111 Stesen Shell Terpilih Yang Menjual Petrol V-Power Racing di Malaysia

111 Stesen Shell Terpilih Yang Menjual Petrol V-Power Racing di Malaysia

Shell V-Power Racing Improve Performance Through advance Technology


Assalamualikum

Berikut PapaG kongsikan kepada pembaca semua senarai penuh 111 buah stesen minyak Shell terpilih yang menjual Petrol V-Power Racing di Semenanjung Malaysia. Harap perkongsian ini berguna untuk anda. 

Shell-V-Power-Racing


Stesen-shell-menjual-V-Power-Racing

Stesen-shell-menjual-V-Power-Racing

Stesen-shell-menjual-V-Power-Racing

Stesen-shell-menjual-V-Power-Racing

Stesen-shell-menjual-V-Power-Racing

Stesen-shell-menjual-V-Power-Racing

Senarai stesen Shell terpilih yang menjual petrol V-Power Racing in adalah sumber daripada laman web rasmi Shell. Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah layari laman webnya. 

Dapatkan Petrol V-Power Racing di Stesen Shell RA Talang Enterprise, Ayer Keroh Melaka

Buat orang-orang Melaka, anda berpeluang untuk mencuba Shell V-Power Racing di stsen minyak Shell RA Talang, Ayer Keroh. Satu-satunya pam minyak Shell yang menyediakan petrol jenis ini di Melaka. Jangan lupa juga layari Facebook Page Shell RA Talang Enterprise >>>Klik Disini<<< dan like sebagai tanda sokongan anda pada stesen kami. Semoga dengan adanya saluran maya ini staff-staff Shell RA Talang Enterprise akan lebih dekat dengan anda. Segala update terkini tentang promosi dan juga pertandingan-pertandingan akan di kemaskini di page ini. Jumpa di sana.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Petrol V-Power Racing di Stesen Shell Terpilih Malaysia

Dapatkan Petrol V-Power Racing di Stesen Shell Terpilih Malaysia

Shell V-Power Racing Improve Performance Through advance Technology


Assalamualaikum

Baru-baru ini Shell telah melancarkan petrol yang terbaru V-Power Racing di Malaysia bermula November 2015. Tidak semua petrol stesen Shell di Malaysia menjual petrol jenis ini. Hanya stesen-stesen terpilih di setiap negeri di pilih untuk menjualnya. Ingin tahu di mana lokasi stesen-stesen Shell yang menjual petrol V-Power Racing? >>>KLIK SINI<<<

Shell-V-Power-Racing


Berikut PapaG kongsikan kenyataan rasmi Shell Malaysia berkenaan penjualan petrol V-Power Racing di Malaysia. Di petik dari laman web rasmi Shell.

In line with the Government’s directive, we will be offering RON95 as the main fuel grade in the country. As such, Shell needs to optimize selected stations in our network and increase capacity for RON95 to meet customer demand. We are pleased to inform that Shell V-Power Racing will continue to be available at over 111 Shell stations in Peninsula Malaysia.

Perbezaan antara Petrol V-Power dengan Petrol V-Power Racing

Mesti ramai yang bertanya akan perbezaan antara Petrol V-Power dangan V-Power Racing ni kan. Secara ringkasnya V-Power Racing adalah petrol yang di formulasikan lebih baik dari V-Power. Kandungan bahan bakar yang di panggil Oktana adalah setinggi 98-99% dalam setiap liter isian. Berbanding petrol V-Power, kandungan oktana hanya sebanyak 97% sahaja. Secara teorinya, lebih banyak kandungan bahan bakar oktana, semakin tinggi kuasa pecutan kenderaan. Serta enjin kenderaan anda akan lebih bersih.

Ini bermaksud, dengan penggunaan petrol V-Power Racing, prestasi kenderaan anda pasti akan menjadi lebih baik. Kerana enjin anda terjaga bukan sahaja mempunyai prestasi enjin yang tinggi malah pembaharuan petrol ini dalam menyuntuk elemen-elemen pengurangan geseran di dalam enjin ternyata berjaya. Patut la Petrol Shell V-Power Racing ni di guna pakai di dalam kereta lumba formula satu Ferrari. Jadi kalau kita isi V-Power Racing dalam kenderaan kita, ala-ala sama dengan Ferrari la. Hehehe.

