Kasih Ayah Sepanjang Masa - Selamat Hari Bapa bagi Tahun 2015

Kasih Ayah Sepanjang Masa - Selamat Hari Bapa bagi Tahun 2015

Tarikh Sambutan Hari Bapa 2015 Di Malaysia


Assalamualaikum

Bapak... Teringat masa balik kampung bercuti bulan lepas, susuk tubuh bapak yang kian dimamah usia. Kerut-kerut di wajah yang kian betambah hari demi hari. Tapi, seyuman yang diukir untuk kami adik beradik tetap manis. Dulu, bapak la yang betungkus lumus dengan mak membesarkan kami. Kini tidak lagi. Semua anak-anak dah besar boleh berdikari hasil dari didikan mereka berdua. Sesungguhnya penat lelah bapak tidak akan dapat kami balas.
Ok lah, jika minggu kedua bulan may seluruh dunia menyambut sambutan Hari Ibupada bulan Jun pula khusus untuk anak meraikan golongan bapa di seluruh dunia. Haaa korang dah plan ke nak buat ape untuk bapak-bapak engkorang? Memandangkan sekarang ni kan bulan puasa, to be simple, bebuka la puasa dengan family. Satle. Lepas berbuka solat maghrib, isyak dan tarawikh berjamaah. Ramai-ramai satu family. Mesti syok kan? Ukhwah terjalin diberkati gituu. Huhuhu

Tu bagi yang berkesempatan untuk jumpa la. Bagi Papaglamz yang jauh di perantauan ni hanya mampu call ucap selamat dan mendoakan kesihatan bapak dan keluarga semua. Korang kalau call kat kampung, korang biasa cakap dengan mak ke cakap dengan bapak? Secara jujurnya, Papaglamz mesti cakap dengan mak la. Kalau bapak yang angkat phone tu, macam krikk... krikk... krikk... je dalam phone. Huhuhu. Tapi untuk kali ni call khas nak cakap dengan bapak je la. Kikiki..

Untuk pengatahuan semua, tarikh sambutan hari bapa bagi tahun 2015 di Malaysia jatuh pada 21 June 2015. Jadi, bagi mereka yang masih lagi mempunyai ayah tu, hargailah mereka dengan apa cara sekalipun. Walaupun kita wajib menghargai mereka setiap hari saat dan ketika, tak salah rasanya untuk kita khaskan satu hari ini sebagai hari yang betul-betul spesial untuk ayah. Kan?
Atok nak bagi duit raya tu. #Thorwback2014

Ni ayah mertua Papaglamz tau Bukan kawan. -_-

Ok la, Selamat hari bapa untuk semua dan untuk Papaglamz sendiri. (^_^)y

Sentuhanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Petikan lagu Sentuhanmu-Inteam

With Love
Papaglamz

-sekian-
Masalah Haid Tidak Teratur atau Tidak Normal Penyebab Sukar Hamil atau Mandul

Masalah Haid Tidak Teratur atau Tidak Normal Penyebab Sukar Hamil atau Mandul

Haid tidak normal punca MANDUL


Assalamualaikum

Masalah kesuburan biasanya dikaitkan dengan haid yang tidak teratur. Namun ini bukan punca utama kemandulan. Kitaran haid yang tidak menentu adalah antara tanda masalah kesuburan. Ia mungkin berkaitan dengan masalah ovulasi yang sepatutnya berlaku pada setiap kitaran haid. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Haid tidak normal punca MANDUL

Haid tidak normal punca MANDUL


1. Gangguan hormon

Ovari menghasilkan terlalu banyak telur namun sayangnya telur berkenaan tidak sampai tahap matang bagi membolehkannya melalui proses persenyawaan. Di dalam diri setiap wanita terdapat dua jenis hormon yang dikenali sebagai luteunizing hormone (LH) dan follicular stimulating hormone (FSH). Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari bagi menghasilkan telur. Dalam hal ini, FSH merangsang ovari untuk menghasilkan telur manakala LH pula ditugaskan untuk mematangkan telur.

