23.4.15

Bekam Khalifah Menyambung Warisan Sunnah Rasulullah SAW

Bekam Khalifah, Pusat Bekam di Temerloh


Assalamualaikum

Salam hormat buat semua pembaca Papaglamz.com yang Papaglamz sayangi. Dalam entri kali ini Papaglamz ingin berkongsi sedikit cerita tentang rawatan bekam. Alhamdulillah Papaglamz berpeluang untuk merasai sendiri kaedah rawatan bekam di Pusat Rawatan Bekam Khalifah yang terletak di bandar Temerloh, Pahang. Pembcaca semua pernah berbekam? Berbekam ni sunnah tau. Dan ianya memberi banyak faedah kepada si pengamalnya. 


Apakah Itu Bekam?

Serba sedikit tentang berbekam yang Papaglamz boleh kongsikan. Bekam ini adalah satu subjek di dalam perubatan alternatif. Matlamat utama berbekam ialah mengeluarkan angin, darah, toksik, darah beku atau kotoran secara sedutan menggunakan alat seperti gelas, ataupun buluh. Berbekam ini merupakan amalan sunnah dan ia adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW dan direstui amalanya oleh Allah SWT.


Apakah kelebihan dan manfaat Bekam?

Sebenarnya, banyak manfaat yang kita perolehi dengan berbekam. Manfaat ini Papaglamz dapat rasa selepas menjalani rawatan berbekam di Pusat Rawatan Bekam Khalifah di Temerloh tempoh hari. Alhamdulillah badan terasa ringan. Terasa ingin mencuba lagi. Selain itu, antara manfaat yang boleh diperolehi ialah:
  • Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam pengubatan.
  • Meningkatkan daya tahan tubuh badan
  • Mencuci darah (Buang Toksid) dan melancarkan peredaran darah.
  • Dapat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
  • Sangat berkesan mengatasi racun.
  • Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah.
  • Dapat mengatasi sakit kepala,migrain dan sakit gigi.
  • Menajamkan penglihatan , peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan mata menjadi kabur.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor dan toksid yang berada di bawah kulit membuatkan badan menjadi berat dan malas.
  • Mengatasi gangguan tekanan darah.
  • Membantu memecahkan lemak.
  • Membantu buang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Merawat berbagai jenis penyakit yg tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden.
  • Awet Muda.
  • Merawat masalah lemah syahwat ( tenaga batin ).


Kenali Pusat Rawatan Bekam Khalifah di Temerloh

Papaglamz berkesempatan berbekam di Pusat Rawatan Bekam Khalifah di Temerloh. Sebenarnya pusat ini baru sahaja di buka pada 11 April 2015 yang lalu. Sebelum ini, pusat rawatan ini dibuka di sebuah kawasan kampung. Tetapi setelah terkesan dengan bajir, pemilik pusat rawatan ini mengorak langkah lebih jauh untuk membuka di tengah-tengah bandar Temerloh. Semoga langkah yang dilakukan akan membuahkan hasil. Insyallah.

Selain kedudukan pusat rawatan ini yang mudah ditemui di Temerloh, Perkhidmatan yang diberi adalah terbaik. Bila masuk sahaja ke dalam, ruang menyambut tetamu yang simple tetapi menenangkan pasti menambat hati para pelanggan yang datang. Selain datang untuk membuat rawatan, boleh juga bertemu mesra dengan pemilik premis untuk bertukar-tukar pendapat. 

Untuk pengatahuan semua, pusat rawatan ini menyediakan rawatan bekam untuk lelaki dan wanita. Di sediakan 2 bilik khas untuk merawat lelaki dan wanita secara berasingan. Jadi, tiada masalah. Tambahan pula semua juru bekam adalah terlatih bukan sahaja terlatih dari segi praktikal berbekam malah dari amalan kerohanian bagi memastikan tujuan berbekam mengikut sunnah itu tercapai dan mendapat kredhaan Allah SWT. Insyallah.

Jom Papaglamz kongsikan sedikit gambaran tentang Pusat Rawatan Bekam Khalifah ni.

Bekam_Khalifah_Temerloh
Keadaan di luar premis
Bekam_Khalifah_Temerloh
Banner tentang kelebihan berbekam
Bekam_Khalifah_Temerloh
Suasan di dalam bilik rawatan

Bekam_Khalifah_Temerloh
Promosi April 2015
Bekam_Khalifah_Temerloh
First time mencuba bekam
Haaa tu lah dia. Jom sama-sama berbekam. Sambil kita mengikut sunnah, dapat juga kita meningkatkan lagi tahap kesihatan kita. Bagi yang berminat untuk mencuba boleh la menalifon pemilik pusat berkenaan atau berjumpa terus di lokasi premis seperti alamat di bawah. Jangan lupa ada promosi sempena pembukaan pusat rawatan ini sebelum berakhirnya April ni dan ada juga harga istimewa bagi mereka yang membuat temujanji awal.

Pusat Rawatan Bekam Khalifah Temerloh

No 26 (tingkat 1),
Persiaran Damai 1, 
Damai Court, 
28000 Temerloh 
Pahang Darul Makmur.

Tel: 019-985 7702 (Encik Hirman)

Instagram : >>> hirman_khairi <<<


Papaglamz harap dengan perkongsian ini mamberi seribu satu faedah buat semua pembaca. Insyallah kita bertemu di dalam entri yang lain pula. Salam sayang dari Papaglamz.

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Fuyoooh papGlamZ with Luv...hehehhe still kesihatan baek...good entry

    BalasPadam
  3. oh,,, ok, ni kt pahang,,, ok,hehe..nona ni memang kalau bole, nak dekat2 betol dekat rumah, ahahhaa~

    tq infoooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haar nona. Boleh la cuba. Klu pegi sana kik slm kt owner die yer.. Hehehe

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com