Dapatkan Petrol V-Power Racing di Stesen Shell RA Talang Enterprise, Ayer Keroh Melaka

Buat orang-orang Melaka, anda berpeluang untuk mencuba Shell V-Power Racing di stsen minyak Shell RA Talang, Ayer Keroh. Satu-satunya pam minyak Shell yang menyediakan petrol jenis ini di Melaka. Jangan lupa juga layari Facebook Page Shell RA Talang Enterprise >>>Klik Disini<<< dan like sebagai tanda sokongan anda pada stesen kami. Semoga dengan adanya saluran maya ini staff-staff Shell RA Talang Enterprise akan lebih dekat dengan anda. Segala update terkini tentang promosi dan juga pertandingan-pertandingan akan di kemaskini di page ini. Jumpa di sana.

With Love
Papaglamz

Ubi Rebus Gula Tabur

Ubi Rebus Gula Tabur

Assalamualikum

Makanan ubi ni popular pada zaman datuk nenek kita dahulu. Lebih-lebih lagi semasa zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Selama Jepun menjajah, ubi kayu la jadi makanan ruji masyarakat seharian waktu itu. Sebabnya sekatan makanan dan juga darurat pada waktu itu menyukarkan rakyat mencari sumber makanan harian. Yang muda, tanam ubi je la. Tapi, zaman sekarang ni rasanya macam sudah terbalik pula. Sekarang jarang kan kita makan ubi kayu ni? Tak kira la ubi kayu yang di rebus ataupun goreng. Almaklumlah zaman moden. Entah-entah kenal ke tak dengan ubi kayu. 

Resepi-masak-ubi-kayu

Terbaru, PapaG bali kampung dan mak bapak bekalkan PapaG dengan ubi kayu untuk di bawa pulang ke Kuantan ni. So, hari ni hari sabtu (semasa entri ini di tulis) PapaG tidak bekerja ada la masa sedikit nak masak ubi yang di bawa dari kampung. Ala masak mudah-mudah jer. Kita buat ubi rebus gula tabur.

Kalau korang ada ubi dengan gula, boleh dah buat ubi rebus gula tabur ni. Mudah sahaja, kupas ubi dan potong ikut kesesuaian periuk. Masukkan air dalam periuk dan rebus lah sehingga empuk. Sesudah empuk, toskan air dari periukdan taburkan gula pasir mengikut kesesuaian yang anda suka. Gaulkan gula dan ubi yang dah empuk tadi. Buat dalam periuk tu jugak masa tengah panas. Untuk memastikan gula itu mencair dan menyaluti ubi tadi.Hidangakn dengan taburkan gula melaka atau gula merah bagi yang suka la. Kalau tak, makan macam tu pun dah ok. 

Lain-lain korang boleh makan ubi rebus ni dengan sambal tumis. Lagi terhangkat. Serious. Cubalah.

With Love
Papaglamz

-sekian- 

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Punca dan Cara Mengatasi Penyakit Anemia (Kurang Darah Merah)

Punca dan Cara Mengatasi Penyakit Anemia (Kurang Darah Merah)

Masalah kekurangan darah merah dalam darah, Kesan-kesan anemia pada Ibu yang hamil


Assalamualaikum

Bila sebut Anemia, mungkin ramai yang tahu apakah penyakit itu. Buat yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan PENYAKIT ANEMIA, ia adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh KEKURANGAN SEL DARAH MERAH (RED BLOOG CELL DEFICIENCY) dalam darah kita. Ia sangat berkait rapat dengan bilangan Hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam darah. Secara ringkasnya Hemoglobin dalam darah yang berada di sekitar paru-paru kita akan mengangkut oksigen dari kawasan ini keseluruh tubuh badan kita. Cuba bayangkan jika kita kekurangan sell darah merah, pastinya tubuh kita akan kekurangan oksigen. Betul tak?

Punca-dan-Cara-Mengatasi-Penyakit-Anemia

Anemia ketika mengandung atau hamil

Semasa wife PapaG hamilkan anak yang pertama, di hujung kehamilan kira-kira dalam 2 minggu sebelum bersalin, tahap Hemoglobin (Hb) wife sangat rendah iaitu 9 mg/L. Bacaan Hb normal bagi seseorang ialah 13 mg/L ke atas. Agak menakutkan jugak la. Yela bahaya kepada ibu dan bayi sekiranya kekurangan darah merah atau Hb dalam darah. Lebih-lebih lagi sudah hampir bersalin. Jadi doctor nasihatkan untuk mengamibl makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Dan alhamdulillah beberapa hari sebelum bersalin, Hb wife PapaG kembali normal. Nak tahu Papag buat apa? Teruskan baca entri ni.

