Tempat-tempat Menarik di Malaysia

Tempat-tempat Menarik di Malaysia

Jom cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum

Tempat-tempat Menarik di Malaysia | Siapa kata Malaysia tidak mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi? Sebenarnya banyak tau tempat menarik yang boleh korang lawati bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah ni kan. Pastinya ramai yang tercari-cari tempat untuk bercuti bersama keluarga kan. Ok la, dalam entri kali ini PapaG kongsikan tempat-tempat menarik di Malaysia yang boleh kita lawati bersama keluarga semasa cuti sekolah ni.

Lombong Cantik Guar Petai

Lombong Guar Petai ni terletak di Pulau Pinang. Kalau korang nak tahu tempat sebenar, boleh la klik link di sini. Kecantikan lombong ini mungkin boleh dijadikan sebagai tempat untuk merakamkan beberapa gambar kenangan atau ingin bergambar untuk majlis yang amat bermakna dalam hidup anda semua. Memang best la.

gambar-lombong-di-pulau-pinang

Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Negeri Sembilan

Bagi mereka yag meminati aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar seperti mendaki dan jungle tracking, Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Negeri Semiblan adalah tempat yang harus korang pergi. Nak tahu apa keseronokan tempat ini? Boleh klik di sini. Pasti menerujakan. Khabarnya gunung ini dahulunya pernah digunakan oleh Dato’ Perpateh Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Dato’ Lembaga. Apalah yang berlaku agaknya kan? Jangan lupa klik pada link.

hutan-lipur-gunung-datuk

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong pada tahun 1892 dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

gambar-menara-condong-teluk-intan

Kalau nak tahu cerita lebih lanjut tentang menara condong di Teluk Intan ni, boleh klik di sini. Mesti korang teruja nak kesana. 

Air Terjun Sungai Pandan di Kuantan

Siapa sangka di Kuantan ada air terjun. Jangan ingat di Kuantan hanya ada pantai je tau. Air terjun Sungai Pandan ini terletak di daerah Kuantan dan lokasinya menuju ke Sungai Lembing. PapaG dan keluarga pernah ke sini dan memang menyeronokkan. Jangan lupa baca entri di sini untuk melihat keseronokan kami sekeluarga bermandi-manda di air terjun sungai pandan ni. 

gambar-ar-terjun-di-kuantan

Itulah tadi 4 tempat-tempat menarik di Malaysia yang korang boleh kunjungi. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat pelancongan di Malaysia, kalau nak ceritakan semuanya sampai esok pon tak habis nak cerita. So, PapaG ucapkan selamat bercuti buat korang semua. Hati-hati semasa bercuti. Leih-lebih lagi di jalan raya.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Siti Nordiana Pemenang Gegar Vaganza 2015 TAHNIAH...!!!!

Siti Nordiana Pemenang Gegar Vaganza 2015 TAHNIAH...!!!!

Senarai pemenang Gegar Vaganza 2015


Assalamualaikum

Maka tutuplah tirai Gegar Vaganza 2015. Tahniah Siti Nordiana kerana menjadi johan dan persembahan terbaik. Berikut PapaG kongsikan senarai penuh pemenang Gegar Vaganza 2015.

siti-nordiana-nana-gegar-vaganza

Keputusan Gegar Vaganza Akhir
Juara - RM100k - Siti Nordiana
Naib Juara - RM50k - Farahdhiya
Ketiga - RM30k - Ezad Lazim
Keempat - RM15k - Nassier Wahab
Kelima - RM10k - Acong
Keenam - RM5k - Haiza
Persembahan Terbaik - RM5k - Siti Nordiana

With Love
Papaglamz

-sekian-
Pencuri oleh Mark Adam | Menyingkap Memori Lama

Pencuri oleh Mark Adam | Menyingkap Memori Lama

Lirik lagu Pencuri oleh Mark Adam


Assalamualaikum

Pencuri | Kali pertama mendengar lagu ni teringat kenangan-kenangan masa sekolah rendah dulu. Yela, wife PapaG ni sebenarnya adalah rakan satu sekolah semasa kami sekolah rendah. Dan kami juga pernah sekelas tau. Tapi, memang masa tu tak terlintas langsung tentang nak kawen segala bagai yer. Hingusan lagi katanya. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana kan. Selepas lebih 10 tahun tidak berjumpa dan tak tahu pun kisah masing-masing, kami dipertemukan semula. Tapi pertemuan ini lebih serious dan bermatlamat untuk mendirikan bahtera rumah kami berdua. Walaupun pertemuanyang dirancang oleh orang tua, namun kami percaya cinta kami kuat. Cinta yang kami landaskan kerana Allah insyallah menjadi kekuatan kami dalam melayari bahtera rumah tangga kami hingga kesyurga. Aamiin.

mark-adam-lirik

PapaG dedikasikan lirik lagi Pencuri dari Mark Adam ini buat khas buat isteri tersayang. Enjoy...!!!

