7 Panduan Beli Tiket Flight Murah Ramai Tak Tahu

7 Panduan Beli Tiket Flight Murah Ramai Tak Tahu

Trend melancong keluar negara kini semakin meningkat dalam kalangan masyarakt kita. Kalau nak melancong keluar negara sudah pasti pengangkutan yang diguna pakai tidak lain dan tidak bukan ialah menggunakan kapal terbang.

Tetapi harus diingat, tiket kapal terbang bukanlah murah. Walaupun hanya penerbangan domestik, harganya mahal. Sebab itu, bagi anda yang hendak bercuti keluar negara sudah pasti poket anda perlu la tebal.


Bercerita tentang bajet, tahukah anda bahawa kita boleh membeli tiket penerbangan yang lebih murah seperti biasa jika kena dengan caranya. Sekaligus, dapatlah anda mejimatkan poket dan boleh la digunakan untuk bajet lain.

Jom ikuti tips mudah yang dikongsi oleh Mat Travel di laman twitternya ini untuk membeli tiket flight murah.

1. Tempah hari Selasa dan Rabu



Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam.


Syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah awal, tetapi jangan terlalu awal.



Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh.


dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah.



3. Pilih Hari Terbang Yang Sesuai



Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa



Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil




6. Buang ‘Cookies’ Pada Web Browser





7. Bandingkan Harga




Tempat untuk servey tiket kapal terbang:

  1. Skyscanner
  2. CheapFlight
  3. Momondo
  4. Kayak
  5. Google Flight
  6. Ita Software

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Tempah Selasa Dan Rabu" - Ini 7 Tip Beli Tiket Flight Murah Ramai Tak Tahu sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.
Panduan Beli Tiket Flight Tanpa Caj Processing Fees. Macam Mana Tu?

Panduan Beli Tiket Flight Tanpa Caj Processing Fees. Macam Mana Tu?

Zaman sekarang mudah untuk kita booking flight. Pelbagai cara yang kita boleh gunakan untuk booking tiket flight sama ada secara terus melalui laman-laman web rasmi syarikat penerbangan atau sahaja membeli dari aplikasi-aplikasi mudah di telefon bimbit anda.

Cara pembayaran juga mudah. Pembayaran boleh menggunakan perbankan internet seperti Maybank2U, CIMBClicks, RHBNow ataupun menggunakan kad kredit, MasterCard atau VISA.


Setiap penggunaan kaedah pembayaran yang berbeza, mempunyai cas pengurusan yang berbeza. Sebagai contoh, jika anda membeli tiket flight AirAsia menggunakan perbankan internet seperti M2U dan CIMBClicks, anda akan dicaj RM4 setiap kali anda membayar menggunakan perbankan internet.

Dan, pembelian tiket flight AirAsia menggunakan kad credit MasterCard / VISA pula, anda akan dicaj RM16 per transaksi. Agak mahal bukan? Penat-penat memburu tiket murah, lepastu kena caj mahal untuk processing fees. Serupa beli harga biasa!

Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada cara yang anda boleh cuba untuk mengelakkan daripada processing fees Air Asia ni. Caranya dengan menggunakan kad BIGPay AirAsia. Dengan menggunakan AirAsia BIGPay ini, anda hanya perlu bayar harga tiket flight saja. Zero processing fees!


BIGPay AirAsia ni sejenis debit card. Korang perlu top up card ini dan boleh guna di mana-mana saja seluruh dunia! Janji ada logo MasterCard. Rate dia pun berbaloi tau. Dan yang paling best, setiap transaksi pembayaran, korang akan dapat BIG Points AirAsia! Dengan BIG point Air Asia yang terkumpul ini, anda boleh redeem tiket flight PERCUMA.

Cara untuk mendapatkan kad BIGPay AirAsia

1. Download apps BIGPay di Google Play / Apps store
2. Apply kad BIGPay melalui apps BIGPay 
3. Top up RM20 untuk aktifkan kad tersebut.
4. Jangan lupa masukkan referal code VYIKXEICWE dan anda akan dapat  RM10 secara percuma!

Kad debit BIGPay anda akan dipos dlm masa 2 minggu selepas kad diaktifkan. Dan anda boleh gunakan kad tersebut untuk beli tiket AirAsia pelbagai lagi! Cepat dapatkan kad BIGPay ini!

