Baca juga

Ramai Tak Tahu Dekorasi Belon Memukau Tetamu di Majlis Anda

Ramai Tak Tahu Dekorasi Belon Memukau Tetamu di Majlis Anda

WOW Clown & Balloon Specialist


Assalamualaikum

Ramai Tak Tahu Dekorasi Belon Memukau Tetamu di Majlis Anda | PapaG percaya hiasan atau dekorasi akan menjadi salah satu element penting dalam sesuatu majlis keraian. Dengan adanya inivasi-inovasi idea yang kreatif pastinya banyak dekorasi-dekorasi yang indah dan cantik yang menghiasi majlis anda. Jika dulu hiasan dekorasi sesuatu majlis atau keraian majoritinya penggunaan bunga-bungaan menjadi pilihan ramai. Tak kira bunga hidup ataupun bunga tiruan. Tapi korang percaya tak, seni hiasan dalaman dan juga dekorasi kini mengalami perubahan dalam penggunaan material. Terbaru, PapaG berpeluang melihat dengan sendirinya dekorasi yang cantik dengan menggunakan belon-belon yang comel dari WOW Clown & Balloon Specialist.


Mungkin tak ramai yang tahu penggunaan belon sebagai hiasan membuatkan suasana majlis anda lebih santai dan ceria. Lebih-lebih lagi jika anda seorang meminati unsur-unsur humur. Sebab apa PapaG berkata begitu? Ye la, belon ni kalau kita lihat ia lebih dekat atau selalu digunapakai oleh seorang badut. Jadi tidak salah kalau PapaG katakan dekorasi belon ini akan menjadikan suasan majlis anda lebih santai dan juga ceria. Selain menceriakan suasana, sudah pasti anak-anak akan lebih teruja jika mereka terlihat dekorasi belon yang cantik-cantik dan comel-comel kan?

Serahkan pada yang pakar

Sentuhan seni kreatif belon besar dan comel di majlis 1st EFG Gathering tempoh hari adalah hasil dari WOW Clown & Balloon Specialist. Mereka memang begitu pakar dalam seni dekorasi menggunakan belon ni. Selain bentuk bunga, pelbagai bentuk hasil seni kretif boleh di gubah oleh WOW Clown & Balloon Specialist.  Pilih sahaja bentuk dan warna yang di sukai. 




Oh sebelum terlupa. WOW Clown & Balloon Specialist juga menawarkan perkhidmatan belon hiasan dan badut (clown) untuk majlis seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis pembukaan (opening ceremony), majlis reunion, majlis hari keluarga, majlis anugerah dan lain-lain. Jadi kalau nak mudah cepat-cepat la call WOW Clown & Balloon Specialist sekarang jugak.

Call or WhatsApp : 017 3133184

With Love
Papaglamz

-sekian-
Ucapan Hari Lahir Untuk Diri Sendiri

Ucapan Hari Lahir Untuk Diri Sendiri

Ucapan selamat hari lahir


Assalamualaikum

Ucapan Hari Lahir Untuk Diri Sendiri | Hari ni adalah birthday PapaG. So please wish birthday kat I sekarang jugak yer. Hahaha. Jom nyanyi sama-sama.


Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday PapaG / Faizal / Pejal / Charl,
Happy birthday to you.

Kau rasa agak ‘sangkak’ tak mintak orang menyanyikan lagu birthday untuk ko? Hehehehe. BTW, I is tak perasan pun yang hari ni birthday PapaG. Kalau wife PapaG and encik facebook tak cakap memang tak tahu la. Tq my dearest wife yang ingat birthday laki dia ni. Sayang ketat-ketat ala-ala Jus Orlin gituuuu. Hahaha.

Alhamdulillah umur dah meningkat lebih tua dan dewasa. Tak sangka sudah sedewasa ini. I is prefer guna dewasa rather than TUA yer. Hikhikhik. Please jangan kecam PapaG. I is tak tua dewasa je. Sejajar dengan peningkatan umur ni harapnya umur yang tuhan pinjamkan ini sentiasa diberkati olehnya. Semoga rezeki yang diberi juga semakin melimpah ruah dan juga diberkati. Insyallah.


