Pengalaman di German
Asslamualaikum
2 Perkara membuatkan anda TERUJA bila travel di bumi Eropah | Apa khabar semua? Masa PapaG menulis entri ni, waktu di Malaysia dah tengahari. Waktu di German pukul 7 pagi. PapaG baru je bangun dari tidur. Selamat bercuti buat pembaca semua. Hari ni PapaG takde plan lagi nak ke mana. Sementara memenuhi masa yang ada ni, PapaG menulis khas untuk pembaca semua. Suka tak? Suka tak? Suka tak? Hahahaha
Ok la, bila di tempat orang ni kadang kala ada beberapa perkara yang boleh membuatkan kita teruja atau orang putih cakap excited. Korang nak tahu apa yang membuatkan PapaG teruja bila berada di bumi Eropah ni?
Berjumpa rakan satu negara
Di bumi Eropah korang akan rasa begitu teruja bila korang berjumpa dengan rakan-rakan yang sama negara. Of course la Malaysia kan? Dia punya gembira tu Allah sahaja yang tahu. Gembira dan bersyukur bila boleh bercakap dalam bahasa sendiri sesama kita. Baru-baru ni PapaG terjumpa rakan-rakan dari Malaysia di sini. Mereka ni sebenarnya dari satu tempat kerja yang sama dengan PapaG. Cuma semasa di Kuantan kami tak la selalu berjumpa. Ye la lain department kan. Tapi, bila jumpa kat sini kami macam dah lama jumpa. Borak-borak tu macam dah lama kenal. Padahal kat Malaysia tak kenal pon. Ternyata berada di negara orang membuatkan hubungan kita antara rakan senegara bertambah erat. (Certain case tak jugak. Heheh)
Haaa ni la mereka yang PapaG maksudkan. Sekarang ni pulak join group wassap diorang. Seronok je gurau-gurau dalam group. Memasing dok sebok tunjuk skill nak masak siap dengan food presentation lagi. Tu nanti PapaG ceritakan dalam entri yang lain pulak la yer. Rilek laaaa. Pelan-pelan kayuh. Hehehehe.
Berjumpa rakan seagama berlainan bangsa
Perkara lain yang membuatkan PapaG teruja bila berada di bumi Eropah ni ialah bila berjumpa rakan-rakan seagama yang berlainan bangsa. Alhamdulillah kat German ni mudah jugak untuk kita mencari masjid. Kiranya di dalam setiap bandar ad satu atau dua masjid. Cuma kita kena pandai cari je la. Tu la pentingnya kawan-kawan dari negara yang sama. PapaG kalau tak jumpa diorang, memang tak tahu kat mana masjid sekitar bandar Ludwigshafen ni. Sekali lagi terima kasih korang.
Bila jumpa rakan seagama ni sangat menerujakan dan seronok bila dapat memberi salam kat diorang. Seriously kat Malaysia jarang kita bagi salam. Tapi sebenarnya kan kalau lama kita memberi salam kat orang rasa rindu sangat. Selain tu bila mendengar laungan azan dan bacaan al-quran di dalam masjid di sini hati sangat sebak. Tak macam Malaysia, kita selalu berpeluang mendengar laungan azan dan bacaan al-quran kan. Tapi kat sini sangat jarang. Dan azan diorang kat sini tak boleh terdengar di luar kawasan masjid. Jadi, bersyukurlah di Malaysia. Insaf kejap. (-_-)
Ni gambar PapaG di hadapan masjid di bandar Manhein. Don't expect masjid-masjid kat German ni besar macam masjid-masjid kat Malaysia yer. Masjid ni macam satu bilik lot hujung bangunan je. Tak la besar sangat. Tapi cukup la untuk melakukan ibadah dengan selesa. Alhamdullah. Masjid ni terletak di kawasan penduduk turkey di Manhein. Dalam entri lain insyallah PapaG kongskan cerita tentang masjid ini. Tunggguuuuu......
With Love
Papaglamz
-sekian-
wahh bestnyaaaaa
BalasPadamYup.. alhmdllh
Padamdua-dua perkara ni memang tepat sekali :D
BalasPadamKan hanis kn..
Padammanhein ke mannheim, Papaglamz? Yang dekat degan Ludwigshafen tuh bandar Mannheim namanya :D btw, betol, seronok jumpa orang seagama ni....kita pon, kalau tengok orang dri afrika, tpi agama islam, pergi masjid, muka jernih, rasa sedap jugak mato den memndang! ekkekeeke *p/s: jgn bgitau suami kita bila jumpa nnt tau* hehehehehe :D
BalasPadamMannheim laaaa.. Typoo.. hahahahh.. Insyallah nanti kita jumpa. Bulan march kan. Good luck thesis..!!!
PadamAzan tak boleh terdengar ke luar masjid..? errmmm.. tu lah.. bab2 tu rasa bertuah jadi rakyat Malaysia kannn.. :)
BalasPadamnanti papaG share gambar dalam masjid pula k..