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

[Chorus]

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu
Darjah satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan ku kembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
‘Tuk sehidup semati

[Ulang chorus]

Dari darjah satu aku suka kamu

With Love
Papaglamz

-sekian-
Final TM Piala Malaysia 2015 | Kedah VS Selangor

Final TM Piala Malaysia 2015 | Kedah VS Selangor

#TMPialaMalaysia2015


Assalamualaikum

Final TM Piala Malaysia 2015  Kedah VS Selangor | Harinya sudah tiba. Perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2015. Perlawanan akhir pada tahun ini memperlihatkan persaingan antara Kedah dan juga Selangor dalam merebut gelaran juara. Selangor pernah mengungguli piala malaysia pada suatu ketika dahulu dan begitu juga dengan Kedah. Tapi, pada malam ini, apakah yang bakal terjadi? Kita kena tunggu la sehingga perlawanan tamat pada malam ini. 

final-piala-malaysia-2015

Bagi yang dapat tiket untuk menyaksikan perlawanan secara live di stadium, ingat jaga kelakuan dan kawal emosi. Bagi yang tak dapat nk menyaksikan di stadium, tengok kat televisyen je la dengan family. Walauapepun, good luck kepada kedua-dua team yang berjaya mara ke peringkat akhir. Bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi pada malam ini. SEMOGA BERJAYA.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Seronoknya Naik Beca di Dataran Pahlawan Melaka

Seronoknya Naik Beca di Dataran Pahlawan Melaka

Tempat menarik di Melaka


Assalamualaikum

Seronoknya Naik Beca di Dataran Pahlawan Melaka | Siapa yang mengikuti perkembangan PapaG di Instagram mesti semua tahu yang baru-baru ni PapaG dan family bercuti di Melaka. Siapa tak kenal dengan Melaka kan? Bandaraya bersejarah dan mempunyai banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Untuk entri kali ini, PapaG nak kongsikan keriangan kami sekeluarga menaiki beca di Dataran Pahlawan.

beca-dataran-pahlawan-melaka

beca-dataran-pahlawan-melaka

beca-dataran-pahlawan-melaka

Waktu malam, di Dataran Pahlawan Melaka ini anda akan melihat kemeriahan dengan limpahan cahaya-cahaya yang cantik sangat. Lebih-lebih lagi lampu-pampu yang meriah dan diiringi dengan iringan lagu di beca-beca yang ada di sekitar dataran. Sememangnya menggamit suasana. Beca yang dihias dengan berbagai rupa dan warna lampu amat menarik perhatian para pengunjung untuk mencuba. Ada yang dihias bagaikan burung helang, merak dan macam-macam lagi. Dah macam pesta cahaya pun ada.

Ibu Dhia korang memilih beca yang dihias dengan motif-motif kartun popular Frozen. Kita layankan je la. Satu pusingan dari Dataran Pahlawan menuju ke A Famosa dan berpusing semula ke dataran PapaG di kenakan cas sebanyak RM 25.00 sahaja. Agak jauh juga la pusingan yang di buat. Melihat orang yang membawa beca tu pun sampai mengah-mengah. Kira berbaloi la kan.

Selain menaiki beca, di dataran ini terdapatnya satu lagi tarikan iaitu Menara Taming Sari. Tetapi memandangkan waktu malam menara  ini tidak dibuka, jadi tak melepas la nak naik. Tapi ada cerita menarik keesokan harinya bila PapaG nak naik Menara ni yang nak kongsikan pada and semua. Tunggu next entri.

With Love

Papaglamz
Cara Buat Air Detox Paling Mudah

Cara Buat Air Detox Paling Mudah

Rahsia detox dan khasiatnya


Assalamualaikum

Minum air detox boleh kurus | Bila bercakap tentang detox ni, mesti ramai yang kaitkan dengan cara pengurusan badan. Betul dengan mengamalkan pengambilan air detox ni kita boleh kurus tau. Tetapi dengan beristiqamah dan diikuti dengan beberapa senaman serta penjagaan makanan. Secara ringkasnya air detox ni adalah air kosong yang di masukkan beberapa buah-buahan ataupun sayuran dan dijadikan amalan minuman seharian. Kiranya improvise air masak la ni. 

resepi-air-detox

Dengan mengamalkan peminuman air detox ni ia di katakan mampu membantu tubuh kita dalam penyingkiran bahan-bahan toksik seperti racun, lemak, dan sebagainya. Penyingkiran bahan-bahan toksik ini penting bagi memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Bagus kan?

