Resepi Cinta Jauh di Mata

Resepi Cinta Jauh di Mata

Tips cinta jarak jauh, rahsia hubungan cinta harmoni, cinta jarak jauh suami isteri, long distance relationship, PJJ


Assalamualaikum

Rasanya trend cinta jarak jauh atau perkahwinan jarak jauh atau dalam bahasa inggerisnya Long Distance Relationship (LDR) bagaikan satu fenomena yang biasa kita lihat pada masa kini. Kebanyakan suami isteri yang terpaksa duduk berjauhan disebabkan oleh kekangan kerja. Ramai yang mengakui percintaan jarak jauh tidaklah semudah yang disangka. Cinta ini memaksa si pelaku cinta sentia berfikiran positif agar hubungan yang terjalin kekal harmoni sentiasa.

perkahwinan-jarak-jauh

Sebenarnya PapaG sendiri antara yang termasuk dalam kalangan mereka yang bercinta tetapi jauh dari pandangan mata. Rindu..? Sunyi..? Seriously semua rasa itu lahir dalam hati. Tetapi apakan daya takdir telah menetapkan bahawa kami perlu hidup berjauhan seketika sebelum kami tinggal bersama. Kalau diikutkan siapa yang ingin menderita kerinduan kan? Tapi kami cuba untuk kuat dan sabar dalam menempuhi hari-hari indah kami. Insyallah.

Perkahwinan PapaG yang diatur keluarga ditambah pula setelah kami bernikah terpaksa duduk berjauhan pada mulanya agak menyukarkan kami untuk saling mengenali. Namun berkat sabar, syukur serta redha alhamdulillah kemanisan cinta kami kian terasa. Di tambah pula dengan kehadiran cahaya mata sulung kami. Pada kami, cinta jarak jauh yang kami lalui mungkin kadang lebih manis dari cinta orang lain. Hehehe. Ye la, cuba bayangkan rindu yang tertahan selama seminggu dilepaskan sehabisnya bila bertemu. Rasa macam baru bercinta je bila jarang-jarang jumpa ni. Kahkahkah.

Tapi kan, kalau diberi pilihan, nak sangat duduk bersama dengan wife. Bila duduk sama mungkin urusan rumah tangga lebih mudah. Lebih-lebih lagi bila nak menguruskan anak. Sekarang Imtiyaz wife PapaG yang jaga sendirian. Kesian kan. Letih kerja balik-balik nak jaga anak sensorang pulak tu. Bila masuk bab anak ni rasa lemah pulak. Bila anak sudah mula membesar, dah mula kenal siapa ayah dia , siapa ibu dia, rasa sedih yang amat kalau nak tinggal tu. Pernah satu hari Imtiyaz tak nak lepaskan PapaG masa nak naik bas balik ke kuantan. Sob sob sob. Sabar la ye anak ku. Harapnya Imtiyaz faham apa yang kami sedang kami lalui.

Walau apa yang berlaku, hidup perlu diteruskan. Tak guna andai terus bersedih dengan nasib yang menimpa. Mungkin ini jalan yang telah Allah tetapkan untuk kami sekeluarga. Yang pasti setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Hanya doa dan usaha dalam memastikan hubungan kami suami isteri agar terus subur mewangi bak bunga mekar di dalam taman. Insyallah.

Ok la sampai sini sahaja coretan dari PapaG. Sebelum mengundur diri, ingin PapaG kongsikan tips yang anda boleh gunakan sekiranya anda juga macam PapaG. Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

SETIA

Kesetiaan harus di tanam dalam diri. Jangan sesekali ada rasa ingin curang. Takut-takut nanti diam-diam ada orang yang ketiga. Nauzubillah. Selisih malaikat 44.

PERCAYA

Kepercayaan adalah asas dalam sebuah hubungan rumah tangga. Jika inginkan hubungan yang kekal bahagia, tanamkan sifat saling mempercayai antara suami isteri. Jadi, percayalah antara satu sama lain tatkala anda berjauhan. Jangan CEMBURU BUTA...!!!

