23.4.15

Ketupat Daun Kelapa Makanan Tradisi Pengikat Ukhwah

Makanan tradisi melayu


Assalamualaikum

Dalam beberapa bulan lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Dan selepas Ramadhan pastinya Syawal menjelma. Tak sabar menanti bulan Syawal sebab anak Papaglamz dah nak pandai jalan. Insyallah. Raya nanti sudah berlari tu. Terlebih dahulu Papaglamz ucapkan marhaban yang Rejab. Semoga bulan-bulan sebelum ramadhan ini kita sama-sama dapat mempertingkatkan lagi amalan kita. Insyallah.

Bila bercakap tentang hari raya, tentunya kita tidak dapat lari dengan makanan yang popular ketupat. Betul tak? Papaglamz akui setiap rumah di pagi syawal tentunya ada sahaja sajian ketupat. Tidak kira la ketupat segera atau anyam sendiri. 
"Ketupat (in Indonesian and Malay), Kupat (in Javanese and Sundanese) or Tipat (in Balinese) is a type of dumpling made from rice packed inside a diamond-shaped container of woven palm leaf pouch. It is commonly found in Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, and the Philippines (where it is known by the name pusô in Cebuano, bugnóy in Hiligaynon, patupat in Kapampangan and Pangasinan, or ta’mu in Tausug). It is commonly described as "packed rice", although there are other types of similar packed rices such as lontong and bakchang" >>>Sumber<<<
Bagi family Papaglamz, setiap tahun, di pagi syawal ketupat adalah makan wajib bagi kami. Tapi kami anyam sendiri. Mak, Ayah dan adik beradik semua termasuk Papaglamz memang master dalam menganyam ketupat ni. Yela, dari kecik kami sekaluarga didedahkan dengan cara nak menganyam ketupat. Mak la, betul-betul kalau mengajar tu. Bagi Papaglamz, pada mulanya nak menganyam tu agak kekok dan lambat. Tetapi sekarang... Mudah je... Hehehe

Sebenarnya kami sekeluarga sangat suka menganyam ketupat bersama-sama. Biasanya dua hari sebelum syawal menjelma Mak dah sebok suruh Ayah cari daun kelapa. Kalau dulu Papaglamz panjat je pokok kelapa tu. Sekarang ni dah duduk jauh. Jadi, Ayah beli je la. Yang seronoknya, menganyam ketupat beramai-ramai ni dapat mengeratkan lagi hubungan kami sekaluarga. Apa tidaknya, duduk sama-sama. Tangan dok sebok melilit daun kelapa, mulut mula la chit chat chit chat. Yang paling best bila Mak throwback. Macam-macam la throwback dari Mak. Sampai naik segan pun ade. Lagi-lagi kalau isteri-isteri dan suami-suami masing-masing dengar. Maluuuu.



Pembaca semua nak tau tak Papaglamz suka makan ketupat dengan apa? Orang biasa makan ketupat dengan rendang. Tapi kami lebih suka makan dengan ayam masak kicap. Menu wajib setiap pagi Syawal. Masak kicap Mak memang MARVELOUS. Tapi sekarang ni Mak dah tak berapa larat sangat. Tak boleh nak aktif sangat masak memasak ni. Nasib la ada akak yang menyerap masuk aura masak kicap mak tu. Sekarang mak jadi bos je. Duduk tengok sambil bagi arahan. Di tambah throwback anak-anak dia masa kecik-kecik dulu. Huhuhu

Haish rindula pulak pada kampung. Lama lagi ke nak hujung bulan ni. 

Ok la. Sampai di sini perkongsian cerita dari Papaglamz. Kita bertemu dalam entri lain. Papaglamz doakan pembaca semua sentiasa sihat dan gembira. Insyallah.

With love
Papaglamz

-sekain-


14 ulasan:

  1. kat johor je ade ketupat nasi ni.. negeri lain payah nak jumpe ..Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haar perasan jugak.. Org jawa biasanye wat camni..

      Padam
  2. papa..sama feveret dengan family khaty..orang jawa memang tal lari dengan ketupat daun kelapa..khaty makan dengan kuah sate (kuah kacang masak sekali daging cincang)..terbaikk..

    BalasPadam
  3. tak reti nak nganyam ketupat tu.. uhhuuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously susah memula tu. Tapi ble dah terer.. Its ok..

      Padam
  4. ketupat ohh teringat masa raya ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn lpe dtg rumah ye acik.. Sesam johor dh kn.. Hehe

      Padam
  5. Mmg sedap.. Ta zabar tunggu raya..

    BalasPadam
  6. ketupak makan dengan apa pun sedapkan papaG..kak ana pun suka :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana...jangan main typo kat sini.. nanti eny terasa...! ehh.. ehh... :p

      Padam
  7. kak ain kalau anyam ketupa ambil masa yg lamaaaaaaaaaa...
    orang lain dah siap 10 ketul, kak ain baru terkial2 siapkan seketul... kikikikii..

    tapi bab makan ketupat lajuuuuuuuu... :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok..tegur kak ana typo..
      aku pun typo...!! arrrggghhhh...

      ampuuunnn kak ana...!! ampunnn.... :)

      Padam
  8. anis xreti anyam..tapi teringin sgt nk belajar..syokk je tgk org buat... klau anis mkn dengan kuah kacang campur belimbing buluh...yummy...belah2 melaka cmtu... :D

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com