Gejala Anemia (Kurang Darah)

Setiap penyakit tentu kita dapat kesan tanda-tanda awalnyakan. Sama juga seperti penyakit Anemia ni. Tanda-tanda yang ketara PapaG dapat lihat semasa wife kekurangan Hb ialah mukanya selalu pucat dan lemah. Memang tak larat nak pergi kerja. Yela mungkin kekurangan oksigen dalam tubuh, itu yang menyebabkan keletihan dan lesu. Nasib baik bukanlah Anemia yang sangat serious. PapaG kongsikan antara gejala atau syndrom pesakit Anemia.

Muka menjadi pucat
Untuk mengetahui seseorang itu menghidap anemia atau tidak, mudah sahaja lihat pada wajahnya. Adakah pucat atau tidak. Lebih-lebih lagi lihat pada kelopak matanya. Regangkan kelopak mata kita dan perhatikan bahagian bawah mata. Jika bahagian bawah mata pucat, ia adalah tanda seseorang itu menghidapi Anemia.

Mudah keletihan
Macam yang PapaG katakan tadi, jika kita sering keletihan ia adalah tanda seseorang itu menghidapi Anemia. Oleh kerana kuantiti sel darah merah rendah, ia akan menyebabkan penurunan kuantiti oksigen dalam tubuh. Sedangkan penghasilan tenaga dalam tubuh sangat bergantung pada kuantiti oksigen yang ada. Jadi, semakin rendah sel darah merah, semakin rendah oksigen dalam tubuh dan tenaga yang di hasilkan juga berkurang.

Sering sakit kepala
Penghidap sakit anemia kerap kali akan mengeluh sakit kepala. Kekurangan darah merah mengakibatkan oksigen yang di hantar ke kepala berkurangan. Lantas, menyebabkan sakit kepala.

Sesak nafas
Akibat daripada kekurangan darah merah ia akan menurunkan kuantiti oksigen dalam tubuh kita. Hal ini akan mengakibatkan penderita anemia sering sesak nafas dan rasa termengah-mengah ketika melakukan aktiviti seharian.

Denyutan jantung tidak teratur
Denyutan jantung tidak teratur mungkin samada denyutan terlalu cepat ataupun terlalu perlahan. Ketika tubuh mengalami kekurangan oksigen, denyutan jantung akan menjadi pantas. Hal ini akan menyebabkan jantung berdebar, tidak teratur dan pantas.

Faktor penyebab penyakit Anemia

Ramai yang tahu penderita penyakit anemia di sebabkan oleh kekurangan sel darah merah. Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana kekurangan sel darah merah itu boleh terjadi. Punca utama kekuranga sel darah merah ialah kerana kekurangan zat besi dalam darah. Ada juga penyebab-penyebab lain antaranya:

  • Kekurangan vitamin khususnya Vitamin c yang membantu penyerapan zat besi dalam makanan serta vitamin B-12 yang banyak terdapat pada daging dan susu.
  • Masalah tulang belakang yang gagal menghasilkan sel darah dengan dengan optimum.
  • Hemolytic anemia dimana  kadar kemusnahan darah merah yang lama lebih tinggi daripada penghasilan darah yang baru oleh tulang belakang.
  • Sickle sel anemia di mana bentuk atau struktur sel darah merah yang tidak normal. Kebanyakannya berbentuk sabit. Kecacatan ini akan menyebabkan sel darah merah mudah termusnah dan mengakibatkan anemia

sickle-cell-anemia

Rawatan untuk pesakit Anemia

Mungkin PapaG tak begitu arif dalam merawat ni. Tapi, apa yang PapaG dapat sarankan ialah cara untuk mengatasi daripada anemia ini menyerang kita. Macam wife PapaG pun bukannya serious anemia pun. Dengan mengambil makanan yang tinggi kandungan zat besi mungkin mencukupi di tambah beberapa vitamin lain. Makan kerang dan karangan laut baik sebagai sumber zat besi. Bila doktor cakap wife PapaG kekurangan darah merah je, seminggu makan kerang saje. Sampai nak muntah katanya. Jemu ataupun tidak jemu, tapi demi baby makan je la.