Bila umur kita bertambah, umur anak sendiri pun dah bertambah. Imtiyaz pun next moth dah nak masuk 2 tahun. Tu dah sebok belakon-belakon nak jage baby. Dok tidokan dan bagi susu kat anak patung. Kau rasa…??!!!! Sabar la yer nak. Insyallah kalau ade rezeki nanti I is bagi sorang adik kat u. Sabar.. Sabar.. Sabar..

Ok la, akhir sekali PapaG ucapkan terima kasih pada semua rakan-rakan dan juga family yang ingat dan wish birthday serta mendoakan kebahagiaan PapaG sekeluarga. Semoga segala doa Allah makbulkan. Insyallah. PapaG juga doakan anda semua sentiasa di bawah lindungan Allah dan segala impian yang korang impikan tercapai.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Lirik Lagu Cinta - Dewa 19

Lirik Lagu Cinta - Dewa 19

Cerita tentang cinta


Assalamualaikum

Lirik Lagu Cinta - Dewa 19 | Ok PapaG just nak sharing lirik lgu cinta dendangan oleh Dewa 19. Ok la lagu dia. Lirik pun ala-ala jiwang jugak. Memang tak berapa nak popular sangat tapi PapaG nak kongsi jugak la. Hehehe

lagu-cinta

Aku jatuh cinta, 'tuk sekian kali
Baru kali ini kurasakan
Cinta sesungguhnya
Tak seperti dulu
Kali ini ada pengorbanan

Chorus
Cinta bukan sekedar kata-kata indah
Cinta bukan sekedar buaian belaian peraduan
Samudera cinta dari pulung hati
Tak terukur dalamnya
Hingga saat perpisahan tiba
Mengundang air mata
Atau hanya secuil penyesalan

Chorus
Cinta adalah ruang dan waktu
Datang dan menghilang
Semua karunia Sang Pencipta
Mungkinkah kau sedang menatap bulan
Bulan sabit yang sedang kupandangi
Mungkinkah kamu menangis
Diatas bintang khayalku

Chorus
Maafkanlah cinta
Atas kabut jiwa
Yang menutupi pandangan kalbu

Chorus
Cinta adalah ruang dan waktu
Datang dan menghilang
Semua karunia Sang Pencipta

With Love
Papaglamz

-sekian-
Betul Ke Cinta Pertama Sukar di Lupa?

Betul Ke Cinta Pertama Sukar di Lupa?

Cerita tentang cinta

Assalamualaikum

Betul Ke Cinta Pertama Sukar di Lupa? | Cinta pertama. Setiap orang mempunyai ceritera cinta pertama. PapaG sendiri mempunyai kisah cinta pertama. Ya.. Memang betul cinta pertama sukar untuk kita lupakan. Malah TIDAK BOLEH LANGSUNG untuk kita lupakan. Takut bila terlupa cinta pertama itu, kita akan hanyut dalam kesenangan dunia. Pembaca semua ada cinta pertama? Harapnya cinta pertama itu kekal mekar hingga ke hari ini dan berkekalan hingga ke masa hadapan. Insyallah.


Sebagai manusia, dambakanlah cinta utama anda pada Allah dan juga Rasulnya. Cinta pertama yang harus kita jaga semestinya cinta kita pada Maha Pencipta rasa cinta itu dan juga pesuruhnya. Ya, tanpa rasa cinta padanya ditakuti hidup kita tidak akan diberkati. Jagalah rasa cinta kita padanya.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tampil Anggun Dengan Basic Scarf Dari Qesyamin

Tampil Anggun Dengan Basic Scarf Dari Qesyamin

Satin Shawl dari Qesyamin


Assalamualaikum

Tampil Anggun Dengan Basic Scarf Dari Qesyamin | Pemakaian shawl kini menjadi satu trend yang sangat popular. Dengan pilihan kain yang pelbagai warna, corak dan gaya membuatkan ianya salah satu aksessori wanita yang mampu mengubah tatacara penampilan seseorang jika kita tahu menggayakannya. Dengan permintaan shawl yang amat tinggi, butik Qesyamin yang beroperasi secara online tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba nasib menerjah market penjualan shawl. Basic shawl dari Qesyamin antara keluaran produk dari butik ini yang pernah PapaG cuba.

