Blogger Gathering of The Year by Exchange Feed Group

Blogger Gathering of The Year by Exchange Feed Group

#1stEFGathering


Assalamualaikum

Blogger Gathering of The Year by Exchange Feed Group | Pertamanya jutaan kesyukuran PapaG panjatkan di atas perlaksanaan gathering petama dari blogger Exchange Feed Group. Sebelum tu korang tahu ataupun tidak apa itu Exchange Feed Group atau dalam nama singkatan dia EFG? Pernah PapaG ceritakan dalam entri #ExchangeFeedGroup | Bukan Sembang Kosong suatu ketika dulu. Sepanjang penubuhan sekitar penghujung 2014 sehingga kini, EFG telah mempunyai keahlian seramai lebih kurang 35 orang blogger yang aktif. Alhamdulillah. Dan pada sabtu lepas bersamaan 19 Mac 2016, buat julung kalinya EFG mengadakan gathering pertama. 

exchange-feed-group

To be honest, #1stEFGathering merupakan gathering blogger yang pertama yang PapaG join. Bukannya join sebagai peserta, malahan juga sebagai organizer secara tidak langsung. Banyak ilmu yang PapaG dapat dari orang-orang lama untuk menguruskan gathering seumpama ini. Ya..!! Memang teruja. Apa tidaknya gathering kami kali ini diadakan di rumah baru founder EFG sendiri iaitu Mommy Irra dari irrayyan.com. Kiranya ala-ala majlis masuk rumah baru jugak la ni. Nak tahu kat mana rumah Mommy Irra, korang kena melawat blog beliau la. Nanti beliau ceritakan sendiri.

Sebenarnya perancangan untuk mengadakan gathering sudah lama. Tapi tu la, slow-slow kami rancang untuk mengumpulkan seberapa banyak blogger yang ada dari EFG, dan akhirnya 17 blogger bersama family dan rakan masing-masing dapat dikumpulkan. Bila bercerita tentang pengisian program, sebenarnya aktiviti sangat pack. PapaG sendiri bila dah petang-petang tu rasa sangat exhausted. Tambahan pula petang tu PapaG pun tak tahu kanapa tiba-tiba PapaG boleh terjadi MC pulak menggantikan Abe We dari wayneharraz.com. Korang faham-faham jela bila bercakap diwaktu panas-panas ni mudah sakit tekak kan. So, hari ni tekak PapaG macam perit-perit gitu. Jangan batuk sudah la kan. Doakan ye.

Ok la PapaG konsikan sedikit pengisian aktiviti dari mula program sampai la penghujung program. Pagi tu, bermula tepat pukul 9 pagi, rumah Mommy Irra sudah mula riuh. Yela riuh dengan sponsor2, riuh dengan blogger2 yang mula berkumpul. Geng Wowballoon sebok menghias khemas dan laman rumah dengan balloon-balloon yang cantik dan comel. Geng Majestics Event pulak sebok menyusun kerusi dan meja serta membuat hiasan terakhir pada khemah yang mereka pasang. Tak lupa juga PapaG dan PCL dari nazlee.com serta beberapa orang blogger lain gigih menggantung backdrop yang sangat comel dari Dexsigner and Printing. MERIAH PAGI TU...!!!!!

Selepas satel semua tu, kami berkumpul di dalam rumah untuk meneruskan acara membaca yaasin dan doa selamat memohon kepada Allah semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar. Kami sangat bertuah kerana kami dapat membaca Yaasin menggunakan Quran Al-Mumayyaz khas dari The Voilet Sofia. Alhamdulillah. Terima kasih pada Sofia sudi menghadiahkan kami quran ini sorang satu tau. Nanti PapaG ceritakan lebih lanjut tentang kelebihan quran mumayyaz ni dalam entri yang lain.

exchange-feed-group

exchange-feed-group

exchange-feed-group

exchange-feed-group

exchange-feed-group

Selepas siap slot membaca yaasin dan doa. Kami keruang luar rumah dan khemah untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya. Kami amat teruja melihat photobooth yang di taja oleh Kotak Lensa sudah tersedia di depan backdrop kami. Apa lagi, dengan tidak membuang masa masing-masing pun berposing la. PapaG, Ibu Dhia dan Imityaz juga tak nak melepaskan peluang untuk berposing tau. Hehehe

