17.6.15

Niat Berpuasa Ramadhan Untuk Sebulan dan Setiap Hari

Niat Berpuasa Ramadhan Untuk Sebulan dan Setiap Hari

Assalamualaikum

Ramadhan menjelma kembali. Tentunya dalam bulan penu kerahmatan ini banyak pengisian rohani yang dapat kita ambil bagi meningkatkan lagi keimanan dalam diri kita. Terlampau banyak ganjaran amalan-amalan yang di gandakan pahalanya oleh Allah SWT di dalam bulan Ramadhan ini. Sebulan berpusa tentunya di mulai dengan nit berpuasa. 

Terdapat niat Puasa yang boleh di lafazkan hanya sekali untuk sebulan pada hari pertama Ramadhan. Bacaanya adalah seperti di bawah:


Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Terdapat juga niat Puasa yang di lafazkan setiap hari di waktu sebelum terbitnya fajar. Bacaanya adalah seperti di bawah:


Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 


Persoalan niat puasa Ramadhan untuk sebulan ATAU perlu niat puasa Ramadhan tiap-tiap hari ?



Bolehkah kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan tanpa perlu berniat puasa Fardu Ramadhan tiap-tiap hari?


Jawabnya pendapat bagi niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan ini sebenarnya bukanlah pendapat daripada mazhab Syafie. Pendapat dalam mazhab Syafie ialah berniat puasa fardu Ramadhan adalah wajib tiap-tiap hari. Umpamanya esok mahu berpuasa makanya malam ini kita berniat puasa Fardu Ramadhan. Begitulah untuk hari-hari yang seterusnya. Maka bagi kita yang selama ini sentiasa berpandukan atau berpegang pada pendapat-pendapat dalam mazhab Syafie hendaklah niat tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan.

Maka persoalannya, adakah boleh kita amalkan pendapat yang mengatakan boleh niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan?

Jawabnya tiada masalah untuk kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan TETAPI perlu juga kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.

Jadi timbul pula persoalan, apa gunanya kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan dan niat pula puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari?

Jawabnya jika dalam bulan Ramadhan itu ada hari yang kita terlupa untuk berniat puasa umpamanya pada hari ke-10 Ramadhan kita terlupa untuk berniat puasa maka perbuatan kita terlupa itu dimaaf dan puasa kita pada hari itu adalah sah kerana kita sudah berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan. Dalam situasi ini, niat puasa sebulan yang kita niatkan pada awal Ramadhan akan menampung hari yang kita terlupa untuk niat puasa tersebut.

Jadi yang terbaiknya ialah kita berniat untuk puasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan kemudian kita berniat pula puasa Fardu Ramadhan untuk esok iaitu hari pertama puasa Ramadhan itu. Dan untuk hari-hari berikutnya kita berniat puasa tiap-tiap hari seperti biasa.

Niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan lebih kurang begini, ”Sahaja aku puasa Fardu Ramadhan, sebulan penuh dalam bulan Ramadhan  kerana Allah Ta’ala”.

Dan niat puasa untuk tiap-tiap hari seumpama beginilah, ”Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Sebagai penambahan, berniat puasa Fardu Ramadhan tidak disyaratkan dalam keadaan berdiri, tenang dan sebagainya. Boleh berniat puasa Fardu Ramadhan ketika dalam solat. Umpamanya ketika sedang tahiyyat akhir solat Fardu Maghrib, boleh berniat puasa pada ketika itu. Boleh juga berniat puasa ketika sedang berbuka puasa dan sebagainya. Berniat puasa tidak disyaratkan dilafaz pada lidah, sekiranya dilafazkan pada lidah sekalipun niat itu maka tiada cukup kerana wajibnya ialah dihadirkan niat itu di dalam hati. Berniat puasa perlu dilakukan pada waktu malam.

Apa yang dimaksudkan dengan waktu malam?  

Jawabnya yang dimaksudkan dengan waktu malam ialah suatu waktu daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar. Makanya tiada sah puasa Fardu Ramadhan bagi orang yang berniat puasa pada siang hari.

Kesimpulannya, boleh berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan DAN perlu juga ke atas kita untuk berniat puasa Fardu Ramadhan bagi tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.
Sumber : Azzhar Addin

Harap perkongsian Papaglamz berguna untuk semua. Insyallah.

-sekian-

2 ulasan:

  1. Thanks for sharing. Memang boleh selesaikan kecelaruan pasal niat puasa ni =)

    BalasPadam
  2. nice sharing..sangat berguna info ni.

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com