16.6.15

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H oleh YBhg. Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad


Assalamualaikum

Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai Khamis 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436 Hijrah

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H
Pinjam Picture dari : C3ngk3rik

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 18 Jun 2015 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja

Pengumuman tarikh permulaan puasa itu disiarkan menerusi RTM (TV1) serta di TV3

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini menetapkan hari Selasa 16 Jun 2015M bersamaan 29 Syaaban 1436H untuk melihat atau cerapan anak bulan selain menyatakan beberapa tempat untuk tujuan tersebut

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab

Sumber : Mysumber

Selamat berpuasa Papaglamz ucapkan pada semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com