Sepanjang pagi tu macam-macam aktivi juga yang kami lakukan antaranya cabutan bertuah, teka silang kata, bergambar dengan produk-produk sponsor dan macam-macam lagi. Rasanya gathering ni meriah dengan sponsor. Keletihan juga sebenarnya sebab ingin memberikan yang terbaik kepada semua sponsor yang sudi menaja #1stEFGathering ni. Penat-penat pun kami enjoy. Sebenarnya gathering kali ini adalah salah satu batu loncatan bagi kami yang masih baru dalam dunia mereview untuk kami belajar. Yela, penubuhan EFG itu sendiri adalah satu wadah atau tempat untuk belajar kan? Jadi inilah masanya untuk kami terapkan ilmu-ilmu yang kami belajar dari mereka-mereka yang berpengalaman dalam menulis review. Insyallah dengan kerjasam EFG dan semua penaja akan membuahkan satu kejayaan bersama. Akhir kata dari PapaG. Terima kasih sekali lagi kepada semua penaja kerana menaja dan memeriahkan gathering kami.

Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Alludra International (Jus Orlin)
#orlin

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Balloon Decoration
Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar

Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka

#yusmizeenaturopathic

Qesyamin
#qesyamin

RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown

Hazirah
#muchochocolatechips

Sakura Sasuke
#sakurastyle

Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya

LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift

Design&Printing 
#dexsignprinting

Aniq sya 
#aniqsyaquqiz

Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 

Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative 

Alhamdulillah! majlis berjalan dengan jayanya! 

p/s: Sebenarnya banyak lagi yang Papag nak ceritakan tentang gathering ni. Slow-slow la ea PapaG cerita. Insyallah dalam lembaran yang lain PapaG story lagi.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Spend Time Dengan Pemilik Blog Jindriska di Rüdesheim, Germany

Spend Time Dengan Pemilik Blog Jindriska di Rüdesheim, Germany

Nasi lemak terlajak laris orang German


Assalamualaikum

Spend Time Dengan Pemilik Blog Jindriska di Rüdesheim, Germany | First of all tak sangka dalam diam tinggal lagi seminggu je PapaG nak habis training kat German ni. Tapi kan, nak tunggu seminggu ni habis macam lebih lambat dari biasa jer. Tuhan je yang tahu. Ok la malas nak pikir. Iolls sabar je la tunggu next week nak balik Malaysia nanti kan. By the way, time dah nak hujung-hujung minggu berada di bumi Deutchland ni, PapaG sempat berjumpa dengan sahabat blogger PapaG iaiti Aisya (esah) di sini. Sebenarnya, Esah ni orang Malaysia cuma dia study kat sini. Dah kawen yer. Jangan nak menggatal nak masuk jarum. Kat sini pun PapaG jumpa esah dengan suami die. Masing-masing baru habis hantar Thesis dan bulan 4 ni nak balik Malaysia. Happy dengar berita korang dah abes belajar dan dah nak balik Maaysia. Semoga semuanya dipermudahaka. Insyalallah.

Ni la si esah dan dia punya besties. Suami dia la. (^_^)y

Bila datang rumah esah teringat PapaG masa study-study dulu. Cuma bezanya PapaG study kat Malaysia je. Tak macam diorang study OVERSEA uolss. Meletz. Buat kenduri sekampung kalau PapaG dapat peluang study oversea. Hahahaha. Best dapat jumpa korang.  Serious cakap, PapaG lebih suka cari dan jumpa kawan-kawan yang kenal dari Malaysia dekat German or bila kat negara orang. Bukan anti dengan orang sini. Sebab bila jumpa rakan senegara ni rasa lebih selesa lagi. Yela, rakan seagama, sama culture. Kira wave length sama gitu la kan? At least kita tahu I'm yang still Malays lagi kan? Hahahaha.





Thank ecah dan encik husband. Pinjam masa dan tenaga jadi tour guide tak berbayar kami. Dan yang paling best. NASI LEMAK air tangan blogger di tanah Deutchland. Sedap uolllsss. Penat berjalan seharian dengan korang PapaG balik keletihan tapi sempat schedule entri ni. Rasa nak cerita cepat-cepat dengan korang semua. Lebih-lebih lagi geng Exchange Feed Group yang sangat-sangt eksited suh PapaG jumpa esah ni. Macam diorang pulak nak jumpa kan. Hahaha. Ok uols, PapaG dah jumpa member kita yang duk jauh di negara orang ni. April ni nak balik Malaysia pulak. Kita serang dia kat Malaysia. Harap esah sudi la masuk semula ke dalam team EFG. Eh......!!! Hahaha

P/s : Esah tu nama pangilan je. Sebab malas nak tulis panjang2. Maaf yer. Nama sebenar Siti Aisyah Ibrahim. Nak tahu blog dia KLIK DI SINI.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Sedih VS Jeles | Ada Orang Dah Nak Balik Malaysia

Sedih VS Jeles | Ada Orang Dah Nak Balik Malaysia

Sayonara....