KERAP BERHUBUNG

Walau berjauhan, ktia perlu untuk saling berhubung atau berkomunikasi. Sekarang ni banyak medium komunikasi yang kita boleh gunakan. Keraplah berhubung kerana ia tidak akan membuat kita rasa sunyi dan kerinduan. Insyallah

DOA

Doa adalah senjata orang mukmin. Teruskanlah berdoa agar si dia yang jauh di mata sentiasa dilindungi dan hubungan yang sah ini akan kekal bahagia hingga ke syurga.

p/s: Titipan khas buat isteri tercinta Halimatu Sa'adiah Binti Mohd Fauzi dan anak ayah yang ayah sayang Dhia Imtiyaz Binti Muhammad Faizal. Moga kalian berdua sentiasa dalam lindungan Allah. Amiin....

Salam Dari Kejauhan
Papaglamz

-sekian-
Jerebu | Sekolah di 7 Negeri Tutup

Jerebu | Sekolah di 7 Negeri Tutup

Assalamualaikum

Dalam diam rupa-rupanya masalah jerebu di negara kita berada pada tahap yang kritikal kembali. Ingatkan jerebu yang melanda beransur pulih. Rupanya tidak. Menurut sumber dari harian metro, pada hari ini iaitu Isnin bersamaan 19 Oktober 2015 sebanyak 7 buah negeri mengarahkan penutupan sesi persekolahan antaranya Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan. Penutupan ini berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit.

Petang ahad kelmarin, kualiti udara negara merosot apabila 14 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu di Tawau, Sabah dengan 123, Bandaraya Melaka (115), Pelabuhan Klang dan Banting, Selangor masing-masing 112 setakat jam 2 petang.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di kawasan lain ialah Samarahan, Sarawak (109), Banting, Selangor (107), Bukit Rambai, Melaka dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing 108. Bacaan di Batu Muda ialah 107, Shah Alam, Selangor (104), Petaling Jaya dan Kuching, Sarawak masing-masing (101).

Bagaimanapun peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional akan diteruskan di bawah Operasi Topeng (Ops Topeng).

kenyataan-media-penutupan-sekolah-hari-isnin-jerebu

Di harap kan kita semua mengambil langkah-langkah berjaga-jaga agar jerebu yang melanda tidak akan mendaangkan kemudaratan pada kesihatan kita. Kurangkan aktiviti di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kita pada udara luar yang tidak elok sekarang ni. Bagi perlu bertugas, selamat bertugas. Salam Isnin penuh keberkatan.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Hamidah Juara Da'i Milenia Musim Ke-3

Hamidah Juara Da'i Milenia Musim Ke-3

Da'i Hamidah juara Da'i Milenia Musim ke-3


Assalamualikum

Alhamdulillah malam ni PapaG dapat meonton secara langsung Da'i Milenia musim ke-3 melalui live streaming di internet. Almaklumlah sejak berblog ni televisyen macam kurang tengok. Lagipun siaran tak berapa jelas. Walauapapun tahniah PapaG ucapkan kepada Juara Da'i Milenia Musim Ke-3 iaitu Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Binti Abdul Razak. Dan tahniah juga kepada 2 peserta akhir yang lain iaitu Da'i Fuad dan Da'i Idayu. Dengan ini maka berlabuhlah tirai Da'i Milenia musim ke-3 pada tahun ini. Da'i yang telah bermula pada 23 Ogos lalu menyaksikan 10 Da'i aitu 5 perempuan dan 5 lelaki telah berentap sesama mereka. 

Juara-Dai-Milenia-Musim-Me-3-2015

Tahniah sekali lagi buat pemenang. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Lokasi Air Terjun Sungai Pandan di Kuantan

Lokasi Air Terjun Sungai Pandan di Kuantan

Di mana lokasi air terjun sungai pandan, panching, Aktiviti di air terjun

Assalamualaikum

Pada mulanya PapaG agak tidak percaya bila ada yang mengatakan di Kuantan ada satu tempat rekreasi air terjun. Tu masa mula-mula PapaG menjejakkan kaki di Kuantan ni. Untuk mencari kepastian, PapaG dan wife mencari lokasi Air Terjun Sungai Pandan, Panching di Kuantan baru-baru ni. Ternyata pencarian kami berjaya. Lokasi air terjun ini kira-kira 36 KM dari kuantan melalui simpang bersebelahan Masjid Jaya Gading, Kuantan. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui jalan yang kiri dan kanannya adalah ladang kelapa sawit dan kuari. Sebenarnya agak advanture la. Tapi kalau nak guna google map pun boleh. Taip jer koordinat (3.7905471,103.1447454) insyallah sampai la nanti. 

