20.4.15

Trend Beanies dan Snapback Aksesori Topi Lelaki Terbaik dari Zalora

Beli Topi Lelaki Dari Zalora Secara Online


Assalamualaikum

Industri fesyen adalah ibarat sebuah perniagaan yang mempunyai pelbagai cabang yang setiap satunya mempunyai kategorinya yang tersendiri. Antara cabang kategori fesyen yang popular adalah seperti pakaian, kasut, beg, aksesori dan juga produk sukan. Fesyen itu sendiri mempunyai sifat yang cukup dinamik kerana apa sahaja trend yang sedang popular dalam pasarannya sentiasa mengalami perubahan. Dipendekkan cerita, apa yang popular pada hari ini tidak semestinya akan terus menjadi pilihan pada hari esok. Begitulah uniknya sifat fesyen itu.

Aksesori merupakan antara cabang fesyen yang paling popular. Ia mampu menjana puluhan billion ringgit, malah lebih, pada setiap tahun dengan nilai pasaran yang cukup tinggi. Ini kerana secara logiknya sesuatu persalinan itu tidak akan lengkap tanpa adanya aksesori, ibarat irama dan lagu.
Antara aksesori fesyen lelaki yang popular ialah topi. Ianya direka untuk fesyen dan fungsi kerana ianya dihasilkan untuk membuatkan anda kelihatan lebih menarik, untuk melindungi daripada panas mentari, keselesaan dan juga ketahanan. Kini koleksi topi terkini lelaki telah menjadi antara sebahagian penting untuk koleksi setiap lelaki di seluruh dunia bagi menyempurnakan persalinan kasual mereka. Jom kita lihat apakah dua jenis topi lelaki yang paling popular buat masa ini.
Beanies adalah antara jenis topi lelaki yang paling popular buat masa ini. Ianya mengekalkan kepala kita agar terus hangat terutamanya pada hari dengan cuaca yang sejuk. Ianya juga menghasilkan fashion statement untuk pelbagai tujuan yang lain dan membuatkan anda kelihatan lebih cool.

Trend snapback telah membuat kemunculan semula dengan fenomena yang cukup luar biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun ianya kelihatan hampir menyamai baseball cap namun ianya mempunyai plastik yang boleh dilaras pada bahagian belakang membolehkan anda mengubah saiznya. Topi snapback cukup sinonim dengan budaya hip-hop dan yang terkini adalah muzik K-pop.

Nah, itulah trend yang pasti menjadi kegilaan ramai para jejaka di luar sana. Dengan sekali klik di Zalora.com.my pastinya menjanjikan anda keselesaan untuk memilih dan membeli secara atas talian. Jangan lupa tampil trendy dan bergaya dengan fesyen topi lelaki Beanies dan Snapback dari Zalora. Pasti Glamz.


-sekian-

11 ulasan:

  1. lelaki dengan snowcap mmg seksi.auum

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak suka pakai snowcap , sebab tak ase best. hahaha . because i love to make the unique style hair. kbai

      Padam
    2. Ah engkau sapik.. Ade sje yg nk protesnyer.. Nak bg idea orang2 tua gak ke??

      Padam
  2. Salah satu ciri lh maauk dlm bloggertalk tu yatt.. Hehehe

    BalasPadam
  3. ok juga kalau sesuai dengan gayanya papaG :)

    BalasPadam
  4. errmm... nice review PapaG... :)
    yang tak pakai cap pun boleh jadi berminat nak try ni.. hehehehee...

    BalasPadam
  5. wahh lawa lawa .okay papaG belanja satu.nak bagi kat abi kc haha

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com