Assalamualaikum

Sedih VS Jeles Ada Orang Dah Nak Balik Malaysia | Firstly, selamat pagi orang-orang Malaysia. Bangun.. Bangun.. Solat subuh. Hehehe. PapaG di German ni baru nak masuk pukul 12 malam. Baru nak masuk waktu tido. Korang ingat lagi entri PapaG yang bertajuk 2 Perkara membuatkan anda TERUJA bila travel di bumi Eropah yang PapaG tulis sebelum ni? Ala PapaG ada cerita tentang ke'eksited'an kalau berjumpa rakan senegara di negara orang. Kalau tak baca lagi mohon KLIK DI SINI. By the way, diorang nak balik Malaysia dah. Huarghhhh...!!!! Jeles. Dan ada sikit la sedih. Sapa nak ajak kami jalan-jalan naik kereta lepas ni? Hahaha

Walauapapun, PapaG doakan korang selamat dalam penerbangan dan sampai Malaysia dengan selamat. Tunggu team Lab dan Quality pulak balik. Make sure sediakan karpet merah masa kami balik nanti. Hehehe. Doakan kami kat sini tabah dan terus semangat untuk belajar lagi. 





Ok tak sangka pulak banyak jugak gambar kita ramai-ramai. Hahaha. Ok la sampai sini je PapaG larat tulis, Keletihan seharian bersama diorang pusing satu Stuggart. Nanti PapaG ceritakan kisah di Stuggart, Germany lain kali yer. Ok la nak tido. Good naitz rakan-rakan di German. Untuk rakan-rakan di Malaysia, selamat pagi dan selamat bercuti.

With Love
Papaglamz

-sekian-
#Projek100buku Buku Bergambar Kanak-kanak | Papaglamz Support Dari Jauh

#Projek100buku Buku Bergambar Kanak-kanak | Papaglamz Support Dari Jauh

#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH


Assalamualaikum

Buku #Projek100buku buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah | Selamat pagi rakan-rakan dan sahabat di Malaysia. Semasa Papag tulis entri ini, waktu di German baru pukul 11. malam dan di Malaysia dekat pukul 6. Sambil-sambil mendengar radio Sinar FM dari internet ni, azan subuh di Kuala Lumpur sudah berkumandang. Rindunya dengar azan dari corong-corong speaker di masjid-masjid atau surau-surau macam di Malaysia. #Nangessss

Ok la, entri kali ni macam lari tema sikit dengan cerita PapaG di German ni, tapi PapaG just nak sharing satu projek dari rakan blogger PapaG sendiri yang di beri nama #Projek100Buku. Jadi, bagi korang yang nak tahu lebih lanjut tentang projek ni, MESTI BACA SAMPAI HABIS ENTRI INI. Hehehe




Korang perasan tak, peranan buku dalam kehidupan sangat penting. Kebiasaannya, dari bukulah kita dapat ilmu. Al-quran sendiri dalam bentu buku kan? Dan wahyu pertama sendiri pada Nabi kita ialah BACALAH. Selain dari itu, sejak dari alam persekolahan lagi kita telah berdamping dan bersahabat dengan buku. Buku merupakan aset paling penting dalam dunia pembelajaran. Ia memberikan kita ilmu dalam pelbagai bidang. Walaupun zaman telah berubah kepada dunia moden dan teknologi, buku masih menjadi pilihan di sekolah mahupun Universiti. Buku sentiasa dekat dan terus menerus bersahabat dan memikat hati kita, dari kita kecil hinggalah dewasa.

Seriously cakap dulu masa kecik-kecik PapaG ni jenis tak suka sangat nak baca buku-buku yang typical. Maksudnya yang banyak sangat tulisan. Macam novel. Serious baca sehelai dua je. Macam tu jugak la kanak-kanak lain kan? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku yang bukan hanya typical sahaja kan? Mereka lebih berminat dengan buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.


ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU

  • Dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif  dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami,Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.
  • Dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini di hasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.
  • Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.
  • Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.
  • Memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.
  • Buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca,tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.


    



MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH


  • Mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih
  • Mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan.
  • Ilustrasi yang comel dan berwarna warni.
  • Harga mampu milik, hanya RM3 sebuah.
  • Saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak.
  • Cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni.
  • Didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk.




         
Untuk  dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di www.housewifearts.blogspot.my .Untuk maklumat lanjut tentang buku #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di FACEBOOK

dan INSTAGRAM . Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.

With Love
Papaglamz

-sekian-
6 Dokumen Penting Yang Harus Ada Ketika Pemeriksaan Imigresen Di Negara Orang | Travel Tips

6 Dokumen Penting Yang Harus Ada Ketika Pemeriksaan Imigresen Di Negara Orang | Travel Tips

Tips travelling ke luar negara


Assalamualaikum

6 Dokumen Penting Yang Harus Ada Ketika Pemeriksaan Imigresen Di Negara Orang | Kadang korang rasa pening nak bawa barang apa masa nak travel kan? Untuk kali ini PapaG nak bagi tips macam mana kita nak mudah untuk lepas dari pemeriksaan imigresen di negara orang. Imigresen di German ni sangat detail ye. Ketaq kaki nak kena periksa. Dengan muka ketatnya, tanpa senyum, soalan yang di beri tu kasar tanpa lemah lembut. Banyak jugak soalan yang di tanya semasa PapaG nak lepaskan diri dari pemeriksaan imigresen. Jadi, untuk tidak membuatkan anda tidak lama kena periksa, sediakan dan susunlah dokumen-dokumen perjalanan korang tu elok-elok semoga mudah untuk di capai.

Tip-travelling-dokument-penting-perjalan

Antara dokumen yang penting semasa korang di kaunter pemeriksaan imigresen seperti di bawah ni:
  • Passport. (Paling penting. Benda pertama pegawai imigresen tu akan tanya)
  • Document booking hotel.Tak kira secara online ke ataupun ada agent yang tolong booking kan. Korang kena bawak jugak dokumen ni sebagai supporting dokumen.
  • Surat jemputan. Surat jemputan ni kalau korang ada jemputan-jemputan rasmi ke negara tu korang boleh bawak. Macam PapaG aritu pegawai imigresen tu minta surat jemputan dari BASF Germany untuk training selama sebulan. Nasib baik PapaG ada print masa nak datang aritu. Selamat. Alhamdulillah
  • Jadual perjalanan. Kalau korang bercuti, mesti agent travel akan bagi korang satu jadual perjalanan atau aktiviti. So, untuk memudahkan korang, print dan masukkan siap-siap dalam satu fail dokumen ini. Mana tau masa kat kaunter pemeriksaan imigresen tu nanti korang boleh tunjuk sebagai dokumen tambahan kan.
  • Surat booking kapal terbang. Masa nak travel for sure tiket flight dah booking untuk pegi dan balik kan? So, print dokument ni. Dan simpan siap-siap dalam satu fail. Insyallah dokument booking flight ni nanti boleh membantu korang untuk lepas dari pemeriksaan imigresen.
  • Duit yang di tukar. Kadang pegawai imigresen nak tengok duit yang kita tukar. PapaG sure korang yang nak pergi berjalan mesti dah tukar duit siap-siap kan? Jadi, simpan la duit tu elok-elok dalam poket atau dompet. Kalau pegawai imigresen tu nak tengok, boleh la tunjukkan.
PapaG rasa ini je la antara dokumen-dokumen penting yang korang boleh sediakan bagi memudahkan korang lepas dari pemeriksaan imigresen nanti. Kalau ada terkurang minta tolong tambah dan betulkan ye. Semoga percutian korang membawa seribu makna dan dipermudahkan. SELAMAT BERCUTI.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Fakta Menarik Tentang Muzium Speyer, Germany