Bayaran masuk ke Air Terjun Sungai Pandan

Untuk memasuki tempat ini anda dikenakan bayaran RM 2 bagi dewasa dan kanak-kanak bagi mereka yang masih bersekolah rendah. Ada juga bayaran tambahan bagi mereka ingin parking kereta di tempat lebih dekat dengan kawasan air terjun. Tetapi, mereka yang meletakkan kereta di kawasan pintu masuk hutan rekreasi, ia adalah percuma. Tapi kena berjalan jauh sedikit la ke tempat air terjun tu. 

Di sini terdapat beberapa tingkat air terjun, tapi bagi memudahkan pengunjung yang membawa anak-anak kecil, ada baiknya anda memilih dikawasan bawah sahaja kerana terdapat kolam yang telah dibina bagi kemudahan anak-anak untuk berenang. Tempat ini lebih selamat. 

Gambar kenangan di Air Terjun Sungai Pandan, Panching

Nah PapaG nak kongsikan gambar-gambar yang diambil sekitar air terjun ni.

Lokasi-Air-Terjun-Sungai-Pandan-di-Kuantan

Lokasi-Air-Terjun-Sungai-Pandan-di-Kuantan

Lokasi-Air-Terjun-Sungai-Pandan-di-Kuantan

Lokasi-Air-Terjun-Sungai-Pandan-di-Kuantan

Lokasi-Air-Terjun-Sungai-Pandan-di-Kuantan
   
Lokasi-Air-Terjun-Sungai-Pandan-di-Kuantan
  
Lokasi-Air-Terjun-Sungai-Pandan-di-Kuantan

Lokasi-Air-Terjun-Sungai-Pandan-di-Kuantan
  
Lokasi-Air-Terjun-Sungai-Pandan-di-Kuantan

Secara keseluruhannya tempat ni memang best sekiranya anda semua ingin melakukan aktiviti bersama rakan-rakan atau keluarga. Segala kemudahan asas seperti tandas dan surau ada di sini. Selain itu ada juga ruangan yang di sediakan untuk anda membuat BBQ siap ada tempat pemanggang lagi. Tapi ianya ikut konsep siapa cepat dia dapat la. Tapi kalau lambat pun boleh je guna alternatif lain dengan kreativiti sendiri untuk membuat tempat pemanggang. 

Ok la, setelah 5 jam kami di sini dan nak balik. Sebelum balik kami ada makan satu menu pure dari Johor iaitu SUP JOHOR. Nanti PapaG kongsikan dalam entri yang lain yer. Insyallah. Sup johor ni lain sikit dari sup yang ada kat Kuantan. Tunggu la story dari PapaG nanti. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-
Final Piala AFC | Tahniah JDT

Final Piala AFC | Tahniah JDT

Piala AFC result, Piala AFC final


Assalamualaikum

Bagaikan rezeki datang bergolek. Itulah yang berlaku pada pasukan JDT apabila secara automatik mara ke perlawanan akhir AFC 2015 apabila lawannya di separuh akhir AFC iaitu Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) tidak dapat meneruskan cabaran menetang pasukan JDT gara-gara campur tangan kerajaan dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara tersebut. Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC bertemu pasukan FC Istiklol dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini.

JDT-final-afc-tahniah
Menurut laman rasmi pasukan kesayangan Harimau Selatan ini menyatakan ini merupakan satu sejarah pertama yang menyaksikan satu-satunya pasukan kelab bola sepak di Malaysia yang berjaya mara sehingga di peringkat akhir piala AFC. Syabas dan tahniah PapaG ucapkan buat pasukan JDT. Semoga di pentas final nanti kalian semua akan mencipta satu kejutan dan sejarah yang tersendiri yang mampu membanggakan kami. Insyallah. 