Apabila ketidakseimbangan hormon berlaku, ratio FSH dan LH tidak betul. Hal ini menyebabkan tahap LH tidak cukup untuk menampung bilangan telur yang banyak.

2. Genetik

Masalah ini turut dikaitkan dengan ketidakseimbangan gula di dalam badan. Ini bererti wanita berkenaan menghadapi masalah penghadaman gula. Biasanya golongan ini berisiko untuk menghidap kencing manis. Oleh yang demikian, sejarah ahli keluarga dapat dijadikan rujukan untuk mengenal pasti masalah haid yang tidak normal. Setelah itu, ia disahkan melalui ujian darah, imbasan ultrasound, laparoskopi dan sebagainya.

3. Mengandung tanpa sedar

Ada juga kes wanita yang mengandung tetapi tidak menyedarinya. Mereka sebenarnya mengandung tetapi pada masa yang sama keluar darah, yang disangka haid. Namun, hakikatnya darah yang keluar itu bukan haid tetapi lendir yang berwarna coklat seolah-olah darah haid.

4. Hormon prolaktin tinggi

Peningkatan paras hormon prolaktin yang terlalu tinggi menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala. Wanita yang mengalami keadaan sedemikian sering kurang subur. Walaupun seseorang wanita itu belum mempunyai anak atau tidak menyusukan anaknya, masalah ini tetap boleh berlaku. Biarpun belum ada anak ataupun tidak lagi menyusukan anak, kelenjar pituari tetap merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Keadaan inilah yang mengganggu kitaran haid.

5. Ubat-ubatan

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu kitaran haid. Pengambilan ubat berkenaan boleh menyebabkan penghasilan hormon prolaktin yang tinggi. Ubat yang dimaksudkan ialah daripada jenis antipsychotic (biasanya digunakan bagi merawat pesakit skizofrenia) atau ubat yang diambil untuk tempoh jangka masa panjang.

6. Daging berlebihan

Masalah ini dikenali sebagai polyp. Ia adalah daging berlebihan yang keluar daripada lapisan mukus. Ia boleh tumbuh dari dalam faraj, rahim, pangkal rahim atau mana-mana bahagian pun sehingga menyebabkan pendarahan apabila berlaku geselan antara daging dengan bahagian berkenaan. Atas sebab inilah pendarahan tidak menentu berlaku.

7. Masalah pangkal rahim

Pangkal rahim yang kecil atau tertutup (stenosis) boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Darah haid yang sepatutnya keluar tidak boleh berlaku disebabkan masalah pangkal rahim wanita berkenaan terlalu ketat ataupun tersumbat. Walaupun begitu, ia amat jarang sekali berlaku.

8. Perdarahan selepas persetubuhan

Ini adalah satu tanda bahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika berlaku kepada wanita dalam lingkungan umur 30-an yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser ataupun jangkitan kuman.

9. Kanser

Kanser di bahagian rahim atau pangkal rahim turut sama menjadi antara penyebab haid tidak menentu.

Cara untuk atasi

Terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Ini termasuklah:

1. Pemeriksaan ultrasound bagi melihat keadaan rahim dan ovari.

2. Pemeriksaan pap smear.

3. Pemeriksaan darah untuk melihat tahap hormon.

4. Diagnostic dilatation and curettage (DDNC) bagi melihat bukti kanser di dalam rahim.

Berdasarkan hasil ujian berkenaan, doktor akan merawat mengikut keputusan yang diperoleh. Sekiranya terbukti wanita berkenaan menghidap kanser, pembedahan akan dilakukan; jika ia melibatkan jangkitan kuman, antibiotik atau antifungal akan diberi; kalau ia berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon, doktor akan cuba membantu dengan menyeimbangkannya menggunakan hormon tertentu seperti pil perancang keluarga.


