kan? Akhir kata dari PapaG, selamat meneruskan ibadah puasa. Jangan ponteng-ponteng tau. Jangan skip bersahur sebab banyak fadhilat tersembunyi semasa bersahur ni.

With Love
Papaglamz


-sekian-
Erti Sebuah Puasa | Madrasah Didikan Jiwa

Erti Sebuah Puasa | Madrasah Didikan Jiwa

Erti Berpuasa dari Segi Bahasa dan Syarak


Assalamualaikum

Papaglamz mulakan entri ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani. Alhamdulillah waktu Papaglamz menulis entri ini kita telah berada di Ramadhan yang ke sepuluh. Terasa begitu cepat masa berlalu. Betul tak? Rasa syukur dipanjatkan pada Allah SWT dengan limpah kurnianya masih lagi kita diberi kesempatan untuk menikmati segala kurniaan nikmat darinya.
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
Baiklah, Exchange Feed Group mengadakan satu cabaran buat semua yang dipanggil cabaran 20 hari. Untuk cabaran yang pertama ni kami harus mengupas tentang topic Erti Sebuah Puasa / Ramadhan. Ok, rata-rata tahu erti berpuasa itu apa kan? Sejak sekolah rendah lagi, Papaglamz percaya kita semua sudah diwajibkan untuk menghafal erti berpuasa itu samaada dari segi bahasa ataupun dari segi syarak. Kalau tak hafal mesti tak lulus periksa nanti. Heheh

Erti Berpuasa dari Segi Bahasa dan Syarak

Baiklah, dari segi bahasa, berpuasa itu bererti menahan ataupun bertahan. Dari segi syarak pula berpuasa bererti menahan diri dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari berserta niat pada malamnya. Dan perkara-perkara yang membatalkan puasa itu banyak. Antaranya makan dan minum dengan sengaja di siang hari, memasukkan sesuatu ke dalam rongga tubuh dengan sengaja, bersetubuh, dan mengeluarkan air mani dengan sengaja.

Tadi adalah maksud yang di terjemakan secara terus. Namun sedarkah kita erti sebenar berpuasa itu sangat luas. Bagi Papaglamz berpuasa ini bukan sahaja satu ibadah yang mewajibkan kita untuk menahan dari makan dan minum sahaja. Tapi, berpuasa ini bererti mendidik. Ya, mendidik untuk kita menjadi seorang muslim yang lebih baik. Proses pendidikan itu biasanya berlaku di sebuah sekolah ataupun pusat pengajian. Jadi tidak salah jika Papaglamz katakan proses pendidikan di dalam bulan ramadhan ini berlaku di dalam sebuah madrasah.

Secara logiknya, orang yang ingin menjadi seorang doktor yang baik, dia perlu mendapat pendidikan di dalam sebuah sekolah kedoktoran. Begitu juga bagi seseorang yang ingin menjadi seorang guru yang baik, ia perlu mengikuti kursus-kursus perguruan di sesebuah tempat. Jadi, jika kita ingin menjadi seorang mukmin yang terbaik, di bulan ramadhan inilah madrasah pendidikan untuk kita. Dengan jadual pengisian-pengisian rohani yang mampu menyucikan jiwa malah mampu menaikkan lagi keimanan seseorang.

Bukan itu sahaja, bualan berpuasa ini juga membawa erti di mana Allah yang Maha Memberi mengurniakan kepada semua hambanya kesempatan untuk memungut sebanyak pahala yang berlipat kali ganda. Dengan pahala kebajikan ini, insyallah ia dapat membantu kita dalam menjalani urusan kehidupan kita di akhirat kelak. Insyallah.

Nah, itu lah tadi erti berpuasa yang dapat Papaglamz coretkan. Buat semua pembaca, ingatlah masa tidak menunggu kita. Takdir kematian tidak kita ketahui. Ayuh rebutlah peluang dan ruang yang diberi oleh Allah di dalam bualan ramadhan ini. Jangan kita persiakan begitu sahaja. Tiada apa yang akan menjadi pembantu kita di akhirat nanti kecuali amal dan juga ibadah yang kita lakukan secara ihklas di dunia ini. Jom join Madrasah Didikan Jiwa yang best ni. See you in Jannah. Insyallah. (^_^)y

With Love
Papaglamz


-sekian-
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada esok hari, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015

Wahh!! Dah nak mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 
Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.


Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

6 Cara Sempoi Menyemarakkan Cinta Dalam Percintaan

6 Cara Sempoi Menyemarakkan Cinta Dalam Percintaan

Tip menyemarakkan cinta dalam percintaan dan rumah tangga


Assalamualaikum

Menjaga keharmonian di dalam hubungan percintaan bukanlah mudah yang disangka. Lebih-lebih lagi dalam hubungan suami isteri. Kita tidak boleh memandangnya remeh. Percayalah kemarakan api cinta yang kian malap di dalam sebuah percintaan rumah tangga bakal membawa kepada perpecahan dan percerian. Nauzubilah.
Tip menyemarakkan cinta dalam percintaan dan rumah tangga

Sebenarnya banyak cara yang boleh kita amalkan sebagai sepasang suami isteri bagi memastikan kemarakkan api cinta terus membara. Pasangan harus bijak mengenalpasti cara-cara terbaik bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga mereka kekal selagi hayat di kandung badan. 