LUASKAN KUASAMU......!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Panduan Memilih Baju Kemeja Lelaki

Panduan Memilih Baju Kemeja Lelaki

Panduan memilih baju kemeja lelaki, Bergaya dengan baju kemeja, Baju kemeja berjenama


Assalamualaikum

Baju kemeja dan lelaki sememangnya tidak dapat dipisahkan. PapaG pasti setiap lelaki majoritinya mempunyai paling kurang pun sehelai baju kemeja yang akan memenuhi almari pakaiannya. PapaG sendiri buat masa ini mempunyai lebih kurang 8 helai baju kemeja dalam almari. Kemeja ini termasuklah kemeja yang dibeli masa zaman-zaman di universiti dulu. Yang pasti banyak yang dah tak muat. Memandangkan pekerjaan sekarang tidak memerlukan untuk PapaG memakai baju kemeja, rasanya agak lama tidak membeli baju kemeja. Tadi saja mencuba baju-baju lama yang ada di dalam almari. Ternyata ada yang masih muat lagi. #MasihKurus

baju-kemeja-slim-fit

Kalau dulu, pemakaian baju kemeja kebanyakannya dipakai untuk menghadiri majlis-majlis formal atau sebagai pakian di tempat kerja. Namun, seiring dengan peredaran zaman dan revolusi fesyen masa kini, kemeja boleh digayakan sebagai pakaian harian dan juga mempunyai fesyen yang tersendri yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan fesyen pakaian-pakian yang lain.

Tips untuk memilih baju kemeja

Jenis kain

Pada PapaG tidak kira baju apa sekalipun, pemilihan kain yang tepat dan selesa adalah lebih utama. Yela, sekiranya baju yang kita pilih tidak selesa bagaimana kita hendak tampil konfident bila menggayakan sesuatu pakaian. Jadi, hal ini juga tidak terkecuali bagi mereka yang ingin memilih baju kemeja. Pastikan pilih baju yang menggunakan kain yang selesa di tubuh. Kebanyakan kini orang lebih suka menggunakan kain jenis kotton. Sebab ia lebih sejuk dan selesa serta menyerap peluh. Dan ada juga sesetangah baju kemeja yang menggunakan kain polyester dimana baju kemeja yang menggunakan jenis kain ini kan kelihatan sentiasa rapi pada si pemakainya.

Sesuai dengan saiz badan

Harus diingat, sekiranya ingin memakai baju kemeja, anda harus memakai kemeja yang tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Masa kini amat popular dengan kemeja potongan 'Slim Fit' dimana kemeja jenis ini akan membentuk badan si pemakai agar kelihatan lebih muda dan ranggi.

baju-kemeja-slim-fit

Pemilihan warna

Rasanya pemilihan warna yang sesuai amat penting. Yela, di takuti tersalah memilih warna akan menukar mod kita nanti. Sebagai saranan, pemilihan kemeja harus sesuai dengan warna kulit kita. Sebagai contoh, mereka yang berkulit gelap pilihlah warna-warna kemeja yang agak cerah kerana ia akan memancarkan kesan kecerahan pada kulit anda nanti. Manakala bagi mereka yang memakai kemeja semasa bekerja, pilihlah juga baju yang berwarna agak cerah agar mood kerja anda sentiasa ceria.

Sesuai dengan seluar

Bagi PapaG pemilihan baju haruslah sesuai dengan seluar yang dipakai. Kalau tidak sesuai takut ada kejanggalan nanti. Jadi, untuk keselamatan, pilihlah baju kemeja yang mempunyai warna-warna solid seperti putih, hitam, biru ataupun kelabu serta yang bermotif kotak-kotak kerana ia sesuai jika dipadankan dengan seluar jeans ataupun seluar slack.

Selamat memilih.....!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Rahsia Mencari Jodoh Ideal

Rahsia Mencari Jodoh Ideal

Tip mencari jodoh untuk lelaki dan wanita, Mencari jodoh yang baik saranan rasulullah

Assalamualaikum


Jodoh adalah ketentuan dari Allah. Ia telah ditetapkan namun ikhtiar mencari dan mendapatkan pasangan adalah tugas kita sebagai hamba. Sebabnya tidak akan berjaya sesuatu pekerjaan itu tanpa usaha dan doa. Mungkin kita tidak pernah tahu siapa jodoh kita. Mungkin pasangan yang kita cari-cari selama ini sudah ada di depan mata cuma belum masanya untuk Allah gerakkan hati kita untuk melamarnya. Mungkin juga jodoh kita nun jauh dari pandangan mata, tapi atas asbab usaha yang kita lakukan jodoh itu datang pada kita. Yang pasti dengan usaha dan doa sahaja serta mendekatkan diri pada yang Maha Esa yang boleh membuat hati kita tenang dan damai untuk mendapatkan jodoh yang kita inginkan.

tip-mencari-jodoh

Ternyata ramai yang menginginkan jodoh yang sempurna. Pasangan yang soleh dan solehah adalah rezeki paling baik kurniaan dari Allah pada kita. Yela, bukan sahaja dapat membina keluarga bahagia di dunia tetapi matlamat hidup bahagia di Akhirat insyallah akan tercapai dengan berkat rahmatnya. Lantas bagaimana caranya untuk mendapatkan pasangan yang ideal dalam hidup ni ye?

