Baca juga

Hari Ketiga di Cameron Highlands, Chill Mode Sebelum Balik.!

Hari Ketiga di Cameron Highlands, Chill Mode Sebelum Balik.!

Hari ketiga ni memang kami start agak lewat sikit. Masing-masing ambil mood santai, lepak-lepak dulu dalam homestay. Anak-anak layan suasana sejuk, aku pulak sempat join sekali tengok Netflix drama Korea Beyond the Bar. Ada episode terbaru pulak tu, memang layan la.

Bini aku rajin sikit pagi tu, dia buat breakfast rebus ubi keledek yang semalam kami beli kat Agro Market, makan sekali dengan roti. Simple je tapi syok sebab makan panas-panas dalam cuaca sejuk. Aku pulak ambil peluang basuh baju guna washing machine & dryer yang ada kat homestay tu. Balik Kuantan nanti takdelah menimbun sangat baju kotor, memang lega.

Dalam pukul 11 lebih baru kami checkout. Tak terus turun bawah lagi, tapi naik semula ke Cameron Valley Tea House. Kat sini kami plan untuk lunch sambil layan view ladang teh yang terbentang. Order teh panas, makanan simple, posing ambil gambar banyak-banyak. Lokasi ni memang sesuai sangat untuk port terakhir sebelum balik.


Sebelum keluar betul-betul dari Cameron, sempat lagi kami singgah kat gerai-gerai tepi jalan. Ada jual macam-macam termasuklah pokok bunga, kaktus, sayur-sayuran segar, buah-buahan. Sikit-sikit beli, sambil nak habiskan baki bajet travel pun ada.




Lepas puas shopping ringan tu, lebih kurang pukul 3.30 petang baru betul-betul kami bertolak balik ke Kuantan. Perjalanan agak panjang juga, slow-slow drive sambil rehat. Dalam pukul 9.30 malam, alhamdulillah selamat sampai rumah. Penat memang penat, tapi hati puas sebab cuti kali ni jadi kenangan indah.

Esoknya rutin kembali. Kerja, sekolah, macam biasa. Tapi at least ada cerita manis dari percutian singkat ke Cameron Highlands ni untuk dikenang.

Enjoy...!!

Baca juga - Cameron Highlands Trip Day 1 – Drive Santai, Scone & Homestay Best!

Baca juga - Cameron Highlands Day 2 - Start Awal, Elak Jam & Cover Banyak Tempat!

Cameron Highlands Day 2 - Start Awal, Elak Jam & Cover Banyak Tempat!

Cameron Highlands Day 2 - Start Awal, Elak Jam & Cover Banyak Tempat!

Hari kedua di Cameron Highlands bermula lebih awal. Ikut tips yang aku baca, kalau nak elak stuck dalam jammed, kena keluar awal pagi naik ke atas, kemudian turun perlahan-lahan ke bawah. Jadi seawal 8.00 pagi, kami dah keluar dari homestay di Ringlet. Tips ni memang terbukti menjadi!

Baca juga - Cameron Highlands Trip Day 1 – Drive Santai, Scone & Homestay Best!

Destinasi Pertama - Rose Valley

Kami terus naik ke Brinchang dan singgah di Rose Valley. Masa sampai, tempat tu masih belum buka, jadi kami pusing-pusing dulu sekitar kedai kecil yang jual buah-buahan, air dan macam-macam produk tempatan.

Bila jam dah 9.30 pagi, pintu masuk dibuka. Terus kami beli tiket dan masuk. Memang syok! Penuh dengan bunga ros pelbagai jenis dan warna. Anak-anak seronok explore, aku pula sempat juga bersweet dengan isteri sambil posing depan bunga. Memang banyak gambar yang kami snap kat sini.





Taman Rama-Rama

Lepas puas bergambar di Rose Valley, kami gerak ke Taman Rama-Rama. Laluan ke sini agak jammed sikit, mungkin sebab ramai pelancong mula naik waktu tu. Tapi alhamdulillah, sekejap je, tak lama.