Jom Papaglamz kongsikan beberapa tip untuk menyemarakkan cinta di dalam percintaan:

Selalu senyum dan memberi salam antara satu sama lain

Ya betul, kita perlu sentiasa senyum. Walau macam mana berat masalah sekalipun, di depan pasangan kita perlu senyum. Amboi cakap memang senang kan? Tapi percayalah, senyuman ini adalah titik tolak penyelesaian sesuatu masalah. Cuba bayangkan kita sedang serabut, melihat keindahan senyuman isteri di rumah pastinya terlupa segala masalah yang kita hadapi. Tak percaya? Cuba la.. Papaglamz pun cuba-cuba jugak ni. Heheheh

Selain memberikan senyuman, pastikan kita selalu memberi salam. Ketika hendak masuk rumah, ketika berjumpa dan yang paling best masa nak tido (#Kbai #18SX). Tapi betul, dengan melazimkan memberi salam, syaitan akan jauh dari kita. Ye la, syaitan kan takut bila mendengar orang memberi salam. Bila syaitan sudah jauh dari rumah tangga kita, insyallah semarak cinta di dalam rumah tangga akan terus membara.

Kerap melakukan ibadah bersama-sama

Cipta satu kenangan indah bersama-sama dengan melakukan aktiviti ibadah bersama-sama. Contohnya solat berjamaah, makan bersama, ke masjid mendengar majlis-maljis ilmu dan macam-macam lagi. Pergi bercuti pun salah satu ibadah yang boleh di lakukan bersama. Asalkan niat untuk menggembirakan ahli keluarga dan tidak membatasi hukum-hakam islam.

Selalu menghargai pasangan anda dengan ucapan-ucapan manis

Kerap menghargai pasangan dengan ucapan dan pemberian. Bukan bermaksud kita perlu memberikan hadiah pada pasangan kita tiap-tiap hari. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih pada pasangan itu sudah memadai. Contohnya, isteri kita sudah masakkan makan yang amat enak, apa salahnya jika si suami ucap “terima kasih sayangku makan malam yang very very very delicious ni”. Kan lebih manis. Tak gituu?

Sentiasa mendoakan pasangan anda

Ingat doa itu senjata orang mukmin. Dan Allah juga telah bejanji akan memakabulkan segala permintaan hambanya yang bertaqwa. Jadi mintalah pada Allah supaya kehangatan rumah tangga yang di bina terus membara. Saling doa-mendoakan antara pasangan sememangnya mempunyai hikmah yang tersendiri di samping menjadikan kita lebih ingat dan lebih sayang pada pasangan kita. Insyallah. 

Jangan marah

Marah...? Tidak sama sekali. Sebenarnya definisi marah ni macam-macam. Kita boleh marah tapi kena dengan cara dan keadaan. Jangan marah membabi buta. Di takuti akan mengguris perasaan pasangan lantas baraan api cinta dalam rumah tangga akan malap. Lebih elok jika ada yang tidak puas hati di bawa berbincang. Ia lebih manis dan penuh dengan kasih sayang. Betul tak? 

Orang kata kalau kita suami isteri sedang marah, salah seorang kena duduk atau meninggalkan tempat itu. Nanti kalau dah sejuk bawaklah berbincang semula. Insyallah semuanya elo-elok sahaja.

Jangan terlalu serius

Papaglamz rasa ini kena pada suami. Diakui sememangnya lelaki ni banyak yang serious. Itulah pembawakan lelaki. Lebih banyak berdiam dari berkata-kata berbanding wanita. Tapi sekali-sekala apa salahnya andai kita bergurau senda. Sedangkan rasulullah pun kerap kali bersenda gurau dengan isterinya Aisyah, jadi, ayuh kita bergurau dengan isteri kita. Dengan bergurau senda, insyallah kehangatan hubungan rumah tangga akan kekal selama-lamanya. 

Itu lah beberapa tip atau cara bagi menghangatkan lagi api cinta dalam rumah tangga yang Papaglamz dapat kongsikan. Harap memberi manfaat. Sebelum menutup kalam ada satu pesanan. 

Cintailah pencipta rasa cinta. Nescaya dia akan mengurniakan padamu rasa cinta yang maha hebat dalam hati mu. Hanya dengan mencintai Allah, nescaya api cinta yang di bina dalam rumah tangga pasti akan terus menyala menyinari kehidupan di dalam rumah tangga.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Sempurnakan Kejelitaan Anda Dengan Madeena Skincare by Helenz Signature

Sempurnakan Kejelitaan Anda Dengan Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature Terbukti Berkesan Menghilangkan Jerawat


Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?


Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.


Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan




Jadi, apa tunggu lagi?