-sekian-
Haid tidak normal punca MANDUL

Baca lagi tentang masalah kemandulan dan cara mengatasinya

Persiapan Ketika Hidup Sebelum Mati

Persiapan Ketika Hidup Sebelum Mati

Kata-kata hikmah dan nasihat


Assalamualaikum


#WordlessMorning

Jadikan panduan.

-sekian-
Masalah Keputihan Mengganggu Hubungan Intim suami Isteri

Masalah Keputihan Mengganggu Hubungan Intim suami Isteri

Ketahui apakah itu masalah keputihan dan cara mengatasinya


Assalamualaikum

Papaglamz percaya wanita ini seindah-indah ciptaan tuhan. Sifatnya yang lembut membuatkannya sebagai penyejuk hati bagi sesorang lelaki iaitu suaminya. Namun, terdapat sesuatu masalah yang sangt rapat dengan wanita. Iaitu masalah keputihan. Pada dasarnya, keputihan ni adalah normal di kalangan wanita jika ia hanya lendir putih, jernih ,cair tidak berbau dan tidak berasa gatal... Tetapi keputihan itu boleh dikategorikan sebagai bermasaalah apabila ia bersifat pekat, berwana putih kekuningan, berbau, diiringi rasa gatal-gatal.. 
Ketahui apakah itu masalah keputihan dan cara mengatasinya

Tahukah anda masalah keputihan ni disebabkan jangkitan kulat. Jika ia tak dirawat, tak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ-organ penting dalam badan... Malah yang lebih teruk, ia mampu merebak ke pasangan kita.. Dimana kesannya organ seksual lelaki juga turut akan berasa gatal, melecet dan kemerahan.


Okey setelah tahu apa itu keputihan dan bahayanya ia... Papaglamz ingin berkonsi beberapa pengakuan mereka-mereka yang mengalami maslah ini. Perkonsian in adalah hasil dari sembang-sembang di dalam group business kami. Baca tau.

*********************

Ketahui apakah itu masalah keputihan dan cara mengatasinya

Zakiah Zainol okay...no wonder la kali ni lepas abis pantang saya takder masalah macam rasa tak sedap dan discharge yang agak tak best...selalu lepas pantang jer mesti nak ambik bxxxxi. But not this time. I tak nak ambil any jamu cos malas nak campur2




Dilla Jalil alfalfa mmg best..dilla pernah tanya hasben (lepas bersama selepas 100hari berpantang) ada rasa lain tak??hasben dgn serba salah ckp adalah lain sikit lepas bersalin ni..dh kurang grip!tp lepas ambil alfalfa..katanye ketat mengalahkan anak dara ko!!hehehe..i luv alfalfa!! ♥
Ehem ehem... pengakuan jujur Dilla tu mmg kisah benar... Tahukah anda Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri(enhance libido). ..Jadi jika rasa rasa mcm teruja nak cuba.. silakan yaa

Pn Yati :.. (dari link ini )
".......dah start mkn alfafa nie tah bila tah lupa..xpot pun kesan dia sbb target utama nak bykkan susu..smlm mkn alfafa slps sarapan 2 biji lps lunch 2 bijik... blk umah nak mandi eh keputihan nie xde ketul2 la..saya punye keputihan bukan jenis melelah kena panties tu tp jenis tgal kat dlm..terkejut gak xde ketul langsung..dah pakai ubat klinik dah beberapa kali dah2 hehehe..sbb apa jadi keputihan nie?aku pun tak tahu..semua wanita ada keputihan ke ye? ke aku je?huhuhuhuhuh sedih2...tu td sms kak cery betul ke alfafa nie blh kurang keputihan..dia kata ye


Pn Dilla (dari link ini)
"....Semenjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!
*********************************

Haa begitu lah dia beberapa testimoni pengguna Alfalfa dari Shaklee ni. Dengan mengamalkannya, masalah keputihan yang mehantui golongan wanita dapat di selesaikan. Harga pun mampu milik untuk Alfalfa ni. Sebenarnya banyak lagi fungsi dan kelbihan Alfalfa yang anda harus cuba. Jangan ketinggalan tau.