Basic shawl dari Qesyamin mempunyai 3 warna pilihan antaranya pink, biru dan juga kelabu. Baru-baru ini founder dari Qesyamin telah berbesar hati untuk menaja 6 helai basic shawl di First EFG Gathering. Alhamdulillah, PapaG berpeluang untuk mencuba shawl yang berwarna biru. Kali pertama memandang dan memegang shawl ini dengan sendirinya membuatkan PapaG teruja. Apa tidaknya, shawl yang diperbuat daripada kain satin yang berkualiti tinggi mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri.

Shawl yang menarik ini PapaG hadiahkan pada wife untuk dia cuba. Ternyata wife sangat suka. Shawl ini sangat mudah untuk dipakai kerana ianya mudah dibentuk selain kain yang digunakan juga tidak jarang. Kiranya menutup aurat dengan sempurna la ni. Dan paling penting tidak mudah berkedut dan sangat mudah untuk digosok. Bila Nampak wife PapaG pakai, ternyata ianya nampak lebih anggun dan manis gitu. Sesuai dipakai tak kira kemana sahaja. Sama ada untuk hang out jalan-jalan bersama family ke, majlis-majlis makan malam ke atau kemana-mana sahaja. Boleh dikatakan shawl ini macam multi-fungsi gitu la. Hehehe.


Korang tengok sendiri wife PapaG pakai shawl ni. Boleh dipakai labuh dan kain pulak tak jarang. Boleh la PapaG katakan pemakian shawl dari Qesyamin ini membolehkan kita untuk menutup aurat dengan sempurna. Sesuai sangat dengan tagline butik ini “HIJAB IN FAITH’.

Jom PapaG kongsikan antara koleksi-koleksi shawl lain yang terdapat di butik online Qesyamin.





Cantik kan? Memang tak rugi bagi mereka yang ingin mencuba shawl dari Qesyamin ini. Kalau korang nak cuba korang boleh contact detail kat bawah ni

Facebook : Qesyamin.my
Instagram : Qesyamin.my
Website : www.syamimirosnee.blogspot.my
Telefon : 019-9444960

With Love
Papaglamz

-sekian-

MELAKA | Dr.N Yusmizee Merawat Tulang Belakang Secara Naturopatic

MELAKA | Dr.N Yusmizee Merawat Tulang Belakang Secara Naturopatic

Yusmizee Naturopatic Centre, Melaka


Assalamualaikum

Dr.N Yusmizee Merawat Tulang Belakang Secara Naturopatic | Jarang sekali kita mendengar tentang perubatan alternatif secara Naturopatic. Secara ringkasnya Naturopatic membawa maksud perawatan sesuatu penyakit atau masalah kesihatan secara semulajadi yang menekankan konsep kepada penyembuhan sesuatu penyakit oleh tubuh badan sendiri tanpa menggunakan apa-apa ubatan yang bersifat kimia. Di Malaysia sahaja, sudah terdapat 300 naturopath berdaftar di bawah Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia. Dan diantara 300 naturopath yang berdaftar itu, Yusmizee  Naturopatic Centre, Melaka adalah antara yang berdaftar di bawah persatuan ini. 


Antara kaedah popular di dalam perawatan secara naturopatic ini ialah pengamalan makanan herba, tumbuh-tumbhan, homeopati, urutan dan berbagai lagi. Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu.

Di Pusat Rawatan Yusmizee, terdapat berbagai kaedah rawatan yang di tawarkan antaranya ialah Terapi Hipnosis Minda, Rawatan Resdung, Akupuntur Sinergy, Urutan Tradisional serta Terapi Pembetulan Tulang Pinggul dan Tulang Belakang. Menarik bukan? PapaG percaya, boleh di katakan majoriti rakyat di negara kita sering mengalami kesakitan sendi pada bahagian pinggang dan tulang belakang. PapaG sendiri ada masanya pinggang dan tulang belakang PapaG akan berasa lenguh-lenguh dan tidak selesa. Jadi, adalah elok jika sekali sekala manjakan diri kita dengan berurut secara tradisional bagi membantu memulihkan atau membetulkan semula tulang pinggang dan tulan belakang kita. 