Okla, sampai sini perkongsian PapaG. Harap bermanfaat. Jumpa lagi di dalam entri yang lain.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Tanah Runtuh di Lebuh Raya Karak

Tanah Runtuh di Lebuh Raya Karak

Natural disaster


Assalamualikum

Semalam (12 Nov 2015) kita di kejutkan dengan kejadian tanahruntuh di lebuh raya Karak KM 52.4. Berita tentang kejadian ini pada mulanya PapaG dapat dari wassap dan kemudian barulah dari berita di televisyen. Nampak tak berita di wassap lagi laju? Pada mulanya macam tidak percaya. Tapi bila sudah masuk dalam berita di TV percayalah. Apapun, takhziah PapaG ucapkan bagi yang mangsa yang terlibat dalam kejadian taah runtuh di Karak tempoh hari. Semoga kalian semua tabah.

Tanah-runtuh-di-karak

Petikan berita Astro Awani kejadian Tanah Runtuh di Karak

Kuala Lumpur: Satu kejadian banjir lumpur berlaku di KM 54.2 Lbuhraya Kuala Lumpur Karak berhampiran BukitTinggi petang tadi. 

Menurut laporan awal akaun twitter LEmbaga Lebuhraya Malaysia, kesemua lalauan terhalang dan trafik di kedua-dua arah sesak.

Tambahnya, pengguna di nasihatkan menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke Persimpangan Genting Sempah

HARAP MAKLUM

With Love
Papaglamz

-sekian- 



Koleksi LEGO Shell V-Power Edisi Terhad Menemui Anda

Koleksi LEGO Shell V-Power Edisi Terhad Menemui Anda

Koleksi Lego edisi terhad dari Shell, Shell V-Power


Assalamualaikum

Bila bercakap tentang LEGO pastinya ianya satu permainan yang di minati oleh ramai kanak-kanak serata dunia. Mungkin bukan sahaja kanak-kanak orang dewasa juga ada segelintir yang meminati LEGO dengan mengumpulkan koleksi-koleksi LEGO yang terkini sebagai koleksi peribadi. Berita baik bagi penggemar LEGO, Shell telah melancarkan Koleksi LEGO® Shell V-Power terbaru, yang terdiri daripada pelbagai pilihan kereta mainan Ferrari yang diperbuat daripada kepingan bata LEGO. Koleksi terbaru yang boleh didapati di stesen-stesen Shell di seluruh negara seiring dengan semangat inovasi yang memacu kemajuan teknologi dan prestasi bahan api Shell V-Power.

Terdapat 6 model LEGO yang anda boleh dapatkan. Antaranya ialah kereta Ferrari, set garisan penamat, podium, Jurutera Ferrari Scuderia LEGO, set stesen Shell seperti yang terdapat di litar Fiorano dan juga patung mainan saintis Shell LEGO. Koleksi-koleksi LEGO Shell V-Power yang menarik ini adalah hasil kolaborasi antara Ferrari dan juga kumpulan LEGO. Sudah pasti ianya satu kolaborasi yang sangat menarik.

Koleksi-Lego-edisi-terhad-dari-Shell

Pelancaran Koleksi LEGO Shell V-Power di Malaysia

Buat pengatahuan semua. Baru-baru ini majis perasmian Koleksi LEGO Shell V-Power telah di adakan di Blue Concourse, Sunway Pyramid pada 5 November 2015. Perasmian ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading SDN. BHD. Sudah pasti dengan pelancaran Koleksi LEGO ini mampu memenuhi kehendak peminat-peminat LEGO dan juga perlumbaan kereta tak kira kanak-kanak dan juga orang dewasa. Bersempena pelancaran koleksi lego ini, Shell turut menjemput orang ramai untuk mengunjungi pusat aktiviti LEGO Shell V-Power di Sunway Pyramid (5-8 Nov) dan Plaza Gurney, Pulau Pinang (12-15 Nov) di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan kereta Ferrari model LEGO secara lebih dekat dan menikmati permainan interaktif dan pelbagai aktiviti menarik. 

Cara untuk mendapatkan Koleksi Lego Shell V-Power

Dengan pembelian minimum Shell V-Power dan Shell FuelSave sebanyak RM40 atau pembelian minyak pelincir Shell Helix sebanyak 4 liter, para pelanggan berpeluang membeli satu daripada enam model LEGO yang berharga antara RM9.90 dan RM13.90. Para pemandu turut berpeluang membeli Lori Tangki Shell edisi terhad pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian Shell V-Power sebanyak RM40 atau pembelian Shell Helix HX5 dan HX7 (4 liter), dan secara PERCUMA dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra (4 liter). 

