30.3.16

RESEPI AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN

Ayam Bakar / Chicken grilled


Assalamualaikum

RESEPI AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN MABELES | Ok tetiba tak boleh tido. Aktivti biasa malam-malam ni ialah browse-browse facebook tengok resepi. Mana jumpa resepi yang menarik PapaG parking dulu kar blog. Mana tahu satu hari nanti PapaG nak try boleh cari kat blog Papaglamz.com je kan? Hehehe. Resepi tengah malam ni PapaG ambil dari Kak Durah (FB) iaitu resepi Ayam Grill Bersos Cendawan. Cara nak buat juga agak mudah.

chicken-grilled

Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.

Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.

Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best

Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

RESEPI MUSHROOM SOS

Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api

SELAMAT MENCUBA

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com