Tips Mudahkan Kerja Dapur: Bawang Kisar Tahan Lama!

Tips Mudahkan Kerja Dapur: Bawang Kisar Tahan Lama!

Hai korang! Baru-baru ni, aku terjumpa satu tips menarik masa tengah scroll artikel kat DailyMakan (ye la, nak cari idea masak kan...). Aku rasa tips ni bukan je berguna untuk korang, tapi aku pun rasa excited nak share dengan isteri aku. Sebab apa? Sebab boleh mudahkan kerja dapur dan jimat masa!

Siapa kat sini yang tiap kali nak masak, asyik rasa leceh bila kena kupas bawang? Haaa, angkat tangan! Jangan risau, aku pun rasa benda sama. Tapi lepas baca tips ni, aku rasa masalah tu boleh settle terus.

Tips: Simpan Bawang Kisar Supaya Tahan Lama

Okay, meh aku explain cara kakak ni buat bawang kisar dia tahan lama. Step by step, senang je:

  1. Pilih bawang segar
    Mula-mula, pilih bawang yang elok-elok. Boleh guna bawang merah, bawang putih, atau bawang besar (kalau suka). Kombinasi ni ikut citarasa masing-masing.

  2. Kisar dengan minyak, bukan air!
    Ni rahsia utama dia: masa kisar, jangan tambah air! Sebaliknya, guna minyak masak. Minyak tu bukan je buat bawang tahan lama, tapi senang nak guna terus dalam kuali nanti.

  3. Simpan dalam bekas kecil-kecil
    Lepas kisar, masukkan bawang tu dalam bekas kedap udara. Kalau nak lagi mudah, bahagi siap-siap ikut kuantiti sekali masak. Contohnya, untuk tumis sambal atau kari.

  4. Bekukan dalam freezer
    Kalau nak bawang kisar tu tahan lebih lama, simpan dalam freezer. Beku je, tapi bila nak guna, keluarkan sikit je ikut keperluan. Tak payah defrost semua pun.

Kenapa Aku Rasa Tips Ni Best?

Serius, tips ni aku rasa ramai orang akan suka sebab:

  • Jimat masa: Tak payah kupas bawang tiap kali nak masak.
  • Kurang stress: Bau bawang tak melimpah-limpah kat dapur.
  • Cepat masak: Tinggal cedok, tumis, siap!

Isteri aku pun dah excited nak cuba. Dia kata, dengan bawang kisar ni, lagi senang nak masak bila balik kerja. Kalau tiba-tiba ada tetamu datang pun takde hal. Bawang dah ready, tinggal masuk periuk je.

Baca juga - Inilah Dia RAHSIA Membuat Bawang Goreng Rangup Dan Wangi

Korang Kena Cuba!

So, untuk korang yang selalu sibuk atau nak mudahkan kerja dapur, aku cadangkan cuba tips ni. Serius, life-changing untuk kita yang memang banyak kerja tapi still nak makan sedap. Kalau korang dah cuba, jangan lupa share pengalaman kat ruangan komen. Mana tahu, korang ada tips tambahan yang aku boleh guna juga!

Jadi, lepas ni, tiada alasan malas masak sebab kupas bawang pun tak perlu pening-pening. Selamat mencuba, geng! ๐Ÿ˜Š

Tuala Hotel Ala-Ala Mewah โ€“ Tebal, Lembut & Serap Air! Best Seller di Shopee!

Tuala Hotel Ala-Ala Mewah – Tebal, Lembut & Serap Air! Best Seller di Shopee!

Siapa je tak suka guna tuala hotel kan? Tebal, lembut, serap air, dan bagi vibe ala-ala spa mewah kat rumah sendiri. Kalau korang tengah cari tuala berkualiti premium tapi dengan harga berpatutan, aku ada satu recommendation yang tengah viral kat Shopee sekarang ni!

Kenapa Tuala Hotel Ni Wajib Korang Miliki?

Produk ni dah terjual hampir 20K unit, dan ramai yang bagi review positif. Aku pun tak terkejut, sebab kualiti dia memang tip-top! Antara sebab korang wajib grab tuala ni:

100% Cotton – Lembut dan selesa kat kulit, sesuai untuk kegunaan harian.
Super Serap Air – Tak perlu lap badan berkali-kali, sekali lap je dah cukup!
Luxury Hotel Quality – Feel premium macam kat hotel 5 bintang.
Banyak Pilihan Saiz & Ketebalan – Sesuai untuk semua keperluan.

