13.11.15

Punca dan Cara Mengatasi Penyakit Anemia (Kurang Darah Merah)

Masalah kekurangan darah merah dalam darah, Kesan-kesan anemia pada Ibu yang hamil


Assalamualaikum

Bila sebut Anemia, mungkin ramai yang tahu apakah penyakit itu. Buat yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan PENYAKIT ANEMIA, ia adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh KEKURANGAN SEL DARAH MERAH (RED BLOOG CELL DEFICIENCY) dalam darah kita. Ia sangat berkait rapat dengan bilangan Hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam darah. Secara ringkasnya Hemoglobin dalam darah yang berada di sekitar paru-paru kita akan mengangkut oksigen dari kawasan ini keseluruh tubuh badan kita. Cuba bayangkan jika kita kekurangan sell darah merah, pastinya tubuh kita akan kekurangan oksigen. Betul tak?

Punca-dan-Cara-Mengatasi-Penyakit-Anemia

Anemia ketika mengandung atau hamil

Semasa wife PapaG hamilkan anak yang pertama, di hujung kehamilan kira-kira dalam 2 minggu sebelum bersalin, tahap Hemoglobin (Hb) wife sangat rendah iaitu 9 mg/L. Bacaan Hb normal bagi seseorang ialah 13 mg/L ke atas. Agak menakutkan jugak la. Yela bahaya kepada ibu dan bayi sekiranya kekurangan darah merah atau Hb dalam darah. Lebih-lebih lagi sudah hampir bersalin. Jadi doctor nasihatkan untuk mengamibl makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Dan alhamdulillah beberapa hari sebelum bersalin, Hb wife PapaG kembali normal. Nak tahu Papag buat apa? Teruskan baca entri ni.

Gejala Anemia (Kurang Darah)

Setiap penyakit tentu kita dapat kesan tanda-tanda awalnyakan. Sama juga seperti penyakit Anemia ni. Tanda-tanda yang ketara PapaG dapat lihat semasa wife kekurangan Hb ialah mukanya selalu pucat dan lemah. Memang tak larat nak pergi kerja. Yela mungkin kekurangan oksigen dalam tubuh, itu yang menyebabkan keletihan dan lesu. Nasib baik bukanlah Anemia yang sangat serious. PapaG kongsikan antara gejala atau syndrom pesakit Anemia.

Muka menjadi pucat
Untuk mengetahui seseorang itu menghidap anemia atau tidak, mudah sahaja lihat pada wajahnya. Adakah pucat atau tidak. Lebih-lebih lagi lihat pada kelopak matanya. Regangkan kelopak mata kita dan perhatikan bahagian bawah mata. Jika bahagian bawah mata pucat, ia adalah tanda seseorang itu menghidapi Anemia.

Mudah keletihan
Macam yang PapaG katakan tadi, jika kita sering keletihan ia adalah tanda seseorang itu menghidapi Anemia. Oleh kerana kuantiti sel darah merah rendah, ia akan menyebabkan penurunan kuantiti oksigen dalam tubuh. Sedangkan penghasilan tenaga dalam tubuh sangat bergantung pada kuantiti oksigen yang ada. Jadi, semakin rendah sel darah merah, semakin rendah oksigen dalam tubuh dan tenaga yang di hasilkan juga berkurang.

Sering sakit kepala
Penghidap sakit anemia kerap kali akan mengeluh sakit kepala. Kekurangan darah merah mengakibatkan oksigen yang di hantar ke kepala berkurangan. Lantas, menyebabkan sakit kepala.

Sesak nafas
Akibat daripada kekurangan darah merah ia akan menurunkan kuantiti oksigen dalam tubuh kita. Hal ini akan mengakibatkan penderita anemia sering sesak nafas dan rasa termengah-mengah ketika melakukan aktiviti seharian.

Denyutan jantung tidak teratur
Denyutan jantung tidak teratur mungkin samada denyutan terlalu cepat ataupun terlalu perlahan. Ketika tubuh mengalami kekurangan oksigen, denyutan jantung akan menjadi pantas. Hal ini akan menyebabkan jantung berdebar, tidak teratur dan pantas.

Faktor penyebab penyakit Anemia

Ramai yang tahu penderita penyakit anemia di sebabkan oleh kekurangan sel darah merah. Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana kekurangan sel darah merah itu boleh terjadi. Punca utama kekuranga sel darah merah ialah kerana kekurangan zat besi dalam darah. Ada juga penyebab-penyebab lain antaranya:

  • Kekurangan vitamin khususnya Vitamin c yang membantu penyerapan zat besi dalam makanan serta vitamin B-12 yang banyak terdapat pada daging dan susu.
  • Masalah tulang belakang yang gagal menghasilkan sel darah dengan dengan optimum.
  • Hemolytic anemia dimana  kadar kemusnahan darah merah yang lama lebih tinggi daripada penghasilan darah yang baru oleh tulang belakang.
  • Sickle sel anemia di mana bentuk atau struktur sel darah merah yang tidak normal. Kebanyakannya berbentuk sabit. Kecacatan ini akan menyebabkan sel darah merah mudah termusnah dan mengakibatkan anemia

sickle-cell-anemia

Rawatan untuk pesakit Anemia

Mungkin PapaG tak begitu arif dalam merawat ni. Tapi, apa yang PapaG dapat sarankan ialah cara untuk mengatasi daripada anemia ini menyerang kita. Macam wife PapaG pun bukannya serious anemia pun. Dengan mengambil makanan yang tinggi kandungan zat besi mungkin mencukupi di tambah beberapa vitamin lain. Makan kerang dan karangan laut baik sebagai sumber zat besi. Bila doktor cakap wife PapaG kekurangan darah merah je, seminggu makan kerang saje. Sampai nak muntah katanya. Jemu ataupun tidak jemu, tapi demi baby makan je la.

Okla, sampai sini perkongsian PapaG. Harap bermanfaat. Jumpa lagi di dalam entri yang lain.

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com