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk Wah! Beli Tiket Flight Tanpa Caj Processing Fees. Macam Mana Tu? sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.
Jom Beraya Dengan KEREPEK BRONIS Yang Betul-betul Eksklusif Ni

Jom Beraya Dengan KEREPEK BRONIS Yang Betul-betul Eksklusif Ni

Assalamualaikum semua. Siapa yang follow rapat facebook aku, sure korang perasan aku pernah kongsi satu status tentang kerepek bronis yang datangnya jauh dati Jitra Kedah. Ramai yang tanya tentang rasanya. Hari ni aku baru sempat nak kongsikan pada pembaca semua tentang keenakan rasa KEREPEK BRONIS ini. Sebelum tu perkataan Bronis sebenanrnya sebutan mengambil sempena prkataan Brownies ya. Bukan kerepek-kerepek yang biasa kita dapat dipasaran tu ya.!


KEREPEK BRONIS ni merupakan produk kudap-kudap yang diasaskan oleh Puan Azila Mamod dan mula bertapak di Jitra Keda. Jauh kan dari Kedah terbang nun jauh ke Kuantan ni. Tak kira jauh macam mana pun, KEREPEK BRONIS yang aku terima tetap masih dalam keadaan yang baik dan tak lemau. Apa tidaknya, packaging dia memang terbaik. Jarang sekali kerepek-keepek yang dijual dipasaran menggunakan peckaging yang betul-betul kedap udara dan dibuat dari bahan yang bermutu tinggi. Dan yang penting memang nampak sangat-sangat menarik dan eksklusif.


KEREPEK BRONIS adalah brownies yang agak nipis dan bila korang memakannya memang betul-betul macam kerepek yang rangup tu. Didatangkan dengan 2 perasa yang berbeza, ternyata setiap satunya mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. 

Aku sendiri merupakan pembuat brownies kan. Jadi aku agak teruja nak tahu macam mana la rasa dan keadaanya kerepek bronis ni. Almalik, biasa kita makan brownies yang ala-ala kek tu. Ni kerepek pula. 

So far, terdapat dua perasa utama KEREPEK BRONIS ni iaitu Kerepek Bronis Chocolate  Almond dan Kerepek Bronis Teh Tarik Almond.

Kerepek Bronis Chocolate  Almond

Antara dua perisa ni, Chocolate Almond adalah menjadi pilihan aku. Rasa brownies sebenar tu memang ada dalamnya. Kerepek yang sedap dan kaya dengan rasa coklat serta rangup memang membangkitkan selera sesiapa yang mencubanya. Satu bungkus pun tak cukup rasanya.!


Selain rasa coklat yang mantap, taburan choclate chip dan juga almond panggang pada kerepek bronis membuatkan kerepek ini bertambah-tambah la sedap tau. Rugi sangat kalau tak cuba.!


Kerepek Bronis Teh Tarik Almond 

Untuk yang perisa Teh Tarik Amond ni pada aku rasanya sangat-sangat unik. Cuba korang bayangkan korang makan brownies tiba-tiba ada rasa teh yang betul-betul kaw dalam brownies tu. Ala-ala hipster gitu. Rasa tehnya memang betul terasa. Aku tak tipu.!


Bukan setakat rasa je. Korang buka je bungkusan kerepek ni, aroma teh tarik dan kacang almond betul-betul menangkap di hidung. 


Hidangkan KEREPEK BRONIS semasa raya

Raya tak lama lagi kan? Apa kata untuk raya kali ni buat satu kelainan sedikit. Hidangkan tetamu yang datang rumah korang semua dengan KEREPEK BRONIS ni. Baru la lain dari yang lain. Orang kata INI KALILAH..!!!

Untuk yang berminat nak order boleh order terus dari :

Hotline no 0125352887

FB Page BRONIS HQ


With Love
Papaglamz

-sekian-
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka

Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar  jejaka sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!


Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.


Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.


COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   

Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Mont Cabana Perfume Exclusive Pilihan Terbaik 2018

Mont Cabana Perfume Exclusive Pilihan Terbaik 2018

Assalamualaikum semua. Lambakan perfume dipasaran seakan satu petanda industri ini berkembang pesat dengan persaingan sihat antara peniaga-peniaga. Namun, sebagai pengguna kita seharusnya bijak membuat pilihan bijak untuk memilih perfume terbaik untuk kita gunakan. 


Terbaru, MontCabana.my melancarkan koleksi perfume pertama mereka yang merupakan antara perufme pertama di Malaysia yang mempunyai ketahanan selama 24 jam. Lebih menarik lagi, perfume yang mempunyai citarasa elegan dan mewah ini mempunyai bau yang unik dan tersendiri yang tidak akan anda perolehi dari mana-mana perfume jenama lain yang ada di Malaysia ini.

