Travelglamz |#| TripZilla.my lounch promosi untuk bercuti

Travelglamz |#| TripZilla.my lounch promosi untuk bercuti


Assalamualaikum

Ade plan nak bercuti tahun depan? Kalau ade apa kata jom usha TripZilla.my sebab diorang ade buat promosi pakej percutian ke destinasi-destinasi pilihan serata dunia. Make sure booking awal dan buat persiapan awal yer.
TripZilla.my


Papaglamz teringin honeymoon kat China. Ade sesape nak sponsor tak? huhuhu

-sekian-
Tupperware |#| Catalog Disember 2014

Tupperware |#| Catalog Disember 2014

Assalamualaikum

Berikut merupakan katalog Tupperware 1-31 Disember 2014. Produk yang berkonsepkan TIME FOR GIVING memang bersesuaian dengan perayaan Hari Natal yang bakal berlansung 25 hari bulan ini. Sempena perayaan ini juga, Tupperware ade buat sale hujung tahun potongan harga sehingga 35%. Waoooowwww....!!!!!

Apa tunggu lagi. Wassap/email/PM Papaglamz lelaju.

Tel: 019-6141393
 email: faizalmusa88@gmail.com

Produk detail

Produk detail



























































Tupperware |#| Giving with LOVE

Tupperware |#| Giving with LOVE


Assalamualaikum


Dengan berkonsepkan memberi itu satu ibadah, Tupperware menampilkan set yang boleh dijadikan sebagai satu hadiah buat yang tersayang.

Dengan tagline

"GIVING WITH JOY"

Koleksi Modular Mates Mini Rectangular Set :
- Mengandugi lapan set tupperware berbentuk segi empat.
- 4 set bersaiz 850 mL
- 4 set bersaiz 1.9 L
- Warna hijau
- Harga asal RM 236.40
- Discount 25% - RM 177.30

Koleksi Eksklusif Modular Mate Rectangular set:
- Mengandungi dua set tupperware berbentuk segi empat.
- Saiz yang besar iaitu 4.3 L
- Warna hijau
- Harga asal RM 97.80
- Discount 35% - RM 62.90

p/s: Berikut Kelebihan-kelebihan produk Tupperware

-sekian-
Tupperware |#| Antara kelebihan Tupperware

Tupperware |#| Antara kelebihan Tupperware


Assalamualaikum

Antara kelebihan-kelebihan produk tupperware

TAHAP ANTARABANGSA

Diperbuat daripada bahan yang selamat, bebas toksik dan bebas karsinogen, produk Tupperware tidak menyebarkan bahan kimia berbahaya kepada kandungan makanan atau minuman. Produk Tupperware melepasi tahap piawaian global seperti piawaian US Food and Drug Administration (FDA) dan piawaian Japan Polyolefin Hygienic Association

WARNA SELAMAT

Warna-warna produk Tupperware yg terang dan menarik boleh dinikmati tanpa sebarang kerisauan. Kesemua pewarna didaftarkan di bawah senarai French Positive List, Circular Letter No. 176 dan menepati piawaian Council of Europer Committee of Ministers Resolutions AP (89) 1.

MESRA ALAM

Tupperware memainkan peranan proaktif dalam menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran dan kerosakan dengan menghasilkan produk yg tahan lama, agar tidak menyumbang kepada pembuangan dan pembaziran berlebihan.

WARANTI SEPANJANG HAYAT

Produk Tupperware dijamin dari sebarang keretakan, mahupun sebarang kerosakan di bawah penggunaan biasa sepanjang penggunaan produk tersebut.

TAHAN GELOMBANG MIKRO

Produk kalis gelombang mikro diperbuat daripada bahan yang khusus untuk tujuan penggunaan gelombang mikro dan menepati badan-badan berikut ; USA-Toxic Substances Contol Act Inventory (TSCA), Canada-Domestic Substances List (DSL), European-Inventory of Existing Chemical Substances (EINECS), Australia-Australia Inventory of Chemical Substances (AICS), Korea-Korean Existing Chemical List (KECL), Japan-Japanese Inventory (ENCS)

KUALITI YG TINGGI

Produk Tupperware tahan lama dan diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, serta telah melepasi pelbagai pemeriksaan bagi memastikan tahap rekaan dan pembuatan yang teliti.
Usaha usaha ini menjadikan produk kami sesuatu yang menarik utk digunakan bagi sebarang perayaan.

p/s : Jangan lupa untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk Tupperware boleh la tanyakan pada Papaglamz.

-sekian-
Tupperware |#| Suatu permulaan

Tupperware |#| Suatu permulaan


Assalamualaikum

Papaglamz mulakan entri kali ni dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan kasih sayang dari Allah. Insyallah. Seperti tajuk entri ni, Papaglamz terasa nak tambah satu lagi menu tab kat atas tu. Tupperware. Hehehe.

Papaglamz akan update segala bagai tentang Tupperware yang setiap bulan ada sahaja offer die kan? So, jangan ketinggalan. Selalu-selalu la jalan-jalan kat blog Papaglamz ni.

