26.4.15

Bertemu Zara Aqeela Penulis Novel JANGAN BERHENTI MENCINTAI AKU

Novel Writer, Tanjung Lumpur


Assalamualaikum

Salam sayang Papaglamz ucapkan buat semua. Malam-malam ni secara tidak sengaja Papaglamz ter"ON" laptop nak update satu entri. Entah kenapa la tiba-tiba bersemangat. Ok lah, Papaglamz ingin bercerita yang Papaglamz bertemu dengan penulis novel Jangan Berhenti Mencintai Aku. Zara Aqeela itullah nama pena bagi penulis novel sulung ini. Nama sebenarnya Akma Binti Che Omar atau panggilan Kak Akma merupakan salah seorang ahli group di dalam SAHABAT BLOGGER (SB). Sangat excited sebab berkesempatan berjumpa Kak Akma di Kuantan ni. 

Mesti ramai yang tertanya-tanya siapa Zara Aqeela ni kan?


Nama sebenarnya macam yang Papaglamz sebut tadi tu lah. Kak Akma ni berasal dari Banting, Selangor. Orang jawa tau. Merupakan seorang blogger. Papaglamz selalu juga mengikuti blog Kak Akma. Blog yang paling best Zara Aqeela. Dalam blog ni la Kak Akma akan berkongsi sedikit sebanyak tentang penulisan novel yang beliau karang. Selain blog Zara Aqeela, Kak Akma ada jugak blog It's Me yang mana kebanyakan dalam blog ni Kak Akma berkongsi tentang kehidupan seharianya sebagai tenaga pengajar, isteri, penulis dan macam-macam lagi la. Korang kena tengok sendiri blog Kak Akma ni.

Tentang Jangan Berhenti Menyintai Aku


Untuk pengatahuan semua, novel Jangan Berhenti Menyintai Aku ni merupakan novel sulung yang ditulis oleh Kak Akma. Jom Papaglamz konsikan sinopsis novel ini.
Alam kampus menemukan Ameena dan Andy hingga memutikkan rasa cinta di antara mereka berdua. Namun begitu, hubungan mereka ini tidak dapat diteruskan atas alasan perbezaan fahaman agama. Tetapi, mereka tetap berkawan seperti biasa hinggalah hari terakhir pengajian mereka. Perpisahan itu sebenarnya terlalu sakit buat Ameena namun, dia hanya berkongsi dengan kakaknya… Eemani.
Berganjak ke alam dewasa… Ameena dipertemukan dengan Rauf, seorang doktor pakar yang bertugas di salah sebuah hospital yang terletak di Singapura. Sekali lagi cinta berputik di hati Ameena dan Rauf juga punya rentak yang sama dengan hati Ameena. Namun, disebabkan salah faham mereka menyangkakan hubungan itu terpaksa dilupakan. Rupa-rupanya kedua-dua orang tua mereka memang sudah merancang sedari awal untuk menyatukan mereka berdua. Terubat sedikit kesakitan yang dilalui oleh Ameena selepas terpisah dengan Andy. Nyata, Ameena bahagia dengan kehidupan baharunya itu. Tetapi, kekecewaan itu terubat hanya seketika bila dugaan pertama hadir tatkala anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan dalam satu kemalangan jalan raya. Kesakitan dan tekanan bertambah bila suami yang dicintai mengikut jejak anak mereka enam bulan selepas itu. 
Ameena kembali ke Kuala Lumpur untuk bersama keluarganya semula. Menjalani kehidupan dengan kehilangan yang dipisahkan oleh sebuah kematian bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi arwah Rauf berjaya membuka pintu hatinya setelah berpisah dengan Andy. Rauf juga merupakan orang yang memahami keadaannya yang sedang menderita sakit.
Fasa baru dalam hidup Ameena setelah bergelar balu dalam usia dua puluh sembilan tahun di Mahawangsa bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dia cekalkan hatinya dan kuatkan semangat dirinya. Shahir yang sama-sama bertugas dengan Ameena di Mahawangsa sentiasa cuba mendekati Ameena. Ameena tidak dapat menerima kehadiran Shahir kerana kenangan bersama Rauf dan Andy sentiasa menghantuinya.
Mujurlah ada Ameen, anak bongsu dalam keluarga Ameena. Pada Ameenlah Ameena mengadu segala yang terbuku dalam dadanya. Tanpa ketahuan mereka bertiga, rupa-rupanya Ameen merupakan sahabat baik Andy. Sehinggalah satu rancangan pertemuan yang tidak dijangka terjadi di antara mereka.
Pertemuan kali kedua yang penuh dengan kekeliruan telah mengikat perasaan Ameera dan Andy yang mekar lebih sepuluh tahun lalu. Percintaan kali kedua itu juga tidak semudah yang disangka bila Ameena masih fobia dengan perpisahan mereka kali yang pertama dan dia masih belum mampu melupakan arwah suaminya dahulu.
Ameena diuji lagi bila kedua-dua ibu bapanya menemui Ilahi ketika mengerjakan umrah. Ketika itulah kasih sayang Andy teruji dengan sikap Ameena.
Selepas pemergian Dato’ Irfan yang merupakan CEO Mahawangsa, Andy dan Ameena diamanahkan oleh Eeman (abang sulung Ameena) untuk menerajui Mahawangsa kerana Eeman menetap di luar negara dan punya perniagaannya sendiri. Begitu berat untuk Andy menerima pelawaan besar tersebut memandangkan Andy juga merupakan orang besar dalam M-Auto.
Bagaimanakah Andy memutuskan jalan hidupnya bersama Ameena? Cinta yang pada mulanya terlerai di tengah jalan… bisakah bertaut kembali? Ameena… apakah dia dapat berjuang menentang penyakitnya? Dapatkah dia melupakan arwah suaminya daripada terus membelenggu kenangannya?
“Biarkan kenangan itu terus mengubat rindu….”
Sumber : Kaki Novel 

Zara Aqeela bakal menemui anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015


Ok pastinya semua tahu tentang pesta buku yang berlangsung di PWTC sekarang ni kan? Nak tau tak Kak Akma bakal menemui anda di PWTC. Bagi yang nak berjumpa face by face dengan penulis novel Jangan Berhenti Menyintai Aku boleh la menemui beliau di PWTC 1 Mei 2015 nanti. Tentunya macam-macam benda Akak ni nak share dengan engkorang. Papaglamz dah jumpa Akak yang comel dan peramah ni. Gerenti best. Hehe
Walau apapun, buat Kak Akma terima kasih sudi berjumpa dengan Papaglamz tempoh. Siap dengan family-family akak lagi Papaglamz jumpe. Memang best gile. Hahaha. Lelagi bila jumpa mak dan ayah Kak Akma, rindu Mak dan Ayah Papaglamz kat kampung. Sob Sob. Saya doakan akak akan terus suksess dalam duni panulisan. Hasilakn lebih banyak karya-karya yang bisa menyentuh hati setiap pembaca untuk berubah dari baik kepada yang lebih baik. Insyallah.

With love
Papaglamz

-sekian-

10 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com