Masuk taman ni memang nostalgia. Aku pernah datang 9 tahun lepas, masa tu rama-rama sangat banyak. Kali ni nampak kurang sikit, tapi tetap menarik. Yang best, ada tarikan baru macam:

  • 🦙 Alpaca
  • 🦘 Kangaroo
  • 🐑 Kambing biri-biri

Anak-anak seronok betul dapat tengok dan bagi makan haiwan. Kami pun habiskan masa agak lama kat sini sebab banyak benda boleh explore.





Singgah Bee Farm

Selesai dengan rama-rama, kami terus ke Bee Farm yang berdekatan. Masuk percuma je, jadi kami pun try masuk. Kat sini mostly boleh tengok kotak-kotak lebah dan kedai yang jual produk madu. Honestly, bagi aku tak ada yang terlalu menarik. Tapi okeylah, alang-alang dah sampai.

Raju’s Strawberry Farm

Next, kami singgah Raju’s Strawberry Farm. Excited sebenarnya nak cuba pengalaman petik strawberi sendiri. Tapi bila tengok harga, terus rasa, “tak apa lah, next time je lah.” 

Kami ambil peluang bergambar saja sekitar kawasan taman strawberi yang cantik. Anak-anak pun happy, at least dapat feel suasana Cameron Highlands yang memang sinonim dengan strawberi.




Perjalanan Turun – Tips Berjaya!

Dari Raju’s, kami decide untuk mula turun balik. Masa ni baru nampak betapa tips keluar awal pagi tadi sangat membantu. Lane belah kanan (arah naik) tu, masyaAllah, jammed panjang dari Brinchang sampai nak ke Tanah Rata.

Aku dalam kereta sambil tengok lane sebelah tu, memang rasa syukur sangat kami naik awal. Kalau tidak, confirm tersekat lama. So yes, tips keluar awal memang menjadi!

Agro Market

Dalam perjalanan turun, asalnya kami nak singgah Kea Farm, tapi parking penuh habis. Jadi kami terus ke depan sikit dan berhenti kat Agro Market.

Kat sini suasana meriah dengan deretan gerai yang jual:

  • Buah-buahan segar 
  • Sayur-sayuran Cameron
  • Pelbagai jenis ubi
  • Produk tempatan macam madu & teh
  • Dan yang wajib ialah strawberi segar

Rambang mata dibuatnya. Tak plan nak beli banyak pun, tapi sekali pusing, tangan penuh menjinjing plastik.





Ladang Teh BOH. View Saujana Mata Memandang

Destinasi seterusnya ialah Ladang Teh BOH dekat-dekat area Ringlet. Dari jalan besar nak masuk ke ladang tu agak jauh juga, dalam 6 km perjalanan. Sampai parkir, kena naik bas khas lagi untuk ke atas sebab jalan sempit.

Sampai atas, memang wow moment! Kat sini ada:

  • Café BOH untuk lepak minum teh sambil layan view ladang hijau
  • Lawatan kilang teh. Siap ada guide yang explain proses pembuatan teh
  • Spot mendaki & bergambar. Part ni kami naik sikit ke atas bukit, panorama ladang teh yang terbentang luas tu memang padu.

View dia memang tak boleh nak describe, kena tengok sendiri. Aku dengan family ambil peluang snap gambar puas-puas kat sini.






Balik Homestay & Dinner

Habis ronda kat BOH, jam dah pukul 6 petang. Bayangkan, dari pukul 8 pagi sampai 6 petang, kami tak berhenti pusing. Penatnya Allah je yang tahu. Anak-anak pun dah mula cranky, jadi kami balik dulu ke homestay untuk rehat.

Malam tu, kami keluar balik cari makan dekat-dekat area Ringlet je. Jumpa satu restoran masakan panas ala Thai. Simple je menunya, tapi cukup sedap untuk isi perut yang lapar. Habis makan, terus balik homestay untuk tidur. Semua dah flat sebab esok masih ada itinerary Hari Ketiga.

Baca juga - Let's Main Selut dan Lepas Penyu Kat Pantai Chendor Pantai Chendor, Kuantan

Jadi itu cerita penuh Hari Kedua kami di Cameron Highlands. Seharian penuh aktiviti. Dari bunga rose, rama-rama, lebah, strawberi, shopping agro, ladang teh, sampai la dinner ringkas. Memang penat, tapi puas hati sebab dapat cover banyak tempat dalam sehari.