Khas untuk pembaca blog Papaglamz.com, PapaG ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.

Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'. 

Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373

Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.

Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....

Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:



1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)


2. Facebook page

Helenz Signature Official



3. Instagram

@helenzofficial



4. Website

www.helenz.my



Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)



Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on


Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

Bubur Nasi Yang Sihat Untuk Si Manja

Bubur Nasi Yang Sihat Untuk Si Manja

Resepi Bubur Nasi Yang Sihat Untuk Bayi


Assalamualaikum

Ramai yang mengatakan bayi yang berumur 6 bulan dan keatas sepatutnya sudah mampu memakan makanan pejal. Selain susu, si comel anda perlukan nutrisi lain yang boleh di dapati selain dari susu ibu. Bagi puteri sulung Papaglamz, Imtiyaz, selepas bulan ke-enam, Papaglamz dah bagi makan bubur nasi yang di campur dengan beberapa syur untuknya. 

Korang nak tahu resepi die? Resepi ni Ibu Dhia korang yang punya. 

Resepi Bubur Nasi Untuk Bayi

Bahan-bahan:

3 genggam beras
1 cawan air
Beberapa potong lobak merah / brokoli / sawi (Potong hancur)
Bilis

Cara menyediakan:

Basuh beras. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan tenggek di atas api. Masak beberapa ketika sehingga beras tadi kembang. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan bilis. Biarkan seketika sehingga menjadi bubur. Untuk permulaan pada umur 6 bulan, Papaglamz blender je semua bahan dalam peruk tadi. Tapi bila dah besar tak payah blender biarkan bubur agak kasar supaya bayi anda dapat mengunyah. Masa ni bayi anda sudah mempunyai gigi.

Resepi Bubur Nasi Yang Sihat Untuk Bayi
Bahan-bahan sayuran. Boleh juga gunakan sayuran-sayuran yang lain.

Resepi Bubur Nasi Yang Sihat Untuk Bayi
Ni Bubur yang di blender masa umur Imtiyaz 6 bulan dulu
Resepi Bubur Nasi Yang Sihat Untuk Bayi
Ni pulak untuk Imtiyaz bila dah agak besar. Tak payah blender
Haaa mudah kan? Jangan lupa untuk mencuba. Mulakan penjagaan kesihatan anak anda dengan memberi mereka makanan yang halal lagi menyihatkan. Semoga anak anda membesar dengan sihat dan sempurna. Insyallah.

-sekian-
Tempat Menarik Berbuka Puasa di Kuantan | Padang MPK

Tempat Menarik Berbuka Puasa di Kuantan | Padang MPK

Tempat menarik untuk berbuka puasa di Kuantan, Pahang


Assalamualaikum

Memang tidak sah bagi sesiapa yang duduk di Kuantan, Pahang untuk merasai suasana berbuka ala-ala berkelah di Padang MPK, Kuantan ni. Sememangnya setiap kali menjelangnya buan ramadhan, pastinya Padang MPK ini dijadikan salah satu tempat menarik para pengunjung untuk berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga. 

Papaglamz akui tempatnya yang begitu strategik yang berdekatan dengan Masjid negeri Pahang, pastinya menjadi antara salah satu sebab kenapa Padang MPK ini menjadi salah satu tempat pilihan untuk berbuka puasa. Betul Papaglamz tidak tipu. First time Papaglamz berbuka puasa di sini masa 2012. Masa tu kali pertama Papaglamz menjejakkan kaki di Kuantan. Agak teruja. Berbuka secara beramai-ramai. Kekadang tu siap ade ceramah ataupun program-program ihya' ramadhan yang di jalankan sementara menanti tibanya waktu berbuka.

Dan yang terbaru, Papaglamz dan juga family mencuba berbuka di Padang MPK ni. Juadah berbuka Ibu Dhia korang masak dulu la kat rumah. Memandangkan hari Sabtu, boleh la sebab bercuti kan. Ternyata kemeriahan berbuka masih tetap sama. Dengan adanya bazar ramadhan yang agak besar berdekatan dengan Padang MPK ini menjadikan keriuhan peniaga dan juga pembeli begitu menggamit suasana. Tak rugi kalau sekali sekala cuba berbuka di sini.

Tapi ada satu pesanan bagi mereka yang nak cuba berbuka di Padang MPK ni. Korang kena datang awal tau. Kalau lambat. Jangan mimpi la nak dapat parking dekat-dekat. Menapak beribu langkah la jawapanya. Huhuh.

Tempat Menarik Berbuka Puasa di Kuantan | Padang MPK

Tempat Menarik Berbuka Puasa di Kuantan | Padang MPK

Tempat Menarik Berbuka Puasa di Kuantan | Padang MPK

Tempat Menarik Berbuka Puasa di Kuantan | Padang MPK

Ok la sampai di sini sahaja perkongsian Papaglamz. Semoga bertemu di masa yang lain. Selamat berpuasa semua. Semoga puasa kali ni dapat mendekatkan diri kita pada si Maha Pencipta. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com