Pengalaman di muzium Speyer, German
Assalamualaikum
Fakta Menarik Tentang Muzium Speyer, Germany | Speyer merupakan satu daerah di German harus anda lawati. Daerah ini merupakan satu daerah lama yang mempunyai nilai sejarah tersendiri yang msih lagi terjaga sehingga ke hari ini. Korang masih ingat lagi entri tentang gereja Kathedral Speyer yang PapaG kongsikan sebelum ni? Kalau belum baca mohon KLIK DI SINI dan komen tau. Hehehe. Selain terkenal dengan gereja, di Speyer juga terkenal dengan dengan sebuah muzium kejuruteraan ataupun teknikal. Muzium ini menghimpunkan teknologi-teknologi kejuruteraan dunia serta sejarah perkembangan teknologi dari awal pembangunan sehinggalah sekarang.
Buat pengamal kejuruteraan, pada PapaG ini adalah tempat yang harus anda lawati jika berkunjung ke German. Bukan sekadar melihat-lihat, mungkin ada sesuatu ilmu yang anda dapat jika berkunjung ke muzium ini. Untuk memasuki muzium ini, anda perlu membayar sebanyak 17 Euro tau. Kalau convert duit Malaysia dalam RM 70 ringgit. So, kalau mampu tu masuk la. Kami tak masuk cuma bermain di sekitar luar kawasan muzium sahaja. Ada macam-macam juga permainan yang ada di sini. Jadi budak kecik kejap. Hehehe
Walaupun tak masuk, tapi ade je yang menarik di luar muzium ni kan. Kalau sesapa datang German jangan lupa jadikan muzium Speyer sebagai satu tempat yang korang perlu singgah dalam list korang tau.
With Love
Papaglamz
-sekian-
Bunyi macam best tu PapaG..
BalasPadamtapi harga boleh tahan ekk.. mahal juga..! huhuhuhuuu..
kalau pakai pass pelajar dapat free tak..? hehehee.. :p
Untung la..kursus sebulan kan..sempat la explore semua celah2 Germany tuh...
BalasPadam