Nanti aku share lagi last day kitorang kat Cameron.

Enjoy...!!!

Baca juga - Hari Ketiga di Cameron Highlands, Chill Mode Sebelum Balik.!

Cameron Highlands Trip Day 1 – Drive Santai, Scone & Homestay Best!

Cameron Highlands Trip Day 1 – Drive Santai, Scone & Homestay Best!

Baru-baru ni aku berpeluang bawa family bercuti ke Cameron Highlands. Dah lama sebenarnya plan nak ke sini, tapi asyik tertangguh. Alhamdulillah, cuti kali ni jadi juga. Trip kami simple je, 3 hari 2 malam, dari 30 Ogos (Sabtu) sampai 1 September (Isnin). Aku share sikit pengalaman hari pertama dulu, kot ada yang tengah plan nak ke Cameron boleh dapat idea.

First gambar kat Cameron Highland

First day... (Sabtu, 30 Ogos 2025) Travel Kuantan ke Cameron

Pagi tu kami gerak dari Kuantan pukul 9 pagi. Perjalanan agak santai sebab aku tak nak rushing. Jalan slow-slow sambil layan view. Ada satu part tu aku mengantuk sangat, siap berhenti dan tidur dalam kereta kejap. Baru lega nak sambung drive semula.

Lebih kurang pukul 3.30 petang, kami sampai di homestay yang aku book kat area Ringlet. Saja pilih stay belah bawah sebab kawasan ni lebih tenang dan tak sesak macam Tanah Rata atau Brinchang.

Camelia Apartment, Ringlet

Homestay Ringlet, Beyond expectation - Memang Berbaloi!

Ni part yang paling aku teruja nak share. Serius mula-mula aku macam tak percaya dengan harga homestay ni. Aku bayar dalam RM300 lebih je untuk 2 malam, tapi yang kami dapat tu:

  • Apartment 3 bilik tidur
  • Full furnish siap ruang tamu & dapur
  • Ada mesin basuh & dryer
  • Free Netflix untuk anak-anak layan cerita
  • Kitchen complete dengan perkakas kalau nak masak

Memang rasa sangat berbaloi. Selesa betul untuk family stay. Bila masuk je, terus rasa macam rumah sendiri. Aku share gambar-gambar homestay ni kat bawah nih...

Bergambat kat sofa L




Ni gambat kat balkoni

Lepas check in dan rehat kejap, dalam pukul 5 petang kitorang keluar cari dinner. Tapi sebelum tu, sempat singgah Cameron Tea Valley dulu. Kat sini kami cuba scone yang orang selalu recommend, sambil ambil gambar dengan view ladang teh yang cantik.

Cuba scone


Shopping serbuk teh

Lepas tu kami terus naik ke Tanah Rata. Tapi sebelum betul-betul singgah situ, aku saja drive lagi naik atas sampai Brinchang. Ala-ala survey tempat la, nak tengok apa yang menarik untuk hari esok. At least boleh plan siap-siap.

Alhamdulillah, jalan clear, tak ada jammed hari ni. Kat Tanah Rata, kami jumpa satu pasar kecil dekat area Zenith Hotel. Kat sini simple je, banyak gerai makanan dan pilihan masakan panas. Kami makan kat sini je, bukan yang fancy-fancy pun. Janji kenyang, anak-anak pun happy.

Baca juga - Short Getaway di Sugeh Resort, Janda Baik – Best ke Tak? Ini Review Aku!

Balik Homestay & Rehat

Habis makan, kami terus gerak balik ke homestay. Anak-anak dah penat, aku pun sama. Malam tu kami rehat awal sebab esok dah ready untuk full day jalan-jalan yang confirm memenatkan tapi menyeronokkan.

Shopping


So ni lah cerita untuk hari pertama. Esoknya memang penuh aktiviti. Dari ladang teh, pasar, sampai ke tempat-tempat ikonik Cameron. Nantikan sambungan aku untuk Hari Kedua nanti.