For more info, Contact Papaglamz atau Ibu Dhia di talian 0196141393 @ 013630445

-sekian- 
Wanita Solehah Penyeri Dunia

Wanita Solehah Penyeri Dunia

Koleksi Kata-kata Hikmah dan Nasihat


Assalamualaikum

Wanita Solehah Penyeri Dunia

Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Dunia ialah kesenangan. Sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah.” [1410] Sahih Muslim

With Love
Papaglamz

-sekian-
Niat Berpuasa Ramadhan Untuk Sebulan dan Setiap Hari

Niat Berpuasa Ramadhan Untuk Sebulan dan Setiap Hari

Niat Berpuasa Ramadhan Untuk Sebulan dan Setiap Hari

Assalamualaikum

Ramadhan menjelma kembali. Tentunya dalam bulan penu kerahmatan ini banyak pengisian rohani yang dapat kita ambil bagi meningkatkan lagi keimanan dalam diri kita. Terlampau banyak ganjaran amalan-amalan yang di gandakan pahalanya oleh Allah SWT di dalam bulan Ramadhan ini. Sebulan berpusa tentunya di mulai dengan nit berpuasa. 

Terdapat niat Puasa yang boleh di lafazkan hanya sekali untuk sebulan pada hari pertama Ramadhan. Bacaanya adalah seperti di bawah:


Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Terdapat juga niat Puasa yang di lafazkan setiap hari di waktu sebelum terbitnya fajar. Bacaanya adalah seperti di bawah:


Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 


Persoalan niat puasa Ramadhan untuk sebulan ATAU perlu niat puasa Ramadhan tiap-tiap hari ?



Bolehkah kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan tanpa perlu berniat puasa Fardu Ramadhan tiap-tiap hari?


Jawabnya pendapat bagi niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan ini sebenarnya bukanlah pendapat daripada mazhab Syafie. Pendapat dalam mazhab Syafie ialah berniat puasa fardu Ramadhan adalah wajib tiap-tiap hari. Umpamanya esok mahu berpuasa makanya malam ini kita berniat puasa Fardu Ramadhan. Begitulah untuk hari-hari yang seterusnya. Maka bagi kita yang selama ini sentiasa berpandukan atau berpegang pada pendapat-pendapat dalam mazhab Syafie hendaklah niat tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan.

Maka persoalannya, adakah boleh kita amalkan pendapat yang mengatakan boleh niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan?

Jawabnya tiada masalah untuk kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan TETAPI perlu juga kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.

Jadi timbul pula persoalan, apa gunanya kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan dan niat pula puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari?

Jawabnya jika dalam bulan Ramadhan itu ada hari yang kita terlupa untuk berniat puasa umpamanya pada hari ke-10 Ramadhan kita terlupa untuk berniat puasa maka perbuatan kita terlupa itu dimaaf dan puasa kita pada hari itu adalah sah kerana kita sudah berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan. Dalam situasi ini, niat puasa sebulan yang kita niatkan pada awal Ramadhan akan menampung hari yang kita terlupa untuk niat puasa tersebut.

Jadi yang terbaiknya ialah kita berniat untuk puasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan kemudian kita berniat pula puasa Fardu Ramadhan untuk esok iaitu hari pertama puasa Ramadhan itu. Dan untuk hari-hari berikutnya kita berniat puasa tiap-tiap hari seperti biasa.

Niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan lebih kurang begini, ”Sahaja aku puasa Fardu Ramadhan, sebulan penuh dalam bulan Ramadhan  kerana Allah Ta’ala”.