Memiliki niat yang betul

Ya, setiap perkara yang kita lakukan dalam dunia ini bermula dengan niat. Jika baik niatnya, maka baiklah apa yang akan dilakukan dan sebaliknya. Lantas, jika kita berniat untuk mencari jodoh kerana ingin mencari redha Allah semata-mata kerananya, Insyallah dia akan menyatukan hati kita dengan insan yang memiliki niat yang sama dengan kita. Jadi, pasang niat yang betul dalam mencari jodoh pilihan di hati. Insyallah jodoh yang di nanti bakal menjelma.

Tingkatkan amal dan berbuat baik

Rata-rata semua tahu bahawa JODOH YANG BAIK ITU TERCIPTA UNTUK ORANG YANG BAIK, DAN ORANG YANG TIDAK BAIK ITU JODOHNYA JUGA UNTUK ORANG YANG TIDAK BAIK. Nampak kan di sini sekiranya kita ingin kan jodoh yang baik, maka jadilah orang yang baik. Perbetulkan diri, tingkatkan amal, sentiasa membantu orang dan macam-macam amal kebajikan yang boleh kita lakukan bagi membawa diri kita kearah yang lebih baik. Hal ini selari dengan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud;
Dan perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik pula

Jangan demand terlalu tinggi

Kita akui setiap manusia itu banyak kekurangannya. Jadi janganlah kita terlalu memilih yang sempurna dalam mencari pasangan. Ditakuti sampai ke tua tidak bertemu nanti. Sebenarnya untuk mencari pasangan yang sempurna atau tidak, kita jadikan diri kita sendiri sebagai kayu pengukur. Sedar diri dimana kesempurnaan dan kekurangan yang kita ada. Kalau mahukan pasangan yang sempurna, baik dan sebagainya, seharusnya kita menjadi sempurna dan baik. Orang kata, hati orang yang baik ni akan bertemu dengan hati orang yang baik juga.

Berdoa

Inilah senjata ampuh yang kita ada sebagai umat Islam. Setelah kita berikhtiar semampunya, maka sempurnakanlah ikhtiar kita dengan berdoa padanya. Jangan pula kita sombong untuk meminta pada Allah. Tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Baik dimasa kita lapang ataupun dalam kesempitan. Teruskan meminta padanya. Dan jangan pernah putus asa. Jodoh adalah takdir dan ia sesuatu diluar bidang kuasa manusia. Ia rahsia Allah yang tidak seorang pun mengatahui siapa dan bila ia akan datang. Oleh itu teruslah berdoa dan berusaha mencari jodoh anda. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-
Tip Untuk Dipermudahkan Rezeki Dalam Rumahtangga

Tip Untuk Dipermudahkan Rezeki Dalam Rumahtangga

Tip murah rezeki, Amalan murah rezeki, Doa murah rezeki, Mencari rezeki halal


Assalamualaikum

Anda pernah mengalami masalah keewangan? Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan. Betul tak? PapaG sendiri pernah mengalami kesulitan wang sementara hendak menunggu gaji masuk pada akhir bulan. Tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan berjimat, tidaklah sampai perlu berhutang. Ramai yang mengatakan dengan berkahwin itu, ia mempermudahkan rezeki kita. Tapi harus ingat, walaupun kita telah berkahwin, rezeki itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Kalau la kawen je duit masuk akaun berjuta-juta secara automatik, PapaG nak kawen banyak-banyak la macam tu. (Mati laaa Ibu Dhia baca ni) Hehehe
Walauapapun dalam sesebuah rumah tangga sudah semestinya tanggungjawab mencari rezeki yang baik lagi halal terletak dibahu seorang suami. Oleh itu suami harus menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya didalam melayari bahtera kehidupan.Sebenarnya, tiada yang paling bernilai dalam hidup ini, selain memiliki sebuah keluarga bahagia. Tambah menggembirakan lagi, apabila keluarga kita dikurniakan Ilahi, rezeki yang melimpah ruah pula. Sesungguhnya, rezeki amat berkait rapat dengan cara kita menjalani hidup, dan menyayangi anugerah darinya, iaitu, keluarga kita, Suami/Isteri dan anak-anak.
tip-murah-rezeki
Anak juga merupakan REZEKI kurniaan dari Allah

