BERMOHON REZEKI DI WAKTU DHUHA

BERMOHON REZEKI DI WAKTU DHUHA


Assalamualikum

Bila fajar mula mengeluarkan cahaya pagi yang indah, tentunya semua makhluk di muka bumi ini bertebaran mencari rezeki demi melangsungkan kehidupan di dunia. Ya, sememangnya rezeki itu kurniaan Allah, tapi sebagai manusia kita harus berusaha untuk mendapatkannya. Dalam kita berusaha, jangan lupa untuk berdoa memohon dari Allah. Sesungguhnya Allah suka akan hambannya yang meminta-minta padanya.

Doa Solat Dhuha.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Faizal (Papaglamz)
Penasihat nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
0196141393 (fb: Papaglamz)
Supervisor (Feb 2015)
COD: Kuantan
Pos seluruh Malaysia
CERITERA BASIC H DAN KASUT SEKOLAH

CERITERA BASIC H DAN KASUT SEKOLAH

Assalamualaikum

Dua tiga hari lepas Papaglamz ade berkongsi testimonial sahabat yang guna Basic H untuk cuci kasut anak di Facebook. Dan selepas tu ada juga orang mencari Basic H ni. Alhamdulillah.

Biasalah, bila time anak-anak sekolah ni, inilah salah satu tugasan baru ibu bapa atau anak tu sendiri kalo dia rajin lah hehe. Budak-budak pula, biasalah bukan nya pergi sekolah lepas tu duk diam-diam.. Main mesti punya.. Papaglamz dulu pun gtu kan.. Berlari sana sini, selam sana selam sini lompat sana lompat sini.. Sudahnya mak ayah yang sengasara menyental kasut hehehe.

Jom tengok testimoni ni. TRENDING tau.. Kalah berita pasal VIRUS terkeluar MAHARAJA LAWAK MEGA hahahaha. 






Bukan untuk basuh kasut jer. Untuk membasuh pinggan mangkuk pun boleh jugak. Senang je ibu-ibu sekalian. Tak payah guna tenaga banyak-banyak. Hehehe


 Nak tau tak? Sebotol Basic H ni tahan berbulan-bulan. Sebabnya setiap kali nak guna, cuma titiskan setitik due jer. Memang jimat dan berkesan la.
Ini baru sikit..ada lebih 1001 kegunaan lagi, harga? Nak sebut pon segan sebab murah hahaha. Nak beli sebotol boleh, satu set lagi boleh siap dapat FREE GIFT! ada basic H, dish wash, sabun basuh dah softener.
Apa lagi… Satu set ni pon murah sangat-sangat dan tahan pon berbulan.. Worth for money. Contact Papaglamz yer.

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

10 TANDA ANDA SUDAH HAMIL YANG PERLU DIAMBIL TAHU

10 TANDA ANDA SUDAH HAMIL YANG PERLU DIAMBIL TAHU

Assalamualaikum

Tentunya kita akan sentiasa tertanya-tanya apakah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang tu sudah hamil. Terdapat banya tanda-tanda yang kita boleh rasa aau lihat sekiranya anda telah sah hamil. Dan kebanyakan tanda-tanda ini akan dirasai oleh semua bakal-bakal ibu.
1. Mengidam

Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!
set_hamil
Itulah dia tanda-tanda yang anda boleh lihat sekiranya anda sudah hamil. Tahniah. Setelah anda hamil, pastikan nada menjaga kesihatan anda agar bayi dalam kandungan anda membesar dengan sihat insyallah. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Pengambilan vitamin juga membantu anda untuk kekal sihat sepanjang kehamilan anda. Set Kemilan Shaklee membantu anda dengan mudah bagi memastikan anda mendapat nitrisi yang cukup sepanjang kehamilan anda. Ini terbukti dengan banyak testimoni-testimoni positif dari pengguna-pengguna produk ini. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

SET BERSALIN SHAKLEE PILIHAN TERBAIK

SET BERSALIN SHAKLEE PILIHAN TERBAIK

Assalamualaikum

Bagi mereka yang ingin keterangan tentang Set Berpantang Shaklee, Papaglamz harap entry ini dapat memberi sedikit info dan panduan. Ya, menjaga kesihatan ibu semasa dalam pantang adalah amat penting. Ini memastikan kita pulih sedia kala, sihat, cergas, ceria membesarkan anak, menguruskan suami dan juga untuk diri sendiri. Namun, disamping kesihatan ibu, ibu juga wajib mengambil berat kesihatan si kecil. Apa yang ibu makan, itulah akan disalurkan kepada si kecil melalui susu ibu. Adalah penting meneliti dan memastikan apa yang ibu konsume adalah SELAMAT & SEMULAJADI. 

Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.
Secara ringkasnya supplement yang dicadangkan dalam set ini adalah seperti berikut :

✓ Membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia penting untuk elak kemurungan (meroyan, dll)
✓ Lengkap dengan 8 kumpulan vit b termasuk asid folik dan biotin
✓ Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
✓ Menukarkan makanan kpd tenaga.

✓ Meningkatkan antibodi secara konsisten dan penting untuk pembentukan kolagen.
✓ Mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

✿ Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin) -
✓ Sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru mengantikan yang telah hilang semasa bersalin.
✓ Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
✓Juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

✿ Zinc –
✓ Penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim) ,
✓ Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.
✓ Membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

✓ Membekalkan tenaga
✓ Memekatkan dan melancarkan penghasilan susu.
✓ Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol.
✓ mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati. 

✓ Membekalkan kalsium yang cukup kepada ibu & bayi terutamanya yang menyusu bayi.
✓ Ia juga membantu melawaskan membuang air besar semasa dalam pantang.

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

9 AMALAN DOA DAN ZIKIR UNTUK MENDAPAT ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

9 AMALAN DOA DAN ZIKIR UNTUK MENDAPAT ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

Assalamualaikum

Semua Ibu Bapa ingin anak yang soleh dan solehah. Sebab apa? Merekalah yang akan menjadi pembantu kita pabila kita kembali menmui Allah kelak. Sememangnya bertuah andai kita mendapat anak-anak yang sentiasa mendoakan Ibu dan Bapanya kan? Untuk mendapat anak yang soleh dan solahah, ia perlu bermula dari Ibu Bapa itu sendiri. Didikan agama yang terbaik harus di berikan agar mereka tidak hanyut dipukul gelombang kemasiatan. Selain usaha, haruslah kita berdoa memohon kepada Allah agar kita dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Berikut merupakan amalan doa dan zikir yang boleh diamalkan bagi memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Insyallah:
  • Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
  • Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:
    • “Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah."
    • Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
  • Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
    • " Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
  • Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.
  • Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
  • Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
    • " Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”
  • Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
  • Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
    • " Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”
  • Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
Jadikan doa amalan harian anda agar rayuan kita didengari oleh Allah. Insyalah. 

Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:


14 KEPERLUAN UNTUK IBU YANG PERLU DI BAWA KE HOSPITAL KETIKA BERSALIN

14 KEPERLUAN UNTUK IBU YANG PERLU DI BAWA KE HOSPITAL KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum

Setelah usia kandungan mencecah 32 minggu kehamilan, tentunya hati Ibu berdebar-debar untuk menanti saat kelahiran. Pada waktu ini Ibu seharusnya perlu kerap menenangkan diri dan sentiasa berjaga-jaga akan segala aktivit yang Ibu lakukan. Kerana pada bila-bila masa sahaja anda akan bersalin. Segala persiapan dan keperluan ibu dan bayi seharusnya telah disiapkan awal agar tidak ada yang tetinggal. Berikut Papaglamz kongsikan 15 perkara yang perlu dibawa ke hospital sekiranya sudah tiba masanya anda bersalin:
  • Tuala mandi  dan kain batik – Sehelai sudah cukup melainkan ibu tahu akan berada di hospital dalam tempoh lebih daripada 1 hingga 2 malam atau ibu akan masuk hospital lebih awal dari tarikh dijangka bersalin atas faktor kesihatan ibu dan kandungan.
  • Keperluan mandi – berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, pencuci muka dan sebagainya.
  • Penjagaan diri – bedak, sikat, getah ikat rambut, deodorant dan sebagainya.
  • 1 helai pakaian untuk pulang dari hospital – Semasa dalam ward, pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital jer.
  • 1 pasang  Stokin tebal – Boleh pakai semasa dalam labour room kerana suhu dalam labour room sangat sejuk. Selain itu, boleh juga dipakai selepas bersalin nanti.
  • 1 plastik berwarna hitam (kecil) – untuk letak uri.
  • 1 plastik besar – untuk letak kain kotor.
  • Minyak selusuh – Papaglamz dulu sediakan minyak kelapa dara je. 
  • Air zam-zam dan buah kurma Ajwa – Untuk diminum / dimakan oleh ibu dan untuk tujuan mentahnik (belah mulut) bayi. Papaglamz mentahnikkan Imtiyaz selepas wife dan baby masuk wad selepas bersalin.
  • Bengkung moden – Supaya perut ibu sentiasa terjaga. Ingat yer, sebelum makan, pastikan berbengkung dahulu. Guna yang jenis moden lebih mudah semasa dalam wad. Bila dah balik rumah, barulah guna bengkung yang berlilit-lilit tu.
  • Tungku elektrik – Bagus untuk digunakan sekiranya ibu berada lama di hospital selepas bersalin.
  • 1 pack tuala wanita maternity (khas untuk wanita selepas bersalin) – Banyak pilihan di pasaran. Pilih la mana yang berkenan. Tapi better tanya dulu la wife nak guna yang mana. Kang beli tak nak pakai pulak. Rugi uollzz.. Huhuhu
  • Pakaian dalam wanita – Bra menyusu dan panties (seluar dalam) biasa yang bukan untuk ibu mengandung. Untuk lebih mudah boleh juga guna disposable panties (seluar dalam pakai buang).
  • Buku laporan mengandung – pihak hospital perlukan untuk rujukan. Jangan lupa tau, kang tak pasal-pasal kena marah.
Dan jangan lupa bakal-bakan libu sekalian. Rancang pantang anda dengan memakan makanan yang berkhasiat. Memang kit tengah sakit. Kadang-kadang tu memang tak lalu makan kan? Anda harus ingat bayi anda perlukan susu anda. Jadi makan dengan sihat. Untuk mudah, apa kata sediakan vitamin-vitamin khas untuk ibu-ibu selepas bersalin. Macam SET BERSALIN SHAKLEE Sememangnya banyak kelebihannya. Ini terbukti dengan testimoni-testimoni positif dari pelanggan yang pernah menggunakan set ini. 
 Antara kelebihanya ialah:
  • Boleh menambah dan mengayakan lagi susu badan.
  • Luka bersalin akan cepat sembuh.
  • Dapat mengawal emosi Ibu selepas bersalin dengan adanya B-Complex.
  • Membekalkan tubuh anda dengan nutrisi-nutrisi yang mencukupi ketika anda berpantang.
PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

NEW YEAR PROMOTION......!!!!!

NEW YEAR PROMOTION......!!!!!

Assalamualaikum

Entri ini adalah sticky post. Sila scroll kebawah untuk entri yang baru.

NEW YEAR
PROMOTION



VIVIX

VITA-LEA for Children

UNTIL END OF JANUARY 2015


Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-


Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:


Papaglamz.com selepas 3 bulan

Papaglamz.com selepas 3 bulan

Assalamualaikum

31 Jan 2015, maka tepat lah Papaglamz.com bersiaran di alam maya ni selama 3 bulan. Hahaha. Jom nyanyi sama-sama.

...Happy birthday to you...
...Happy birthday to you...
...Happy birthday to Papaglamz...
...Happy birthday to you...


Tiga bulan penuh cabaran. Yela nak merapu dalam entri bukan mudah. Nak kena berangan, cari idea, menaip lagi. Tu tak kira dok bersilat dengan Imtiyaz yang sebok nak ikut kite update entri tu. Kikiki. Tapi, alhamdulillah Papaglamz masih lagi bersiaran di alam maya ini.

Kalau nak diikutkan masih mentah lagi Papaglamz dalam dunia blog ni. Tiga bulan tu tak banyak lagi pengalaman atau ilmu yang Papaglamz dapat. Tapi takpe, itu bukan sebab untuk Papaglamz patah semngat kan? Teruskan belajar. Tingkatkan usaha untuk menghasilkan entri-entri yang bermanfaat yang boleh menyentuh hati setiap pembaca. Haaaa gituuu.. Nak sentuh hati pembaca tapi dengan tulisan. Perghhh...!!! Macam mana tu....?