Pilihan Saiz & Ketebalan

๐Ÿ“ Saiz 70 x 140 cm

  • 350g ๐Ÿ“Œ
  • 500g ๐Ÿ“Œ
  • 600g ๐Ÿ“Œ

๐Ÿ“ Saiz 80 x 180 cm (Rujuk link lain)

  • 700g ๐Ÿ“Œ
  • 800g ๐Ÿ“Œ

๐Ÿ“ Saiz 100 x 200 cm (Rujuk link lain)

  • 1000g ๐Ÿ“Œ

Lagi berat, lagi tebal, lagi puas hati! 


Review Pembeli – Memang Padu!

Aku tengok komen-komen pembeli, semua positif! Ramai yang puji tuala ni lembut, selesa, tak mudah berbulu, dan yang paling penting – memang serap air dengan baik. Dengan harga yang murah gila berbanding tuala hotel kat luar sana, ni memang berbaloi untuk beli.


Jom Shopping di Shopee!

Kalau korang nak tuala premium berkualiti hotel dengan harga super bajet, boleh check kat sini - Shopee - Tuala Hotel Premium.

๐Ÿ’ก Tip: Basuh dulu sebelum guna untuk rasa lebih selesa!

Dah ready nak upgrade pengalaman mandi korang? Jangan tunggu lama, grab sekarang sebelum stok licin

Top Komenter Januari 2025 โ€“ Terima Kasih Semua!

Top Komenter Januari 2025 – Terima Kasih Semua!

Hari ni semangat lebih sikit, rajin pula nak edit-edit blog dan pasang coding widget. Jadi, aku pun pasanglah coding untuk Top Komenter ni. Nak tengok siapa yang rajin singgah dan tinggalkan jejak sepanjang Januari 2025.

Thank you buat semua yang sudi datang ke blog aku dan tinggalkan komen sepanjang bulan ni. Korang memang awesome!

Khas buat Warisan Petani, atau lebih mesra dipanggil Wak, terima kasih banyak-banyak sebab rajin datang blog aku dan tinggalkan komen. Sokongan dan interaksi dari korang semua memang sangat bermakna.

Baca juga - Berblog dengan Tenang: Fasa Baru Papaglamz

Tak lupa juga untuk yang lain – Cuya, Cik Cappuccino Latte, Time Traveller, Mieza S, Adnil Linda, Ana Jingga, Suria Amanda, Azirahman, Tot, Nayfatimahrasyid, Mak Lin, ShirVen, Amie – korang memang terbaik! Terima kasih atas sokongan dan komen-komen korang.

Jom kita melangak ke bulan Februari pulak. Let's go...!!! 

Enjoy...!!!

Tak Sangka Dapat Sampul Duit Raya Dulu! Ada Isi Lagi best! - Hadiah Tahun Baru Company

Tak Sangka Dapat Sampul Duit Raya Dulu! Ada Isi Lagi best! - Hadiah Tahun Baru Company

Well, macam dah jadi tradisi, setiap kali masuk tahun baru, mesti ada sesuatu yang akan diberikan untuk semua staff sebagai tanda penghargaan dan semangat untuk tahun yang baru. Sebelum ni, kitorang pernah dapat payung dan juga coklat yang pernah aku cerita sebelum ni sebagai simbolik Top Team Culture yang tempat kerja aku cuba terapkan.

Macam tahun ni aku dapat barang-barang macam kat bawah ni.

Notebook Set – Untuk catat segala idea bernas atau conteng-conteng.
Kalendar – Supaya tak lupa deadline dan cuti umum (cuti yang paling penting kena tanda dulu!)
Pen – Tak payah pinjam pen kawan lagi. hahaha
Sampul Duit Raya – Ini yang paling mencuri perhatian!

Sampul duit raya ni yang unik sikit sebab kali ni awal pulak dia bagi, sebelum Tahun Baru Cina. Mungkin nak bagi vibes angpau sekali, sebab ramai je member-member tempat kerja aku ni yang yang sambut CNY. “Ni kalau ada duit sekali dalam sampul, lagi best!” ๐Ÿคญ Tapi, takpelah. Anggap je ni hint awal supaya semua bersedia untuk musim raya nanti.

Jadi, korang dekat tempat kerja ada dapat hadiah tahun baru juga tak? Apa paling menarik pernah korang terima?

Enjoy...!!!

Application Wajib Install dalam Telefon

Application Wajib Install dalam Telefon

Zaman sekarang ni, siapa je yang takde handphone? Majoriti, khasnya orang dewasa, memang ada smartphone sendiri. Tapi, apa je yang ada dalam telefon korang tu? Aku yakin setiap orang ada aplikasi kegemaran masing-masing. Jadi, kali ni aku nak share dengan korang tentang apps yang wajib ada dalam phone aku. Kalau aku tukar phone, ni antara apps yang aku akan install dulu!