Yusmizee Naturopathic Centre, beroperasi di Bangunan MARA Alor Gajah Melaka

Kalau sesiapa ada rasa sakit pinggang, masalah sakit pinggang berpanjangan boleh lah ke sini tetapi sebelum itu mesti buat temujanji dahulu kerana selalunya terdapat pesakit datang terus ke klinik perlu menunggu lama untuk menerima rawatan. 

Di Klinik Yusmezee Naturopathic Centre, sakit pinggang boleh dirawat. Kaedah rawatan tidak melibatkan pembedahan . Di Kliniknya, Dr.N Yusmizee menggunakan teknik-teknik pembetulan tulang pinggang yang bermasalah dengan kaedah rawatan naturopatic.


DrN Yusmizee Bin Yusoff 
Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Tel : 012-3556736 Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka

With Love
Papaglamz

-sekian-
RESEPI AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN

RESEPI AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN

Ayam Bakar / Chicken grilled


Assalamualaikum

RESEPI AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN MABELES | Ok tetiba tak boleh tido. Aktivti biasa malam-malam ni ialah browse-browse facebook tengok resepi. Mana jumpa resepi yang menarik PapaG parking dulu kar blog. Mana tahu satu hari nanti PapaG nak try boleh cari kat blog Papaglamz.com je kan? Hehehe. Resepi tengah malam ni PapaG ambil dari Kak Durah (FB) iaitu resepi Ayam Grill Bersos Cendawan. Cara nak buat juga agak mudah.

chicken-grilled

Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.

Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.

Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best

Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

RESEPI MUSHROOM SOS

Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api

SELAMAT MENCUBA

With Love
Papaglamz

-sekian-

Terus Ceria Bersama Photographer Nizar Faez

Terus Ceria Bersama Photographer Nizar Faez

Photographer Rasmi 1stEFGathering


Assalamualaikum

Terus Ceria Bersama Photographer Nizar Faez | Merakam moment-moment terindah dalam hidup adalah satu perkara yang amat besar ertinya. Lebih-lebih lagi moment yang dirakam itu adalah moment yang begitu bersejarah dalam hidup kita. PapaG percaya kini banyak cara-cara mudah untuk kita merakam moment-moment terindah dalam hidup kita. Tapi, percayalah merakam moment terindah lagi bersejarah adalah lebih menarik dan bermakna jika ia dirakam oleh seorang profesinal.

Terbaru, detik sejarah bagi ahli blogger Exchange Feed Group telah tercatat. Ya..!!! Gathering pertama EFG merupakan satu detik bersejarah yang pasti kami tidak lupakan. Jadi, bagi merakamkan moment-moment bersejarah ini, Nizar Faez sangat berbaik hati untuk menjadi photographer rasmi event kami pada hari tu. Satu je yang paling menarik dengan si Nizar ni selain memang terror dan profesional dalam merakam gambar detik-detik moment kami ialah, beliau sangat ceria dan sporting. Rasa dah macam dia pun sebahagian dari blogger EFG jer. Trade mark yang tak boleh dilupa ialah CERIAAAAA..!!! For those yang attend gathering ni mesti faham kan? Hehehehe 


Memang sangat sesuai dengan tagline prinsip Abang nizar ni, Moment To Be Remembered, beliau sangat komited dalam menghasilkan shoot-shoot terbaik di gathering kami tempoh hari. Kalau korang sudi singgah di laman website www.nizarfaezstudio.com korang akan nampak dengan sendirinya betapa serious dan komitednya beliau untuk menjadi seorang photographer yang berjaya. Berikut antara hasil kerja yang cantik yang dihasilkan oleh si Nizar ni.




Berikut antara koleksi gambar wedding dan pre-wedding yang PapaG curi dari wesite nizar studio. Kalau nak melihat lebih banyak lagi boleh terus ke laman webnya sendiri.




Oh..!!! Sebelum terlupa, untuk tahun 2016 ini Nizar Faez studio menyediakan pakej perkahwinan menarik dengan had masa selama 8jam bersama outdoor photo session secara percuma! Menarik kan? Dan yang paling best kalau kita mahu photograher ketika percutian ke luar negara pun Nizar Faez ada sediakan. Seronok lah kita berjalan tanpa perlu risau tentang gambar kan. Gambar pun mesti cantik punya! 

Kalau korang nak melihat artwork NizarFaezStudio dengan lebih lanjut boleh la contact detail seperti di bawah ni.