Peringatan buat semua tentang Koleksi LEGO Shell V-Power

Model-model baru akan diperkenalkan setiap Ahad mulai 1 November hingga13 Disember 2015, dan boleh dibeli sehingga 31 Januari 2016. Dapatkan segera sementara stok masih ada. Para pelanggan juga digalakkan untuk berkongsi gambar-gambar koleksi LEGO Shell V-Power dan detik-detik indah bersama orang tersayang dengan menggunakan hashtag #ReadySetBuild.

Buat orang-orang Melaka, layari Facebook Page Shell RA Talang Enterprise dan like sebagai tanda sokongan anda pada stesen kami. Semoga dengan adanya saluran maya ini staff-staff Shell RA Talang Enterprise akan lebih dekat dengan anda. Segala update terkini tentang promosi dan juga pertandingan-pertandingan akan di kemaskini di page ini. Jumpa di sana.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Anda perlu baca (Klik Link di bawah)

Persiapan menghadapi kelahiran untuk suami atau ayah

Persiapan menghadapi kelahiran untuk suami atau ayah

Persiapan bakal ayah


Assalamualaikum

Mendengar tangisan pertama dari bayi yang baru menjengah ke dunia realiti tentunya saat indah yang tidak dapat digambarkan. Ada rasa gembira dan ada rasa terharu dan macam-macam lagi. Itulah yang PapaG rasai saat berada di sisi wife yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak pertama kami. Saat-saat menanti kelahiran insan yang tersayang mungkin penuh dengan cerita-cerita yang menarik. Yela, persiapan barang-barang untuk menyambut kelahiran, persiapan emosi dan berbagai lagi persiapan yang kita perlu lakukan. Sebagai bakal bapa atau ayah, apa pula persiapan perlu kita lakukan?

bakal_ayah
Gambar sekadar hiasan

Seriously, bukan isteri sahaja yang akan merasa cemas saat-saat menanti kelahiran anak ni. Percayalah, ayah atau suami juga mempunyai perasaan yang sama. Lebih-lebih lagi pada mereka yang menemani isteri di dewan bedah. Melihat secara langsung proses bersalin itu sangat mencemaskan dan juga menginsafkan. Kita sebagai suami harus kuat memberikan sokongan dan dorongan pada isteri. Untuk mempersiapkan diri menghadapi kelahiran, sebagai seorang suami apakah yang harus anda lakukan?

Siapkan diri dengan ilmu

Pastikan anda mempunyai ilmu tentang kelahiran dan kehamilan. Anda harus tahu apakah itu kontraksi? Apakah tanda-tanda awal juga tanda-tanda isteri anda hampir bersalin. Tahu apakah tindakan yang hendak dilakukan sekiranya isteri anda hampir bersalin dan berbagai lagi ilmu yang harus anda pelajari agar anda tidak terkejut atau panik jika situasi ini datang secara tiba-tiba. Mungkin boleh menghadiri kelas antenatal di mana-mana hospital ataupun bertanya pada yang pakar. Insyallah jika ada ilmu, anda pasti dapat menghadapi dengan tenang.

Siapkan keperluan diri

Bukan sahaja keperluan diri isteri dan anak sahaja perlu disediakan. Keperluan suami juga perlu ada. Mungkin anda perlu berada di hospital lebih dari sehari. Jadi, persiapkan juga keperluan diri seperti baju, seluar, tuala dan sebagainya. Dengan persiapan ini, insyallah diri anda akan terurus.

Bersedia untuk melalui sebarang kebarangkalian

Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Kadang tu memang isteri akan bersalin mengikut tarikh untuk bersalin yang telah ditetapkan. Tetapi ada sesetangah kes isteri anada akan bersalin lebih awal atau lewat. Dalam situasi ini kita sebagai suami harus bersedia untuk menghadapi sebarang kebarangkalian yang berlaku. Kalaupun bukan tarikh bersalin, mungkin secara tiba-tiba doktor menasihati untuk bersalin secara pembedahan. Dan mungkin pelbagai lagi komplikasi-komplikasi yang harus kitahadapi dalam situasi ini. Jadi, anda harus bersedia.

