10.10.18

Tips Menggunakan Facebook Untuk Merancang Percutian Anda

Assalamualaikum semua. Siapa tidak suka pergi bercuiti kan? Tetapi sebelum memulakan percutian, anda harus merancang terlebih dahulu percutian anda. Perancangan yang teliti akan memudahkan urusan percutian anda sama ada dari segi bajet, tempat makan dan macam-macam lagi.

Foto : Google

Kini, membuat perancangan untuk bercuti bukanlah sesuatu yang sukar. Banyak sumber yang boleh dipercayai sebagai rujukan untuk membuat rancangan percutian anda. Sumber utama tak lain dan tak bukan ialah google. Selain google, facebook juga mampu membantu anda untuk membuat perancangan percutian anda.

Jadi, jom ikuti 4 tips dan manfaatkan facebook sebagai sumber rujukan sebelum bercuti ini untuk memudahkan anda.


1. Sebagai sumber untuk merancang percutian.

Ya, facebook diakui lebih mudah untuk mencari info dalam merancang percutian. Hal ini kerana aplikasi facebook yang mempunyai kemudahan komen ataupun 'chatting' membantu untuk kita bertanyakan sesuatu pada seseorang secara terus dan cepat.
Selain itu, facebook juga dapat memberi kita info tentang tempat yang kita hendak pergi sama ada gambar, video ataupun komen-komen dari mereka yang pernah pergi ke tempat percutian itu.

2. Mendapatkan komen-komen positif atau negatif tentang sesuatu tempat.

Sebelum memulakan percutian, sudah pasti kita memerlukan beberapa review atau komentar tentang tempat itu. Dengan facebook anda boleh melihat mana-mana status dari rakan facebook anda ataupun menanyakan sendiri tentang tempat percutian yang telah rakan anda lawati. 

Selain itu, anda juga boleh memasuki mana-mana group travel di facebook. Dalam group ini sudah pasti macam-macam info anda boleh dapatkan. Anda juga boleh bertanya didalam group ini.

Baca juga : River of Life Tarikan Pelancongan Terbaru di Kuala Lumpur

3. Membuat booking.

Setelah mendapatkan beberapa info tentang tempat yang hendak anda tuju seperti hotel, restoran dan pengangkutan melalui pencarian facebook, anda juga boleh membuat booking melaui facebook.

Sebagai contoh, jika anda hendak mencari hotel, anda hanya perlu mencari nama hotel dan lokasi di ruangan cari dan anda akan dapat link atau halaman rasmi hotel tersebut dan anda boleh melakukan pesanan melalui laman tersebut.

4. Kongsikan info tentang tempat yang anda pergi.

Selain mencari info, anda juga boleh berkongsi info percutian anda dalam bentuk gambar, video atau status review tentang sesuatu tempat itu melalui facebook. Semoga dengan perkongsian anda itu akan memudah orang lain yang hendak bercuti.

Jadi,facebook bukan sahaja tempat untuk bersosial secara maya sahaja. Ia juga berguna sebagai tempat untuk mencari maklumat sebelum anda bercuti. Selamat bercuti!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Kredit info: Travel Kompas

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Bercuti Dengan Hanya Gunakan Facebook. Bagaimana?" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

6 ulasan:

  1. Sekarang memang dalam fb pun kita boleh dapat info.. ada je orang up percutian semua..tapi hati-hati jugak sebab ada indah khabar dari rupa hikhikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. semestinya kena berhati2. takut kena tipu plk nnt

      Padam
  2. Betul tu! before bercuti kita mmg kena byk cari info dulu .

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya. bru la percutian kita smooth je nnt kn

      Padam
  3. Gunakan medan berfacebook untuk mencari info juga. Sekarang facebook dah macam google. Serba serbi boleh search.

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com