Jadi, mesti ramai yang nak tahu cara-cara nak buat air detox ni kan? Sebenarnya cara untuk membuat air detix ni mudah sahaja hanya perlukan air masak dan buah-buahan yang mampu membantu dalam proses detoksifikasi badan kita. 

Resepi mudah air detox


Bahan-bahan
1 biji Lemon
1 Biji Timun
2 Biji Limau Nipis
1 Jug Air Masak

Cara-cara nak buat mudah je. Korang campurkan semua bahan-bahan tadi didalam satu jug. Dan simpan dalam peti ais semalaman. Esok paginya minum la. mudah je kan? Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bila Anak Kecil Mula Menulis Inilah Jadinya

Bila Anak Kecil Mula Menulis Inilah Jadinya

Fasa pembelajaran aktif bagi si manja


Assalamualaikum

Bila Anak Kecil Mula Menulis Inilah Jadinya | Setiap kanak-kanak mempunyai ragam tersendiri. Dari kecil sampailah besar, setiap fasa pembesarannya sudah pasti ada sahaja ragam atau perangai yang mencuit hati dan kadang kala menggeramkan juga. Macam gitu jugalah dengan anak PapaG si Imtiyaz. Sekarang ni Imtiyaz sudah mula rajin menconteng-conteng. Lebih-lebih lagi bila Ibunya belikan warna crayon untuknya, memang jenuh la melayan dia menulis. Sebagai ayah, PapaG layankan je la. Ada kalanya PapaG cuba mengajar Imtiyaz membuat bentuk bulatan, garisan lurus dan segi empat. Tapi, bukan bentuk dan garisan yang dia buat pun. Hanya lukisan-lukisan abstrak yang kita sendiri pun tak faham apakah dia. Hehehe

Walauapapun, tak kira la apa juga bentuk tulisan ataupun lakaran yang anak kita buat, kita harus support. Mula-mula memanglah hanya contengan yang entah pape, insyallah satu hari nanti anak kita akan menulis sebuah ayat-ayat manis untuk kita. Bila dah pandai pegang pen atau pensil ni, risau pulak kalau-kalau Imtiyaz ni menconteng dinding rumah. Untuk mengelakkan dia conteng dinding, PapaG lebih mengajar Imtiyaz untuk menconteng di dalam buku yang memang khas untuknya. Mintak di jauhkan la dia nak conteng dinding rumah. Kalau tak, jenuh la nak mencuci nanti kan? 

Nah PapaG kongsikan antara hasil nukilan dari Imityaz buat korang semua. Komen la sikit. Hehehe




Nampak tak? Khusyuk sangat. Tak cukup dengan buku, muka dia conteng sekali. Hehehe. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Dato’ Siti Nurhaliza Keguguran Kandungan Usia 2 Bulan

Dato’ Siti Nurhaliza Keguguran Kandungan Usia 2 Bulan

Dato’ Siti Nurhaliza Keguguran Kandungan Usia 2 Bulan


Assalamualaikum

Beberapa minggu lepas, industri hiburan Malaysia di gemparkan dengan berita ura-ura mengatakan diva nombor satu negara kita Dato’ Siti Nurhaliza Binti Taruddin mengandung. Namun Siti tidak mengulas lebih lanjut kepada pihak media tentang berita ini. Siti tidak mengiakan atau pun menidakkan berita sedang hangat di perkatakan oleh semua orang. Sekiranya berita kehamilan ini adalah sesuatu yang betul, pastinya kesemua peminat Siti akan gembira. Siti hanya memberi komen bila sampai waktunya beliau akan berkongsi cerita yang sebenar.

Namun, beberapa hari lepas, PapaG terbaca status Instagram @ctdk menyatakan bahawa Dato’ Siti telah keguguran di usia kandungan 2 bulan. Pastinya ia merupakan satu yang amat menyedihkan. Sebagai manusia Siti menganggap ianya sebagai satu ujian baginya dan keluarga. Siti tetap redha dan positif bahawa semestinya ade hikmah di sebalik kejadian yang menimpa ini.

dato-siti-nurhaliza-keguguran

Kini, Siti akan berpantang dan selepas habis berpantang aktiviti seninya akan berjalan seperti sediakala. Sebagai peminat, PapaG doakan semoga Dato’ diberi kesembuhan yang sempurna dan tetap redha dengan ujian yang menimpa. Insyallah tahun depan mengandung lagi. Hehehe.

With Love
Papaglamz

-sekian-
100 Plus Menyegarkan Walkathon Toray BASF Petronas 2015

100 Plus Menyegarkan Walkathon Toray BASF Petronas 2015

Assalamualaikum

100 Plus best | Buat mera yang aktif dalam bersukan pastinya minuman isotonik 100 Pluss menjadi pilihan tepat bagi mendapatkan kembali kesegaran dengan segera. Baru-baru ini BASF PETRONAS Chemical dan TORAY telah menganjurkan walkathon sempena Responsible Care week 2015. PapaG pun menyertai walkhaton ni. Sebenarnya banyak juga aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu responsible care ni. Antaranya blood donation, confine space trainig, dan macam-macam lagi la.