Perfume Mont Cabana Pilihan Golongan Artis

Istimewanya Mont Cabana perfume ini ialah, ianya merupakan antara perfume yang menjadi pilhan para artis dan public figure. Sebab itu setiap keluaran perfume terbarunya akan berganding dengan artis untuk menjadikan promosi Mont Cabana Perfume ini lebih meriah dan menarik. Bagi bulan Mei ini, Mont Cabana melancarkan perfume code 1 dan code 2 serta berkolaborasi bersama pelakon terkenal Zul Ariffin.



Selain perfume code 1 dan code 2, pelancaran code-code yang lainnya akan dilancarkan secara berperingkat dalam masa terdekat. Mengikut perancangan, perfume yang bakal dilancarkan pada taun 2018 akan dilancarkan sebanyak 24 pilihan bau yang unik dan berbeza-beza.
  • Mei 2018   -  Mont Cabana 1 & 2
  • Jun 2018    -  Mont Cabana 3, 4, 5 & 6
  • Julai 2018  -  Mont Cabana 7, 8, 9 & 10
  • Ogos 2018 -  Mont Cabana 11, 12, 13 & 14


Perfume Yang Exclusive

Selain baunya yang unik dan mempunyai citarasa yang mewah, pelanggan yang membeli perfume ini bakal dipersembakan dengan gaya packaging yang begitu eksklusif dan elegan. Perfume ini didatangkan dalam casing besi dan botolnya begitu menarik dan mempunyai kelas yang tersendiri menambahkan lagi exclusive look yang ada pada perfume ini. Pendek kata, bagi anda yang ingin berpenampilan exclusive dan elegan boleh lah mencuba perfume dari Mont Cabana ini. Selain baunya yang tahan 24 jam, baunya yang unik dan exclusive sudah pasti menjadikan aktiviti seharian anda menjadi lebih baik.


Lihat, Bayar dan Bergembira

Dengan moto yang tersendiri, Mont Cabana memberi kemudahan buat para pelanggan untuk mendapatkan perfume ini secara atas talian di laman web https://montcabana.my/shop/. Ataupun anda juga boleh menghubungi wakil-wakil penjual berdektan anda. Ini lebih mudah cepat.

Alternatif Sumber Pendapatan Sampingan

Bagi anda yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan, jom sertai team Montcabana.my kerana mereka kini sedang mencari wakil jualan untuk produk mereka. Manalah tahu, dengan menyertai mereka, anda mampu menyelesaikan masalah kewangan sekaligus menambah pendapatan seisi keluarga.

Antara kelebihan menyertai team Mont Cabana termasuklah:
  • Montcabana.my sedang mencari wakil jualan di seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia. Mereka juga akan membantu marketing online dan offline.
  • Pihak Montcabana.my juga telah memperuntukkan lebih RM2 juta untuk kos marketing. Antara medium pemasaran yang sudah siap ditempah adalah seperti 60 billboard di sepanjang lebuhraya, iklan-iklan di TV dan radio, Iklan suratkhabar, media sosial Facebook dan lain-lain.
  • Mereka juga mencari ejen-ejen dan juga kedai-kedai yang berminat untuk memasarkan produk mereka. Antara yang disediakan seperti tools online dan offline, banner, flyers dan lain-lain.
  • Sistem jualan mereka juga canggih, ada bonus dan reward.
Kalau ada yang nak daftar sebagai ejen Montcabana.my, boleh terus klik kat link ni - https://montcabana.my/daftar-ejen-mont-cabana/



HARGA
RM 129 (50ML)

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram

Whatsapp
012-337 7045

With Love
Papaglamz

-sekian-
Cara Menentukan Haid Sudah Habis Atau Kering

Cara Menentukan Haid Sudah Habis Atau Kering


Selain darah haid, masalah keputihan dan darah istihadah (darah penyakit) adalah antara cairan yang akan keluar dari pada bahagian faraj wanita. Cairan-cairan inilah kadang kala membuatkan seeorang wanita itu berasa keliru adakah waktu keluar haidnya sudah berakhir ataupun belum lagi.



Foto: Google


Mengetahui waktu haid sudah berakhir ataupun belum adalah penting kerana ia bersangkut paut dengan ibadah yang hendak dilakukan oleh seseorang. Lebih-lebih lagi ibadah solat dn juga puasa. Jadi, bagaimana mengenalpasti sama ada darah yang keluar itu merupakan darah haid ataupun bukan?


Saintifik kejadian darah haid

Pada asalnya, darah haid merupakan cairan yang keluar dari rongga faraj akibat daripada keruntuhan dinding rahim setiap bulan apabila tiada telur (ovum) yang disenyawakan menempel di dinding rahim.