Fakta Menarik Tentang Muzium Speyer, Germany

Pengalaman di muzium Speyer, German


Assalamualaikum

Fakta Menarik Tentang Muzium Speyer, Germany | Speyer merupakan satu daerah di German harus anda lawati. Daerah ini merupakan satu daerah lama yang mempunyai nilai sejarah tersendiri yang msih lagi terjaga sehingga ke hari ini. Korang masih ingat lagi entri tentang gereja Kathedral Speyer yang PapaG kongsikan sebelum ni? Kalau belum baca mohon KLIK DI SINI dan komen tau. Hehehe. Selain terkenal dengan gereja, di Speyer juga terkenal dengan dengan sebuah muzium kejuruteraan ataupun teknikal. Muzium ini menghimpunkan teknologi-teknologi kejuruteraan dunia serta sejarah perkembangan teknologi dari awal pembangunan sehinggalah sekarang.

musem-speyer-germany


Buat pengamal kejuruteraan, pada PapaG ini adalah tempat yang harus anda lawati jika berkunjung ke German. Bukan sekadar melihat-lihat, mungkin ada sesuatu ilmu yang anda dapat jika berkunjung ke muzium ini. Untuk memasuki muzium ini, anda perlu membayar sebanyak 17 Euro tau. Kalau convert duit Malaysia dalam RM 70 ringgit. So, kalau mampu tu masuk la. Kami tak masuk cuma bermain di sekitar luar kawasan muzium sahaja. Ada macam-macam juga permainan yang ada di sini. Jadi budak kecik kejap. Hehehe



musem-speyer-germany

musem-speyer-germany

musem-speyer-germany

Walaupun tak masuk, tapi ade je yang menarik di luar muzium ni kan. Kalau sesapa datang German jangan lupa jadikan muzium Speyer sebagai satu tempat yang korang perlu singgah dalam list korang tau.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Menarik di Istana Lama Heidelberg, Germany

Menarik di Istana Lama Heidelberg, Germany

Pengalaman di Heidelberg, Germany


Assalamualaikum

Menarik di Istana Lama Heidelberg, Germany | Melihat gambarnya di dalam internet sahaja dah membuatkan PapaG terpukau. Inikan pula bila menjejakkan kaki di istana lama Heidelberg ni. Istana yang menjadi sebut-sebutan ramai di Eropah adalah diantara 9 istana tercantik di German. Sudah pasti ia menjadi tarikan pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Ternyata kerajaan di sini amat menjaga dan memelihara istana-istana lama sehinggakan ia masih tersergam indah hingga ke hari ini.

heidelberg-castle-palace
Sumber google

Alhamdulillah Papag berpeluang untuk melihat dengan mata sendiri serta merasai suasana persekitaran istana Heidelberg. Secara ringkasnya, istana ini telah di bina sejak awal abad ke-13 lagi. Sehingga tahun 1764, istana ini telah mengalami beberapa kerosakan dan kemusnahan samaada berpunca daripada peperangan ataupun bencana alam. Pembinaan semula istana ini dari satu zaman ke satu zaman pemerintahan yang lain membawa kepada kepelbagaian gaya seni bina yang menambahkan lagi keindahan istana.

heidelberg-castle-palace

Untuk memasuki kawasan istana ini, anda perlu membeli tiket yang berharga 7 euro. Oleh kerana istana ini terleatak di atas bukit dan agak tinggi, anda perlu menaiki kereta api khas yang akan membawa kita ke istana. Sekiranya anda memerlukan pemandu pelancongan yang akan membawa anda pusing-pusing sekitar kawasan dan ruangan istana, anda perlu membayar lagi 5 euro. Ok la sambil jalan-jalan boleh dengar cerita dari pemandu pelancongan. Bahasa inggeris tau. Jadi boleh la faham sikit.

heidelberg-castle-palace

heidelberg-castle-palace

heidelberg-castle-palace

Masa PapaG melawat istana lama Heidelberg ni, hujan renyai-renyai. Start dari kami sampai dalam pukul 11 sampai la kami nak balik dalam pukul 2.30 petang masih hujan lagi. Bila hujan, keadaan sekitar di sekitar bandar Heidelberg agak sunyi. Jika tidak banyak la kedai-kedai tepi jalan yang akan jual cendramata. Key cahin ke, magnet fridge ke dan macam-macam lagi. Dan bila hujan, lanskap nak ambil gambar di istana lama ni pun agak tidak menarik. Rasa nak repeat la datang sini kalau ad masa nanti. Insyallah. Hehehe.

Ok la sampai di sini sahaja. Jumpa next entri dalam siri pengalaman PapaG di bumi German ni yer. Babai.

With Love
Papaglamz

-sekian-


Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com