1. Google (Gmail, Chrome Browser)

  • Tak sah kalau takde benda ni! Aku guna untuk kerja-kerja, baca email, dan cari info dengan pantas. Chrome memang penyelamat kalau nak search sesuatu dengan cepat.

2. Urusan Kewangan

  • Maybank2U / MAE, Touch ‘n Go, dan lain-lain banking apps – Sekarang semuanya cashless, jadi memang wajib ada apps ni untuk buat transaksi, bayar bil, dan top-up eWallet.

3. Kalau Nak Travel

  • Google Maps, Grab, Trip.com – Kalau travel, apps ni memang penyelamat. Google Maps untuk cari jalan, Grab kalau malas drive, dan Trip.com untuk booking tiket dan hotel.

4. Kesihatan

  • Fitbit – Sebab aku ada jam Fitbit, jadi aplikasi ni memang penting untuk aku track langkah, kalori, dan tahap kesihatan.

5. Hiburan

  • YouTube, Netflix, iMusic – Aku suka tengok movie dan dengar muzik, jadi mesti ada apps ni dalam phone.

6. Sosial Media

  • WhatsApp, Facebook, TikTok – Untuk keep in touch dengan family dan kawan-kawan, tengok content menarik, dan update apa-apa yang perlu.

Setiap orang ada keperluan dan kegemaran masing-masing dalam memilih aplikasi yang wajib ada dalam telefon. Aku kongsi ni sebab bagi aku, apps ni memang banyak membantu dalam kehidupan seharian. Korang pula macam mana? Aplikasi apa yang wajib ada dalam phone korang?

Enjoy...!!!

Staycation vs Road Trip โ€“ Mana Lebih Best? Dari Sudut Pandang Aku

Staycation vs Road Trip – Mana Lebih Best? Dari Sudut Pandang Aku

Bercuti ni macam-macam gaya dan style kan? Ada yang suka duduk rileks dalam hotel, ada yang suka jalan jauh, explore tempat-tempat baru. Aku rasa nak sembang point of view aku pasal staycation vs road trip ni. Kalau korang follow blog post aku sebelum ni, banyak percutian yang aku pergi mostly staycation. Kenapa aku lebih suka staycation? Meh aku cerita dulu apa beza dua jenis percutian ni.

Baca juga - Pengalaman Seronok Bercuti di Kuala Lumpur Bersama Keluarga

Staycation vs Road Trip – Apa Bezanya?

Staycation ni senang cerita, kita bercuti tapi tak pergi jauh sangat. Biasanya kita check-in hotel, resort atau homestay dalam kawasan sendiri atau negeri berdekatan. Fokus utama? Rehat dan menikmati kemudahan hotel tanpa perlu fikir pasal perjalanan jauh.

Road trip pula lebih kepada pengembaraan. Kita drive ke tempat jauh, singgah banyak tempat menarik, makan di kedai viral, ambil gambar lawa-lawa, dan jalani pengalaman baru sepanjang perjalanan. Seronok? Ya, tapi ada juga cabarannya.

Kenapa Aku Suka Staycation?

Kalau tengok trip aku sebelum ni, memang staycation lebih banyak dalam list percutian aku. Sebab utama? Mudah, tak memenatkan, dan lebih relaks!

1. Tak payah fikir perjalanan jauh
Aku jenis malas nak drive jauh-jauh kalau bercuti. Staycation ni best sebab sampai je hotel, terus boleh chill. Tak perlu hadap jem atau pening fikir laluan mana nak ikut.

2. Boleh fokus rehat & recharge
Percutian bagi aku adalah masa untuk tenangkan fikiran dan recharge tenaga. Staycation ni betul-betul bagi peluang untuk aku lupakan hal kerja, layan suasana hotel, berendam dalam bathtub atau lepak-lepak je dalam bilik.

3. Tak perlu cuti panjang
Kalau road trip, biasanya kena ambil cuti lebih sebab perjalanan jauh. Staycation ni kalau weekend pun boleh buat, check-in Sabtu, check-out Ahad, dah cukup untuk recharge balik semangat.

Tapi Road Trip Pun Ada Keunikan Dia!

Walaupun aku team staycation, aku tak nafikan road trip pun ada kelebihan dia. Kalau korang jenis suka adventure, explore tempat baru, dan suka drive, road trip memang lagi seronok!

