21.11.15

Botol Susu MAM Pilihan Terbaik Untuk Anak Kecil Anda

Botol susu yang seakan payudara ibu untuk si manja


Assalamualaikum

Botol Susu MAM Pilihan Terbaik Untuk Anak Kecil Anda | Sebagai ibu bapa kadang kala susah juga hendak membuat pilihan botol susu yang terbaik manakah yang elok ataupun sesuai untuk si manja kita. Begitu jugalah dengan PapaG. Seawal usia anak PapaG 3 bulan kami sekeluarga agak sukar mencari botol susu yang terbaik yang boleh kami gunakan untuk anak kami. Alhamdulillah pencarian kami berhasil. Botol susu jenis MAM adalah yang terbaik yang pernah PapaG gunakan buat anak sulung PapaG. Pemilihan botol susu MAM ni atas sebab puting botol ini adalah seakan-akan payudara ibu. Jadi baby akan minum dengan mudah. 

Botol-Susu-MAM-Pilihan-Terbaik


Pada mulanya, anak PapaG tak nak minum perahan susu ibu yang kami berikan menggunakan puting botol susu biasa. Jadi, atas nasihat beberapa kawan, kami cari la botol susu MAM ni. Alhamdulillah anak kami minum dengan mudah menggunakan botol susu ini. Selain kelebihan puting botol susu ini yang seakan-akan payudara ibu, botol susu ini dapat mengelakkan anak kita daripada kembung dan tersedak semasa minum susu. Ini kerana di bahagian bawah botol susu ini di lengkapi dengan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan aliran air susu yang keluar dari dalam botol susu ini bersifat semulajadi dan mengurangkan tekanan vacum di dalam botol susu. Jadi, botol susu ini amat sesuai untuk si kecil yang baru hendak belajar menggunakan botol susu ataupun menyapeh anak anda dari susu ibu.

Botol-Susu-MAM-Pilihan-Terbaik

Kalau PapaG biasanya masalah utama yang PapaG lalui bila menggunakan botol susu ni ialah masalah nak basuh bahagian bawah di dalam botol. Rasanya semua ibu bapa menghadapi masalah yang sama kan? Kelebihan lain botol susu MAM ni ialah kita boleh buka bahagian bawah botol bagi memudah kita untuk membasuh botol dan semestinya pembasuhan botol susu akan lebih bersih. Betul tak? Kiranya botol susu MAM ni membolehkan kita menjaga botol susu agar lebih bersih dan anak kita akan terhindar dari menggunakan botol susu yang kotor kan? Inilah antara kelebihan botol susu MAM yang membuatkan PapaG tertarik dan menggunakannya sampai sekarang.

Botol-Susu-MAM-Pilihan-Terbaik

Botol-Susu-MAM-Pilihan-Terbaik

Itulah sedikit sebanyak kelebihan menggunakan botol susu MAM ni. Dan yang paling best botol susu ni tahan lama tau. Kalau botol susu biasa pengalaman PapaG lihat anak-anak buah pakai lebih kurang 8 bulan dah kena tukar baru. Masalah utama puting berkerak. Tapi, sekarang Imtiyaz sudah berumur 1 tahun 6 bulan pun masih lagi menggunakan botol susu dan puting yang di beli semasa dia berumur 3 bulan tu. Tahan kan? Jadi kepada semua ibu bapa boleh lah gunakan botol susu MAM ni untuk si manja anda. Memang berbaloi la. 

Sebelum PapaG berundur diri, PapaG kongsikan sesuatu.

Cara-cara mudah membersihkan botol susu anak anda.

1.Sediakan peralatan yang tepat

Gunakan peralatan yang tepat ni bermaksud, jangan berkongsi span basuh pinggan piasa dengan botol susu anak anda. Takut ada 'cross contimination' dari pinggan-pinggan yang di basuh kepada botol susu anak anda. Gunakan juga sabun khas untuk membasuh botol susu anak anda.

2.Basuh botol susu selepas digunakan.

Amat dicadangkan agar selepas sahaja bayi anda habis menyusu, terus basuh botol. Kalau lama-lama tunggu ditakuti nanti kotoran akan melekat pada botol susu dan sukar untuk dicuci. Lama-lama kotoran tu akan menjadi kerak susu dan botol susu itu akan tidak tahan lama la. 

3. Keluarkan bahagian botol ketika dibersihkan

Ini adalah langkah yang perlu dan WAJIB korang ikut. Puting, bahagian bawah botol (kalau guna botol susu MAM) dan apa sahaja yang boleh di leraikan, kita bukak. Liraikan satu persatu supaya setiap inci botol susu anda di cuci dengan sempurna. Biasanya di bahagian celah-celah botol ni susah hendak di cuci. Dan di kawasan itulah selalunya lumut-lumut nakal mudah membiak.

4. Sterilkan botol susu anak

Bab menstrilkan botol susu bayi ni seeloknya dibuat setiap kali selepas mencuci. Tapi PapaG buat dalam seminggu sekali. Asalkan kita cuci dengan baik dan betul, insyallah botol susu kita tu berada pada keadaan yang baik. Menstril ni bertujuan untuk membunuh bakteria-bakteria yang ada pada botol susu dengan memanas botol susu bayi anda. Biasanya PapaG rendam sahaja dalam air panas selama 15 -20 minit. Itu sudah mencukupi. Insyallah botol susu anak anda akan bersih.

PapaG harap perkongsian ini berguna untuk anda semua. Selamat mencuba.

With love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com