Menurut ulama, warna-warna darah haid ada lima iaitu:

1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Warna-warna ini akan berubah dari peringkat permulaan datang haid sehinggalah haid anda berakhir. Peringkat permulaan hadi, darah haid yang keluar adalah bewarna hitam dan merah gelap kemudian bertukar merah dan kuning, kemudian kuning dan keruh dan akhirnya haid anda berwarna coklat.

Semasa tempoh keruh atau kekuningan inilah ramai wanita yang keliru kerana kadangkala ia disangkakan keputihan atau darah istihadhah.

2 Tanda habis haid

1. Kering dan bersih

Tanda yang utama ialah darah haid anda sudah betul-betul kering. Ini bermaksud, tiada lagi sebarang cairan yang keluar dari ruang faraj anda. Cara untuk mengetahuinya mudah sahaja. Ambil sehelai tisu berwarna putih dan lapkan di bahagian faraj. 

Jika warna putih kapas tidak berubah, dia wajib mandi hadas dan mengerjakan solat. Namun jika di kapas ada bekas merah, kuning, keruh, atau coklat, maka tunggulah sehingga ia benar-benar bersih.


Foto: amazon.com


Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa wanita-wanita sahabat menghantarnya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.


Lalu ‘Aisyah menjawab yang bermaksud:

“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

2. Keluarnya cecair putih

Selain haid yang kering, satu lagi tanda haid sudah berakhir ialah dengan keluarnya cecair berwarna putih daripada faraj.


Foto: tribunenews.com


Pada ketika cecair putih ini sudah keluar dan masih lagi terdapat kesan merah ataupun coklat pada faraj, ia tidak lagi dikira sebagai haid. Anda mesti mandi wajib. 


Cara membezakan darah haid dan istihadah

Terdapat 4 ciri yang membezakan darah haid dengan istihadhah yang perlu diketahui oleh wanita.


Foto: peeonastickfreak.com


Bagi wanita yang keluar haid, mereka tidak boleh melakukan ibadah puasa dan solat, tetapi bagi wanita yang keluar darah istihadah, anda wajib melaukan ibadah-ibadah ini. Jom tengok macam mana nak bezakan darah haid dan darah istihadah.


1. WARNA
Darah haid berwarna merah gelap, sedangkan darah istihadhah berwarna merah segar (merah darah).

2. KEKENTALAN
Darah haid lebih kental manakala darah istihadhah lebih cair.

3. BAU
Darah haid berbau hanyir, sedangkan darah istihadhah biasanya tidak berbau.

4. KEADAAN DARAH
Darah haid masih kekal lembab setelah ianya keluar manakala darah istihadhah akan mengering kerana ia adalah darah dari pembuluh.

Jadi, sebagai wanita anda harus cakna dengan macam mana nak tahu bila haid anda bermula dan berakhir supaya ibadah yang kita lakukan diterim oleh Allah SWT. Selamat beramal.

With Love
Papaglamz

-sekian-


Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.




Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-anak Kurang Bernasib Baik

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-anak Kurang Bernasib Baik

Pekan, 19 Mei - Majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada 50 anak-anak asnaf dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana telah berlangsung dalam suasana meriah serta penuh keinsafan pada hari ini.

http://www.papaglamz.com/2018/05/ancasa-royale-pekan-pahang-ceriakan-anak-anak-kurang-bernasib-baik.html

Majlis yang diadakan di Saffron Brasseria Ancasa Royale Pekan, Pahang bertujuan untuk mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin diantara penduduk setempat daerah Pekan, Pahang. Disamping itu, ianya juga salah satu cara untuk mendeati golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan tersebut. Warga kerja Ancasa Royale Pekan, Pahang berganding bahu memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 500 orang penduduk daerah sekitar Pekan serta pelanggan setia yang sentiasa menyokong Ancasa Royale Pekan sejak dari penubuhan sehingga ke hari ini.


Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset UDA, TBhg Datuj Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan serta Pengurus Kanan Ancasa Hotel telah menyampaikan sumbangan berupa duit dan baju raya  kepada 50 orang anak yatim. Pada masa yang sama juga, sumbangan berupa barangan keperluan untuk anak-anak yatim turut diagihkan hasil sumbangan ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan puasa.


Menurut Encik Shah, "Konsep memberi atau bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadhan bahkan pada bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita disamping mempererat kemesraan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat,' ujar beliau.





Usai sahaja azan maghrib, tetamu yang hadir berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak berkonsepkan 'Kampung Boy' yang pastinya akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda. Kepada mereka yang ingin merasai masakan persisi air tangan ibu, anda boleh mendapatkan baucar Ramadhan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Untuk membuat tempahan, boleh hubungi talian 09-424 6600 untuk mendapatkan kadar yang terbaik.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com