18.10.18

Nikmat Dan Kelebihan Mencium Anak Dan Isteri

Asslamualaikum semua. Nak bina keluarga bahagia ni bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap watak dalam sesebuah keluar itu harus memiankan peranan tersendiri bagi memastikan bahtera yang dibina terus kekal bahagia. Saling berkasih sayang sesama keluarga sudah adalah resipi utama untuk membina keluarga bahagia.

Sebenarnya banyak cara nak luah rasa sayang ni. Antaranya dengan pelukan dan ciuman mesra. Cuba throwaback semula, bila last korang cium anak dan isteri korang? Kalau dah lama tak buat tu, apa kata nanti jumpa diorang cium la puas-puas ya!

Foto: Google

Sebenarnya mencium anak dan isteri ni mempunyai kelebihan tersendiri. Jom ikuti saranan daripada Ustaz Sayuthi yang juga Guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah ini sewajarnya anda jadikan panduan untuk menyemarakkan kebahagiaan sesama keluarga.

Cium Anak Dapat PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dapat Bahagia SELAMANYA


i) Fadhilat Cium Anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda, jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekali gus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

Baca juga : Jangan Sia-Siakan Momen Indah Ketika Anda Bercuti. Ikuti Panduan 'Meletup' Fotografer Ini..

ii) Fadhilat Cium Suami

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumah tangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dikucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat Mencium Isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya: Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumah tangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

1 ulasan:

  1. Bagus tips ni.. lepas ni mama kena bykkan ciuman la ni hihuj

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com