1.2.15

10 TANDA ANDA SUDAH HAMIL YANG PERLU DIAMBIL TAHU

Assalamualaikum

Tentunya kita akan sentiasa tertanya-tanya apakah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang tu sudah hamil. Terdapat banya tanda-tanda yang kita boleh rasa aau lihat sekiranya anda telah sah hamil. Dan kebanyakan tanda-tanda ini akan dirasai oleh semua bakal-bakal ibu.
1. Mengidam

Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!
set_hamil
Itulah dia tanda-tanda yang anda boleh lihat sekiranya anda sudah hamil. Tahniah. Setelah anda hamil, pastikan nada menjaga kesihatan anda agar bayi dalam kandungan anda membesar dengan sihat insyallah. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Pengambilan vitamin juga membantu anda untuk kekal sihat sepanjang kehamilan anda. Set Kemilan Shaklee membantu anda dengan mudah bagi memastikan anda mendapat nitrisi yang cukup sepanjang kehamilan anda. Ini terbukti dengan banyak testimoni-testimoni positif dari pengguna-pengguna produk ini. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

15 ulasan:

  1. nice sharing, pastinya dengan kedatangan orang baru dalam keluarga merupakan perkara yang paling bahagia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Disamping bergembira, perlu jaga keihatan juga.. :)

      Padam
  2. bestnyer kalau dapat mengandungkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doa byk2.. Ad rezeki tuhan akan bgi.. Jgn putus harapan. Insyallah.

      Padam
    2. Harap kawin nanti dapat rezeki anak =)

      Padam
  3. tips tips untuk those yang dah kawen and expecting baby ^^

    BalasPadam
  4. pernah ada tanda2 aritu tapi gagal huhuhu.... berharap ada rezeki nanti...

    BalasPadam
  5. x sabau nak tunggu baby kakak keluar bulan 9 ni.. baby sendiri? tunggu bersuami nanti. haha.

    BalasPadam
  6. no 10 tu bukan tanda lagi tapi memang dah confirm..hahaha

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com