Facebook : Nizar Faez Studio
Instagram : @nizarfaez
Telefon : 017-6970864

With Love
Papaglamz

-sekian-
Jatuh Cinta Dengan Quran Al-Mumayyaz dari The Voilet Sofia

Jatuh Cinta Dengan Quran Al-Mumayyaz dari The Voilet Sofia

1stEFGathering, Bacaan Yaasin dan Doa Selamat


Assalamualaikum

Jatuh Cinta Dengan Quran Al-Mumayyaz dari the Voilet Sofia | Melihatnya dari luar sahaja sudah menangkap mata untuk terus memandang dan terus membukanya. Kuasa al-quran kan? Kitab suci bagi umat islam yang menjadi panduan utama yang merangkumi segala segi sama ada soal kehidupan bermasyarakat, keluarga dan keseluruhan hidup manusia. Al-quran Al-mumayyaz boleh PapaG katakan antara al-quran yang terbaik yang PapaG pernah lihat dan baca. Pengisian di dalamnya yang bukan hanya sekadar quran tafsir semata-mata, malah ianya di selitkan juga beberapa ilmu-ilmu hadis dan tajwid yang memudahkan kita untuk memahami sesuatu ayat itu. 



Selain itu, bacaan arab dalam tulisan rumi bagi PapaG adalah salah satu tarikan yang paling best yang terdapat pada al-quran al-mumayyaz. Mudah la bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak belajar membaca al-quran. AL-QURAN AL-MUMAYYAZ adalah mushaf Quran yang memiliki ciri-ciri kelebihan seperti berikut:

  • Khat Utsman Thaha
  • Tajwid Warna
  • Transliterasi Per Kata
  • Terjemah Per Kata
  • Terjemah Per Ayat
  • Tesaurus
  • Asbabun Nuzul
  • Etika Membaca Al-Quran
  • Indeks Doa dalam Al-Quran
  • Indeks Alfabet
  • Sejarah Pengumpulan Al-Quran
  • Panduan Hukum Tajwid.

Sebenarnya, The Voilet Sofia telah bermurah hati menghadiahkan kami seorang satu al-quran al-mumayyaz ni semasa 1stEFGathering. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan dan betapa bertuahnya kami dapat mengenggam senaskah al-quran yang best ni. Insyallah akan kami gunakan sebaik mungkin dalam mengamalkan pembacaan al-quran setiap hari. Tq Sofia....!!!!!

Sekiranya anda berminat untuk memiliki Al-Quran Al-Mumayyaz ini juga? Cepat WhatsApp The Voilet Sofia untuk order!

Facebook : The Voilet Sofia
Instagram : The Voilet Sofia
Telefon : 019-999 9597

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Chicken Cheese Ball

Resepi Chicken Cheese Ball

Koleksi resepi ayam dan bebola ayam


Assalamualaikum

Resepi Chicken Cheese Ball | Ok tadi PapaG scroll timeline FB terjumpa satu resepi dari Tips penurunan berat badan berkesan. So untuk tidak resepi tu hlang, PapaG paskng dulu la kat blog PapaG ni yer. Ingat ni bukan resepi PapaG. Resepi orang. Mana tahu nak buat nanti PapaG boleh refer kat sini kan. Nak buat bebola ayam ni macam mudah je. Jom PapaG kongsikan.

bebola-ayam

Bahan-Bahan

500g Ayam/Daging Kisar
200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan)
300g Breadscrumb (Serbuk Roti)
400g Tepung Ubi
3 Biji Kentang
1 Biji Telur (Putih Sahaja)
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara Membuat

1. Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur.
2. Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama Ayam/Daging kisar.
3. Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.
4. Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong.
5. Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese (Lagi banyak cheese lagi sedap). Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.
6. Pecahkan telur (Putih Sahaja) dan pukul sehingga kembang. Sediakan sepinggan breadscrumb (Serbuk Roti).
7. Celup bebola tadi didalam telur. Golek-golekkan sehingga sekata.
8. Golek-golekkan bebola atas breadscrumb pula. Golek sehingga serbuk roti tu kena pada semua tempat.
9. Goreng homemade Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus hitam.
10. Siap untuk Dihidangkan.

Jangan lupa untuk mencuba tau. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com