Berikut adalah Tip Murah rezeki untuk suami dan isteri…

  • Bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup
  • Murahnya rezeki suami bila belanja isteri
  • Ramaikan cahaya mata. cahaya mata adalah rezeki tidak ternilai
  • Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki dikurniakan
  • Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta berpanggilan manja
  • Menenangkan hati isteri ketika resah setiap masa
  • Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja
  • Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah
  • Bermain-main dan berseloroh dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka
  • Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam
  • Mengamalkan solat dhuha
Mungkin pembaca semua ada lagi tip-tip untuk menjemput rezeki dengan mudah kan? Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat juga cara untuk menjemput rezeki. Mudah-mudahan dengan sentiasa mengingati Allah dan berdoa padanya, rezeki kita  bersama keluarga sentiasa dimurahkan. Aamiin..

With Love
Papaglamz

-sekian-
Coklat Moist Homemade Berjampi Cinta

Coklat Moist Homemade Berjampi Cinta

Resepi cinta


Assalamualaikum

Sebelum ni PapaG pernah kongsikan satu kisah tentang kek coklat moist yang wife buat khas untuk Papag masa kitorang bertunang dulu. Kisah ni pun PapaG dapat bila accidently terbaca diari dia. Hahahah. Sapa suruh tinggal diari merata. Abes la satu persatu PapaG korek.

coklat-moist

Walau apapun itu kisah lama, yang pasti kenangan makan kek coklat hasil tangan bakal isteri adalah kenangan indah yang pasti tidak akan di lupakan. Makan sambil tersipu-sipu malu depan bakal mak dan ayah mertua. Dup dap dup dap jantung. Kahkahakh. Dan kini, selalu dah PapaG merasa masakan air tangannya. Sampai bertambah-tambah sihat sekarang ni. Semua salah wife PapaG la sebab buat hati kita senang. Hikhik

Ok lah sampi sini je coretan dari PapaG. Pesanan sikit ni. Kadang kala dalam rumah tangga ni kita perlu mengenang kembali kisah-kisah lama yang ala-ala sweeettt gituu. Sebab cinta itu perlu sentiasa diperbaharui. Tambah-tambah pula cinta dengan Allah. Ingin cinta yang kekal abadi dari manusia, harus dapatkan cinta daripada pencipta rasa cinta. Sapa lagi kalau bukan dia yang Maha Pencipta.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Gambar Kucing Yang Comel

Gambar Kucing Yang Comel

Cat Picture, Cat Lover, Cute Cat Picture


Assalamualaikum

Melihat keletah comel kucing memang menyeronokkan. Kadang tu sampai ralit melayan mereka. rasanya sesiapa yang menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan mesti merasai bagaimana comelnye mereka kan? Tak kira dalam aksi apa sekalipun. Samaada semasa tidur ke, bermain ke, makan ke dan macam-macam lagi. Semuanya comel. 

Dengan adanya penggemar-penggemar kucing, kini landskap pemeliharaan telah berubah. Sekarang ni kucing siap ada saloon khas untuk mereka. Selain tu, ade juga klinik-klinik kucing. Dan sahabat blogger PapaG sendiri (PCL) ade buat perkhidmatan untuk membuat rumah kucing. Terbaru yang PapaG dengar, ada porojek buat rumah kucing memakan kos belanja lebih 70K. Fyyooooo, rumah kucing sampai 70K. Tula, kalau dah minat, apa sahaja pun jadi... Heheheh

Gambar kucing comel

Cat-Picture-Gambar-kucing-comel

Cat-Picture-Gambar-kucing-comel

Cat-Picture-Gambar-kucing-comel

Cat-Picture-Gambar-kucing-comel

Cat-Picture-Gambar-kucing-comel

Sumber : Google

Ok sampai di sini sahaja perkongsian dari PapaG.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com