Dan niat puasa untuk tiap-tiap hari seumpama beginilah, ”Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Sebagai penambahan, berniat puasa Fardu Ramadhan tidak disyaratkan dalam keadaan berdiri, tenang dan sebagainya. Boleh berniat puasa Fardu Ramadhan ketika dalam solat. Umpamanya ketika sedang tahiyyat akhir solat Fardu Maghrib, boleh berniat puasa pada ketika itu. Boleh juga berniat puasa ketika sedang berbuka puasa dan sebagainya. Berniat puasa tidak disyaratkan dilafaz pada lidah, sekiranya dilafazkan pada lidah sekalipun niat itu maka tiada cukup kerana wajibnya ialah dihadirkan niat itu di dalam hati. Berniat puasa perlu dilakukan pada waktu malam.

Apa yang dimaksudkan dengan waktu malam?  

Jawabnya yang dimaksudkan dengan waktu malam ialah suatu waktu daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar. Makanya tiada sah puasa Fardu Ramadhan bagi orang yang berniat puasa pada siang hari.

Kesimpulannya, boleh berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan DAN perlu juga ke atas kita untuk berniat puasa Fardu Ramadhan bagi tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.
Sumber : Azzhar Addin

Harap perkongsian Papaglamz berguna untuk semua. Insyallah.

-sekian-
Khasiat Lengkap Buat Ibu Berpantang dan Menyusukan Bayi

Khasiat Lengkap Buat Ibu Berpantang dan Menyusukan Bayi

Keperluan Ketika Berpantang Dan Menyusukan Anak


Assalamualikum

Sekarang ni ramai orang telah sedar akan kepentingan menyusukan bayi mereka dengan susu ibu kan? Memang betul susu ibu itu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia lengakap dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi untuk tembesarannya yang sempurna. 

Tahukah Anda?

"Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih yang di namakan macrophages yang berfungsi memakan kuman"

Jadi dengan meminum susu ibu, bayi akan lebih shat dan terhindar dari jangkitan kuman  dan penyakit. insyallah.
ESP_ALfalfa_Susu_Ibu
SHAKLEE BOLEH MEMBANTU IBU-IBU YANG MENYUSUKAN BAYI?

Sememangnya boleh. Set asas menyusu yang mengandungi Energizing Soy Protein (ESP) sangat baik di amalkan oleh ibu yang menyusukan anak. ESP adalah protien. Protein sangat penting untuk pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang. 

APA BEZANYA SOYA SHAKLEE INI DENGAN SOYA YANG LAIN DI PASARAN?

Soya Shaklee adalah non GMO soya iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi. Amat berbaloi dengan duit yang anda laburkan untuk mencuba ESP ni.

Bagi yang mengalami susu merudum dengan teruk, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. Bagi Papaglamz sendiri. Melihat wife mengamalkan dengan tujuan untuk memperbanyakkan susu memang berkesan. Sehingga sekarang anak Papaglamz berusia 9 bulan masih lagi menyusu ibunya. Alhamdulillah.

Say hello to march. Okay Papaglamz nak mengewar-warkan Pada semua. Bulan march ni Shaklee membuat promosi untuk tiga produk seperti berikut.
Ketiga-tiga produk ini mempunyai khasiat yang terbaik dan tersendiri.

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Cerminan Diri Sendiri

Cerminan Diri Sendiri

Kata-Kata Hikmah dan Nasihat


Assalamualaikum


Kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . Jika negatif kita dapat feedback dari layanan orang, maka perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan cari kesalahan orang. Cermin diri okay.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H oleh YBhg. Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad


Assalamualaikum

Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai Khamis 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436 Hijrah

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H
Pinjam Picture dari : C3ngk3rik

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 18 Jun 2015 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja

Pengumuman tarikh permulaan puasa itu disiarkan menerusi RTM (TV1) serta di TV3

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini menetapkan hari Selasa 16 Jun 2015M bersamaan 29 Syaaban 1436H untuk melihat atau cerapan anak bulan selain menyatakan beberapa tempat untuk tujuan tersebut

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab

Sumber : Mysumber

Selamat berpuasa Papaglamz ucapkan pada semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Khasiat Tersembunyi Energy Soy Protein (ESP) Bagi Lelaki Sejati