Pencapaian Papaglamz.com dalam 3 bulan ni? Haa baru teringat, Papaglamz pernah terpilih sebagai pemenang saguhati je la tapi dalam segmen yang Kak Shima anjurkan. Dapat topup RM 10 tu. Best.. Best.. Best.. Tq Haakakk yang baik hati. Nanti ade segmen lagi, saya join yer.. Hehehe..

Cakap pasal segmen ni. Papglamz berangan la jugak nak anjurkan giveaway. RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ. Haaa nama die ok tak? So far ok la penyertaan dari rakan-rakan blogger semua. Ni la first giveaway dari Papaglamz. Harap berjaya. Penyertaan masih di buka lagi tau. Jangan ketinggalan untuk menyertai. Jumpe uolzz kat red carpet yer? Hehehehe
Banyak pulak mencarutnyer mengarutnya. Hahaha. Ok la, ni summary untuk bulan lepas punya.

Bilangan pageview: 19712
Total follower: 330
Bilangan entri: 188

So, azam bulan depan ni nak maintain momentum berblogging. Nak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan blgogger-blogger yang lain insyallah.

Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

"TAHNIAH... ANDA HAMIL"

"TAHNIAH... ANDA HAMIL"

Assalamualaikum

Siapa yang tak gembira bila dapat khabar berita tentang kehamilan kan. Setiap pasangan suami isteri sememangnya mengidamkan kehadiran anak sebagai penyeri rumah tangga. Lebih-lebih lagi seorang wanita yang normal semestinya mempunyai naluri untuk menjadi seorang ibu. Tahniah Papaglamz ucapkan bagi pasangan yang akan menimang cahaya mata. Semoga urusan anda sekeluarga dipermudahkan insyallah.
Ibu_Hamil
Untuk pengetahuan semua, peringkat kehamilan adalah satu moment yang indah. Walaubagaimanapun, tidak kurang juga pada peringkat ini agak payah bagi Ibu kerana perlu menanggung letih, alahan, pening dan sebagainya. Namun sebenarnya ia adalah satu perjalanan yang indah dan manis diakhirnya nanti. Lagi-lagi la bila baby yang comel tu dah menjengah ke dunia realiti.

Buat ibu-ibu yang dah confirm mengandung tu meh baca beberapa tips dari Papaglamz ni:
  • Pastikan anda buat imbasan yer. Ini penting untuk kita mengetahui keadaan bayi itu normal atau pun tidak. Lokasinya adakah di dalam rahim atau di luar dan sebagainya untuk memudahkan doktor menjalankan pemeriksaan seterusnya.
  • Perlu diingatkan para Ibu untuk membuat pemeriksaan kehamilan anda bersama doktor secara berkala mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Buat tempahan hospital untuk anda bersalin.
  • Sediakan beg yang berisi barang-barang keperluan bayi semasa di hospital agar anda tidak tergopoh-gapah bila tiba waktu bersalin.
  • Ibu seharusnya mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan yang seimban dan juga pengambilan vitamin-vitamin tambahan semasa mengandung. Macam produk Shaklee. Hehehe
  • Jika sudah berada dalam minggu-mingu terakhir kehamilan, anda dinasihat untuk sentiasa bersedia. Pastikan anda membawa buju rekod kehamilan ke mana sahaja anda pergi.
Ibu_Hamil
Untuk pengetahuan semua, Set Kehamilan Shaklee sangat membantu untuk menambah nutrisi anda ketika hamil. Lagi-lagi nak menjaga emosi Ibu hamil yang tak menentu. Tak percaya? Banyak testimoni yang positif daripada pelanggan yang menggunakannya. Wife  Papaglamz sendiri menggunakanya. Sila baca entri testimoni DEMI CINTA KU TURUTKAN JUA. Hehehe. Ok lah sampai di sini sahaja.

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Papaglamz's Half Face

Papaglamz's Half Face

Assalamualaikum

Jom senyum

WELCOME KE BLOG PAPAGLAMZ

HAHAHA

#TakdeKerja
#IlhamZero
#Berangan
#Muntah

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com