Lebih banyak tempat boleh pergi – Road trip ni fleksibel, boleh singgah mana-mana tempat menarik sepanjang perjalanan. Kalau tiba-tiba terjumpa hidden gem ke, boleh terus stop.

Banyak pengalaman & kenangan – Kalau travel dengan kawan-kawan atau family, road trip ni memang best sebab banyak momen spontan yang tak dirancang. Dari makan kat warung tepi jalan sampai sesat cari tempat penginapan – semua tu jadi memori berharga.

Boleh jadi lebih jimat – Kalau pandai bajet, road trip boleh lebih murah dari staycation. Sebab boleh pilih penginapan bajet, makan di tempat-tempat murah, dan kongsi kos minyak & tol kalau pergi ramai-ramai.

Baca juga - Plan Percutian Sempurna untuk Family Besar: Penat Tapi Berbaloi!

So, Mana Lagi Best?

Kalau ikut gaya travel aku, staycation tetap nombor satu sebab aku suka percutian yang santai dan relaks. Tapi kalau ada peluang nak road trip dengan geng atau family, aku pun tak tolak. Yang penting, kena pilih ikut mood dan keperluan.

Korang pula team mana? Staycation atau road trip? Kalau ada pengalaman best dengan salah satu, jom share kat komen!

Enjoy...!!!

The Trauma Code: Heroes on Call โ€“ Drama Korea Terbaru yang Tengah Viral!

The Trauma Code: Heroes on Call – Drama Korea Terbaru yang Tengah Viral!

Dah lama rasanya aku tak layan drama Korea, tapi kali ni rasa macam nak kembali semula ke dunia K-drama. Drama terakhir yang aku tengok berkaitan doktor ialah Romantic Doctor, Teacher Kim 3. Lepas tu, terus senyap tanpa sebarang drama perubatan dalam list tontonan aku. Tapi sekarang, The Trauma Code: Heroes on Call tengah trending di Netflix, dan rasa macam kena layan balik drama doktor-doktor ni!

Aku belum tengok lagi, tapi bila baca sinopsis dan tengok trailer, memang nampak menarik! Drama ni berkisarkan tentang seorang doktor bedah trauma, Dr. Baek Kang-hyuk, yang pernah berkhidmat di zon konflik seluruh dunia. Dia kembali ke Korea untuk menubuhkan pusat trauma terbaik di Hospital Universiti Hankuk. Tapi macam biasa, bukan mudah nak ubah sistem hospital dan latih pasukan perubatan untuk bekerja di bawah tekanan yang ekstrem.


Pelakon utama dalam drama ni ialah Ju Ji-hoon, seorang pelakon berbakat yang pernah berlakon dalam drama popular seperti Kingdom dan Hyena. Jadi, aku boleh jangka yang lakonannya pasti mantap dan penuh emosi. Selain itu, cerita ni juga sarat dengan aksi perubatan yang mendebarkan, konflik profesional, dan mungkin juga ada elemen hubungan antara watak yang menarik untuk diikuti.

Baca juga - Ceritera Isteri Aku, Drama “Curang Tanpa Niat,” & Luahan Hati Terselindung

Aku excited nak mula tengok! Dah lama tak layan drama perubatan Korea. Kalau korang dah tengok, boleh komen dan kongsi pendapat dengan aku. Best ke tak? Patut ke aku marathon drama ni terus?


Enjoy...!!!
Xin Nian Kuai Le! Sambut Tahun Baru Cina dengan Penuh Keceriaan

Xin Nian Kuai Le! Sambut Tahun Baru Cina dengan Penuh Keceriaan

Selamat Tahun Baru Cina 2025 kepada semua pembaca blog aku! Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak kejayaan, keberkatan, dan kebahagiaan kepada kita semua. Tema Tahun Baru Cina tahun ini adalah "Keharmonian dan Kesejahteraan," yang sangat bermakna, mengingatkan kita untuk hidup dalam kedamaian dan berkongsi kebahagiaan dengan orang di sekitar kita.

Alhamdulillah, tahun ni aku diberi kesempatan untuk balik kampung dan menikmati cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Paling best, tak perlu standby kerja! Memang seronok bila dapat bercuti dan meluangkan masa dengan keluarga.


Sebenarnya, bahang Tahun Baru Cina ni dah terasa sejak sebulan yang lalu. Kalau korang pergi ke mana-mana mall, mesti nampak banyak dekorasi CNY yang merah menyala, penuh dengan warna dan kemeriahan. Memang seronok dan memberi semangat untuk menyambut perayaan ini.

Baca juga - Diam-diam Dah Ada Gen Beta: Selamat Datang, Generasi Beta!

