2.10.18

Cara Mudah Buat Air Nescafe Yang Power Dan Sedap!

Assalamualaikum semua. Menikmati secawan kopi atau nescafe di waktu pagi atau petang memang sangat-sangat mengasyikkan. Ditambah pula dengan gorengan kuih muih seperti karipap ataupun pisang goreng. Pasti letih seharian bekerja akan hilang dalam sekelip mata.


Tapi, macam mana cara mudah nak buat air nescafe yang power dan sedap ni? Bagi anda peminat nescafe tegar, jom cuba resipi bancuhan nescafe yang sedap ni. Rasanya persis seperti di Starbuck. Resipi ini dikongsi oleh seorang pemuda yang pernah bekerja berbelas taun sebagai 'barista' di Starbuck.

Resipi Rahsia Bancuan Nescafe Yang Power Dan Sangat Sedap!


1. Sesudu kecil nescafe. Jangan penuh menggunung.


2. 2-4 sudu kecil susu cair.


3. 1 setengah sudu - 2 sudu kecil susu pekat manis.

4. Campurkan semuanya di dalam satu cawan atau mug.

5. Warna dan baunya seperti bau di Starbuck pada masa ini. Bahan-bahan ini akan menghasilkan nescafe yang tidak berapa manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.


6. Selepas kacau, tuangkan air yang betul-betul panas mendidih. Tuang sehingga 3/4 penuh sahaja.


7. Dah siap! Perhatikan warnanya. Warna Sungai Pahang inilah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara.


Kalau anda cuba mesti terangkat punya la! 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat saya masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!



Kredit : Pemuda Barista Via Viral Oh Viral

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Rahsia Bancuhan Nescafe Yang Power Dan Sangat Sedap!" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

4 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com