23.3.16

Percutian Keluarga di Kelantan bersama Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd

Cuti-cuti Malaysia, Tahun Melawat Kelantan 2016, 1stEFGathering


Assalamualaikum

Percutian Keluarga di Kelantan bersama Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd | Sudah menjadi kebiasaan PapaG dan wife, setiap hujung tahun kami akan luangkan beberapa hari untuk pergi bercuti bersama. Macam tahun lepas pernah PapaG ceritakan tentang percutian kami di Melaka. Jadi pada tahun ini, sempena tahun melawat Kelantan, PapaG terasa nak pergi bercuti di Kelantan pulak la. Kalau hendak bercuti, PapaG lebih prefer bercuti dengan agent percutian. Sebab apa? Sebab ianya lebih mudah. Tambahan pula jika bercuti melalui agent ni segala jadual dan tempat-tempat yang hendak dilawati sudah dirancang. Kita hanya perlu ikut sahaja. Tak perlu la susah-susah nak cari jalan la, sesat-sesat ke dan beberapa lagi kesukaran kan?

percutian-di-kelantan

Sabtu yang lepas, semasa 1stEFGathering, first time PapaG dengar satu agent travel yang cover percutian di negeri Kelantan. PapaG tahu pun sebab mereka menjadi antara salah satu penaja gathering tersebut. Memang sangat kebetulan kan? Boleh la lepas ni PapaG buat servey. Mana tahu ada yang menarik. Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd merupakan satu agent percutian yang menyajikan bermacam pakej yang menarik buat anda yang hendak bercuti dan berehat bersama keluarga. Antara pakej yang ada seperti berikut:
  • Kelantan Islamic Heritage Tour
  • Kelantan Historical Tour
  • Kelantan Buddhist Tample Visit
  • 3D2N Kelantan Buddhist Tample City Tour
  • 3D2N Kelantan Historical Tour
  • 3D2N Kelantan Islamic Heritage Tour
  • Adventure Tours : 2D1N Budget Fishing Trip & Snorkeling (Perhentian Island)
  • Adventure Tours : 3D2N Budget Fishing Trip & Snorkeling (Perhentian Island)
  • City Tour Bird Watchung and River Cruise
  • 2D1N City Tour Bird Watching and River Cruise
  • 3D2N City Tour Bird Watching and River Cruise
  • 1 Day Trip To Perhentian Island
Banyak tak? Jadi bagi anda yang ingin bercuti bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda, boleh la berurusan dengan pihak Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd sendiri. Biasanya PapaG kalau nak bercuti hujung tahun, awal-awal tahun PapaG akan servey dulu. Mana yang best dan berkenan di hati, PapaG akan pilih la. 

percutian-di-kelantan

Oh lupa, saja nak bagi tahu, dalam banyak-banyak pakej percutian yang disediakan oleh pihak Excelltravel & Tours Management ni, PapaG sangat berminat dengan pakej 3D2N Kelantan Islamic Heritage Tour. Yela, seperti kita sedia maklum Kelantan adalah antara negeri yang mempunyai latar belakang sejarah islam yang tersendiri. Jadi, PapaG teringin sangat nak belajar dan merasai sendiri dengan lebih dekat tentang kehidupan masyarakat islam di negeri Kelantan. Adakah perbezaan yang ketara dengan negeri-negeri lain ataupun tidak. Jadi, insyallah hujung tahun nanti kalau tiada aral melintang nak bercuti di Kelantan la.

Korang pun kalau nak bercuti di Kelantan jangan lupa jadikan Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd sebagai agent percutian pilihan tau. Sebab banyak pakej yang best yang boleh korang cuba. Kalau nak kenal lebih lanjut tentang Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd boleh contact details di bawah ni.

Instagram : @xcelltravelofficial
Telefon : 010-9282086

With Love
Papaglamz

-sekian-

8 ulasan:

  1. ohh yeahh..!! ohh yeahhh..!!
    kak ain dapat pakej percutian ke Kelantan 3D2N percuma.. hahahahaha..
    TERIMA KASIH XcellTravel.. :)

    *joget-joget kegembiraan..*

    nanti kak ain buat live update dari Kelantan khas untuk PapaG ehh..
    hahahahahaha... :p

    BalasPadam
  2. Wahhh!! Tak sabar nak pergi kelantan dengan xcelltravel, papaG tolong tengok live update dayah nanti yer >_< hehe

    BalasPadam
  3. Wahhh!! Tak sabar nak pergi kelantan dengan xcelltravel, papaG tolong tengok live update dayah nanti yer >_< hehe

    BalasPadam
  4. Jom kelantan sesama jom...

    BalasPadam
  5. Tahun melawat kelantan 2016, .. mesti banyak tarikan best2 kat sana.. kuih muih kelate sedap2. Tunggu kami pun nak ke sana jugakk..

    BalasPadam
  6. wahh bestnya pakej yang disediakan...nak jugakkk

    BalasPadam
  7. Selamat datang ke Kelantan :D

    BalasPadam
  8. ok menarik. aku sendiri tak pernah ke kelantan. bleh gak usya2 pakej islamik tu

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com