24.6.15

6 Cara Sempoi Menyemarakkan Cinta Dalam Percintaan

Tip menyemarakkan cinta dalam percintaan dan rumah tangga


Assalamualaikum

Menjaga keharmonian di dalam hubungan percintaan bukanlah mudah yang disangka. Lebih-lebih lagi dalam hubungan suami isteri. Kita tidak boleh memandangnya remeh. Percayalah kemarakan api cinta yang kian malap di dalam sebuah percintaan rumah tangga bakal membawa kepada perpecahan dan percerian. Nauzubilah.
Tip menyemarakkan cinta dalam percintaan dan rumah tangga

Sebenarnya banyak cara yang boleh kita amalkan sebagai sepasang suami isteri bagi memastikan kemarakkan api cinta terus membara. Pasangan harus bijak mengenalpasti cara-cara terbaik bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga mereka kekal selagi hayat di kandung badan. 

Jom Papaglamz kongsikan beberapa tip untuk menyemarakkan cinta di dalam percintaan:

Selalu senyum dan memberi salam antara satu sama lain

Ya betul, kita perlu sentiasa senyum. Walau macam mana berat masalah sekalipun, di depan pasangan kita perlu senyum. Amboi cakap memang senang kan? Tapi percayalah, senyuman ini adalah titik tolak penyelesaian sesuatu masalah. Cuba bayangkan kita sedang serabut, melihat keindahan senyuman isteri di rumah pastinya terlupa segala masalah yang kita hadapi. Tak percaya? Cuba la.. Papaglamz pun cuba-cuba jugak ni. Heheheh

Selain memberikan senyuman, pastikan kita selalu memberi salam. Ketika hendak masuk rumah, ketika berjumpa dan yang paling best masa nak tido (#Kbai #18SX). Tapi betul, dengan melazimkan memberi salam, syaitan akan jauh dari kita. Ye la, syaitan kan takut bila mendengar orang memberi salam. Bila syaitan sudah jauh dari rumah tangga kita, insyallah semarak cinta di dalam rumah tangga akan terus membara.

Kerap melakukan ibadah bersama-sama

Cipta satu kenangan indah bersama-sama dengan melakukan aktiviti ibadah bersama-sama. Contohnya solat berjamaah, makan bersama, ke masjid mendengar majlis-maljis ilmu dan macam-macam lagi. Pergi bercuti pun salah satu ibadah yang boleh di lakukan bersama. Asalkan niat untuk menggembirakan ahli keluarga dan tidak membatasi hukum-hakam islam.

Selalu menghargai pasangan anda dengan ucapan-ucapan manis

Kerap menghargai pasangan dengan ucapan dan pemberian. Bukan bermaksud kita perlu memberikan hadiah pada pasangan kita tiap-tiap hari. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih pada pasangan itu sudah memadai. Contohnya, isteri kita sudah masakkan makan yang amat enak, apa salahnya jika si suami ucap “terima kasih sayangku makan malam yang very very very delicious ni”. Kan lebih manis. Tak gituu?

Sentiasa mendoakan pasangan anda

Ingat doa itu senjata orang mukmin. Dan Allah juga telah bejanji akan memakabulkan segala permintaan hambanya yang bertaqwa. Jadi mintalah pada Allah supaya kehangatan rumah tangga yang di bina terus membara. Saling doa-mendoakan antara pasangan sememangnya mempunyai hikmah yang tersendiri di samping menjadikan kita lebih ingat dan lebih sayang pada pasangan kita. Insyallah. 

Jangan marah

Marah...? Tidak sama sekali. Sebenarnya definisi marah ni macam-macam. Kita boleh marah tapi kena dengan cara dan keadaan. Jangan marah membabi buta. Di takuti akan mengguris perasaan pasangan lantas baraan api cinta dalam rumah tangga akan malap. Lebih elok jika ada yang tidak puas hati di bawa berbincang. Ia lebih manis dan penuh dengan kasih sayang. Betul tak? 

Orang kata kalau kita suami isteri sedang marah, salah seorang kena duduk atau meninggalkan tempat itu. Nanti kalau dah sejuk bawaklah berbincang semula. Insyallah semuanya elo-elok sahaja.

Jangan terlalu serius

Papaglamz rasa ini kena pada suami. Diakui sememangnya lelaki ni banyak yang serious. Itulah pembawakan lelaki. Lebih banyak berdiam dari berkata-kata berbanding wanita. Tapi sekali-sekala apa salahnya andai kita bergurau senda. Sedangkan rasulullah pun kerap kali bersenda gurau dengan isterinya Aisyah, jadi, ayuh kita bergurau dengan isteri kita. Dengan bergurau senda, insyallah kehangatan hubungan rumah tangga akan kekal selama-lamanya. 

Itu lah beberapa tip atau cara bagi menghangatkan lagi api cinta dalam rumah tangga yang Papaglamz dapat kongsikan. Harap memberi manfaat. Sebelum menutup kalam ada satu pesanan. 

Cintailah pencipta rasa cinta. Nescaya dia akan mengurniakan padamu rasa cinta yang maha hebat dalam hati mu. Hanya dengan mencintai Allah, nescaya api cinta yang di bina dalam rumah tangga pasti akan terus menyala menyinari kehidupan di dalam rumah tangga.

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. Moga dengan tips Papaglamz nie, makin bertambah keluarga bahagia...

    BalasPadam
  2. nice sharing, kalau dah lama kawin, suami yg selalu tak berusaha :p ...

    Jemput join segmen, Klik Sini.

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com