Untuk permulaan ni Papaglamz just nak war-war kan yang Tupperware ade buat sale harga yang tersangat la runtuh. Nanti sat lagi Papaglamz update catalog untuk bulan Disember ni. Kalau-kalau berminat tu meh la komen2 klu x pon private2 message dengan Papaglamz yer.

p/s : Rezeki dari Allah tu 9/10 adalah dari perniagaan. Doakan Papaglamz yer semua.

-sekian-
Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015




Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!
Dah 
add

Puteri Wanita Sebagai  - Papaglamz

Dah Like

Litle puteri: baby & kids sebagai - Rayyan Faizullah

-sekian-

Segmen : Nak join bloglist Misya 2015!

Segmen : Nak join bloglist Misya 2015!

Klik di sini

Assalamualaikum

Jom sama-sama join bloglist Misya 2015.
Boleh la tumpang sekaki ke fofularaan blog Misya ni yang khabarnya sehari tak kurang dari seribu pengunjungnya.

Mohon untuk menumpang. Hehehe

-sekian-

GIVEAWAY JOM SIHAT BERSAMA HAZAMIE SOUQ

GIVEAWAY JOM SIHAT BERSAMA HAZAMIE SOUQ

Assalamualaikum
Klik di sini 

Jom join giveaway. Hadiah yng sangat menarik menanti anda. Boleh klik di banner untuk maklumat lanjut.

SAYA INGIN SEHAT KERANA DENGAN KESEHATAN YANG SEMPURNA, SAYA DAPAT MELAKUKAN IBADAH-IBADAH YANG DITUNTUT OLEH ALLAH DAN IBADAH-IBADAH SUNAT DENGAN SEMPURNA SEKALIGUS DAPAT MERAPATKAN HUBUNGAN SAYA DENGAN MAHA PENCIPTA. INSYALLAH.

Dah follow blog dan G+ dengan nama Papaglamz.com

-sekian-

Tinta Papaglamz |#| Warkah cinta buat isteri (MERISIK)

Tinta Papaglamz |#| Warkah cinta buat isteri (MERISIK)


Assalamualaikum

"Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

 Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.

 Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

 Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

 Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu."
Sumber: google
Pertamanya, ribuan terima kasih buat Halimatu Sa'adiah Binti Mohd Fauzi dan keluarga sebab sudi menerima kehadiran rombongan Cik Kiah yang tak berapa tau malu time merisik aritu. Alhamdulillah la sebab tak kena perambat. Huhuhu.

Seterusnya, SAYA nak mintak maaf kalau-kalau warkah yang saya bagi ni mengganggu AWAK. Sebenarnya SAYA rasa bagai mimpi. Betul ke ape yang SAYA dan family buat ni? Huhuhuhu. Merisik anak orang untuk dijadikan permaisuri hati SAYA. Macam nak terMENINGGAL. Hehehe. Gurau jerkk.

Malunyee SAYA. SAYA tak ada apa yang boleh SAYA janjikan untuk menjamin masa depan kita bersama nanti. Tapi apa yang pasti, Allah itu ada. Dia yang akan berikan saya kekuatan untuk saya berusaha demi rumah tangga kita dan memberi rezeki untuk kita dan anak anak anak anak anak (eh terover plak. hehehe).

Sebelum tu, SAYA tidak memaksa kalau AWAK nak tolak risikan SAYA dan family SAYA sebab SAYA tahu kita ni tak berapa kenal sangat. Tapi SAYA pasti jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah. SAYA merayu cinta AWAK melalui family saya dengan cara yang terhormat. Insyallah, jika baik jalan dan caranya maka baiklah hasilnya. SAYA redha. :-)

Walaupun kita tak kenal sekarang ni. Kita ada masa seumur hidup kita untuk saling mengenali. SAYA harap saya dapat bercinta dengan AWAK lebih dalam lagi lepas kita bernikah kelak.

SAYA rasa itu sahaja untuk warkah kali ini. Doakan SAYA nak memandu balik ke tempat kerja. Semoga AWAK sentiasa dalam lindungan Allah dan diberkati. Nanti kalau cuti lagi, SAYA datang rumah lagi. Elok-elok study tau. Study tu harapan Ibu dan Ayah. Kena buat bersungguh-sungguh. Mereka mahu melihat kejayaan kita.

p/s : Puisi segala bagai kat atas tu SAYA copy and paste jer. Khas buat bakal makmum SAYA. Heheheh

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Wasiat Rasulullah S.A.W buat wanita

Tinta Papaglamz |#| Wasiat Rasulullah S.A.W buat wanita


Assalamualaikum

Entri ni Papaglamz tujukan khas buat isteri Papaglamz yang di cintai.

Antara wasiat Rasullullah S.A.W kepada puterinya Fatimah Az-Zahra' :

Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak2 nya, pasti Allah menetapkan kebaikan baginya bagi setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak2 nya, nescaya Allah menjadikan dirinya neraka tujuh tabir pemisah.

Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak2 nya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kausar pada hari kiamat kelak.

Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga, Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.

Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus beribadah haji dan umrah.

Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang

Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya, meminyakkan janggutnya dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat.

p/s : Marilah beramal bersama. Semoga kebahagiaan rumah tangga dapat kita kecapi dan berkekalan hingga ke syurga. Insyallah.

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com