Khasiat Tersembunyi Energy Soy Protein (ESP) Bagi Lelaki Sejati

Kesihatan Lelaki Sejati dengan Energizing Soy Protein (ESP)


Assalamualaikum

Papaglamz akui, jika kita search di google, sering kita lihat ESP untuk ibu menyusu, ESP untuk ibu hamil, ESP untuk kulit cantik. Whoaaa, ESP ini untuk wanita sahaja kah? OH TIDAK TIDAAKKK!! ESP Shaklee juga sangat sesuai untuk lelaki atau kaum adam tau! Haha. ESP sangat sesuai untuk para lelaki yang inginkan kesihatan yang optimum.

Untuk lelaki yang tak sempat nak breakfast sebelum ke tempat kerja.
  • Bekalkanlah sekeping roti bersama sebotol shaker ESP Shaklee untuk suami anda setiap pagi. Dalam pada nak tunggu lampu merah tu, bolehlah dia glup glup ESP shake dan ngap ngap roti tu. InsyaAllah kenyang sampai tengahari. Dapat dia nak focus masa kerja nanti!!

Untuk pelajar lelaki yang ada kelas pagi.
  • Bancuh ESP Shaklee dalam shaker dan bawa ke kelas. Boleh shake shake masa on da way nak ke kelas ye. Bila dah sampai kelas, letak beg dan duduk kejap, baca Bismillah dan glup glup ESP Shake anda! Tidaklah berkeroncong perut anda semasa cikgu/lecturer mengajar kat depan tu.

Untuk para atlit dan suka bersukan
  • Selepas workout/senam/main bola/jogging… apa sahajalah sukan yang anda lakukan, minumlah segelas ESP Shake untuk mengelak muscle tear.

Untuk lelaki yang ingin turunkan berat badan.
  • Minum ESP Shake untuk mengelak makan benda merapu kerana ESP yang rendah glisemik akan menyebabkan anda merasa kenyang lebih lama. Juga, selepas workout, minum ESP untuk mengelak muscle tear dan menggalakkan pembakaran lemak (bukannya otot!!)

Untuk lelaki yang menderita gastrik
  • ESP (bersama gabungan B-Complex dan Ostematrix) dapat membantu pesakit gastrik meneutralkan keasidan dalam perut dan mengelak diserang gastrik.

Untuk lelaki yang selalu rasa cepat letih dan tidak bertenaga.
  • ESP Shaklee memberi tenaga segera, dan bertahan lebih lama, insyaAllah. Soya protein memberi “makanan” kepada sel-sel tubuh, justeru memberi tenaga kepada tubuh.

Untuk lelaki yang mengidap diabetes.
  • ESP Shaklee merupakan minuman lazat dan berkhasiat yang mengandungi indeks glisemik yang rendah, tiada kolestrol dan rendah lemak. Ia sangat sesuai diambil oleh pesakit diabetes sebagai pengganti minuman yang tinggi gula, mengandungi pewarna, pengawet dan sebagainya.

Untuk lelaki yang pentingkan kesihatan.
  • ESP membekalkan protein yang diperlukan oleh tubuh. Protein digunakan dalam dua bentuk di dalam badan kita; pertama, membina sel-sel baru (dan menyingkirkan sel-sel lama dan rosak) dan memberi “makanan” kepada sel yang baru dan sihat tadi. Kedua, protein diperlukan untuk sintesis hormone dan enzyme dalam tubuh. Kedua-dua hormone dan enzim yang sihat dan stabil adalah sangat penting untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.

Oleh itu, memang sangat sesuai ESP Shaklee berada di setiap rumah. Ini kerana, kedua-dua wanita dan lelaki dapat menikmati kelazatan dan kebaikan ESP ini.  Para isteri, para suami, anak lelaki, anak perempuan semuanya boleh mendapatkan kelebihan ESP Shaklee.

Saya adalah PENASIHAT NUTRISI bagi kaum LELAKI.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan yang ingin anda kongsikan bersama saya wassap or email saya

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com