Enjoy...!!!

Baca juga - Cameron Highlands Day 2 - Start Awal, Elak Jam & Cover Banyak Tempat!

Baca juga - Hari Ketiga di Cameron Highlands, Chill Mode Sebelum Balik.!

Hari Sukan Dhia Solehah di PASTI Taman Dato' Abdul Rashid

Hari Sukan Dhia Solehah di PASTI Taman Dato' Abdul Rashid

Minggu 16 Ogos lepas memang boleh aku panggil sebagai minggu paling berpeluh dalam kalendar tahun ni. Aku sendiri tengah beraksi kat Man Wellness Challenge di Gopeng, Perak. Cabaran fizikal yang memang buat badan rasa macam mesin basuh “spin mode” selama tiga hari. Dalam masa yang sama, anak aku Dhia Solehah pun ada hari penting dia iaitu Hari Sukan PASTI kat Padang Awam Taman Dato’ Rashid.

Kalau aku sibuk explorace dan ber water raftign, Solehah pulak sibuk berlari keliling padang. Fair enough kan?

Pagi Bermula dengan Perbarisan

Hari sukan tu dimulakan dengan perbarisan berhias. Bayangkan anak-anak kecil dengan uniform rumah sukan masing-masing, berbaris penuh gaya keliling padang. Solehah jadi wakil Rumah Hijau. Dari jauh (bini aku yang update), katanya muka anak aku masa tu penuh dengan semangat. Aku boleh bayangkan je dia jalan sambil melambai-lambai macam selebriti.




Fun Run dan Suasana Meriah

Lepas habis perbarisan, terus sambung dengan Fun Run. Haa… walaupun nama dia fun, sebenarnya untuk budak-budak kecik ni, itu dah kira “marathon dunia” dah. Ada yang lari tak toleh belakang, ada yang lari sambil tengok mak ayah kat tepi padang, ada jugak yang lari dua tiga langkah… terus berhenti sebab kepenatan.

Tapi semua enjoy. Itu yang penting.

Sukaneka untuk Anak-Anak

Lepas tu masuk bab sukaneka. Macam-macam acara ada. Lari bawa bola, acara dalam kumpulan dan macam-macam lagi aktiviti yang confirm buat penonton gelak besar. Sukaneka ni memang trademark hari sukan, sebab tak kisah siapa menang, semua orang happy.


Anak aku pun join acara sukaneka, dan walaupun aku tak dapat tengok live, bini aku siap hantar gambar kat WhatsApp. Nampak jelas muka dia yang tengah excited, dengan crowd kat belakang bersorak-sorak. Sebagai bapak, aku scroll gambar tu sambil senyum sorang-sorang kat Gopeng. Rasa macam ada dua “screen” dalam kepala. Satu aku tengah struggle tarik nafas kat cabaran Man Challenge, satu lagi bayangan anak aku tengah lari kat padang.

Acara Ibu Bapa: Bini Aku Turun Padang

Dan yang paling kelakar, ada jugak acara khas untuk ibu bapa. Masa ni bini aku decide nak masuk. Dia join pertandingan baling bola dalam jaring ala-ala bola jaring. Katanya, bila bola tu masuk jaring dan crowd bersorak, rasa macam dia jadi pemain import kebangsaan sekejap.


Yang bestnya, bini aku menang! Balik siap bawa hamper besar. Haa, yang ni bukan anak je happy, satu rumah happy. Yela masing-masing balik tak tangan kosong.

Baca juga - BINI BAGI LESEN...!!! BPC Man Wellness Challenge 2025 kat Gopeng - Explorace, Rafting & Gua Tempurung

Apapun, walaupun aku tak ada kat situ secara fizikal, tapi cerita-cerita bini aku dan gambar yang dia hantar dah cukup buat aku rasa seolah-olah aku ada sekali. 

Jadi minggu tu memang boleh aku panggil minggu wellness keluarga. Bezanya je, aku dapat muscle pain tiga hari, bini aku dapat hamper dan anak aku dapat pengalaman manis yang akan dia ingat sampai bila-bila.

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com