Aku juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua! Semoga kita dapat menikmati masa bersama keluarga dan rakan-rakan dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Jangan lupa untuk makan-makan dan meriahkan suasana dengan bunga api dan pelbagai tradisi CNY. Xin Nian Kuai Le!

Enjoy...!!!

Let's Shopping.. Back to School

Let's Shopping.. Back to School

Last week, aku ambil kesempatan untuk cari barang-barang sekolah anak-anak. Walaupun sesi persekolahan masih lama lagi nak bermula, aku fikir lebih baik prepare awal. Bukan apa, senang sikit kepala bila tak kalut last minute, dan yang penting sekarang banyak promosi menarik sempena nak buka sekolah.

Kat Kuantan ni kalau bab-bab cari baju sekolah ni gedung baju Ten n Ten memang jadi tumpuan ramai. Ingatkan aku dah yang terpaling awal cari baju sekolah anak, rupa-rupanya banyak dah parent-paren yang sama-sama cari barang-barang sekolah.

Anak-anak aku macam biasa la memang teruja bila masuk kedai ni. Macam-macam barang ada, dari kasut sampai alat tulis. Seronok tengok mereka sibuk memilih baju sekolah dan kasut. Husna paling cerewet bab pilih tudung, nak yang kain lembut dan tak panas. Imtiyaz pula sibuk cari vest yang nampak “stylo”, katanya nak nampak kemas dan smart bila pergi sekolah nanti. Imtiyaz kene cari baju pengawas. Husna pulak kene cari baju pengawas library. Masing-masin kene ada vest.

Tak cukup kat Ten n Ten, kitorang sambung kat Hari Hari. Kat sini, Alhamdulillah, hampir semua barang yang belum dapat tadi berjaya kami cari. Dari beg sekolah sampai stokin, semua ada. Bukan budak-budak je, mak budak dengan bapak budak pun tumpang sekaki cari barang masing-masing kt sini.

Baca juga - Stamp Cop Nama: Solusi Mudah dan Praktikal untuk Label Buku Sekolah Anak

Masing-masing puas hati dapat barang yang diorang nak. Aku pun lega tengok suka. Seronok betul suasana bila dapat shopping bersama-sama macam ni. Tambah pula, anak-anak dah tak sabar nak pakai barang baru bila sekolah buka nanti.

Walaupun penat pusing-pusing dua kedai, it's ok. Bukan saja dapat lengkapkan keperluan sekolah mereka, tapi masa ni jugalah kami dapat luangkan masa bersama-sama. Sekarang tinggal tunggu sesi persekolahan bermula dengan penuh semangat!

Ok kita peram dulu barang-barang ni dalam lemari ya. Hehehe

Enjoy...!!!

Karipap Inti Ikan? First Time Cuba Memang Pelik Tapi....

Karipap Inti Ikan? First Time Cuba Memang Pelik Tapi....

Pernah tak korang rasa pelik bila cuba makanan yang korang tak biasa makan? Macam aku dulu, orang Johor, pertama kali jejak ke Kuantan, dah kena terima satu pengalaman baru – karipap inti ikan! Kalau kat Johor, karipap biasa dengan inti kentang je kan? Tiba-tiba datang Kuantan, jumpa karipap inti ikan. Bila nampak, macam "Eh, peliknya!", tapi disebabkan nak cuba benda baru, aku pun cubalah.

Waktu pertama kali makan tu, aku agak terkejut jugak. Inti ikan? Seriously? Sebab biasanya karipap kan penuh dengan kentang yang lembut dan berempah. Tapi bila gigit karipap inti ikan, rasa dia tak terduga. Ikan tu memang sedap, berperisa, dan lebih ringan dari kentang. Walaupun pelik pada mulanya, lama-lama aku boleh terima. Rasa unik, tapi sedap juga rupanya!

Kat Johor pun ade karipap yang pelik. Karipap mee hoon. Tapi bila aku cerita kat diorang tentang karipap inti mee hoon yang ada kat Johor, member-member aku yang duduk kuantan ni pun jadi pelik! Betul lah kata orang, setiap tempat ada makanan yang pelik dan tersendiri. Tak ada yang betul atau salah, cuma cara kita adapt je dengan makanan tempatan.

Baca juga - Kuantan: Destinasi Wajib Singgah dengan Pelbagai Tempat Menarik

So, bila fikir balik, memang menarik kalau kita cuba makanan yang tak biasa, sebab kat situ lah kita belajar tentang budaya tempat tu. Sekarang ni, karipap inti ikan dah jadi antara makanan kegemaran aku setiap kali balik Kuantan. Huhuh!

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com