Jangan ambil hati

Bila kita dalam keadaan yang sakit atau genting, kadang kala seseorang itu akan berubah sikapnya. Begitu juga bagi ibu yang sedang menghadapi proses bersalin. Kesakitan dan keletihan yang dialami menyebabakan mudah hilang pertimbangan diri. Oleh itu, jika situasi ini terjadi pada anda, maka bersabarlah. Jangan mudah terasa dengan kata-katanya.

Rasanya banyak lagi panduan yang boleh anda praktikkan dalam menghadapi kelahiran insan yang tersayang. Nak tahu kena la kerap bertanya. Jadikan orang yang lebih berpengalaman dari kita sebagai tempat untuk kita menambah ilmu. Jangan malu bertanya. Nanti sesat jalan pula. Walauapapun PapaG doakan semoga urusan anda dan juga keluarga anda dalam menanti detik-detik kelahiran anak anda akan dipermudahkan oleh Allah. Perkara penting yang harus anda suami isteri praktikkan ialah BERSABAR. Insyallah semua dipermudahhakn.

With Love

Papaglamz

-sekian-
7 Kunci Kebahagiaan Dalam Hidup

7 Kunci Kebahagiaan Dalam Hidup

Mencari Hidup Bahagia


Assalamualaikum

Sedang PapaG bersiar-siar di tepi pantai tiba-tiba datang satu keluarga, sepasang suami isteri dan 3 orang anaknya yang masih kecil berkelah. Melihat gelagat mereka sekeluarga rasa sangat bahagia. Saling ketawa riang. Terdengar jeritan-jeritan manja dari anak memanggil si ayah untuk bersama mandi di tepi pantai. Si ibu yang sentiasa tersenyum dengan nada manja menyuruh ayah menemani anak-anaknya. Indah… Satu keluarga yang bahagia. Walau hanya sekejap PapaG melihat situasi itu, tapi masih lagi teringat di kotak memori PapaG.

Bahagia-happiness

Ramai yang menginginkan kehidupan bahagia dan gembira. Orang yang akalnya tidak waras je yang tidak mahu hidup bahagia. Pernah PapaG kongsikan satu artike tentang hakikat kebahagiaan sebelum ini. Ternyata hakikat sebuah kebahagiaan dapat kita capai dengan sentiasa berasa syukur. Teringat PapaG akan kata-kata dari Saidina Ali R.A yang memberikan pandangan tentang kunci kebahagiaan.

7 Kunci Kebahagiaan Dalam Hidup 


Jangan membenci 

Siapapun kita jangan sesekali ada rasa benci pada seseorang. Bila ada benci tentu sekali hati kita akan sentiasa tak puas hati. Betul tak? Jadi, penuhi diri dengan rasa saling sayang menyayangi. Walaupun seseorang yang kita benci itu pernah melakukan kesalahan terhadap kita. Maafkan lah. Sedangkan nabi memaafkan umatnya, kita sebagai umatnya mesti belajar bagaimana caranya untuk memaafkan seseorang.    

Jangan bersedih 

Andai ingin bahagia, jangan kita bersedih. Jika kita bersedih, sudah pasti rasa bahagia akan jauh dari kita. Ya, tidak salah untuk bersedih. Mungkin kita bersedih dengan kehilangan ataupun sedih kerana tidak dapat mencapai sesuatu yang kita inginkan. Cubalah untuk redha dengan ketentuan. Mungkin juga Allah menghilangkan sesuatu dari genggaman kita kerana hendak memberi sesuatu yang lebih baik dari itu. Jadi, jangan lama-lama bersedih. Sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan yang telah Allah berikan pada kita. Insyallah kebahagiaan akan menjadi milik kita.

Bersederhana 

Siapa yang setuju dengan PapaG bahawa kehidupan yang kononnya bahagia masa kini di ukur dengan kemampuan materialnya. Mungkin tak salah jika PapaG katakan banyak yang selalu merasa tidak cukup meskipun sudah dicukupkan rezekinya oleh Allah SWT. Oleh itu, ayuh rendahkan hati, jangan terlalu memandang material dan kemewahan dunia. Cubalah hidup bersederhana. Dengan bersederhana dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, sudah pasti kita akan hidup bahagia. Nabi sendiri hidup sederhana. Jangan kita tamak. Takut nanti menjadi sahabat kepada syaitan pula.

