26.2.15

5 SEBAB PERLUNYA AIR DALAM TUBUH DAN TIPS MUDAH PENGAMBILAN AIR MASAK

Assalamualaikum

Ramai mengatahui yang air tu sangat penting dalam tubuh badan kita. Majoriti komponen dalam tubuh kita ialah air. Jadi kekurangan air akan menyebabkan tubuh kita tidah dapat bertindakbalas secara optimum. Hal ini akan menyebabkan banyak masalah antaranya kelesuan dan dehydration. Berikut merupakan kepentingan air dalam tubuh kita.
AIR_MASAK
MENGAWAL SUHU BADAN

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

PENGANKUTAN NUTRIENT KESELURUH TUBUH

Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air. Sebagai contoh, Vitamin C, Vitamin B dan lain-lain lagi.

SEBAGAI PENGGALAK PERKUMUHAN

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai ‘pembantu’ untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.


MENJAGA KULIT TETAP HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang ‘tumbuh’ ketika zat – zat atau komponen ‘sampah’ yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti ‘pasir’ akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah ‘batu’. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran – butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda – tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit – sakit badan.

TIP UNUTUK MINUM AIR 2-3 LITER SEHARI

Papaglamz faham dengar 2 Liter air sehari macam banyak je kan? Kekadang Papaglamz pun susah jugak nak abes kan. Tapi Papaglamz nak sharing cara yang lebih mudah untuk minum air sehari 2-3 Liter.

  • Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
  • Minum segelas air sebelum masuk tidur.
  • Minum 3 teguk air setiap setengah jam.
  • Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi(bagi yg bfeed lah) 

Bukan susah sebenarnya nak minum air jadi, mulai hari ini pastikan water intake kita cukup 2-3 liter setiap hari. Tips yang paling mudah untuk kekal sihat :D

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

26 ulasan:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    great

    BalasPadam
  2. sekarang ni musim panas lagilah kena banyak minum air

    BalasPadam
  3. Topik papaglamz ni banyak beri informasi terbaik. Ada few things yg saya baru tahu from blog ni. TQ! Musim panas ni udara memang tidaklah begitu sihat.. adalah dinasihatkan untuk kita semua banyakkan minum air.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu pojie. Mmg terasa panasnye sekarang ni. Dh start dh musim panas.. Semoga kita sabar imsyllah

      Padam
    2. kan? entri blog papaglamz kebanyakan kongsi info pasal kesihatan =)

      Padam
  4. minum banyak air masak makin kerap la masuk toilet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusla cm tu. Pmbuangan toksik terbaik...

      Padam
  5. as'salam..

    TIP UNTUK MINUM AIR 2-3 LITER SEHARI....-thanks share ye. ^_^ yaya ni pyh jugk minum bnyk air..huhu mkn buah bnyk boleh la..hahaahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Slow2 cuba minum byk air yer yaya..

      Padam
  6. sama ler zaza pun payah nak abis 2-3 liter tu hihihi.. alhamdulillah, sejak2 ni berjaya jugak zaza amalkan minum air putih... nak sihat mestilah kena usaha kan papa hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chayok zaza.. Ikut tips kt atas tu insyallah tercapai..

      Padam
    2. betul tu, sekarang pun tengah usaha walaupun tak sampai lagi 2-3 liter tapi dah kurangkan minuman manis dan lebihkan air masak

      Padam
  7. Salam...yeee minum air masak byk2 memang bgs tuk bdn :0

    terpromote blog papa kat entry sy...boleh baca ye http://www.cikgufarha.com/2015/02/omega-si-pembakar-lemakku.html

    BalasPadam
  8. kena letak botol air kat tmpt yg kita selalu nampak hehe selalu terlupa nak minum

    BalasPadam
  9. musim sekarang yang panas kering memang memerlukan kita minum air banyak2.. :)

    BalasPadam
  10. kalau tak cukup air kulit pun rasa kering

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah.. dah lah kite selalu ddk dlm tempat aircond.. mmg terasa sgt kulit ni kering...

      Padam
    2. Minum air masak byk2 ye kak sheila :)

      Padam
  11. sekarang ni dah nekad nak amalkan hidup lebih sihat..hehe

    BalasPadam
  12. Tips yg selalu sy amalkan, bawak botol air ke mana2 saja.. suami, anak pn join minum jugak..

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com