1.6.15

KENAIKAN HARGA PETROL DAN DIESEL BERMULA JUN 2015

Keniakan Harga Petrol Ron 95, Diesel, dan Ron 97


Assalamualaikum

Semua sudah tahu yang petrol dan diesel telah naik harga pada 1 Jun2015 kan? Tentunya banyak respons-respons dari rakyat tentang kenaikan ini. Jom Papaglamz kongsikan petikan berita daripada beberapa akhbar tanah air tentang kenaikan haga petrol ini.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di laman Facebook rasminya, harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.35 seliter, dan diesel RM2.05 seliter.

Harga petrol dan diesel sebelum ini tidak berubah selama dua bulan berturut-turut iaitu pada bulan April dan Mei.

Kali terakhir harga petrol dan diesel dinaikkan adalah pada bulan Mac.


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol jenis RON95, RON97 dan diesel dinaikkan 25 sen seliter berdasarkan kaedah pengapungan terkawal mulai jam 12.01 tengah malam ini. Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata harga baharu itu diputuskan mengikut kepada purata harga sepanjang Februari lalu dan kadar tukaran mata wang semasa. 

"Harga runcit baharu yang ditetapkan bagi RON95 adalah RM1.95; RON97 adalah RM2.25 dan diesel adalah RM1.95 setiap liter. "Harga baharu ini berkuat kuasa mulai bulan Mac dengan kerajaan akan terus mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi. 

Kerajaan pada 21 November tahun lalu, memutuskan penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kadar pengapungan terkawal mulai 1 Disember lalu, manakala harga RON97 mengikut harga pasaran dunia. Sejak pelaksanaan sistem berkenaan pada Disember, harga minyak menyaksikan penurunan dua kali iaitu pada Januari dan Februari dengan harga terendah dicatatkan bagi RON95 adalah RM1.70; RON95 adalah RM2 dan diesel adalah RM1.95. 

Hasan berkata, harga minyak bagi bulan berikutnya akan ditentukan menggunakan kaedah sama dengan harganya berkemungkinan untuk naik atau turun berdasarkan keadaan semasa. "Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini. "Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan," katanya.

-sekian-

9 ulasan:

  1. Tak boleh nak buat apa, kena bayar gak...

    BalasPadam
  2. lama ditunggu-tunggu naek jugak papa...heee salam mengisi minyak

    BalasPadam
  3. merungut pun minyak wajib isi jugak.senyum dan positif jelah.

    BalasPadam
  4. Tak ada gunanya untuk kita merungut, end up kena bayar juga. Takkan nak isi minyak guna air paip kan? Hmmm. Cara terbaik untuk kawal emosi adalah dengan sentiasa befikiran positif.

    BalasPadam
  5. kereta elektrik berapa harga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. fr..yg nie ikut tarif elektrik sekarang..ahaks

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com