Berdoa 

Jangan kita lupa pada pencipta rasa bahagia. Inginkan kebahagiaan harus minta pada yang memberi rasa bahagia itu. Ayuh, panjatkan doa memohon kebahagiaan dari Allah agar diberi rasa tenang dan bahagia dalam menjalani hidup sebagai hambanya di dunia ini. Setiap kali selepas solat mohonlah doa padanya. Insyallah dia pasti mengkabulkan permintaan kita sepertimana firmannya dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yang bermaksud, “Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan permintaanmu”.

Banyakkan memberi 

Orang kata kalau kita mampu membahagiakan orang lain pasti hidup kita akan bahagia. Memberi itu bukan hanya memberi wang atau material sahaja. Banyak benda yang boleh kita beri untuk membahagiakan orang lain. Antaranya memberikan doa, memberi kata-kata perangsang atau motivasi dan macam-macam lagi. Alangkah indahnya dapat melihat orang lain bahagia tatkala kita berjaya membantunya kan.

Sentiasa tersenyum 

Senyum itu kan sedekah. Konsep yang sama dengan memberi. Betul tak? Senyuman adalah satu cara tanpa modal yang besar untuk kita bahagia. Hanya gerakkan bibir dan ukirkan senyuman pada sesiapa sahaja. Dengan senyuman, ia mampu menyebarkan kebahagiaan kepada orang lain. Dan disebabkan kebaikan yang kita lakukan itu, kita pasti akan bahagia. Insyallah.

Nah begitu lah antara kunci kebahagiaan dapat PapaG kongsikan yang boleh kita amalkan bersama. Ingat sambil baca entri ni sambil senyum tau. PapaG doakan anda semua bahagia. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Petua Melembutkan Daging Ayam Tua

Petua Melembutkan Daging Ayam Tua

Cara-cara melembutkan daging ayam


Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Ingat lagi tak PapaG pernah bercerita tentang ayam kampung dalam entri Resepi Sup Ayam Kampung Fresh dari Reban Mak? Kalau belum baca boleh la klik link yer. Ok la, ramai yang mengatakan daging ayam kampung ni sedikit keras. Lagi-lagi ayam yang sudah tua. Memang betul daging ayam kampung keras. Tapi, daging ayam kampung ni sihat tau. Sebab ayan-ayam ni langsung tak makan segala ubat-ubatan yang agak membahayakan. Tak macam ayam daging. inject ubat, umur 40 hari dah boleh sembelh. Ada cara mudah macam mana kita nak buat daging ayam tua atau kampung kita tu mudah lembut. Ada petua-petuanya. Anda boleh cuba.

ayam

Lada hitam dan halia

Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

Tempurung kelapa

Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Tebu

Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Biji selasih

Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Daun pisang abu

Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Air kelapa

Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

Pangkal daun nenas

Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Buah nanas

kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

Buah betik muda :

Rebus ayam tua tersebut dgn buah betik muda.

Itlah tadi 9 petua yang PapaG dapat kongsikan buat semua. Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Kenapa Rasa Rindu.?

Kenapa Rasa Rindu.?

Assalamualaikum

Rindu

Salam ukhwah buat semua. Agak lama PapaG tidak mencoret kata-kata di dalam bingkisan maya ini kan. Rasa-rasa ada yang rindu tak dengan celoteh PapaG? Haa bila bercakap tentang rindu ni, rasa tertarik pula jari-jeari ni menekat punat-punat papan kekunci nak cerita tentang rindu. Semua mesti pernah merasai rasa rindu. Tidak kira rindu pada keluarga khasnya ayah atau ibu. Rindu pada isteri, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja. Ternyata rindu itu satu perasaan yang sangat indah. Yang di kurniakan oleh Allah pada hambanya. 

Rindu biasanya terjadi jika kita lama tidak berjumpa. Tapi, adakah jarak atau tempoh masa itu menjadi penyebab kepada sebuah kerinduan? Percayalah, rindu hadir sebab adanya rasa CINTA. Kalau tak cinta, buat apa nak rindu kan? Sapa setuju? Sila angkat tangan. Hehehe

Entri ringkas je malam ni. Harap hilang la kerinduan semua pembaca pada PapaG. Gitewwww. Walauapapun, rindu pada manusia tu mudah untuk kita rasa. Tapi, rindu pada maha pencipta yang menciptarasa rindu itu bagaimana pula? Renung-renungkan. Selamat malam.

With Love
Papaglamz

-sekian- 
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com