Memang acara walkathon ni adalah acara tahunan yang akan menjadi pilihan PapaG. Apa tidaknya mudah je. Korang perlu berjalan kaki je. Kalau berlari penyertaan korang akan terbatal. Dalam acara ni PapaG dapat tempat pertama dari belakang yer. Yela alang-alang acara berjalan, betul-betul kami berjalan la. Ala-ala mak jemah gitu. Hihihi. Yang penting kami happy dah la, Dan lagi satu dapat minum 100 Plus free. 

walkathon

walkathon

walkathon

walkathon

Gambar last ni adalah antara geng-geng yang paling last sampai ke garisan penamat. Hehehe. Yang penting kami happy. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Makan Sampai Kenyang di Aniq Steamboat Kuantan dengan Hanya RM 19.00 Sahaja

Makan Sampai Kenyang di Aniq Steamboat Kuantan dengan Hanya RM 19.00 Sahaja

Harga makan di Aniq Steamboat, Kuantan


Assalamualaikum

RM 19.00 makan di Aniq Steamboat, Kuantan | Baru-baru ni PapaG dan isteri berpeluang makan steamboat di Aniq Steamboat Kuantan. Saja sekali-sekala makan steamboat untuk dinner apa salahnye kan? By the way, Aniq Steamboat ni adalah antara tempat makan yang paling popular di Kuantan ni. Lebih-lebih lagi di dalam facebook group Warga Kuantan. Memang viral sangat cerita tentang Aniq Steamboat ni. PapaG tahu tentang kedai makan ni pun dari kawan-kawan di tempat kerja yang bercerita dan pencarian PapaG di group Warga Kuantan tu la.

Aniq-steamboat

Steamboat yang berkonsepkan buffet dengan tema MAKAN SAMPAI KENYANG memang la menjadi pilihan ramai pengunjung. Apa tidaknya sepanjang PapaG berada di sini, memang tak pernah kosong la. Penuh dengan orang. Sebenarnya PapaG dan wife pun bernasib baik sebab kebetulan semasa kami sampai ada satu meja yang baru sahaja selesai makan. Jadi kami tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan tempat duduk. Yang pasti memang hot stuff la meja-meja di Aniq steamboat ni. Ye la, api kat atas meja kan? Hot la tu. Hehehe

Bercerita tentang makanan yang disediakan pula, mungkin bagi yang ingin sedikit kelainan ketika makan malam boleh cuba steamboat di sini. Di Aniq, korang boleh merebus ataupun memanggang segala seafood, daging, ayam dan macam-macam lagi makanan yang di sediakan. Selain makanan steamboat, ada juga makanan seperti mee goreng, nasi kerabu, ABC, kek & pelbagai jenis kuih-muih. Jangan risau memang kenyang. Memang sesuai sangat dengan tema kedai steamboat ni iaitu MAKAN SAMPAI KENYANG. Dan yang paling best lagi, harga sangat la murah dan berpatutan. Hanya RM 19.00 satu kepala korang boleh makan sebanyak mana yang korang suka. Tapi ingat...!!! JANGAN MEMBAZIR.

Aniq-steamboat

Aniq-steamboat

Mesti korang semua nak tahu Aniq Steamboat ni kat mana kan? Kalau nak tahu tempatnya ianya berhadapan dengan Giant Kuantan di Medan Selera Warisan. Jika dari bandar Kuantan tu terus menuju ke Giant. Bila sampai di trafik light hadapan Giant buat U-Turn dan belok kiri di simpang pertama yang korang jumpa. Sampai la. Memang mudah jer. Kalau susah-susah google map je Aniq Steamboat Kuantan.

Aniq-steamboat

Aniq-steamboat

Komen PapaG tentang Aniq Steambot ni. Kalau tentang makanan memang memuaskan la bila di banding dengan harga dan servis dari semua staff pun ok. Diorang tambah kuah untuk merebus tu tanpa di suruh dan terus-terusan tersenyum. Memang mesra pelanggan la. Komen PapaG tentang kedai pula mungkin sempit sikit la. Susah untuk kita bergerak nak ambil makanan. Almaklumla kita ni saiz macam gajah nak bergerak sana sini perlukan keluasan. Jadi, wife PapaG la yang jadi mangsa. Hehehe. Walau apepun PapaG bagi 8 bintang untuk Aniq Stemboat ni. Korang jangan lupa tau singgah-singgah makan kat kedai makan ni. Gerenti syok la. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com