Assalamualaikum semua. Menabung bukanlah sesuatu yang muda. Jika tak kena dengan cara nak simpan duit, sudah pasti program menabung anda tidak akan berjaya. Sebenarnya terdapat banyak teknik menabung yang mudah dan praktikal untuk dicuba. Kita boleh membaca dan meniru cara dan gaya mereka yang konsisten menyimpan. Mana tahu, salah satu daripada cara itu sesuai dengan kita.
Moment-moment memecah tabung! |
Dalam entri kali ini, aku nak berkongsi dengan korang semua satu teknik mudah menyimpan duit yang aku amalkan. Masuk tahun ni, tahun kedua aku dah buat. Dengan niat au menabung untuk travel. Tahun pertama aku berjaya simpan dalam RM1300.00 dalam masa setahun. Dan tahun ni masih lagi in-progress.
Nak tahu cara mudah menabung walaupun gaji kecil?
Cara yang aku gunakan ialah cabaran 52 minggu. Aku tahu pun dari google. Cabaran ini adalah satu pelan simpanan yang mudah dan pada aku, ianya tidak begitu membebankan. Dengan mengikuti cabaran ini, anda mampu mengumpul RM 1378.00 menjelang hujung tahun. Banyak tu kan?
Cabaran 2018 in-progress |
Dalam cabaran ni anda hanya perlu menyimpan duit setiap minggu mengikut bilangan minggu dalam setahun. Sebagai contoh, pada minggu pertama tahun 2018, anda simpan RM 1.00 dan pada minggu kedua, anda perlu simpan RM2.00. Simpanan anda hanyalah seminggu sekali sahaja. Bukan hari-hari perlu masukan duit ke dalam tabung. Sehinggalah pada hujung tahun, untuk minggu ke 52, ande perlu masukkan RM52.00 pula kedalam tabung anda.
52 weeks money challenge |
Nah, table atas ni korang boleh guna untuk cabaran menyimpan duit korang. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Kalau hujung tahun nak dapat banyak simpanan, buat tabung macam ni banyak-banyak dalam tahun tu. Kalau buat sepuluh tabung dah boleh dapat 10k hujung tahun nanti.
With Love
Papaglamz
-sekian-
haaa ahh ekk uniknyaa. boleh ikut tips ni untuk travel
BalasPadamBtul tu unik. Selamat mencuba..!!
Padamsaya simpan 500 bht...setiap kali dpt duit purple tu, mesti masuk tabung..ok jugak mcm tu.
BalasPadamTak kisah macam mana pun caranya. Yg penting kne konsisten dan istiqamah.
Padamyg penting join challenge ni, takleh nampak duit yg kita simpan tu. kalau tak kuat semangat la. hahaahaha
BalasPadamTabung ni kena simpan jauh2 bgi susah nak nampak
PadamSaya pun sekarang tengah mencuba untuk menabung tapi masih belum pecahkan lagi..
BalasPadamjgan ingat nak bukak2 ya. semoga berjaya.!!
PadamPernah cuba cara nie tapi kecundang hahhaa..tak pelah next year lah pulak
BalasPadamsemoga berjaya next year...!!!
PadamYg penting menten ade kan..cmni pun ok..sha plk pakai tabung kedai rm2 je..huhu
BalasPadamistiqamah menuju kejayaan. gituu.. hahah
Padam