16.4.15

CINTA DAN KEPERCAYAAN | TIP-TIP MEWUJUDKAN RASA PERCAYA DI DALAM RUMAH TANGGA

Assalamualaikum

Salam persahabatan buat semua pembaca setia Papaglamz.com yang Papaglamz kasihi. Semoga ukhwah perkenalan kita di alam maya ini dapat diteruskan atas dasar perkongsian ilmu-ilmu yang membina ikatan kasih sayang di dalam rumah tangga. Ok untuk entri kali ni Papaglamz ingin berkongsi satu cerita tentang PERCINTAAN vs KEPERCAYAAN.
Perkongsian hidup suami isteri amat mencabar. Papaglamz percaya cinta yang terbina di dalam sesebuah rumah tangga semestinya terbina atas dasar perkenalan. Perkenalan ini meliputi segala aspek kehidupan pasangan kita betul tak? Ye la, kita mesti kenal nama, keluarga, baik buruk pasangan dan macam-macam lagi proses pengenalan yang harus kita lakukan. Pada pandangan engkorang, boleh ke satu percintaan itu bermula tanpa perkenalan? Mesti tak boleh kan?

Sebagai contoh andai kita terjatuh cinta pada seseorang, tentunya perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah mengenali nama beliau kan? Haaa perkenalan la tu. Di dalam proses pengenalan ini lah yang akan membina rasa kepercayaan pada pasangan kita. Ya, KEPERCAYAAN. Di dalam kehidupan berumah tangga kepercayaan adalah sangat penting. Pada Papaglamz kepercayaan lah yang akan menentukan bagaimana kuatnya sesebuah ikatan percintaan suami isteri.

Kuatkan cinta dalam rumah tangga dengan menguatkan rasa percaya antara satu sama lain di dalam sesebuah rumah tangga. Tapi, bagaimana caranya untuk kita memupuk kepercayaan? Mudah sahaja. Kembalikan kepercayaan kita pada perkara-perkara teras tidak lain dan tidak bukan ialah RUKUN IMAN. Percayalah dan yakinlah, Allah itu Maha Berkuasa. Dialah yang memegang hati kita. Dialah yang mengikat dan dialah juga yang meleraikan. Tanamkan rasa percaya yang mendalam terhadap kekuasaan Allah, nescaya Allah akan memelihara ikatan cinta di dalam rumah tangga. Insyallah.

Tip-tip memperkukuhkan kepercayaan dalam rumah tangga:
  • Bagi suami, keraplah bersolat jamaah di masjid.
  • Amalkan membaca al-quran.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran ilmu dengan perkongsian-perkongsian tazkirah dan tarbiah secara langsung atau tidak langsung.
  • Kerap berkongsi cerita.
  • Menjadi pendengar yang setia.
  • Saling mendoakn antara satu sama lain.

Nah, itu lah tadi coretan ringkas dari Papaglamz tentang CINTA vs KEPERCAYAAN. Papaglamz harap ia bermanfaat. Semoga kita bertemu di dalam entri-entri perkongsian yang menarik selepas ini.

p/s: Ibu Dhia I trust you sooo much. Hehehe

With Love,
Papaglamz


-sekian-

8 ulasan:

  1. solat!
    itu kunci yang paling penting dalam kehidupan seseorang mahupun kehidupan rumahtangga. inginkan kebahagian hidup tanpa solat yang tak sempurna? amat mustahil. tanpa solat, runtuh la seseorang tu. thanks for sharing papa! bagus untuk yang bakal mendirikan rumahtangga. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq fana.. Pantas yer.. Happy married in advance tau..

      Padam
  2. Cinta memerlukan pengorbanan. Pengorbanan mencerminkan kepercayaan setiap pasangan. Betul tak???

    #efg

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama17 April, 2015

    Yeah btl..kepercayaan tu mmg harus... btw done follow sini #373

    http://aisyahambris.blogspot.com

    BalasPadam
  4. sama sama menuju ke jalan yang diredhai-Nya :D

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com